Belajar lain, kerja pula lain……

11:15 pm Tentang hidup

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Ktom harap semuanya dalam situasi yang sihat, tenang dan bahagia selalu.

Maaf kerana beberapa hari tidak sempat online dan tak dapat mengemaskinikan blog.  Ktom menemani anak di hospital kerana demam panas.  Alhamdullillah…kini dah ok dan dah boleh balik rumah.  Syukurlah….bimbang juga sebab sekarang ni musim demam denggi. Tapi anak Ktom cuma demam sahaja.

Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Kita sering mendengar keluhan dan rungutan graduan lepasan universii mengenai sukarnya mendapat pekerjaan.  Masing2 perlu bersaing untk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan boleh menjamin masa depan.  Ramai di kalangan mereka yang cuba mendapatkan pelbagai pekerjaan sebelum mendapatkan kerjaya tetap yang berkaitan dengan pengajian yang diikuti di universiti atau  mengikut kelayakan yang dimiliki.

Sebenarnya terdapat ramai graduan yang terumbang ambing untuk menentukan masa depan mereka akibat ketiadaan kerjaya tetap.  Ada yang terlalu memilih pekerjaan dan malu untuk bekerja dengan jawatan yang lebih rendah dengan kelayakan mereka.  Mereka memandang rendah terhadap pekerjaan yang jauh terkebawah daripada kelayakan mereka. 

Pun begitu ramai juga yang tidak malu untuk menjual di pasar borong, menjadi pemandu teksi, bekerja di kilang, menjadi pelayan restoran dan sebagainya.

Seharusnya mereka tidak terlalu memilih memandangkan fenomena mendapatkan kerjaya seiring pengajian tidak semudah dahulu.  Lagipun bukan menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk bekerja berlainan bidang kerana selain mencuba sesuatu yang baru ianya dapat memberi satu pengalaman yang amat berbeza.  Lagipun dengan bekerja berlainan bidang, semakin hari kita akan mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.

Jarang sekali graduan yang belajar dalam sesuatu jurusan akan mendapat pekerjaan yang sama bidang dengan yang diambil ketika menuntut di universiti. Tambahan pula ekonomi sekarang  menyukarkan lagi graduan untuk mendapat kerja dalam bidang yang sama, Jika ada yang berjaya memperolehinya, itu memang sudah rezeki yang tidak ternilai harganya.

Pekerjaan apa sekalipun, kita akan dapat banyak pengalaman umpamanya kita belajar cara berkomunikasi, di pejabat, kita belajar membina perhubungan, kita belajar membina pasukan, bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada ahli pasukan yang efektif.  Bila kita bekerja sebagai kerani at least kita tahu proses kerja tu dari bawah sebelum kita menjawat jawatan yang lebih tinggi. 

Jika dapat pekerjaan yang berlainan bidang cabarannya ialah kena belajar sesuatu yang baru dan sukar untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari di universiti dengan pekerjaan yang dibuat.

Walaupun kita tidak mencapai kepuasan bekerja secara total, tetapi kita boleh belajar dari bawah. Bila kita bermula dari bawah, sudah pasti kerja kita akan menjadi lebih senang  apabila kita sudah menjadi bos kelak.

Menjawat jawatan yang berbagai2 memberikan peluang kepada kita untuk memainkan pelbagai peranan. Dengan kepelbagaian peranan tersebut kita akan menjadi lebih mantap dengan berbagai pengalaman.  Sekarang ini bukan senang nak bekerja dalam bidang yang sama dengan bidang pengajian kita sebab semua syarikat atau organisasi mengambil pekerja berdasarkan pengalaman tanpa mengambil kira  diploma, ijazah atau sarjana yang dimiliki.  Mula2 memang kekok, tapi jika ada kemahuan untuk belajar, semua perkara akan jadi senang.

Ok, setakat itu dulu untuk kali ini.  Sebenarnya topik ini sangat luas untuk diperbincangkan dan dikongsikan bersama.  Jadi jika anda ingin berkongsi…jom kongsikan disini bersama2…..

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
14 Responses
  1. dr aura :

    Date: July 4, 2007 @ 12:23 pm

    Saya setuju pandangan Ktom, masalahnya orang kita kekadang tu nak memilih sangat hinggkan lebih rela menganggur dari kerja bukan bidang yang di pilih. So masyarakat kita hari ini kena ubah cara berfikir untuk maju macam kaum lain.

  2. ktom08 :

    Date: July 4, 2007 @ 4:42 pm

    dr aura, ada juga graduan yg sombong..malu nak keje taraf SPM, dan gaji pun demand. Seharusnya mereka cari pengalaman dulu, nak demand gaji boleh tp kenalah ada skill dan pengalaman dulu bukan?

    Kadang2 jika ibubapa mereka ada kenalan yg ada kuasa ( maksudnya kenal mana2 pemilik syarikat ler) , sudah pasti anaknya senang nak dapat kerja bila dah habis belajar dan tak payah menganggur pun. Tetapi yang jadi masalahnya si anak ni tidak berpuas hati dengan gaji yang ditawarkan biarpun sudah mencapai 4 angka. Dik oii…jika awak dpt kerja dgn gomen awak tak boleh pun dpt tawaran gaji sebanyak yg ditawarkan oleh pihak swasta tu…jadi bersyukurlah dengan apa yg ada….kan begitu dr aura?

  3. zool :

    Date: July 4, 2007 @ 9:17 pm

    Biasalah tu K.tom..
    Saya pun penah alami kes sebegini..
    menganggur hampir 2 tahun kemudian menjawat jawatan sebagai pelayan rumah lepaih tu ke pen. peg tadbir naik sikit pen peg sistem maklumat….
    insyaallah kalau ada rezeki boleh naik ke Pegawai sistem maklumat n yang lebih tinggi…
    Insyaallah…

  4. Leeza :

    Date: July 6, 2007 @ 9:52 am

    Dimana ada kemahuan disitu ada jalan … kalau kita dah bekerja 10tahun pun tapi masih di takuk lama dan bila ditanya … tak tau pulak! .. camner nak kata ada peningkatan diri …

    Bukan nak meninggi diri tapi saya berbangga bermula dari jawatan kerani biasa skrg bergelar penolong pengurus … tetapi setelah bekerja keras selama 7thn … berbaloi bukan.

  5. Raymond :

    Date: July 6, 2007 @ 11:58 am

    Pada pendapat saya, segulung ijazah tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai kebolehan seseorang.

    Sepanjang zaman persekolahan kita. Kita tidak diajar tentang cara-cara berkomunikasi yang berkesan, cara mencari rezeki yang betul, pemikiran dll.

    Kadang-kadang saya merasakan bahawa orang yang tamat sekolah menengah sahaja pun mempunyai tahap peningkatan kendiri yang lebih baik daripada siswa-siswi.

    Jadi tidak ada apa-apa yang perlu disombongkan oleh pelajar universiti.

    Saya tidak pernah menggunakan Degree saya untuk mencari rezeki walau sekali pun. Saya mula mengajar tusyen secara kecil-kecilan sambil belajar dan cuma perlu teruskan apa yang saya lakukan selepas tamat pengajian.

    Ajar tusyen tak payah tunjuk Ijazah pun. Ijazah saya tersimpan kat fail yang mana pun sudah saya lupa. harap-harap belum dimakan anai-anai.

    Padahal kadang-kadang saya malu untuk mengaku diri saya sebagai lepasan universiti kecuali ditanya secara formal kerana saya merasakan orang lain yang tidak pernah menjejakkan kaki mereka ke universiti pun jauh lebih baik daripada saya.

  6. Raymond :

    Date: July 6, 2007 @ 12:02 pm

    Alamak! Tak dapat edit komen saya kat atas. Kenapa aku letak perkataan “Padahal” kat situ? (binggung). Lupa delete sebelum submit komen saya.

    Salah hukum tatabahasa lah. Nanti cikgu rotan baru tau :(

  7. jejaka :

    Date: July 6, 2007 @ 5:00 pm

    Hi bertemu kembali… erm tajuk yg begitu menarik sekali hehe… Spt yg kita ketahui sbnrnye rezeki masing2 kita tidak dpt ramalkan dimanakah kita akan berada sekarang sehingga le ke masa hadapan…

    Hidup ini ibarat roda… so kita kene tempuhi liku2 hidup ini disamping bagaimana kita menempuhinya… berbalik kpd tajuk pd kali ini smmngya mmg diakui berlaku… namun kita xblh salahkan diri jika apa yg kita ingini itu tidak tercapai hajat masing2… setiap apa yg berlaku tentulah ada hikmah ataupun perkara2 yg tersirat… namun kita perlu kaji knp ianya berlaku pada kita sedemikian… jgn hanya tahu menyalahkan shj ttp tidak cuba utk menyelidik sesuatu itu…

    Mengenai diri sy yg tlh pn menamatkan pengajian dgn segulung ijazah sy tidak merasakan ianya sbg satu2nya aset terpenting.. namun disini kita perlu ketahui bahawa sijil yh kita miliki itu adalah merupakan satu kredibiliti kita dan kita tidak spttnya cuba utk membandingkan diri kita dgn org lain yg kurang berjaya…

    Spt sedia maklum hidup kita semua mempunyai cara2 tersendiri ataupun haluan masing2…. tidak semua mereka yg berjaya itu adlah merupakan org yg cemerlang dan tidak semua org yg tidak berpljrn itu smuanya bagus2 belaka.. jd kita xperlu cuba banding2kan diri kita dgn org lain wpln kita ini mempuyai lulusan yg lebih baik…

    Org yg berilmu tentulah berbeza dgn org yg tidak berilmu… namun ilmu yg kt pelajari itu tidak spttnya berhenti di situ krn kegagalan kita bukan lah muktamad selama2nya…

    Seperkara lagi kita tidak perlu melihat jwtn2 yg lebih baik dan begitu hebat… sekiranya kita berada pd posisi jwtn yg tinggi itu ianya adlh subjektif… kita seringkali mendengar jwatan2 hebat dan kenaikan pangkat namun jwntn itu sendiri tidak semestinya mencerminkan yg kt hebat..

    Yg perlu dilihat apakah sumbangan dan apakah pulangan besar yg kt miliki… itulah yg perlu kita lihat… jgn kita terlalu mengejar jwant dlm sesuatu organisasi shj krn kita lebih mementingkan posisi yg hebat2 belaka namun gaji yg ditawarkan hanyalah sxeberapa… sy menerangkan sedemikian supaya jgn kita terlalu melihat jwntn itu.. sy hanya lihat apakah pulangan besar dan sumbangan nya.. itu shj..

    Klu dilihat diri sy spttnya sy b’kerja dlm jurusan sy… spt sedia maklum kwn2 seangkatan majoritinya mmg ramai bekerja dlm bidang2 yg sama ketika bljr… sy bukan ingin membangga diri ttp mmg peluang kerja yg sy lihat mmg ada… smpikan ada kwn2 yg offer kerja kpd sy sehingga 2-3 tmpt sy blh dpt namun sy menolaknya… Klu diikutkan mmg satu kerugian besar krn peluang kerja dlm aliran sy mmg terbentang luas… Ttp sy tlh bertindak mgikut haluan sy sendri krn sy mlht potensi sy ke arah lain dan peluang yg lebih besar disamping skill yg sy ada…

    SY bertindak dgn haluan sy krn sy dapati ketika ini haluan sy adalh lbh bersifat kreatif dan mencari peluang… disamping sy mempunyai sifat2 yg suka berdikari dan mengikut halatuju sy sendiri tanpa menyusahkan org lain… disitu juga sy sentisa mempeljari dan beljar sesuatu sehingga sy tlh mengetahu pelbagai rahsia2 utk berjaya.. namun sy tidak selalu menggelarkan sy tlh berjaya mencarinya krn ada mereka2 diluar sana lbh hebat… so idup ini kita disarankan agar sentiasa bijak mencari peluang dan kreatif….

    Dgn ini kita sbnrnya tidak perlu utk meniru org lain namun kita pelajari cara org lain dan kita hasilkan mengikut acuan kita sendiri krn kita adlah kita yg sbnrnya… ‘So b yourself’

    Sy rs komen sy agak pnjg namun sbnrya ianya bnyk ingin sy smpikan namun sy tlh cuba utk ringkaskan (tp ia masih pnjg juga hehe) dan ianya sbg santapan kpd tajuk2 ini… sekian!!!

    Best regards,
    Puncak Maya

  8. ktom08 :

    Date: July 6, 2007 @ 10:46 pm

    Zool, tahniah. Insyaallah jika kita buat kerja dengan ikhlas dan cekap, peluang utk naik pangkat tu memang akan menjadi hak milik kita.

    Leeza, kejayaan tidak akan datang dengan kadar yang segera tetapi melalui pengalaman2 yg kita kutip dari bawah. Tahniah Leeza.

  9. ktom08 :

    Date: July 6, 2007 @ 10:59 pm

    Raymond….pandai pulak awak tentang tatabahasa ya….bagus2. Tetapi yg lebih bagusnya awak sedar kesilapan itu. hehehehee……

    Raymond, kelayakan akademik tidak menjamin seseorang itu boleh berkomunikasi dengan baik. Sebab apa tau? Orang yang terlalu tumpukan perhatian pada pelajaran ni samapi takde masa nak berhibur, tak ada kawan atau sahabat ( sahabatnya buku sahaja ) sudah pasti akan mengalami kejutan budaya apabila dia mula bekerja atau membuat bisnes.

    Perhubungan sosial yg bagus akan tercapai bila kita ramai kawan, mampu berinteraksi tentang berbagai perkara dan dari situ juga kita belajar bagaimana untuk mengawal segala emosi kita. Dengan pergaulan juga kita boleh mengenali kehidupan yang sebenarnya. Dan bagi yg nak buat sales, pastinya orang yang mahir berkomunikasi yang akan berjaya berbanding dengan org yang mempunyai kelayakan akademik yg cemerlang tetapi tak pandai berkomunikasi, maksudnya tak pandai berinteraksi dengan orang ramai.

    Ramai juga ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi pencapaian akademik mereka rendah sahaja.

    Apa2pun…kita dibekalkan akal untuk berfikir dan bertindak. Jadi janganlah terlalu ego jika anda mempunyai ijazah dan tidak mahu menerima jawatan yg jauh lebih rendah dripada kelayakan akademik anda. Apa yg penting adalah cara anda berfikir dan bertindak.

    Ramai orang yang berpelajaran tinggi , jika tidak guna akal dan fikiran yang positif..bertindak setanding dengan orang yg tidak mempunyai kelayakan akademik yg tinggi.

  10. ktom08 :

    Date: July 6, 2007 @ 11:11 pm

    Wah Jejaka, terima kasih atas perkongsian yg panjang lebar ni. Begitu juga dengan Raymond. Ini kira boleh dah boleh buat satu post kat blog nih…hehehehe

    [ Dgn ini kita sbnrnya tidak perlu utk meniru org lain namun kita pelajari cara org lain dan kita hasilkan mengikut acuan kita sendiri krn kita adlah kita yg sbnrnya… ‘So b yourself’]

    Ktom suka dengan ayat ini. Meniru apa yg orang lain buat sesuatu yg bagus adalah amat baik tetapi tiru yg bagaimana? Kita ambil, tapis, ikut dan adunkan dengan kelebihan yg kita miliki barulah kita boleh berjaya. Tetapi jika ada pencapaian yg tinggi pun, jika tak tahu perkara2 sebegini tak de gunanya bukan?

    Terima kasih kepada semua yg sudi berkongsi disini.

  11. firadila :

    Date: July 12, 2007 @ 10:55 am

    Ktom,
    firadila ni graduan juga.Keje pun guna diploma yang ada tapi gaji yang diberi adalah standard SPM.kadang-kadang gaji student yang firadila ajar lebih tinggi daripada gaji lecturer…he..he…so, nak buat macam mana yang penting “GAJI PAHALA ALLAH TAK LUPA BAGI”….REDHA DAN TERIMA SAHAJA LAH….Senyum selalu…….

  12. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 11:28 am

    firadila, yg pentingnya kita tahu bersyukur dan redha…insyallah dengan pengalaman yg ada firadila mungkin senang utk mendpt kerja yg lebih bagus dgn gaji yg mahal. Firadila kerja kat mana?

  13. firadila :

    Date: July 13, 2007 @ 11:36 am

    Ktom,
    firadila keje kat melaka sebagai pensyarah kemahiran.kalau nak suruh buat robot tu boleh le kalau diberi peluang….he…he…sepanjang firadila mengajar alhamdulillah kebanyakkan student praktikkan apa yang firadila mengajar semasa di industri….yang penting jangan lupa senyum selalu…….he…he…

  14. ktom08 :

    Date: July 13, 2007 @ 12:27 pm

    Firadila, awak ni pasti seorang pensayarh yg berdedikasi, peramah dan senyum sokmo. Keep it up. Ktom nak sangat jika ada robot yang boleh mengantikan Pembantu Rumah buat kerja. Pastinya kita tak sakit hati dgn peel dia kan? Buat satu utk
    ktom robot tu?hehehe

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.