Bodek…jangan tak bodek

12:02 am Tentang hidup

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Terlebih dulu Ktom ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam dan semoga puasa kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita insyaallah.

Apa khabar anda hari ini? Ada yang tak berpuasa ke? Hehehe….pastinya ada kan….biasalah tu bagi orang perempuan memang tak de peliknya….dan dalam bulan puasa ni lah juga kita sekeluarga berkesempatan untuk makan bersama iaitu semasa berbuka dan semasa bersahur. 

Hari ini Ktom bukannya nak menulis tentang puasa tetapi tentang amalan bodek yang banyak dan kerapkali berlaku tak kira dalam organisasi kecil atau besar.

Perbuatan bodek ini samalah dengan ampu.  Ianya merupakan satu tindakan atau hubungan luarbiasa yang digunakan oleh seseorang untuk menarik perhatian orang2 tertentu, dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kelebihan melalui jalan pintas atau jalan mudah.

Budaya bodek ini bukan sahaja dibenci oleh agama, tetapi juga salah dari segi etika kerja dan fitrah diri manusia itu sendiri.  Ianya merupakan satu amalan yang tidak sihat, yang bukan sahaja merosakkan diri orang yang melakukannya, tetapi turut memberi kesan kepada orang lain serta organisasi itu sendiri.

Setiap dari kita hendaklah berusaha menjauhi sifat ampu atau bodek ini dengan mengamalkan nilai2 murni seperti ikhlas, jujur, amanah, cekap, kreatif, inovatif, bertanggungjawab, rajin dan lain2. 

Kita kenalah bijak berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain dan juga dengan majikan.  Janganlah bersikap memencilkan diri, terlalu pemalu atau kurang bercakap.   Keadaan ini juga akan mempengaruhi prestasi kerja yang  mana mungkin menyebabkan lambat mendapat kenaikan pangkat.  Tetapi bila ada yang bijak bercakap dan peramah ada pula yang menganggap kaki bodek.  Betul tidak? Susahnya buat itu salah, buat ini salah. Tetapi janganlah pula sampai jadi kaki bodek. Perkara sebegini secara tak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak sihat di tempat kerja.

Majikan seharusnya bijak membaca bahasa tubuh seseorang itu dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap kaki bodek.  Mereka hendaklah tahu membezakan antara pekerja yang bekerja dengan jujur dan kakitangan yang bekerja untuk mencari nama dan pangkat demi kepentingan diri sendiri sahaja.

Dan di pihak kakitangan pula, kita hendaklah mempunyai prinsip yang betul, kita perlu bersikap kritis dan memberi pandangan membina untuk kebaikan organisasi.

Budaya suka membodek ini bukan sahaja memberi kesan kepada orang yang melakukannya , tetapi memberi kesan negatif kepada orang lain. 

Budaya bodek ini ada kaitannya dengan sikap hasad dengki. Apa yang menyebabkan timbulnya rasa hasad dengki ini?  Banyak sebabnya dan salah satunya ialah apabila cita-cita tidak tercapai dan memungkinkan seseorang itu melakukan tindakan yang lebih buruk seperti menyebarkan fitnah dan sebagainya.  Rasa kecewa dan berputus asa akan menyebabkan timbulnya permusuhan di tempat kerja.

Pada Ktom orang yang suka bodek ini adalah orang yang lemah dalam segala hal.  Beliau tidak ada kekuatan untuk dibanggakan dan orang lain lebih bagus, lebih pandai, lebih menarik dan segala2nya lebih dari dia.  Dengan kekurangan yang ada pada diri, ditambah pula dengan sikap yang lebih pentingkan diri sendiri dan bersikap negatif ini, dia tidak akan sedar yang dia telah menganiayai orang lain.  Orang yang sebegini memang tidak sensitif langsung dengan apa yang orang cakap…..dia boleh buat muka tembok dan buat derkkkk..je…

Kenapa harus berhasad dengki dan tidak senang pada kejayaan orang lain? Seharusnya yang baik dan bagus pada orang lain kita ikut.  Tapi nak buat macam mana, dah sikap macam tu…memang susah nak ubah dan tegur.

Jadi jauhilah sikap suka bodek ini.  Janganlah suka mengampu.  Walau apapun bidang tugas yang diceburi, setiap dari kita hendaklah mempunyai prinsip yang betul.  Kita buat kerja kita, jangan cuba cari kelemahan orang lain. Mencari kelemahan orang adalah lebih mudah daripada mencari kekuatannya dan apa yang buruk itu teramat mudah merebak dan sukar untuk ditangani.  Dan ingatlah, hati yang busuk tidak akan membawa apa2 kebaikan.  Sampai masa bila semuanya sudah terungkai, segalanya bak ” nasi sudah menjadi bubur “.

Dibawah ini ada sedikit tips untuk dikongsikan supaya kita dapat bekerja dalam situasi yang sihat dan jadi kakitangan atau pekerja yang berkesan.

1.  Bekerjalah dengan hati yang ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah, mendapatkan rezeki yang halal, dan dapat menambahkan lagi bilangan sahabat.  

2.  Tingkatkanlah nilai dalam diri.  Nilai bersih, cekap , amanah, inovatif, kreatif, bertanggungjawab hendaklah ada dalam diri kita supaya kita boleh menjadi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

3.  Jaga hubungan sesama rakan sekerja.  Jangan hanya baik dengan majikan sahaja, tetapi peliharalah hubungan, kemesraan, baik hati, budi bahasa dengan semua rakan sekerja.

4.  Berbincanglah dan mintalah pandangan sahabat2.  Jangan buat sesuatu secara bersendirian.  Wujudkan satu kerja berpasukan yang efektif.

5.  Jangan terlalu memencilkan diri.  Ini boleh menjejaskan hubungan dan pastikan apa yang dibuat tidak janggal di mata orang lain.

6.  Ambil kira pandangan orang lain untuk memastikan tindakanb yang kita lakukan itu betul

Oklah, setakat ini dulu yang dapat Ktom utarakan.  Sudi kiranya anda berkongsi disini supaya setiap perkongsian yang dibuat akan memberi manfaat kepada kita semua insyaallah.

Jumpa lagi.  “  SELAMAT BERPUASA “

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
21 Responses
  1. zuhairy :

    Date: September 13, 2007 @ 12:38 am

    pada saya bodek ni satu amalan yang tak beretika.bukan setakat dalam pejabat je, malah dalam peringkat pentadbiran pun, bodek ni jadi perkara yang lumrah..punyalah nak dapatkan satu2 jawatan, punyalah bodek!

    bodek sampai tak tau hala..walaupun perkara yang dibodek tu jelas salah..

  2. azwanhadzree :

    Date: September 13, 2007 @ 12:24 pm

    Memang senang nak bodek, tapi kena ingat, bila dah betul-betul dapat kerja/jawatan tu and lepas tu kenkawan lain dah tak nak tolong baru padan muka.

  3. abdfatah :

    Date: September 13, 2007 @ 2:14 pm

    bodek ke? terkedek2 nak bodek? apa kes nak bodek? dapat apa dari bodek? jangan tak bodek… bodek yang membawa padah…

  4. zool :

    Date: September 13, 2007 @ 3:23 pm

    Bodek atau mengampu nie memang banyak berlaku dalam mana2 organisasi pun…
    Mereka yang kuat mengampu atau mengipas untuk kepentingan sendiri..
    Yang lebih teruk mereka sanggup menjatuhkan kawan-kawan sekerja..
    Perkara ini memberikan kesan kepada orang lain..Jadi seeloknya kita naik hasil usaha sendiri bukan dengan cara singkat…

  5. Abang Em R :

    Date: September 13, 2007 @ 9:51 pm

    Salam siaran Ktom.
    Bodek kalau salah terjah akan nampak bodoh!. Tp dah namanya kaki bodek, mana ada rasa malu. Walaupun ‘aktiviti’nya itu mengundang kontrovesi satu pejabat, dia buat muka selamba jer. Janji segala hajatnya tercapai. Dahsyatkan! Lama2 bila aktiviti bodeknya tak jalan, dia jadi mcm orang bodoh sebab orang dah tak kuasa nak layan… padan muka! he..he..

    P/s: Kekadang abang kena gak bodek(pujuk) pendengar, lebih2 lagi kalau ‘live phone call’, kena guide satu satu supaya mereka tak melalut bila ‘on air’. Kalau tak hancus programme. Tp ada gak yang tak paham. Lain disuruh lain dibuat. Lari tajukla jawabnya.. he..he..

  6. ktom08 :

    Date: September 13, 2007 @ 10:33 pm

    zuhairy,
    Biasalah tu, jika sesuatu yg tak elok , suka dan mudah sgt nak buat tp yg elok…..hmm tahu2 lah

    Wan,
    Memang padan pun, lebih2 lagi boss yg dia bodek tu trasfer ke lain dan org lain ganti tempat boss tu org yg betul2 firm dan tak suka dibodek…nahas dia…

    abdfatah,
    hehehe masa kecik2 dulu awak tak pernah bodek mak awak utk dptkan permainan kesukaan awak ke? Memang pernah kan?hehehe…Ktom tahu..jgn tipu ya…wakakaka

    zool,
    Tu la jika nak naik sebab usaha sendiri lambat…tapi usaha membodek pastinya cepat dapat…hahahaah

    Abang Em R,
    Memang kaki bodek ni mukanya tak tahu malu…..dia buat tak kisah apa yg org nak cakap asalkan dia dapat apa yg dia impikan. Hohoho bodek pendengar ya….jika pendengar abang yg baca ni memang kantoi ler…..wakakaka

  7. soulof99 :

    Date: September 14, 2007 @ 6:31 am

    Bodek membodek ni selalunya membawa hasil yang lebih membawa kepada perkara2 yang negatif spt kehilangan kawan sbgi contoh.

    Kalau nak sangat naik pangkat, eloklah lakukan dengan cara yang lebih beretika. Tak elok oo main kotor… ;)

  8. linncomel :

    Date: September 14, 2007 @ 8:37 am

    Masalah yang saya hadapi, saya tidak tahu bagaimana untuk bodek atau ampu, akibatnya saya mnjadi seorang pekrja yang tidak popular dikalangan pihak management.

    Tapi saya tak kisah, asalkan saya buat kerja saya itu sudah cukup dan terbaik untuk saya.

  9. firadila :

    Date: September 14, 2007 @ 12:01 pm

    Ktom,
    sebenarnya mereka yang kaki bodek ni mereka hanya ada “KEKUATAN MULUT JE TETAPI TAKDE KEKUATAN FIZIKAL UNTUK MEMBUAT KERJA….DENGAN KATA LAIN TAK TAHU BUAT KERJA”…

    Oleh itu,
    Pastikan diri kita seorang yang profesional yang “PANDAI BODEK DAN PANDAI BUAT KERJA”…bukan senang nak jumpa yang macam tu…

    SENYUM SELALU….

    p/s : Cuba bagi kerja yang susah kat kaki bodek tu…sure tunggang langgang dibuatnya….

  10. ktom :

    Date: September 14, 2007 @ 10:11 pm

    soulof99,
    Salam perkenalan. Nak buat cara beretika kadang2 tu susah nak naik pangkat. Jadi baik ler bodek, at least apa yg kita nak semuanya boss akan berikan atau layan.

  11. ktom :

    Date: September 14, 2007 @ 10:17 pm

    linn,
    Samalah kita. Ampu dan bodek ini bukan naluri kita. Bukan kebiasaan kita dan memang berlawanan dengan sikap dan kehendak kita. Jadi susah jika nak belajar bodek ni…bila perbuatan dan hati berlawanan maka bodek ni tak akan menjadi. Dan sememangnya Ktom tidak popular dikalangan boss tetapi Ktom sentiasa pastikan buat kerja dengan effisien dan efektif, selalu berusaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang kerja dan turut mempelajari kerja2 yang orang lain buat…..bukan nakkan kenaikan pangkat atau apa tp nak pastikan diri sendiri penuh dgn ilmu yg bermanafaat supaya apabila kita dapat tugas baru, kita akan senang melakukannya..

    firadila,
    Memang betul pun, mereka bukannya tahu kerja sangat dan sebab tak tahu itulah kelemahan mereka jadi, mereka gunakan bodek sebagai kekuatan mereka untuk menarik perhatian boss.

    Orang yang selalu senyum pasti takkan buat perkara2 yg macam tu bukan? hehehe

  12. pyan :

    Date: September 14, 2007 @ 11:56 pm

    Salah ke bodek tu….? Tak salah kan ? Ia salah satu skill dalam teori kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)

  13. aman :

    Date: September 15, 2007 @ 2:31 pm

    selamat berpuasa buat ktom.. :D

  14. ktom :

    Date: September 15, 2007 @ 10:36 pm

    Pyan,
    Teori Multiple intelligence? Hmm…apa agaknya yg ada lagi dalam teori ni?

    Ikut teori tu tak salah jika bodeknya bertempat tp kalau yg terover tu yg tak baiknya kan?

    Tks for sharing dan Salam perkenalan.

    Aman,
    Selamat berkunjung ke sini dan Selamat berpuasa….Sembahyang sunat tarawikh jangan tinggal ok…

  15. zool :

    Date: September 16, 2007 @ 2:09 pm

    Hm.. pyan rasanya bodek tak salah cuma yang salah bila bodek menjatuhkan orang lain..
    kalau bodek untuk diri sendiri itu terpulang pada masing2 tapi kebanyakan yang kipas ni siap membuat fitnah memacam..
    beritau yang dia buat keje bagus tak macam orang lain..
    tu yang masalahnya..

  16. zuhairy :

    Date: September 16, 2007 @ 6:41 pm

    sepanjang pengalaman saya la, orang yang kuat bodek ni, mutu kerjanya tak seberapa…tapi dia punya kipas, lebih sudu dari kuah!

  17. ktom08 :

    Date: September 16, 2007 @ 10:17 pm

    Tu la zool, Ktom pun nak tahu penerangan lebih lanjut lg ttg teori tu..Pyan, kongsilah sikit disini ok…orang lain pun pasti nak tahu jugak…:)

    zuhairy,
    Kipas tu ada sudu ke? wakakakakakaa
    Tapi betul ler…mana ada kaki bodek yg kerjanya bermutu..selalunya dia berselindung disebalik kelemahan prestasi kerjanya.

  18. azam :

    Date: September 21, 2007 @ 2:42 pm

    Bagi aku bodek untuk diri sendiri tanpa menjatuhkan orang lain tak salah dan termasuk dalam skill kalau kita bekerja makan gaji. Prestasi kerja kena seiring dengan sedikit bodek. cth, apabila kita membuat sesuatu kerja yang bagus, kita kena beritahu bos supaya dia nampak hasil kerja kita. Begitu juga bila bos buat sesuatu yang bagus atau sikit-sikit bagus, kita harus puji dia. Dengan membodek begini, bos akan nampak apa yang kita buat.Realiti makan gaji, kita tidak akan menjadi hero kerana bos adalah hero. Nak jadi hero bukak company sendri.Bodek yang salah pulak bodek berlebihan dan suka menjatuhkan org lain utk diri sendri.Aku pun tak gemar!

  19. ktom08 :

    Date: September 21, 2007 @ 11:47 pm

    azam,
    bila buat kerja dengan bagus, beritahu bos, rasa Ktom tu bukan bodek…tp masuk bakul angkat sendiri…hehehe…

    Ktom setuju dgn apa yg azam utarakan itu, tapi bab bodek ni selalunya yg menjatuhkan lain untuk naik…tu yg buat kita haru biru tu….

  20. azam :

    Date: September 22, 2007 @ 11:32 am

    Dan bodek jugak kena tengok dari sudut pandangan siapa..Dengki-dengki dan suka menyalahkan orang lain ni biasa dalam budaya kita. Tak boleh nampak org lebih sikit mula la mengata bodek bos laa hapa lahh…Padahal diri sendri tak perform..

  21. ktom08 :

    Date: September 23, 2007 @ 10:09 pm

    itu pun betul azam….bagi org yg berpandangan negatif dan tak suka kerja , dia akan lihat org yg perform tu sebagai membodek…walhal dia yg tak punya daya usaha.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.