Bunga dan Rama-Rama
June 11, 2008 10:59 pm Tentang hidupAssalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.
Hari ini Ktom ingin kongsikan satu cerita yang Ktom baca beberapa ketika dulu tapi dah lupa sumbernya dari mana. Ceritanya begini :-
Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Maklumlah wanita memang suka pada keindahan dan berjiwa sentimental. Hehehe….jangan lupa lelaki juga ada yang terlalu sentimental. Tetapi Allah telah memberinya kaktus dan ulat. Beliau berasa amat sedih dan keliru serta tidak faham mengapa pemberianNYA berbeza daripada permintaannya.
Kemudian beliau berfikir : Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Jadi beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Beberapa bulan selepas itu, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya itu. Beliau pergi ke tempat beliau letak kaktus tersebut dan wanita ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri satu ketika dulu telah tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terselindung itu telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Kejadian itu membutakan beliau berfikir. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.
Jadi jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah , PERCAYALAH, pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang kita pinta itu pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan? Allah tidak gagal memenuhi permintaan hambaNYA.
Oleh yang demikian teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















zaidi :
Date: June 15, 2008 @ 5:15 pm
kita kena jadi macam bunga , cantik,wangi dan semua orang suka. ambik kebaikkan orang lain dan beri kebaikkan kpd orang lain juga
abdfatah :
Date: June 15, 2008 @ 10:59 pm
orkid laaaa…..bukan bunga laaa. orkid laaaaaa
firadila :
Date: June 16, 2008 @ 11:24 am
Ktom,
apa khabar…dah lama tak jejak kat sini….
zool :
Date: June 16, 2008 @ 2:35 pm
Memang lama tak singgah sini.. Tapi memang Allah lebih tau apa yang sesuai untuk kita…
firdaus :
Date: June 16, 2008 @ 9:56 pm
hi,
i would like my website www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
ktom :
Date: June 16, 2008 @ 10:00 pm
zaidi,
Setiap kebaikan yg kita beri dgn ikhlas, pastinya akan dpt dirasai dan di terima dengan seikhlasnya oleh yan menerima. Tidak ada istilah rugi dalam membuat kebaikan. Tapi jgn terlalu mengharapkan kebaikan dr orang lain kerana sikap manusia memang berbeza. Berikan keikhlasan dan buat penilaian yg terbaik serta hargailah segala kebaikan yang kita terima.
ktom :
Date: June 16, 2008 @ 10:03 pm
abdfatah,
Hehehe, awak suka orkid ya? Orkid dlm cerita Sepet atau orkid kat Taman Tg Anis? wakakakaka….
firadila,
Apa khabar? Ktom juga agak lama menyepi dek tuntutan tugas. firadila kemana? Memang lama tak kelihatan ni?
ktom :
Date: June 16, 2008 @ 10:05 pm
Haah la zool. Awak apa khabar? Projek cacing tu cam mana? Lama juga tak dengar berita dari zool. Apahal dik? Merajuk ke???????(:
ktom :
Date: June 16, 2008 @ 10:08 pm
firdaus,
Salam perkenalan. Utk review blog tu boleh aje….tak payah bayar pun…..:)
JuliaNa :
Date: June 18, 2008 @ 1:48 am
Betul citer akak tu, cuma kadang2 kita ni tak sabar kan…terima kasih ye kak..:)
ktom08 :
Date: June 18, 2008 @ 11:09 pm
JuliaNa,
Sama2. Nafas kita entah bila kan terhenti, jadi selama kita masih bernafas, berkongsilah sesuatu yg boleh memberikan manfaat kepada semua.
zool :
Date: June 18, 2008 @ 11:25 pm
Bukan merajuk ada lagi..
tak caya tengok blog..
tiap2 ari posting..
ktom08 :
Date: June 19, 2008 @ 12:02 am
zool, ktom dah pi pun……macam2 ada…hehehe