Bekerja Sambil Belajar - Semangat Kental Bekalan Utama
October 27, 2007 3:24 pm Tentang hidupAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda semua? Harap anda semua sihat dan bergembira selalu. Ktom minta maaf banyak2 kerana blog ini tak dapat dilayari sejak beberapa minggu yang lepas. Ktom sendiri pun kurang pasti apa sebabnya sehinggalah diberi bantuan oleh sifu Zul. Nak kata hosting dah expire, belum lagi sebab due date untuk hosting ni bulan Januari 2008. Itu yang bengang tu. Tapi syukurlah sekarang ni dah ok dan harap2nya selepas ini akan terus ok selamanya.
Hampir tiga minggu tidak dapat membuat update dan tidak dapat masuk blog membuatkan Ktom rasa tiada semangat langsung untuk meneruskan penulisan disini biarpun rasa rindu pada anda semua sentiasa ada.
Bagi Ktom blog ini merupakan salah satu cara untuk Ktom dapat melarikan diri daripada kepenatan bekerja dan dengan blog ini jugalah Ktom dapat berkongsi apa sahaja dengan anda semua dan setiap perkongsian yang anda kongsikan disini amat memberi manafaat kepada Ktom, terima kasih.
Dan terima kasih juga kepada anda yang sentiasa sudi meluangkan masa untuk menjadikan blog ini antara blog yang wajib anda kunjungi. Sekali lagi terima kasih. Ramai yang menghantar email menanyakan tentang kehilangan blog pada ruang maya ini. Terima kasih kerana anda begitu prihatin dan sentiasa ingin menatap juadah tulisan yang dihidangkan namun kecewa kerana blog ini tak boleh dilayari. Semoga segala kesulitan yang dialami sebelum ini tidak lagi akan berulang.
Ok…..berbalik kepada topik kita hari ini iaitu belajar sambil bekerja. Mungkin ada di antara anda yang berkunjung ke blog ini merupakan salah seorang daripada mereka yang masih belajar walaupun usia sudah semakin meningkat dan sudah bekerja.
Belajar sambil bekerja atau bekerja sambil belajar merupakan satu fenomena yang positif yang amat mengalakkan pada hari ini. Banyak peluang melanjutkan pelajaran yang disediakan pada masa ini oleh universiti-universiti temaptan kepda mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
Kenapa mereka yang telah bekerja dan mempunyai begitu banyak komitment ini ingin melanjutkan pelajaran?
Banyak sebabnya dan ini bergantung kepada pendirian masing2. Mungkin kebanyakan daripada mereka sedar mengenai kelulusan akademik yang perlu mereka miliki. Dulu mereka mungkin tidak sedar tetapi bila dah menceburi bidang pekerjaan dan menghadapi saingan dengan pekerja lain yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih bagus membuatkan mereka sedar mengenai keperluan memiliki pengetahuan.
Mungkin juga dulu mereka tidak berpeluang untuk melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik biarpun mempunyai kelulusan SPM yang baik kerana tempat yang yang tersedia amat terhad dan mereka mempunyai masalah kewangan untuk belajar telah menghadkan keinginan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Jadi mereka ini tidak ada pilihan lain selain bekerja dulu dan menyambung pelajaran kemudian secara sambilan setelah bekerja.
Ada juga yang telah berumahtangga kembali mula belajar kerana ingin meningkatkan kerjaya dan prestasi di tempat kerja. Mungkin juga dulu mereka terpaksa menguruskan anak2 yang masih kecil dan bila anak2 dah semakin membesar dan tugas menjaga mereka tidaklah terlalu membebankan sangat maka, mereka membuat keputusan untiuk kembali belajar semula dengan harapan untuk menjadi contoh atau mentor kepada anak2 dan juga untuk menafaatkan masa yang terluang. Dengan menjadi contoh kepada anak2, ini dapat mewujudkan persefahaman yang sihat kepada ibubapa dan anak2. Pun begitu ada juga yang terpengaruh dengan kawan2 yang telah mula kembali belajar.
Yang nyatanya kini persaingan di tempat kerja menjadi pendorong kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran. Hadirnya pekerja2 baru yang mempunyai kelayakan akademik dan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada nya membuatkan mereka sedar dan tercabar untuk bersaing. Dan untuk bersaing mereka perlu melayakkan diri mereka untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dengan mempertingkatkan kelayakan akademik mereka.
Bagi mereka2 yang masih belum berkeluarga dan telah bekerja, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukanlah menjadi satu masalah besar sebab mereka tidak ada banyak komitment selain dari bekerja dan belajar. Lainlah kalau mereka yang sudah bersuami atau beristeri dan telah mempunyai anak2. Mana masa untuk balik rumah menrtua, nak jengok ibubapa dikampung, nak bawa anak pergi bercuti, beriadah dan sebagainya. Masa mereka begitu terhad, terpaksa diuruskan sebaik mungkin sebab mereka belajar pada hujung minggu dan pada hari2 biasa pula terpaksa bekerja jadi jika tidak diuruskan dengan baik tension pula jadinya..
Bagi Ktom, mereka ini adalah golongan yang sangat positif, cekal dan kuat berusaha. Dalam keadaan yang serba mencabar ini, kita sedar bahawa memiliki ilmu adalah penting.
Jadi jika anda masih tidak mendapat jawatan yang tinggi, usahlah risau, sambunglah belajar dan pastinya dengan pengalaman kerja dan kelayakan yang anda capai, anda mampu untuk menjawat jawatan yang anda impikan itu.
Berbanding dengan pelajar di kampus , pelajar yang berusia ini atau lebih dikenali sebagai luar kampus ini mempunyai motivasi dalaman yang kuat, sikap penuh tanggungjawab, diisplin yang tinggi kerana mereka belajar atas kemahuan diri dan bukannya atas kehendak ibubapa. Mereka adalah pelajar yang bersemangat kental untuk terus menimba ilmu dan sanggup mengorbankan masa, duit dan tenaga untuk terus belajar.
Jadi bagi yang ingin sambung balik belajar tu, mulakanlah dari sekarang. Anda tidak akan rugi apa2 malah ilmu yang anda miliki itu menjadi hak anda selamanya dan peluang anda untuk menebus kekecewaan anda dulu dalam bidang akademik dapat dipenuhi.
Ok la setakat ini dulu buat kali ini . Jumpa lagi.
Wasalam.





















zool :
Date: October 28, 2007 @ 9:49 pm
Tahniahlah ktom berjaya juga akhirnya ..
Apa masalah ari tu???
Ok bercerita tentang topik ini memang ada antara kita yang belajar sambil bekerja .. Ianya memang bagus.. saya sendiri pun ada cita2 untuk belajar lagi tapi kekangan masa dan kewangan membantutkan cita2 ..harap2 tercapai cita2
ktom :
Date: October 28, 2007 @ 10:48 pm
Salam zool,
Masalah? hehehe tak tau ler……
Jika ada cita2, jgn tangguh2 lagi…hal rumah tu dah selesai kan? boleh ler sambung belajar pulak…..
azwan :
Date: October 28, 2007 @ 11:11 pm
Saya, kalau nak sambung pun, tunggu bini sambung .. boleh belajar sekali
btw, selamat dah .. perempuan, 3KG, 11:53PM malam tadi (27/10)
Blog Zool » Kontroversi :
Date: October 29, 2007 @ 8:53 am
[…] Posted by zool on 29 Oct 2007 at 12:47 am | Tagged as: kehidupan, EMosi, Blog Assalamualaikum semua.. Berjumpa semula di blog ligakampung , blog dari saya ZOol yang menceritakan sebarang perkara yang terlintas di hati… Pertamanya nak ucapkan tahniah kepada ktom yang berjaya akhirnya mengupdate blog beliau dengan post terbaru iaitu belajar masa bekerja.. Semoga beliau tidak patah hati lagi dalam meneruskan idea-idea beliau yang cukup berguna… Dan tahniah juga untuk huda…. Semoga selamat hendaknya…. Okaylah saya mulakan topik kita…Kontroversi, sudah semestinya semua dari kita memahami makna perkataan tersebut.. Ianya mampu menaikkan dan mampu menjatuhkan seseorang. Malahan ada individu yang sengaja mencipta kontroversi semata-mata untuk mendapat perhatian.. Dalam kehidupan kita seharian berita-berita sensasi lebih menarik perhatian kita berbanding berita-berita biasa.. Malahan sesuatu kontroversi itu mampu meningkatkan rating media massa dan seterusnya memberikan peluang syarikat berkaitan menambah pendapatan melalui iklan.. Malahan melalui blog juga mula dikenali ramai oleh masyarakat kita ekoran dari kontroversi politik yang dilakukan oleh pihak berkaitan.. Melalui pembacaan di blog-blog blogger pro, mereka sering mencipta kontroversi untuk mendapat perhatian pembaca dan seterusnya menambahkan peluang… Walaubagaimanapun tidak semuanya itu indah… Kadangkala kontroversi itu mampu membunuh kerjaya seseorang…. Perkara negatif yang dikaitkan dengan individu/organisasi tersebut pastinya memberi impak yang besar dan sedikit sebanyak akan menganggu kredibiliti seseorang… Dan seterusnya menyebabkan orang lain tidak mempercayai kepada individu tersebut….Apa pula kata anda tentang kontroversi?? Adakah anda menggemari berita-berita kontroversi ??? Atau anda ada cara untuk mencipta kontroversi??? Bincang2kan lah disini. […]
zuhairy :
Date: October 29, 2007 @ 9:46 pm
ambooooiii,lama sungguh tak kesini. maklumlah, sebuk sikit.
memang kena tajuk ni dengan saya! dulu saya ada gak plan nak kerja sambil belajar. tapi lepas fikir balik, lebih baik buat fulltime. ada kelebihan dan kekurangannya..biasalah…ni lah harga yang patut dibayar untuk sebuah kejyaan
ktom :
Date: October 29, 2007 @ 10:18 pm
Wan,
Tahniah. Pastinyasi Nurin tuseronok sgt sebab dapat adik perempuan kan? Apa2 pun syukurlah semuanya dah selamat. Pastinya tak ada apa2 masalah. Semoga Wan sekeluarga akan bertambah bahagia….insyaallah
Nanti post ler pic baby tu ok…..
ktom :
Date: October 29, 2007 @ 10:28 pm
zuhairy,
Awak belajar pun gaji tetap jalan kan? So tak de banyak masalah ler cuma kehendak dan kesungguhan yang perlu dipertingkat dan diperkemaskan. Semoga berjaya….
Shueqry :
Date: October 30, 2007 @ 10:23 pm
owh, saya juga lama dah tak ke sini. Saya tekad dalam hati untuk belajar seumur hidup dan matlamat saya, satu hari mahu memiliki kelulusan PhD.
Jadi, dengan kelulusan itu, saya ada kredibiliti utk memotivasikan org lain seramai yg mungkin melalui blog, buku dan artikel-artikel.. sekarang saya dlm proses utk memantapkan income, mencari rumah sendiri dan beli kereta sendiri..
bila semua dah berjalan lancar, insya Allah saya amik Ijazah, dulu tertangguh sbb bagi peluang utk adik-adik saya habiskan pelajaran dulu.
Saya amik course dlm jurusan yg sama dgn Dr Tuah dan Dr Fadzilah Kamsah, journalism ngan komunikasi. Kalau Ktom boleh pegang Master, saya juga boleh !
Its all about mindset and taking action!
- shueqry -
kota kinabalu.
ktom :
Date: October 30, 2007 @ 10:54 pm
Salam Shuq,
Maaf Ktom pun dah lama tak ke blog Shuq. Byk hal betul lately. Sorry ya.
Hehehe…Shuq masih muda dan tak byk komitment lagi. Jika Ktom yg banyka komitment ni boleh buat, takkan Shuq dan semua kat sini tak boleh….hehehehe cabaran tu dik….
zool :
Date: October 31, 2007 @ 9:37 pm
Hm cerita pasal belajar ni…
Selaku penjawat awam melalui kursus banyak benda baru yang kita belajar.. saya ingat nak cerita sikit apa yang saya dapat kat blog saya.. tapi nantilah dulu nak beremosi sikit dulu.. He he he
zuhairy :
Date: November 1, 2007 @ 5:18 pm
memang gaji tetap jalan, tapi dpt separuh jer. Alhamdulillah, cukupla untuk hidup seorang di kat bumu Johor ni
zool :
Date: November 2, 2007 @ 11:17 pm
Kalau kerja kerajaan nie selalu lah belajar dengan berkursus…
Kalau dulu zaman belajar dulu sijil saya boleh dikira dengan jari..
sekarang nie sayalah staff paling gila kursus kat opis.. HUhuhuhu…
adila :
Date: November 5, 2007 @ 11:14 am
hai ktom…
busy yer???
saya pun dulu pernah smabung blajar amik master. tapi bila dah pregnent, terlebih morning sickness. terpaksa extend…pastu, sibuk dengan anak, pastu kesian kat anak, tak sampai hati nak tinggal kat orang, pastu jaga anak sendiri, then, bila dah samapai 3sem extend, dah kena apply baru. Sudahnya, kekallah dengan degree yang ada tu…
Bila anak dua, nak sambung belajar pun kena pikir 45 kali.
sekarang ni just beljar ikut minat. tak de degree tapi dapat ilmu. Bergurukan ilmu dalam internet. kekadang benda yang kita cari dengan cikgu free ni bolehbuat duit…
Dik Mal :
Date: November 6, 2007 @ 6:05 pm
Salam,
ktom :
Date: November 8, 2007 @ 9:56 pm
zuhairy belajar bersungguh2 ya.
Zool, macam2 lah awak ni. Gila kursus takper zool, jangan gila perempuan atau jenis2 gila yang lain tu dah ler…heheheh
Adila,
Takper, buat apa yang terbaik untuk adila dan keluarga. Eheh..dah lepas pantang dah kan? Dah berapa bulan baby tu? Namanya Sofea bukan??
DikMal,
Kerja sambil belajar, belajar sambil kerja…hehehehe…bagus dik. Bila final exam? Good luck ok..
Dik Mal :
Date: November 10, 2007 @ 12:07 pm
Final exam saya… hari Selasa ni mula
paper kedua 21 hb pulak.. dua paper saje utk final sem ni… 23? jalan2 cuti2 Malaysia 
putra :
Date: December 12, 2007 @ 3:44 pm
saya termasuk dalam artikel yang ditulis , walaupun menguras tenaga , tapi terus semangat.
silahkan kunjungi :
http://www.putralovers.com
wadah dimana saya meluangkan waktu disela waktu belajar dan bekerja
terima kasih
fadzrina :
Date: June 30, 2008 @ 12:20 am
slm.ktom.sbnrnye sy org bru..
mnrik tjuk y dibincgkn arini..
sy msih mnuntut d sebuah ipta..
sy bru je t’pk sy mhu bljr smbl bkerja..
kursus y sy ambl ni byk m’gunakn wan..
t’lalu byk..
sy tdk mengmbl ptptn krn ibu sy melrg kers,ia melibtkn riba’ dan ibu sy khuatir duit y sy gune nnt x akn d b’kti..
ttp sy mlu dgn ibu dan ayh sy apble sy mmerlukn wang..
kdg2 sy t’pkse ikt prut sdgkn kluarga sy alhamdulillah murh rezeki..
jd sy t’pk utk bkerje smbl bljr..
tp sy xtau pkerjaan ap y sesuai dgn sy dan sesuai dgn wktu sy..
jd sy nk mintk pndgn ktom..
dan utk pengetahuan ktom bidg y sy cburi ni bkn bidg yg sy minti..
tp stlh b’bncg dgn kluarga,sy dpt tentgn dan ayh sy tidk mmbenrkn sy bhenti..
sooo ble kte tak mint dgn sesuatu pkerjaan suatu karya y d hsilkn tidk b’kualiti..
jd ap yg prlu sy buat skrg??