Tentang Hidup - Siri 2 -Tips Menangani Keruntuhan Rumah Tangga
July 13, 2007 2:46 pm Tentang hidupAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda dalam kebahagiaan dan dikurniakan kegembiraan yang berpanjangan.
Keruntuhan rumahtangga adalah satu keadaan yang amat memeritkan dan menyakitkan tambahan pula jika ada anak. Tak ada siapa pun di dunia ini yang inginkan perpisahan atau perceraian namun jika sudah termaktub bahawa jodoh hanya setakat itu saja, terimalah dengan redha kerana segala kententuan adalah kehendak Allah semata2.
Bagaimana untuk menghadapi keadaan tersebut? Pastinya ramai yang buntu dan kecewa . Namun begitu marilah kita sama2 kongsikan disini beberapa perkara yang boleh diamalkan supaya hati yang derita kembali ceria dengan penuh redha.
1. Berfikiran positif
Dalam menghadapi apa jua dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita, sentiasalah berfikiran positif dalam mengharungi dugaan tersebut. Walaupun pahit untuk diharungi, yakinlah anda mampu melaluinya dengan jaya.
Fikiran yang positif boleh membantu anda menghadapi semua situasi dengan lebih tenang. Dengan yang demikian anda mampu merencana masa depan dengan lebih teratur dan tidak lagi buntu memikirkan apa yang bakal berlaku. Jangan sesekali biarkan fikiran anda dikuasai oleh prasangka dan perkara buruk yang boleh merosakkan.
2. Fikirkan Masa Depan
Perceraian bukanlah penamat sebuah kehidupan. Ramai mereka yang bangkit membina kerjaya yang lebih cemerlang selepas bercerai. Apa yang penting adalah anda harus bersikap realistik.
Sayangilah diri anda sendiri dan anak2. Jangan pula asyik menangisi apa yang telah berlaku kerana itu sudah tidak memberi apa2 erti lagi dalam kehidupan anda. Bangkitlah daripada kegagalan silam dan fikirkan masa depan. Masa hadapan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda bijak merancang kehidupan maka akan cemerlanglah hidup anda dan anak2.
3. Jangan putus asa
Berputus asa adalah satu sikap atau pemikiran yang negatif yang menjadi penghalang kecemerlangan hidup anda. Kunci utama dalam menempuhi cabaran hidup ialah sikap tidak berputus asa. ‘
Biarpun apa jua rintangan yang melanda hidup anda, jangan berputus asa. Jika anda berputus asa, ianya hanya membuatkan anda putus harapan untuk memperbaiki kehidupan. Dengan itu hidup hanya akan menemui kegagalan kerana anda tidak pernah berusaha dan berfikir untuk memulihkannya.
4. Ambil iktibar
Bagi seorang wanita, anda tidak seharusnya merasa takut dan gentar untuk mendapat gelaran ibu tunggal. Anda harus ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang memegang status demikian, malah ramai lagi diluar sana termasuk mereka2 yang dikenali ramai turut memegang status tersebut.
Ambillah iktibar daripada pengalaman yang dilalui oleh ibu tunggal yang terdahulu sebagai garis panduan untuk anda lalui kehidupan yang perit dan derita itu. Jadikanlah kejayaan mereka sebagai pendorong atau inspirasi untuk anda memperolehi kejayaan yang serupa.
5. Terima dengan redha
Terimalah apa yang berlaku sebagai ketentuan Tuhan. Terimalah perceraian tersebut sebagai qada dan qadar dengan penuh yakin. Ingatlah bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan. Dengan cara ini kita dapat menerima takdir dengan hati yang terbuka dan tidak menganggap diri sebagai mangsa.
Anggaplah semua itu sebagai satu cabaran dalam menjalani kehidupan dan percayalah Tuhan tidak akan membebani kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung. Bersyukurlah dengan apa yang terjadi sebab setiap kejadian itu ada hikmahnya.
Oleh yang demikian, ingatlah keruntuhan rumahtangga bukanlah akhir sebuah kehidupan dan perceraian bukan berakhirnya percarian kita terhadap kebahagiaan.
Banyak lagi tips yang boleh kita kongsikan disini……..jadi jom…kongsikan pandangan anda disini , semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan panduan kepada kita semua.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















zool :
Date: July 13, 2007 @ 8:36 pm
Saje je singgah… walaupun tips nie belum relevan untuk saya tapi apa salahnya bacakan ktom..
Ayat yang ini ” Jangan sesekali biarkan fikiran anda dikuasai oleh prasangka dan perkara buruk yang boleh merosakkan.” Selalu berlaku kan ktom???
Baru pagi tadi saya dengo ceramah agama yang ada kaitan dengan perceraian.. Ustaz tu cakap ‘ isteri ‘ bukanlah matlamat tapi sebagai platform untuk mendirikan sebuah keluarga… Betulkan ktom samalah juga dengan suami…
Walaubagaimanapun kalau kita ingat padaNya insyaallah kita akan berbahagia.. He he he.. cakap je pandai saya nie….
p/s Eh Ktom saya dah jadik top commentator nie.. bile agaknya nak letak kat link sahabat agaknya….
ktom08 :
Date: July 13, 2007 @ 10:23 pm
Zool, memang tak salah pun…at least ini adalah persediaannya.
Biasalah manusia yg berfikiran negatif..selalu berperasangka dan memang selalu berlaku.
Kena tahu apa sebenarnya erti perkahwinan, akad nikah dan yg sewaktu dgnnya supaya mereka faham apa yg perlu dan apa yg tak boleh dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.
abdfatah :
Date: July 13, 2007 @ 10:46 pm
haha… jangan ikut suka hati je nak kawen. orang lain kawen kita pun nak terikut kawen. tapi kebiasaannya masa depan perkahwinan memang sukar untuk diramal macam ramalan cuaca. hohoho…
cermin jangan lupa tau…
ktom08 :
Date: July 14, 2007 @ 5:05 pm
abdfatah, hehehe lama tak nampak? Bawak cermin ya? hehehehehe
Memang masa depan perkahwinan sukar diramal tetapi kena ada daya usaha utk mempertahankannya atau mendamaikannya…
Harap2 boleh faham ya….
firadila :
Date: July 16, 2007 @ 12:27 pm
Ktom,
firadila nak bagi tips yang agak mencabar sikit…he..he…
Tips nya ialah :
Isteri adalah jurujual yang menjual produk.Suami adalah customer (pelanggan).Produk ialah diri isteri itu sendiri.
Sebagai jurujual, isteri hendaklah memikirkan pelbagai cara dan pelan tindakan untuk memikat hati pelanggan ( suami le ) untuk membeli produk..iaitu diri isteri itu sendiri le..
Seperti bersolek, sentiasa senyum, tahu akan tugas yang perlu dilakukan, menyenangkan hati suami, tahu jaga anak-anak dan sebagainya.Kalau boleh setiap hari isteri mestilah mencari jalan yang pelbagai untuk menarik hati suami seperti memasak yang sedap-sedap macam chef ke dan macam-macam lagilah..
barulah ‘produk’ boleh dijual dan akhirnya ‘customer’ tak lari..he..he…
betul tak Ktom…
senyum selalu…
ktom :
Date: July 16, 2007 @ 6:04 pm
pandai firadila ni ya….bertuah la siapa yg jadi suami awak…
Sepatutnya isteri kena buat cam tu dan sentiasa berfikiran positif. Jika dpt tahu suami ada perempuan lain, cepat2 cari kelemahan diri dan ubah…tak kiralah dari segi perangai, sikap, tabiat atau penampilan diri. tetapi manusia biasanya mudah terpengaruh dgn apa yg dia nampak bukan….
abdfatah :
Date: July 17, 2007 @ 12:16 am
produk terbaik untuk costumer yang terbaik jugak. sama-sama kena jaga…
ligakampung.com » Archive » Blog ver 1.1 :
Date: July 17, 2007 @ 8:02 am
[…] Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Hari ni saya nak berehat dari beremosi. Saya akan membuat sedikit review tentang ‘blog-blog’ yang sering saya lawati. Okay antara blog yang paling saya suggest ialah blog ktom. Kenapa ?? Pertama sekali sudah tentulah kerana beliau cantik.. Hehehe… sebenarnya bukan sebab tu tapi atas sebab kerajinan beliau menghantar komen ke page saya ( jawapan jujur) dan juga idea-idea tentang kehidupan yang. Sebagai contoh artikel berikut yang mengisahkan tips menangani keruntuhan rumahtangga.. Ianya bagus untuk dibaca walaupun untuk mereka yang bujang seperti saya… Walaupun tajuk utamanya berkenaan perniagaan internet namun aspek kehidupan dititikberatkan dalam blog beliau .. Satu lagi blog yang selalu saya lawati ialah blog Zul.. Blog berkenaan peluang perniagaan internet yang banyak memberi inspirasi. Malahan disebabkan oleh membaca blog beliaulah maka saya dengan beraninya membeli hosting ligakampung.com ini.. Malahan disebabkan oleh kehebatan beliau di arena cyber ini sehinggakan ada yang berani menyamar sebagai beliau untuk menipu. Rujuk artikel ini. Harap-harap tercapai matlamat penubuhan blog ini.. Apa matlamatnya ?? Hm biarlah rahsia.. Blog ketiga yang menjadi kunjungan ialah rajablog . Blog ini memang selalu dikunjungi oleh saya. Pelajar Universiti Petronas ini amat rajin dan bijak dalam mengolah blognya.. Cuma sekarang nie beliau mengalami masalah kesihatan … Harap-harap beliau sembuh supaya persahabatan dapat diteruskan.. AMIN… Okaylah inilah beberapa blog-blog yang sering saya kunjungi malahan saya boleh dikatakan menjadi antara top komentar di blog mereka… Semoga mereka berjaya dengan matlamat masing-masing.. Sebenarnya ada banyak blog-blog lain yang saya kunjungi.. Boleh dikatakan dalam sehari saya menghabiskan masa saya dalam 1 jam untuk melawati dan meninggalkan komen di blog ini.. Memang diakui saya telah addict terharap blog.. Huhuhu… ADIOS.. […]
abdfatah :
Date: July 18, 2007 @ 1:06 am
wah… begitu sekali yer…
ktom08 :
Date: July 18, 2007 @ 4:17 pm
abdfatah…betul tu…jika customer tu jenis yg ada kelas mesti dia nak produk yg berkualiti…sama2 kualiti..hehee
Ludbafital :
Date: July 27, 2007 @ 11:15 am
Tok saya kata HIDUP ‘UNTUK HARI INI JER’, semalam? lupakan, esok? lupakan, kerana ada lagi agenda yang lebih besar yang kena hadapi, iaitu MATI..kerna MATI bila-bila boleh berlaku..jika selalu ingat MATI semua permasalahan lain jadi kecil. Yaqinlah jika selalu ingat MATI Tuhan akan sentiasa beri hidayah untuk selesaikan permasalahan yang kecil-kecil ni..ammace ktom bole ppaka dok idea Tok ambo nih?heheh…
ktom08 :
Date: July 27, 2007 @ 3:56 pm
Ludba, terima kasih kerana idea dan ingatan tersebut. Betul tu…jika kita ingat mati, maka kita mudah redha dgn apa yg berlaku.
Tapi jika kita lupakan esok, macam mana kita nak ada matlamat untuk maju selagi kita hidup, sebabnya hal kematian tak siapa yg tahu. Jika kita tahu esok kita akan mati, sudah pasti kita hanya akan bermunajat kepada Allah sahaaja.
Kita tidak harus lupa hari semalam sebab hari ini kita mahu lebih baik lagi dr hari semalam dan hari esok….pastinya akan kita tempuh. Kadang2 dgn hanya mengingati mati (maksudnya esok aku akan mati) maka manusia akan rasa kurang motivasi untuk mencari kekayaan dunia…kekayaan diakhirat tu memang sudah pasti.
Maaf jika persoalan yg Ktom kemukakan ini silap (nauzubillah). Harap2 Ludba atau sesiapa perbetulkan ok.
Doodee :
Date: February 3, 2008 @ 9:48 am
Thanks for sharing
ZenDinnyred :
Date: February 10, 2008 @ 6:48 pm
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:
ZenDinnyred :
Date: March 24, 2008 @ 10:09 pm
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.