Memendam perasaan ada keburukannya……….

12:00 am Tentang hidup

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda gembira dan bahagia selalu. Bagaimana situasi hari ni? Sibuk dengan tugas anda di pejabat? Sibuk menguruskan perniagaan internet anda? Sibuk dengan tugas-tugas luar dan sebagaimana. Walau apapun, semoga setiap kerjabuat yang anda lakukan selesai dengan jayanya.

Ok, topik kita hari ini tentang perasaan. tentang rasa yang kadangkala sukar untuk diluahkan ekoran daripada beberapa sebab.  Sesetengah daripada kita memang tidak suka berkongsi cerita dengan sesiapa saja. Mungkin kita tidak ingin membuka pekung di dada kerana malu. Mungkin anda tidak yakin apa yang terpendam dihati anda itu dapat diterima oleh orang lain atau tidak.  Mungkin anda tiada tempat untuk meluahkan perasaan anda dan berbagai2 andaian dan alasan lagi.

Meluahkan perasaan ni bukannya senang sebab kadang2 tu ada juga masalah yang kita pendam tapi akhirnya kita dapat menyelesaikannya sendiri dan adajuga masalah yang memerlukan pandangan orang ketiga iaitu samada pendengar itu adik beradik, saudara mara , ibu bapa dan sebagainya.

Kadangkala ada juga keadaan dimana orang yang mengalami masalah itu terus memendamkan perasaannya kerana tidak tahu kemana hendak dituju dan tiada sokongan orang2 yang terdekat. 

Perasaan malu harus dibuang sebab apabila masalah bertambah berat, bukan sahaja diri sendiri malah orang disekeliling turut terbeban.  Sikap malu harus dibuang kerana ianya hanya akan menambahkan masalah yang ada.

Masalah dan tekanan ini boleh diumpamakan seperti air yang tersumbat di dalam pembetung.  Semakin hari semakin padat dan akhirnya akan pecah.  Dan bila pecah tak ada maknanya lagi.

Untuk meluahkan masalah pula, anda hendaklah bercerita sepenuhnya. Jangan bercerita separuh-separuh. Jika masih disimpan kerana malu, masalah tidak akan selesai, sebaliknya akan menjadi semakin bertambah. Dengan meluahkan apa yang terbenam dalam fikiran kita, tekanan atau stress dapat dikurangkan dan dihilangkan.

Dan satu lagi perkara yang membuatkan seseorang itu memendam perasaan adalah apabila bercerita masalah kepada keluarga , kadangnya boleh mendatang banyak keburukan dari kebaikan sebab sebagaimana yang kita tahu dalam hubungan suami isteri jika ada campurtangan pihak keluarga, masalah akan jadi bertambah kusut. 

Jadi carilah orang yang boleh kita percayai untuk bercerita masalah peribadi. Bukan tak boleh cerita pada semua orang tetapi awasilah…mungkin masalah yang kita hadapi akan jai semakin rumit jika tidak kena pada gayanya.  Bercerita pada keluarga boleh asalkan kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan.

Sahabat baik ( walaupun berjauhan) boleh kita luahkan apa yang terpendam.  Sekurang2nya mereka dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Begitu juga dengan bekas teman lelaki/wanita.  Mereka  juga boleh dijadikan pakar rujuk asalkan mereka tidak mengambil kesempatan.

Jadi, jangan memendam perasaan. Luahkannya.  Budaya masyarakat kita sering menyebut, hal dalam bilik tidur adalah menjadi rahsia yang tidak boleh diceritakan tetapi sejauh mana ia tidak menganggu emosi masing2.  J

Jadi jika ianya sesuatu yang memudaratkan, lebih baik dikongsi bersama dengan orang yang lebih tua sebab orang banyak pengalaman.

Ok setakat ini dulu buat kali ini.  Sibuk sikit hari ni. Banyak tugas yang masih belum diselesaikan membuatkan ayat2 kat entri ni kelam kabut sedikit.  

Jumpa lagi.

Wasalam.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
26 Responses
  1. zool :

    Date: July 18, 2007 @ 8:37 am

    Rasa cam terkena je plak..
    Saya sebenarnya selalu luahkan perasaan saya tapi pada orang yang tak pernah jumpa ( rakan internet)
    .. Walaubagaimanapun saya luahkan juga masalah kepada kawan baik saya…
    Memang sukar nak berbincang dengan keluarga …

  2. firadila :

    Date: July 18, 2007 @ 1:01 pm

    Ktom,
    Kalau dilihat dengan mata kasar ni pada pendapat firadila,mereka yang telah dilatih dari kecik (latih sendiri) memendam perasaan…mungkin bila dah besar nanti segala tindak tanduk akan dilihat seperti yang sudah matang.Seperti pandai berdikari,berfikiran positif dan kalau nak buat sesuatu mesti fikir 2,3 kali sebelum bertindak.Kiranya maruah akan dijaga sebaik mungkin.

    berbanding mereka yang jenis suka meluahkan perasaan.Mereka akan bercakap dan bertindak sesuka hati (tanpa memikirkan perasaan orang lain) tak kiralah orang dewasa, warga emas kerana sikap mereka yang jenis suka “meluahkan perasaan dan tidak tahu memendam perasaan”.Oleh itu, segala keinginan dan kehendak mereka perlu dituruti kerana apabila mereka sudah meluahkan perasaan, mereka perlukan “hasil” daripada orang yang diluahkan seperti hadiah, keiginan dan nafsu.So,belajarlah memendam perasaan tapi jangan sampai tertekan pulak…padah jadinya..

    berfikirlah secara positif dan senyum selalu….

  3. ktom08 :

    Date: July 18, 2007 @ 4:21 pm

    Zool, kenapa susah nak bincang dgn keluarga? Adakah perkara tersebut tak boleh keluarga tolong selesaikan atau macam mana?

    zool, tak berniat utk mengenakan zool…sorry ya.

  4. ktom08 :

    Date: July 18, 2007 @ 4:33 pm

    Memang betul pendapat firadila tu…tetapi mungkin masalah2 yg mampu mereka selesaikan sendiri. Dan apabila kita mampu menyelesaikan masalah sendiri, dari situ kita akan jadi lebih kuat dan lebih yakin dan kematangan itu lahir kerana masalah tadi lah.

    Tetapi jika masalah yang berkait dgn soal hati dan perasaan…ini yg susah jika dipendam…lama2 boleh dpt migrain, jadi stress dan bila dah stress, byk kerja tidak boleh diselesaikan dgn waras dan jayanya.

    Jadi disini, pendam perasaan atau jenis yg suka simpan rahsia diri ni agak berbeza daripada membisu seribu bahasa apabila ada masalah yang tidak berkaitan dengan soal hati sbb masalah lain mungkin boleh diselesaikan dgn cara berfikir atau cari maklumat tetapi soal hati ni susah ler…
    Tak de duit, boleh fikir nak pinjam kat mana, byk tugas, boleh diselesaikan dgn perancangan yang baik tp kalau bab2 cinta atau kasih sayang ni…sapa yg boleh tolong?

  5. adila :

    Date: July 19, 2007 @ 7:50 am

    pendam perasaan ada baik dan buruknya…

    kot terlalu berterus terang, kita boleh menyebabkan orang sakit hati dan makan hati dengan kita…

    tapi, kot terlalu memendam, kita pulak yang sakit hati dan makan hati…gunung berapi yang dah terpendam sekian lama, bila meletup, memuntahkan lahar yang boleh membunuh sesiapa sahaja.

    bagi saya, kita perlau maintain. jangan terlalu berterus terang dan tidak terlalu memendam…barulah hidup akan ceria dan kawan pun ramai.

    dalam bab cinta, jangan pendam!
    jangan simpan rasa sakit hati anda kerana sangka pasangan kita akan mengerti…ntah2 si dia tu tak tahu pun yang kita ni muncung keranan sakit hati dengan perlakuan dia…dengan orang laki…kita kena berterus terang…luahkan apa yang di rasa. tapi jangan terlalu menonjolkan yang anda terlalu sayang atau terover kasih…nanti dia rasa megah la pulak…huuh

  6. firadila :

    Date: July 19, 2007 @ 10:35 am

    Ktom,
    bab cinta dan kasih sayang ni banyak cara untuk diluahkan..

    contohnya, memberi senyuman, mengambil berat akan perasaan orang lain (emm… yang disayangi) , tahu akan kesukaannya tanpa perlu di beritahu….kenyitan mata dan yang paling penting sekali….perasaan tanggungjawab depa kepada kita…mana yang dengki tu memang perlu diluahkan secara terus terang pun..tak patut dipendamkan…

    semua ni boleh diluahkan tanpa kata-kata…betul tak?

    P/s ubat paling mujarab soal hati dan perasaan ni ialah senyuman.Tak caya cubalah…orang tengah marah kita teruk-teruk…kalau sentiasa senyum bila kena marah…confirm depa yang kena migrain..he…he…gurau je…tapi dah cuba pun…memang berjaya…

    senyum selalu…

  7. Abang Em R :

    Date: July 19, 2007 @ 11:43 am

    Memendam perasaan memang banyak buruknya.. Ingat lagu Sheila Majid ‘Tua Sebelum Waktunya..’ jgn sampai jadi mcm tu!

    Tksh ktom yang telah hurai panjang lebar. Dapat gak sikit tips tuk bahan ‘on air’. Harap ktom tak marah le yer klu saya amik intipati tulisan ktom ni untuk bahan siaran sy. he..he..

  8. ktom08 :

    Date: July 19, 2007 @ 1:51 pm

    Askm Abang Em R,

    Selamat datang….harap ini bukan kali yg pertama dan terakhir…hehehehe

    Ambik je…kita kan nak berkongsi apa yg kita tahu….

    Cuma sayang seribu kali syg…tak dpt siaran tu…..

    Dan jangan memendam perasaan tau….

  9. ktom08 :

    Date: July 19, 2007 @ 2:46 pm

    Adila,

    satu tips yang bagus tu…kita perlu maintain…biar balance..

    Hahaha…memang ramai lelaki yg tak tahu kita muncung sebab ada sesutau yg tak puas hati..kadang2 tu mereka buat derk…je…lagi sakit hati kita…

    Lelaki biasanya tidak suka perkara remeh temeh ni ( bagi diorang la tp bagi org perempuan tak begitu, sebab yg remeh, bila terkumpul jadi berat ). Tak tau lah sebab ego, sebab tak nak fikir, sebab betul2 tak tahu dan sebab apa?

    Orang2 lelaki boleh share tak? hehehe

    Adila, cam mana nak control supaya tidak terlalu menunjukkan kasih sayang ni? Kadangnya kita tak perasan kita dah terover tunjuk dan membuatkan org lelaki ambil peluang…

  10. ktom08 :

    Date: July 19, 2007 @ 2:51 pm

    firadila, betul tu…body language atau bahasa badan juga boleh memainkan peranan dan yang paling Ktom setuju adalah ubat hati tu…SENYUMAN… hahaha…memang depa migrain punya…

    Hehehe…firadila ni mesti suka kenyitkan mata ya?

    Senyum sokmo ok..

  11. Raymond :

    Date: July 19, 2007 @ 11:44 pm

    Perasaan baik jangan dipendamkan. Lama-lama meletup gunung berapi baru tau.

    Siapa kat sini suka pendamkan perasaan, sila angkat tangan.

    Angkat tak angkat pun tak pe. Aku tak nampak pun. Cuma bagi kau exercise sikit je supaya tak tension. :)

    Dah habis merepek kat sini … gegas pergi blog lain pula

    Jumpa lagi.

  12. zool :

    Date: July 20, 2007 @ 10:42 am

    Raymond.. Saya secara jujurnya mengaku…
    He he he…
    tapi tak bolehlah nak angkat tangan nanti budak opis peliklah plak..
    Eh bile hang nak singgah blog aku plak?? Raymond oit..
    Sori ktom..

  13. ktom :

    Date: July 20, 2007 @ 4:33 pm

    Raymond,
    awak ni kelakar juga orgnya ya..hehehehe
    Zool dah menjemput awak tu Raymond….nanti terapkan pada dia LOA tu….dia dah mengaku dia memnag suka pendam perasaan tu….nanti awak bantulah dia ya….

    Zool,
    anda seorang yang memang jujur…tp jujur pun kena bertempat ok..

    Zool, tak per….bukan ke di sini tempat kita menjalin hubungan dan berkongsi rasa dan pendapat.

  14. jejaka :

    Date: July 22, 2007 @ 9:27 pm

    Aiii ktom.. topik memendam perasaan ni kot2 ktom sdgn memendam ye ekekeke… bab memendam ni klu susah sgt nk pendam rendam jer kat dlm air… tentu sejuk ati tu hihi!!

    Secara ringkas ajer pendapat sy yg agak bz dlm bbrp ari ni… klu kita lihatlah org pompuan ramai yg lebih selesa utk luah kan b’banding org laki…. laki agak kurang krn almaklumlah nk jaga jati diri n keegoan ckit… bukan sombong tp yerla kan org laki ni lbh suka menyelesaikan mslh tu sendiri tanpa pertolongan org lain… bg pompuan ni lbh suka luah kan pada org lain… tp awas jgn luahkan pd suami org sudah… bukan ape takut biasenye kes mcm ni nnt hati blh berubah kpd org lain nnt akhirnya… tp klu kat sy xmengapa sy keseorangan haha…

    Ape pn t’pulang pd kita yg mana ok maksdnye tgk pd keadaan dahulu.. jgn trus luahkan pd org yg xberkenaan ditakuti nnt akan mengerukan keadaan pule… lain yg kita ingini lain pula nnt penamatnye…

    Ape pn bab pendam ni klu disimpan lama2 pn mmg bhy takut nnt belon yg membesar ditiup lama2 akan KaBoom!!! Klu pendam itu lebih baik bg kita pn xsalah klu ia lebih baik dan kita blh kawal diri kita k…

    Adiosss!!!
    Best regards,
    Jejaka

  15. ktom08 :

    Date: July 23, 2007 @ 11:56 pm

    Askm jejaka, patut ler lama tak nampak, bz rupanya…jejaka kerja kat mana?

    Ktom pendam perasaan? hehehe..pandai awak teka…wakaaka. Takder lah….ada benda yg kena pendam dan cuba selesai sendiri dan ada yg tak boleh pendam…takut meletup cam kata Raymond tu…Jika dipendam tak baik. Kelak diri sendiri yg dapat penyakit….ada yg sakit mental tau, jgn tak tahu pulak.

    Org pompuan tak suka pendam? Ktom rasa salah tu…kebanyakannya org pompuan lah yg suka pendam sbb dia lebih kpd perasaan malu dan tidak suka deritanya diketahui org lain.

    Lelaki pun cam tu juga…tp mereka cuma akan bersuara kpd org yg benar2 dia percaya. Sebab ego pun mungkin juga tp jika dah terlalu kusut kena luahkan juga dik……nanti masuk hopital tanjung rambutan baru tau…hehehe

    Ktom setuju bahawa jgn tersilap meluahkan perasaan atau pun memberitahu masalah kita kpd suami org atau isteri org…jika suami dan isteri org tu tak de masalah tak per lah…tp jika masing2 ada masalah…masing2 nak cari jalan keluar dan bila dah byk benda yg diluahkan, jadi rapat pulak…bila dah rapat tu bukannya boleh selesai masalah yg sedia ada tp semakin bertambah masalah pula…

  16. jejaka :

    Date: July 24, 2007 @ 12:24 am

    Jejaka bz dgn planning jejaka dlm website n keje2 advertising… tmbh lagi connection agak xmenentu so melambatkan keje… tp dlm mggu ni rs dh ok.. harap2 ok…

    Ala ktom jgn malu2lah klu yer pn baik ngaku klu duk pendam2 tu haha gurau k…

    Jejaka xbgtau pun k pompuan xsuka pendam… baik ktom tgk balik statement tu btul2… ada x jejaka bgtau mcm tu.. nk kene denda ni ktom ni :)

    Apa yg jejaka mksd kan kebanyakannya lbh kurang mcm tu… mmg xdinafikan pompuan ni mmg ramai yg pendam tp kesudahannya ia akan meluahkan balik pd seseorang ataupn kpd mereka yg sudi berkongsi… sbg contoh mudah kita tgk keadaan media massa ataupn kpd kwn2 so kita blh lihat…

    Berkenaan org laki pn mmg btl juga apa ktom katakan tu tp mksd jejaka itulah laki mcm mn pn tetap ada egonya cuma bezanya adalh tahap masing2 ataupn ada udang disebalik mee kuikui…

    So klu nk masuk tanjung rambutan apa salahnya… kat sana kan bnyk rambutan so blh la kita join skali mkn ramai2 tul x… haha…

    Jgn dipendam statement tu spt ktom kata td org pompuan suka pendam.. jejaka fhm keadaan ktom… jgn marah arr… nnt cpt tua ekekeke gurau jer sekadar usik2 ;)

    Best regards,
    Jejaka ;)

    Adiossss!!!!

  17. ktom08 :

    Date: July 24, 2007 @ 4:30 pm

    Wakakakaka…jejaka…

    ” kita lihatlah org pompuan ramai yg lebih selesa utk luah kan b’banding org laki…. laki agak kurang krn almaklumlah nk jaga jati diri n keegoan ckit.. bg pompuan ni lbh suka luah kan pada org lain… ” [ ini ayat2 jejaka ]

    Sori jejaka jika ktom tersilap…ktom tarik statement tu tp ayat2 inilah yg buatkan ktom ingat jejaka beranggapan begitu. Lagipun ktom tak marah sikit pun dik…kita disini berbincang. Awak jgn ler sensitif…hehehee ku telah luahkan dgn memperbetulkan statement yg telah dibuat….hahahahaha

  18. ridaparidah :

    Date: July 24, 2007 @ 10:19 pm

    Ktom2x, maaf kerana saya mencelah kat sini, maklumlah dah lama tak berceloteh ngan ktom. Rindu plk rasanya.

    Bagi saya plk, saya lebih rela terseksa memendam rasa daripada meluahkannya kepada orang lain, lebih2 lagi yang melibatkan hati dan perasaan, hehe….

  19. ktom08 :

    Date: July 24, 2007 @ 10:52 pm

    hahaha…kan ktom dah cakap …perempuan suka sgt pendam perasaan…

    Askm Rida, apa khabar. Lama menyepi, dah siap ke semua tugas tu?

    Rida, memang benar soal hati dan perasaan ni membuatkan kita suka memendam perasaan tp Rida, jika rasa masih boleh tanggung, tak apa tp janganlah sampai menganggu gugat prestasi kerja pulak. Carilah seorg teman utk berbincang tp pastikan teman atau lebih tepat sahabat yg mampu memberi pandangan pd Rida supaya keresahan yang bertamu dihati dpt diungkaikan.

  20. jejaka :

    Date: July 24, 2007 @ 11:47 pm

    hi… bukan sensitif tp ingn memperbetulkan… hai nk menyatakan lagi…. jejaka xkata pompuan xpendam perasaan k… jgn salah fhm mksd jejaka.. brp kali nk ulang ni rsnye arrghhhhh.. jejaka klu nk bahaskan pnjg nnt kot nnt jd lain n nnt masih kurang memahami… xperla…

    kita jgn lihat satu bahagian tp kpd bnyk perkara k… ape pn oklah jgn amik ati cuma jejaka nk menyatakannya.. lgpn bnyk perkara klu nk dibincangkan n lagi satu ia adlh topik yg bagus utk diperbincangkan cuma apa yg dilihat pn kbnykan komen2 yg ringkas sy lihat dan cpt memberi jwpn mutlak tp itu bukan mksd jejaka psl jwpn mutlak… jgn salah anggap lagi pule.. terima ngan hati terbuka wokey… jdkan ini sbg cabaran dprd jejaka wokey!!! (sekadar menguji n b professional jgn emotional ;))

    Adiossss!!!

  21. ktom08 :

    Date: July 25, 2007 @ 12:19 am

    Jejaka :) jgn emotional dik…akak tak de apa2..hehehehe…tak salah anggap…jgn risau ler..tak salah anggap dik…percayalah ok. Saje nak mengusik jejaka ke….ya tak Rida?

  22. ridaparidah :

    Date: July 25, 2007 @ 10:33 pm

    Hehehe…yela ktom. Usik mengusik bawa bahagia kan?..barulah tak terpendam rasa….cewah..

  23. ridaparidah :

    Date: July 25, 2007 @ 10:38 pm

    Hehehe…yela ktom. Usik mengusik bawa bahagia kan?..barulah tak terpendam rasa….cewah..

    Mungkin jejaka sedang memendam rasa tak?..sebab tulah jejaka agak emosi jer tu..heee, jangan marah ye jejaka.. saya pun macam ktom gak, nak usik awak jer…

  24. ktom08 :

    Date: July 26, 2007 @ 12:00 am

    Ha ah jejaka….kan Rida pun nak usik awak je….jgn sensitif ya dik :)

  25. Ludbafital :

    Date: July 27, 2007 @ 11:34 am

    Hukum alam yang telah diwartakan, mengatakan begini,”apa saja yang dipendam, seperti direndam, disimpan lama, dibiarkan, akan menjadi rosak, busuk, reput sehingga akan menimbulkan aroma yang tidak menyenangkan langsung. Di dalam alam jiwa kita pun hukum nyer pun sama, jika dipendam perasaan lama kelamaan ia akan ‘membusuk’, dan ‘acid’, ‘chemical’ yang keluar tu nanti akan merosakkan anggota-anggota lain seperti otak, hati, saraf dan lain-lain. Alamat tak lama lagi kita akan jadi ‘jentera’ yang rosak, sikit lagi terus ‘condemn’. Jika tidak mahu jadi macam ini, sila luahkan perasaan anda dimana-mana tempat yang sesuai..(ambo cadeke di blog Ktom ni la..)

  26. ktom08 :

    Date: July 27, 2007 @ 4:02 pm

    Haah betul kata ludba tu…supaya tak terus condemn…luah kan je…

    Hehehe…faham ke apa yg ludba kata tu..(ambo cadeke di blog Ktom ni la..)

    ambo cadeke = saya cadangkan …..itu loghat Kelantan…harap2 semua boleh faham dan dapat tahu perkataan dlm loghat Kelantan ok.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.