Harmonikan hidup anda….bagaimana melayani kerenah suami berusia
June 29, 2007 4:31 pm Tentang hidupAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Semoga anda semua sentiasa bahagia dan sihat sentiasa.
Perkahwinan adalah jalan terbaik dianugerahkan Allah kepada manusia menyalurkan kemahuan mereka samada secara fizikal dan emosi. Sesungguhnya Islam adalah agama yang praktikal dan sesuai dengan fitrah kejadiannya. Atas sebab itulah Islam tidak menghalang dari segi usia samada tua atau muda dan dengan siapa nak kahwin. Cuma Islam lebih menekankan aspek agama dalam membuat pemilihan pasangan.
Hari ini ramai yang memilih pasangan yang lebih tua untuk dijadikan teman hidup. Atas sebab apa tak tahu lah kerana ia adalah mengikut citarasa masing2.
Dalam hidup ini semua gadis jika boleh hendakkan suami yang handsome, kacak, tampan dan muda. Muda disini tidak semestinya yang lebih muda daripada dirinya tetapi biarlah dua atau tiga tahun lebih tua. Sememangnya semua orang hendakkan yang terbaik tapi kadangkala kita perlu pasrah mengenai soal jodoh ni kerana ia adalah ketentuan Tuhan. Namun jika seandainya ditakdirkan anda menerima jodoh mendapat suami yang jauh lebih tua, terimalah dia seadanya.
Walaupun begitu perbezaan usia memerlukan beberapa panduan sepaya kekal harmoni. Jadi disini ada beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama anda supaya kebahgiaan kekal menjadi milik anda walaupun berbeza usia.
1. Seseorang gadis atau wanita itu seharusnya bersedia secara mental, fizikal dan emosional kerana suami yang sudah melalui berbagai pengalaman hidup ini lebih matang dari apa yang anda sendiri rasakan.
2. Jika suami anda telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai sejarah hidup yang tersendiri, dia memerlukan anda bersedia untuk menghadapi kerenah usianya yang inginkan perhatian dan belaian yang lebih daripada anda. Mereka menjadi manja sangat2.
3. Suami anda mungkin cenderung untuk membuayt pelbagai reaksi untuk menarik perhatian anda, namun jika anda bijak menanganinya dengan baik, anda lebih bererti daripada orang lain dalam hidupnya.
4. Sebagai isteri anda perlu selami dirinya, tahu pengalaman lamanya supaya anda tidak mengulangai sejarah yang sama. Anda juga boleh membimbingnya jika anda anda kelebihan yang tiada pada dirinya.
5. Mereka perlukan penjagaan, teman untuk berbicara dan yang paling penting ada orang yang mampu mengisi kekosongan jiwanya yang kesepian.
6. Anda perlu sentiasa sabar dan cekal dalam melayani kerenah dan kemahuannya yang mungkin berbeza daripada apa yang anda harapkan darinya.
7. Layanilah dia sebagaimana anda melayani bapa and dengan pelbagai layanan yang boleh mengembirakan hatinya dan cuba elakkan daripada menyentuh pengalaman pahit yang pernah dilaluinya supaya anda akan sentiasa dihatinya.
8. Berikan sepenuh perhatian dan belaian manja anda tetapi janganlah secara keterlaluan. Yang pentingnya anda ikhlas melakukannnya.
9. Hormatilah pendirian dan pendapatnya jika perlu kerana dia lebih berpengalaman dan sudah dapat membuat penilaian yang tepat.
10. Jangan terlalu suka merajuk kerana sikap merajuk ini amat menjengkelkan. Perbuatan suka merajuk tak tentu pasal juga akan mempamirkan sikap mengada2. Ianya juga akan mengambarkan ketidakmatangan anda. Kesabaran seseorang itu ada hadnya jadi janganlah terlalu mengada2.
Ok itu sahaja buat kali ini dan jika anda ingin berkongsi pendapat….jom…tinggalkan komen anda dan pastikan komen anda itu tidak akan menyentuh hati sesiapa.
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam






















fahmi :
Date: June 29, 2007 @ 5:17 pm
Anda perlu sentiasa sabar dan cekal dalam melayani kerenah dan kemahuannya yang mungkin berbeza daripada apa yang anda harapkan darinya
Layanilah dia sebagaimana anda melayani bapa and dengan pelbagai layanan yang boleh mengembirakan hatinya dan cuba elakkan daripada menyentuh pengalaman pahit yang pernah dilaluinya supaya anda akan sentiasa dihatinya
ktom, saya bersetuju penuh terutamanya pada 2 fakta di atas.
kesabaran adalah kunci bagi segala kejayaan. Kejayaan sebenar bukan terletak pada orang tapi pada hati
biarlah kisah silam jadi sejarah dalam hidup.
ktom :
Date: June 29, 2007 @ 7:27 pm
Askm Fahmi, apa khabar? Ya kunci utama dalam apa2 hal sekalipun adalah kesabaran, tp kesabarnn yg sebenarnya sukar didapati. Inilah lumrahnya sifat manusia yg sering mudah tunduk pd emosi. Alangkah bagusnya hidup ini jika semua orang ada kesabaran kan?
Orang adalah salah satu faktor utk mencapai kejayaan tetapi keazaman, kesungguhan menetapkan matkamat adalah sumber kejayaan.
Fahmi, ktom cukup terkilan kerana masih tak sempat nak beri apa yg ktom janjikan tempoh hari. Ktom postkan bahan2 tu boleh tak? Emailkan alamatnya pada ktom ok.
zool :
Date: June 29, 2007 @ 8:43 pm
Hm .. tips menarik untuk saya yang masih belum berkahwin.. Harap ia berguna di masa hadapan..
fahmi :
Date: June 29, 2007 @ 9:33 pm
zool… info ni amat berguna walaupun belum berkahwin. kalau dah kawin nanti lagi berguna… dan akan berguna sentiasa
ktom08 :
Date: June 29, 2007 @ 10:11 pm
Askm Zool, belum kahwin lagi ya? Takpa post ini utk dipraktikkan oleh semua org..dan ianya amat berguna dari dulu kini dan selamanya…
Fahmi….hehehe benar sekali bagai dikata.
linncomel :
Date: June 30, 2007 @ 11:42 am
Terima kasih K.Tom,Panduan untuk saya, kita tak blh nak ramal jodoh kita, tetapi harap2 tak dapat orang tua.:-), Jodoh sudah takdir ALLAH, kalau nak kena dapat orang tua, elak macam mana pun , sure dapat juga. Apa pun sekali lagi terima kasih.
Siti Nurhaliza, kena baca blog K.Tom ni..
ktom :
Date: June 30, 2007 @ 2:09 pm
Askm linn, terima kasih kerana sudi singgah disini.
Hehehehe…Siti ke? Rasanya Datuk K tu takde lah tua sgt…tengah handsome n romantik…hehehhe
Tak kisah la org tua atau muda, asalkan bahagia…tp jika dengan orang tua tu ..jgn diambil suami orang dah ler….byk susahnya..lagipun tergamak ke mengecewakan hati kaum sendiri?
linn :
Date: June 30, 2007 @ 7:08 pm
Waalaikumsalam,
Betul tu K.Tom, tak tergamak saya nak mengecewakan hati kaum sendiri, Memang saya sentiasa mengelak dari ambil suami orang. Kita kena letak diri kita ditempat perempuan tu. Macam mana rasanya jika suami kita pula yang kena ambil.
K.Tom,
saya selalu juga jenguk blog ni, tapi banyak jadi pembaca senyap. Tak tinggal komen.Baanyak panduan yg saya belajar dri blog K.Tom ni. Minta diri dulu.
zool :
Date: July 1, 2007 @ 11:20 am
tima kasih kepada k tom yang sudi singgah blog saya yang post pasal ‘buncit’ tu. cam saya cakap ari tu tips nie memang penting cuma saya risau ia akan hilang dari kotak minda saya.. Almaklumlah masih samar2 lagi bile nak mendirikan rumahtangga… ..
abdfatah :
Date: July 1, 2007 @ 4:35 pm
haha… kawen jangan tak kawen. mesti kawen laa kalo dah ada jodoh. selamat kawen laa nagi yang dah kawen.
hayat :
Date: July 2, 2007 @ 9:58 am
entri ni memang berguna sgt2…memang praktikal…semua org mesti baca…utk kesejahteraan semua…
ktom :
Date: July 3, 2007 @ 8:54 pm
linn, jadi pembaca senyap takpe, asalkan apa yg dibincangkan disini dpt memberi manafaat dan terima kasih byk2 kerana sudi berkunjung disini. Semoga linn boleh beri tunjuk ajar pada ktom juga ya…
Zool, jika dah ada yg berkenan dihati, apa nak ditunggu lagi? Hehehe Zool ni cam risau je. Apasal? Jgn risau dik, bila dah sampai jodoh kahwinlah tu dan jgn risau tentang “buncit” tu….asalkan badan sihat je..
abdfatah, awak bila pulak?
hayat, semoga boleh dimanafaatkan oleh semua yg sengaja dan tersengaja singgah disini…
Doodee :
Date: February 4, 2008 @ 12:01 pm
Thanks for sharing