Kekuatan menghadapi kepahitan hidup………..
July 15, 2008 12:07 pm Tentang hidupAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Begitu cepat masa berlalu….kita dah pun berada dalam bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadan muncul kembali. Semoga puasa kali ini dapat kita tunaikan dengan penuh keberkatan. Hehehe…puasa lambat lagi la ….apasal cerita hal puasa pulak ni? Saja je…….excited tunggu Ramadan tiba. Anyway,maaf sebab akhir-akhir ni ruang dan waktu betul2 tidak mengizinkan untuk Ktom mengupdates sekerap mungkin. Harap anda tidak pernah jemu untuk ke sini dan semoga apa yang Ktom kongsikan disini memberi manfaat kepada anda.
Bukan mudah untuk kita melupakan masa silam lebih-lebih lagi jika ianya merupakan satu kenangan paling pahit dalam kehidupan kita. Namun walau sesukar mana pun, kita harus tetap melupakannya dan membuangnya jauh-jauh dari hidup kita. Kita tidak boleh terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit kerana kita tidak akan merasa apa itu BAHAGIA. Malah jalan untuk menuju kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana kita sentiasa dibayangi oleh rasa takut dengan bayang-bayang semalam.
Jadi, jangan biarkan kenangan pahit yang pernah dilalui itu menyekat kebahagiaan dan kejayaan kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru.
Ok Ktom ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu. Jom………
1. Buang segala-galanya
Untuk melupakan semua kenangan pahit yang pernah anda lalui, cara yang paling berkesan ialah dengan membuang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan silam. Buanglah apa saja yang boleh membuatkan anda teringat kembali pada seseorangg itu misalnya gambar, hadiah, surat, kad atau segalanya. Anda harus kuat dan tabah.
Jangan tinggalkan walau satu bukti pun yang menunjukkan anda pernah bersamanya. Anggaplah apa sahaja yang berlaku antara anda dengan dia adalah satu mimpi buruk. Mungkin sukar untuk anda melakukannya tetapi berusahalah. Sentiasa percaya bawa selagi anda tidak membuangnya, selagi itulah bayang-bayangnya akan terus bersama anda. Oleh sebab itu apa sahaja yang menjadi punca bagi membolehkan anda mengingati pada kenangan pahit yang berlaku, usahalah untuk mengusirnya jauh-jauh.
2. Ubah penampilan diri
Mulakan hidup baru. Inilah apa yang sering kita katakan. Namun kalau hanya ucapan semata-mata, tidak mungkin ianya akan berhasil. Anda seharusnya berubah bukan sahaja dari segi pemikiran dan pandangan tetapi juga dari segi penampilan. Ubahlah diri jadi seperti orang baru.
Tampilkan imej yang lebih kemas, menarik , anggun dan paling penting ia benar-benar sesuai dengan anda. Mungkin ada di antara anda yang berfikir, menukar imej tidak memebri sebarang kesan untuk mulakan hidup baru. Anda tersilap sebenarnya. Percayalah, bila anda tampil dengan imej baru, pastinya anda akan merasa hari-hari yang dilalui berbeza dari sebelumnya.
Sekiranya anda tidak mengubah penampilan, setiap kali anda memandang cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh satu ketika dulu. Namun apabila anda berubah, anda akan nampak diri anda yang baru dan tidak ada kena mengena dengan diri anda sebelum ini.
3. Berubah angin
Sekiranya anda mempunyai peluang ataupun berani untuk mengambil satu keputusan yang lebih drastik, maka berpindahlah jauh dari tempat yang banyak menyimpan kenangan pahit pada anda. Mungkin bagi sesetengah orang, ini adalah satu tindakan untuk lari dari masalah. Namun harus diingat andai kita berubah untuk mencari yang lebih baik untuk diri, apa salahnya kan?
Bagaimana untuk memulakan hidup baru sedangkan ke mana-mana anda pergi pasti akan terlihat kebodohan, kesengsaraan dan penderitaan anda sebelum ini. Jadi jalan paling baik adalah dengan keluar dari tempat tersebut dan carilah ruang yang lebih selesa untuk anda memulakan yang baru.
Jangan sesekali anda katakan yang anda telah terlewat kerana sesungguhnya istilah terlewat itu tidak pernah wujud. Masa sentiasa ada selagi kita mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
4. Menjalinkan hubungan baru
Tidak kiralah apapun kenangan pahit anda sama ada anda gagal dalam percintaan, dikhianati sahabat, anda kehilangan orang tersayang dan sebagainya, namun cara untuk anda melupakannya tetap sama iaitu cubalah menjalinkan hubungan dengan teman-teman baru.
Lebih baik lagi orang tersebut tidak pernah mengenali anda sebelum ini dan tidak pernah tahu kisah pahit yang pernah anda alami. Anda boleh menjalinkan hubungan persahabatan dengan seramai mana yang anda mahukan. Lebih ramai, lebih baik kerana ianya akan lebih memudahkan anda untuk memulakan hidup baru sekaligus melupakan apa sahaja yang pernah berlaku.
Tetapi harus diingat, biar serapat mana pun anda dengan teman baru itu, jangan sesekali menceritakan sejarah pahit anda pada mereka. Perkara yang telah berlaku janganlah diungkit kembali. Biarkanlah mereka hanya mengenali anda yang hari ini, bukan anda yang semalam.
5. Maksimumkan diri
Sentaisa cuba untuk menggunakan semaksimum mungkin daya dan keupayaan anda. Jangan terlalu mudah megaku kalah dan terlalu yakin dengan mengatakan anda tidak mampu untuk berubah.
Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda suka. Tetapi jangan lakukan asal boleh sahaja. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sehabis daya anda. Percayalah anda pasti akan terkejut melihat keupayaan anda dan pasti anda tidak menyangka bahawa anda boleh melakukan sebaik itu.
Selain itu dengan memaksimumkan keupayaan diri, ia akan merubah diri anda dari seorang yang rasa rendah diri menjadi kepada seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Anda juga pasti akan rasa bangga pada diri dan rasa bertuah kerana dilahirkan cukup istimewa serta sempurna. Perasaan-perasaan inilah yang akan membantu anda untuk mengucapkan selamat tinggal pada segala memori pahit.
Inilah antara perkara-perkara yang boleh kita buat dan seandainya sudi berkongsi disini …silakan lah Ktom amat mengalu2kannya.
Ingatlah dalam setiap kehidupan kita pasti ada jatuh bangun, ada pasang surutnya. Sesekali kita akan diduga dengan pelbagai cabaran yang kadangnya menjadi kenangan yang teramat pahit dalam hidup kita. Dari itu janganlah kita merasa kecewa , bangkitlah…………..
Sekian. Jumpa lagi.
Wasalam





















demang :
Date: July 15, 2008 @ 3:42 pm
Asal kapas jadi benang;
Dari benang dibuat baju;
Barang lepas jangan kenang;
Sudah jadi orang baru.
Patahkan tumbuh hilang berganti;
Akan sembuh kalau diubati.
demang :
Date: July 15, 2008 @ 3:43 pm
PEMBETULAN
Asal kapas jadi benang;
Dari benang dibuat baju;
Barang lepas jangan kenang;
Sudah jadi orang baru, mengapa di rindu.
Patahkan tumbuh hilang berganti;
Akan sembuh kalau diubati.
ktom08 :
Date: July 15, 2008 @ 6:01 pm
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu2an
Intai kami antara nampak
Esok jgn rindu2an
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sbg rambut bersimpul mati
pakar clickbank :
Date: July 15, 2008 @ 9:32 pm
Kenangan yang pahit dilupakan dan kenangan yang manis di simpan dalam hidup kita untuk membawa kita hari makin hari bertambah gembira ,tidak ada perihal yang pahit bererti tidak ada cabaran …tetapi jangan sebagai alasan dan selalu mengingati hal yang pahit….
ktom :
Date: July 15, 2008 @ 10:29 pm
betul pakar clickbank, kita sewajarnya lupakan kenangan pahit…yg manis kita simpan supaya hidup dan pemikiran kita lebih positif.
pakar clickbank :
Date: July 17, 2008 @ 1:03 am
ye..bagi saya kita nak hidup dengan gembira supaya pemikiran kita selalu ada idea yang baru untuk menjana pendapatan dengan lebih ” senang “
Merapu :
Date: July 17, 2008 @ 8:31 am
Ktom ada IP (internet Protokol) tracker?
pakar clickbank :
Date: July 18, 2008 @ 12:36 pm
Datang jalan -jalan nak cari info
abdfatah :
Date: July 18, 2008 @ 3:36 pm
oh pahitnya… kopi peria, cenkudu…. kopi pahit yang tidak begitu manis…
yang pahit jadikan kenangan… yang manis jadikan renungan…
eh eh eh silap tu…
pahit teladan… manis sempadan…
eh silap lagi…
salah silap harap maafkan jangan buat muka pahit aje… hohohoo….
apohalpun kenangan yang pahit jadikannya sebagai pedoman masa depan…. hidup mesti diteruskan…
ktom :
Date: July 20, 2008 @ 2:43 pm
Merapu.
tak de ler…
pakar clickbank,
Cari jangan tak cari……
ktom :
Date: July 21, 2008 @ 3:34 pm
Tak sangka abdfatah ni pandai melatah……….chokek mok bolok…….( hehehe abdfatan atau arejae je yg faham maknanya ni….)
merapu :
Date: July 21, 2008 @ 4:01 pm
Apa latahnya itu, kongsi-kongsikan lah.
Md. Noor :
Date: July 21, 2008 @ 4:03 pm
Tak aci macam tu
pakar clickbank :
Date: July 22, 2008 @ 1:11 am
Minum kopi yang tidak ditambah gula tetapi rasanya tetap manis kerana blog ini menpunyai kenangan yang manis…
ktom :
Date: July 22, 2008 @ 10:12 pm
merapu,
abdfatah tu yg melatahnya……sikit2 silap, sikit2 silap…tu kan melatah namanya…..
Apasal nickname MERAPU? Ahaaaaa…ni mesti pasal suka merapu nih……
Md Nor,
Apa yg tak aci tu? Ktom tak buat apa2 pun. Tks sebab sudi singgah sini…..begitu juga dgn merapu…..
ktom :
Date: July 22, 2008 @ 10:13 pm
pakar clickbank,
Kenangan manis? Apa ya? Boleh share tak?
merapu :
Date: July 23, 2008 @ 9:37 am
“Apasal nickname MERAPU? Ahaaaaa…ni mesti pasal suka merapu nih”
Do you always have to be this sacarstic?
What if I ask you, kenapa nickname KTOM? Ahaaaa…ni mesti suka minum air ketum nih……..
Merapu :
Date: July 24, 2008 @ 1:18 pm
Not long ago, three friends came to the
New York city. They decided to stay in
a hotel during the visit.
It so happened that their room ended up
being on the 60th floor.
The policy of the hotel was that
everynight after 12:00 a.m. the
elevators are shut down for security
reasons.The next day, the three friends
rented a car and went out to explore
the city. They enjoyed movies,
concerts, and other things throughout
the whole day. At one point, they
remembered that they have to get back
to the hotel before 12 a.m.
When they arrived, it was beyond 12
a.m. at night. The elevators were shut
down. There was no other way to get
back to their room but to take the
stairs all the way to the 60th floor.
All of a sudden, one friend got an
idea.
He said “For the first 20 floors, I
will tell jokes to keep us going. Then
another one of us could say wisdom
stories for the next 20 floors.
Finally, we will cover the other 20
floors with sad stories.”
So, one of the friends started with the
jokes. With laughs and joy,they reached
the 20th floor. Now, another friend
started saying stories that are full of
wisdom. So, they learned a lot while
reaching the 40th floor. Now, it was
time for the sad stories.
So, the third friend started thus, “My
first sad story is that I left the key
for the room in the car.”
Now, what is the point of this story?
This story resembles our lifecycle. For
the first 20 years of our life, we
spend time in joking and enjoying
whatever is out there. Then, after we
reach 20, we go into the work force,
get marriead, have kids and this is the
time when we use our wisdom. Then, if
we reach 40, we finally see the white
hairs and begin to think that my life
is coming to an end and the sadness
begins.
It’s better that we start our life in
the very beginning by remembering death
rather than preparing for it at the end
our life when very few of us have the
energy to obey Allah completely. We
should also remember that there is no
guarantee of a life of 60 years for any
of us, many have already left this
world way before that age.
pakar clickbank :
Date: July 26, 2008 @ 12:24 am
kenangan manis memang banyak tu..yang terkini lah aku cerita …baru -baru ni ramai berkenalan dengan amoi-amoi di Vietnam ..dan mereka ini semua baik-baik dan cantuk tu…
zool :
Date: July 26, 2008 @ 11:19 pm
Lama tak singgah sini,, Ye la ktom pun lama tak singgah blog saya,…
Biasalah kepahitan hidup perlu ditempoh jua..
ktom :
Date: July 29, 2008 @ 12:33 pm
Merapu,
Marah ke? hehehehehe…jgn marah dik, Ktom cuma gurau je ler……apahal yg sensitif sgt ni?????:)
ktom :
Date: July 29, 2008 @ 1:05 pm
” It’s better that we start our life in
the very beginning by remembering death
rather than preparing for it at the end
our life when very few of us have the
energy to obey Allah completely. We
should also remember that there is no
guarantee of a life of 60 years for any
of us, many have already left this
world way before that age. ”
Merapu,
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di atas. Memang seharusnya kita bermula dari sekarang kerana masa untuk dipanggil menemuiNYA tidak kita ketahui, mungkin sekejap lagi, mungkin esok atau lusa.
Merapu,
Bagi Ktom usia 40 adalah usia kematangan. Kita matang dalam byk perkara hasil dr pengalaman, pemerhatian, penghayatan dan pembacaan kita. Pada umur begini mungkin kesedihan sudah tidak ada sbb pada masa ini kedudukan masing2 sudah stabil dlm berbagai segi. Kejayaan dalam karier, kebahgiaan bersama keluarga sudah capai ke kemuncak dan tidak dapat dinafikan pada umur sebegini pelbagai penyakit pula akan menyerang jika kita tidak prihatin terhadap tahap kesihatan kita.
Jadi renung2kan lah ya….
ktom :
Date: July 29, 2008 @ 1:07 pm
pakar clickbank,
Amboiiii…berkenalan dgn amoi Vietnam…. tersangkut atau pun tidak? wkakakakaka
zool,
Cam mana kursus induksi? Harapan Ktom zool lulus dgn jayanya….
Sorry Ktom pun dah lama tak online dan tak ke blog zool. Jgn kesil hati ok…