Perlukah kita merungut?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. 

Dua hari lagi rakyat Malaysia, khususnya yang berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru Cina.  Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua yang meraikan hari tersebut.  Semoga tahun yang mendatang akan memberikan lebih banyak rezeki dan kebahagiaan hidup.

Dalam kehidupan ini adakalanya kita gembira, ada ketikanya kita dirundung derita, adakalanya kita tertekan, sedih, bahagia dan segala macam rasa.  Itulah warna2 kehidupan yang akan lebih mematangkan kita.   Bila kita sedih, sudah pasti hidup akan menjadi resah gelisah, putus semangat dan tekanan demi tekanan akan dirasai. 

Tetapi pernahkah anda merungut apabila di timpa sesuatu kesusahan, kesedihan atau ketika menghadapi suatu keadaan yang kita tidak puas hati?

Hahahaha..Ktom percaya ada di antara kita yang suka merungut. Ada ketikanya kita perlu merungut supaya kita rasa lega. Hehehe..lega ke bila merungut ni? Lega lah jugak kan? Tapi tak ada lah kita merungut pada orang lain tetapi merungut pada diri sendiri je..wakakakakaka

Apa sebabnya kita merungut?

Ada berbagai sebab. Kadangnya bila kita tak puashati dengan seseorang atau dengan apa saja, kita mungkin merungut.

Namun merungut juga boleh mendatangkan keburukan bila kita ada orang yang tak suka mendengar rungutan kita.

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari rasa tidak puas hati.  Tetapi kenapa perlu merungut? 

Ini kena tanya diri sendiri ler.  Kenapa perlu merungut?  Jika kita dapat berfikir dengan sewajarnya, maksudnya berfikiran positif kita tidak akan merungut kerana apabila sesuatu perkara atau musibah yang berlaku itu seharusnya kita berfikir kenapa ianya terjadi.  Cuba cari hikmah disebaliknya.  Jangan hadkan fikiran kita untuk memikirkan perkara2 yang berbaur negatif sebab sakitnya adalah diri kita sendiri.  Kita tidak akan mendapat semua apa yang kita inginkan.  Itu adalah lumrah kehidupan dan lumrah alam.  Sebagai manusia kita akan menghadapi pelbagai liku2 kehidupan.  Kita akan selalu diuji semata2 untuk memantapkan iman kita.

Jadi kenapa perlu merungut?

Bukankah kita dibekalkan dengan akal dan fikiran untuk berfikir dan berusaha untuk menangani segala masalah yang mendatang. Bukankah kita perlu mengenal pasti apakah sebenar puncanya? Bukankah kita perlu akur kepada kelemahan yang ada dalam diri kita?  Seharusnya kita melihat setiap perkara yang berlaku itu sebagai satu pengajaran dan sempadan kepada kita untuk menempuh hari muka.  Kajilah kelemahan diri, telitikan lah apa yang masih kurang, bangunlah…..bina kembali semangat…aturkan semula langkah …

Satu lagi…merungut ni tidak baik sebenarnya sebab kita sukar untuk menerima hakikat sedangkan segalanya telah diatur Allah untuk kita.   Sebab itulah kita kena redha dan melihat sesuatu perkara itu secara positif.  Ingat !….itu hanyalah satu dugaan kecil dari Allah untuk menilai iman kita…insyaallah.

Ok lah..setakat ini dulu buat kali ini.

Jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

12 Responses to “Perlukah kita merungut?”

  1. memang diakui sebagai insan yang lemah kita sentiasa merungut terutamaya apabila tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki.. Memang bukan mudah untuk menghilangkan tabiat merungut itu tapi perlu berusaha ke arah tu

  2. hek eleh asyik merungut aje…?

  3. apa kata sesekali pergi mengurut :) kurang sikit ketengangan badan.

  4. Lamanya ktom tak online/….
    Dengan senang hatinya saya mengetag ktom
    http://ligakampung.com/blog/2008/02/16/8-perkara-menarik-mengenai-zool/

  5. Wah? bukan main berapi-api lagi ktom bercerita pasal merungut ni. errmm….memang betul apa yang ktom katakan tu. Saya akuinya. Tadinya saya amat resah dan sedih mengenangkan beberapa perkara negatif yang berlaku ke atas diri saya tapi bila baca artikel ktom ni, terus jer saya bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan…..mekacih ktom…salam dari saya yang dah lama dilupai…

  6. hai ktom…
    erm…merungut…satu perkara yang paling dipantangi husband saya…biasa la pompuan, kekadang tu dalam berjaga-jaga tu terlepas kata jugak…kekdang tu, bukan kita nak merungutr pun, tapi lebih kepada meluahkan perasaan…

  7. salam juara..kadangkala ilmu belum mencukupi untuk mencapai matlamat, mungkin kurang pendedahan dan pengalaman, boleh juga bertanya dari orang yang lebih faham sesuatu perkara, kembalilah mengadu kepada Allah Yang Maha Berkuasa…Allah menanti permohonan hambanya yang beriman dan berbuat kebajikan…

  8. Mana menghilang KTOM ni?

  9. ntah, aku pun tak tahu :)

  10. first time beri komen disini…walaupun post ni da agak lama iaitu sebulan lebih tapi rasa nak komen jgk.
    bisanya orang kuat merungut ni dia sentiasa merasakan dalam diri dia tidak sempurna. makna kata dia ni tidak bersyukur apa yang ada..

  11. mana lar kak tom menghilang nie yer.bukan merungut nie kak tom..sekadar meluahkan perasaan. :)

    ermm..mungkin garis2 pemisah antara rungutan atau rintihan tuh samar2 jer. :)

  12. Ktom bz sekarang nie…
    Jangan risau mungkin beliau akan kembali untuk menulis tips2 yang hebat..
    Chewah cam pengurus plak aku nie..

Discussion Area - Leave a Comment




    • Kelantan Bloggers