Belajarlah dari masa lalu………
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Apa khabar? Semoga anda semua sentiasa diberkati Allah dengan kesihatan yang baik dan tenang dalam menghadapi kehidupan seharian.
Dalam hidup ini tiada seorang pun dari kita yang serba sempurna. Kita sering membuat kesilapan dan kita juga akan belajar daripada kesilapan tersebut. Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan atau kesilapan lalu adalah orang yang bijak.
Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat atau berhadapan dengan orang yang berkeras mereka benar meskipun ternyata mereka salah.
Apa yang telah kita lalui , apa yang berada dibelakang kita dan apa yang ada di hadapan kita adalah satu perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita sendiri. Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu dan jika kita berasa khuatir tentang masa depan, ini akan menghancurkan diri kita sendiri.
Oleh itu jangan sekali2 mengisi hati dengan penyesalan masa lalu dan kebimbangan menghadapi masa-masa yang akan datang. Anda tidak akan berupaya untuk mengukir masa depan yang cerah dan anda tidak mungkin dapat mengusir masa lalu yang mencengkam jiwa jika anda berterusan begitu. Dengan itu juga anda tidak akan tahu mensyukuri apa yang anda miliki hari ini. Percayalah………..
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.




















sudah berlalu lalu bertalu-talu ke hilir ke hulu…. masa doluu doluuu …
abdfatah….hepinyaaaaaaa…….
hehehe…cam Doraemon plak…wakakaka
kak tom,setuju sangat dengan apa yg kak tom royak nie.tapi…sukarnya nak mengusir kenangan hitam tuh kak tom. it’s easier to say, let’s forgive and forget..tapi….hakikatnya….
err..tiba2 jer tingat senikata lagu..
“kemafaan…dendam yg terindah” .. apa ke hei nie yeop.
Arejae, cam ada sesuatu yang sgt trajis ni….kenangan lalu mengusik jiwa ke?
Arejae, untuk mengusir kenangan hitam tu sememangnya bukan senang. Ianya perlu kekuatan dalaman. Kita seharusnya tidak menoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan dan masih jauh lagi perjalanan kita. Kenapa kita harus biarkan kenangan itu mengawal kita. Kita diberi akal dan fikiran. Letakkan ketepi emosi yg tidak menguntungkan itu dan berfikirlah dgn waras. Kena belajar mengalihkan fikiran kita kepada sesuatu yg lain dan bukannya kenangan lalu yg pahit.
Sedar tak sedar kejap je masa berlalu…
Tengok2 dah 30 tahun.. Apa yang saya pelajari??
Kita pk sendiri..
buat macam mana pun , kekadang tu teringat jugak peristiwa lama. tapi biarkan ia sebagai sebahagian dari memori kita sudahlah
masa terus berlalu pergi… usia semakin meningkat setiap hari..
[…] 3. ktom […]
[…] 3. ktom […]
salam akak
(i think i should call you akak right?)
i realized yang akak selalu appear kat my blog sbb tu saya singgah. ehehe… you have such a nice blog, and i saw a lot of motivation entries in your blog! Akak ni motivator ke?
Yang berlalu, biarlah berlalu….hidup perlu diteruskan, ahaks!
Ktom dah menyepi kembali…
Lecehlah camni
Wan.
Apa khabar? Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini.
Betul kata Wan tu….apa yang telah kita tinggalkan adalah satu memori dlm hidup kita yang akan kita kenang sampai bila2.
Zool,
Jgn marah la dik……….penyepian Ktom tak semestinya Ktom lupakan blog ni dan Zool.. Takde ruang dik….kat ofis byk kerja, balik pun byk kerja sbb sekarang takde maid. Lg pun kat KB ni ptg2 hujan dan ribut petir. Jd perkara2 sebegini yg menghalang. ( alasa la tu…wakakaka)
Terima kasih byk2 Zool kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Ktom.
abdfatah,
Kacau ya……………..hahahaha…tks for tagging me….at least ingat jugak abdfatah pada ktom ya…..wakakaka
Salam Nono,
Terima kasih kerana sudi ke sini. Salam perkenalan dari Ktom. Hehehe…memang Nono kena panggil akak pun. Nak panggil makcik pun boleh..Opssss…..jgn ler dik, nanti tua sgt pulak Ktom ni…wakakaka
Ktom bukan motivator tp minat baca buku2 dan apa2 perkara yang berkaitan dengan motivasi.
Olie,
Betul tu. Jika kita masih terikat dengan masa lalu, macam mana kita nak mara kehadapan. Yg berlalu tu biarlah berlalu. Jadikan tauladan dan sempadan.
Terima kasih kerana kesini. Dtg lagi ok.