Persediaan Hadapi Beban Perceraian

12:27 am Tentang hidup

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda hari ini? Mungkin sibuk dengan tugas ditempat kerja dan bagi yang bercuti mungkin sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga.

Ok, hari ini Ktom nak sambung sikit lagi dan ini adalah siri akhir entry tentang hidup yang berkisar kepada perceraian. 

Pergolakan rumahtangga yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan seringkali menyakitkan dan mengganggu kehidupan seharian.  Jika kita tidak pandai mengawal emosi pastinya hubungan dengan orang disekeliling turut terganggu. 

Apatah lagi jika prestasi kerja turut terjejas.  Ini akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Baiklah…jom…..kita kongsikan beberapa cara atau tip yang boleh diikuti atau diamalkan untuk mengatasi atau  sekurang2nya dapat meredakan kekalutan di hati.

1. Cari tempat untuk luahkan perasaan

Jangan hadapi masalah sendiri.  Berkongsilah masalah anda itu dengan orang yang anda percayai, orang yang rapat dengan anda atau dengan sesiapa saja yang anda fikir dapat membantu anda.  Tetapi tidak semestinya anda berkongsi dengan semua orang.  Akan lain pula jadinya.

Kongsilah masalah anda contohnya dengan kawan baik, saudara terdekat, ibubapa ataupun kaunselor.  Jangan memendam perasaan kerana ianya akan membahayakan diri anda sendiri.

2.  Kawal situasi

Cubalah fikirkan cara untuk mengatur perbelanjaan demi memastikan perjalanan hidup anda sempurna biarpun tanpa pasangan.  Jika tak boleh fikir, carilah sesiapa yang tahu dan boleh dipercayai untuk menolong anda.

3.  Cari kenalan baru

Anda harus bijak mengambil kesempatan yang ada.  Ambil kesempatan ini untuk memulakan hubungan persahabatan dengan ramai kenalan baru yang sebelum ini tidak sempat anda lakukan kerana sibuk dengan urusan rumahtangga.  Tapi awas, jangan ler berlebih2 pulak. jangan buat sesuatu yang melanggar syariat.

Jangan rasa takut dan anda hendaklah yakin pada diri sendiri.  Anda kena berani mengambil risiko untuk mencintai orang lain pula.  Ini penting kerana cara sebegini anda boleh menghilangkan kekosongan dan kesunyian yang menghantui diri anda.

4.  Hargai dan Akui Kekuatan Diri

Perpisahan atau perceraian biasanya akan mengakibatkan kehilangan orang disayangi dan ianya amat menyakitkan.  Dengan itu pastinya anda sukar untuk menghargai diri.  Jadi berubahlah.  Hargai dan sayangilah diri anda. Berilah kekuatan pada diri untuk meneruskan kehidupan.  Yakinilah dengan kemampuan yang anda miliki.

5.  Sertai aktiviti sosial.

Sibukkan diri anda dengan aktiviti sosial.  Mungkin di kawasan kediaman anda, ada kegiatan2 kebajikan.  Jadi sertailah prorgam2 yang dianjurkan dan ini penting sebab kesibukan yang dihadapi sedikit sebanyak dapat membuat anda lupa untuk memikirkan masalah.

6.  Bercuti  atau Melancong

Carilah teman dan tempat yang sesuai untuk anda menenangkan diri daripada masalah.  Dengan cara ini dapatlah anda melarikan diri daripada terus dibelenggu masalah tersebut sambil anda mencari ikhtiar lain.

7.  Sambung Belajar

Jika dulu anda tidak berpeluang untuk sambung belajar kerana terpaksa melakukan berbagai tugas namun kini gunakan peluang ini untuk sambung belajar.  Dengan ini bila anda dah sibuk dengan pelajaran, bebanan masalah dapat diketepikan.

8. Jauhkan anak-anak daripada masalah tersebut.

Jika ada anak jangan libatkan mereka dalam masalah anda.  Berbincanglah dengan mereka.  Biar mereka faham. Gunakan cara atau pendekatan yang sesuai dengan usia mereka.  Anda kena bantu mereka mengatasi rasa sedih dan marah akibat perpisahan tersebut.

9.  Jangan hanyut dengan kesedihan

Memang wajar jika anda berasa marah dengan pasangan anda.  Tetapi jika anda tidak dapat melupakannya, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri anda sendiri. Memang tak dapat dinafikan bahawa agak sukar melupakan apa yang berlaku namun jangan biarkan anda berasa bersalah dan dibelenggu dengan kesedihan terus menerus.

10.  Nilai diri sendiri

Apabila anda telah mula menerima kenyataan, lihat dan kajilah kesilapan yang telah anda lakukan bersama pasangan dulu dan mengapa berlakunya perpisahan.  Beranikan diri untuk menilai diri sendiri.

11.  Percaya pada diri sendiri

Bangkitkan semula semangat yang telah hilang untk menjadikan kehidupan lebih bermakna.  Percaya pada diri sendiri bahawa keindahan hidup akan muncul di sebalik keperitan dan kepahitan yang telah anda lalui.

12.  Dekatkan diri dengan tuhan

Banyakkkan bersabar, isi masa dengan ilmu  dan banyakkan membaca Al Quran dan berzikir serta berdoalah untuk memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah.

Sekian dulu untuk kali ini. Ktom pasti ada sesuatu yang ingin anda kongsikan disini ….

jadi kongsikan apa yang anda tahu atau apa yang anda rasa.  Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

Jumpa lagi. Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
16 Responses
  1. abdfatah :

    Date: July 21, 2007 @ 3:13 am

    ini yang part tak best nih… tapi banyak yang berlaku gitu. itulah hakikat yang perlu kita terima… nak buat mcam mana kalo dah takder jodoh… kena tabahkan jua hati nurani mnerima takdir…

    sekian terima kasih…

  2. Abang Em R :

    Date: July 21, 2007 @ 3:15 pm

    Assalamualaikum Ktom..
    Betul kata abdfatah,.. inilah part yg paling xbest. Allahpun xsuka. Tp soal jodoh bukan ketentuan kita..

    Semua tips yg Ktom bagi tu memang bagus dan amat berguna kepada mereka yg sedang terbelit dengan situasi seperti itu. Sekurang2nya mereka akan merasakan ada ‘teman’ yg sudi mendengar masalah mereka. Dari situ mungkin akan terlihat suatu penyelesaian/hala untuk merawat hati yg sedang remuk redam tu.

    Sy… untuk menyebut perkataan tu pun sy seram! Sy amat sayangkan keluarga sy.Mcm orang lain jugak. Kita berusaha untuk melakukan yang terbaik, mudah2an baiklah kesudahannya.

    Wassalam

  3. ktom08 :

    Date: July 21, 2007 @ 3:33 pm

    abdfatah,

    selalunya tidak semua yg kita nak kita dpt..tp bersyukurlah dgn apa yg ada. Kita harus redha dgn setiap apa yg berlaku. Namun sokongan orang2 disekeliling juga amat perlu.

  4. ktom08 :

    Date: July 21, 2007 @ 3:38 pm

    Abg Em R,

    Jika kita rasa menyebut perkataan tu pun seram namun bahu yang memikulnya apa lagi. Dengan sebab itulah post ini dibuat agar segala kekalutan dihati mereka yang mengalaminya sedikit sebanyak dapat diredakan.

    Sukurlah jika kita masing2 menyedari peritnya hakikat itu. Jadi sama2lah kita berusaha untuk memperbetulkan apa yang tidak betul supaya keluarga kekal bahagia. Insyaallah..

  5. zool :

    Date: July 21, 2007 @ 5:34 pm

    Hm.. nampaknya segan plak nak komen kat post ni…
    almaklumlah.. bujang trang tang lagi..
    walaubagaimanapun saya bersetuju dengan apa yg ktom tulis..
    dan pada pendapat saya cuba jauhkan diri dari orang sekeliling dalam jangka waktu terdekat..
    takut nanti ianya akan memburukkan keadaan..
    bile dah tenang barulah boleh campur..
    takut kita tak mampu menghadapi sosek2 manusia di sana tu…
    mungkin salah cuma beri pandangan sahaja…
    harap2 janganlah berlaku pada saya…
    AMIN…

  6. ktom08 :

    Date: July 21, 2007 @ 9:11 pm

    zool,
    bila jauhkan dr orang sekeliling bermakna kita akan jadi lebih parah. Orang terdekat di sekeliling mungkin boleh membantu.

    Tetapi betul juga jika nak jauhkan drp sosek2 manusia. Tp manusia yg sosek tu memang tak patut ler buat macam tu. Kita seharusnya menyokong dan bukannya bersikap tidak berhati perut kerana tidak ada seorang manusia pun yg inginkan keadaan sebegitu berlaku kan.

    Ya zool, moga2 segala musibah ini tidak berlaku pada kita namun jika takdir telah tersurat terima lah dgn redha.

  7. Noorizam Shah :

    Date: July 22, 2007 @ 2:53 pm

    part nih memang tak best sket… tapi itulah realiti kehidupan… semoga kita semua hidup dalam bahagia dan sejahtera.. :)

  8. Raymond :

    Date: July 23, 2007 @ 1:30 am

    Belum kahwin entah nak komen apa.

    Tapi perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah satu peribahasa (atau bidalan) yang saya belajar masa darjah dua dulu iaitu:

    Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

    —————————————-

    Satu lagi cara yang mungkin dapat membantu ialah dengan menggunakan Law of Attraction.

    Konsep ini banyak diceritakan dalam blog saya, blog “shueqry berkata…” dan blog “linncomel”

  9. firadila :

    Date: July 23, 2007 @ 10:08 am

    Ktom,
    Kebanyakan kisah perceraian ini perit hanya kepada wanita yang mengalami sahaja….memang perit sekali kalau ada salah satu dari ahli keluarga yang sudah mengalami…

    tapi,
    kepada suami-suami atau isteri-isteri yang nak bercerai tu…fikirkanlah….

    “AKIBAT SELEPAS PERCERAIAN”…..memang memeritkan…”FIKIRKAN HARI SEMASA TUA NANTI”….

    senyum selalu…

  10. ktom08 :

    Date: July 23, 2007 @ 10:41 pm

    Zam,

    realiti kehidupan yg perlu dibincangkan supaya perkongsian disini dapat meredakan kekusutan, kekalutan dan hiba hati org yang mengalaminya.

    Raymond,

    promosi ya.. bagus2 itu tandan menyokong. Betulah dgn pepatah awak tu bersatu teguh bercerai roboh…memang jika suami isteri dah bercerai maksudnya robohlah istana bahagia yg dibina bukan? Bagus ler awak ni…ingat lagi pepatah tu….

    Inilah yg kita nak…semua masyarakat tak kira kaum diMalaysia ini saling sokong menyokong, maka dengan itu lahirlah masyarakat yg muhibbah…WE ARE MALAYSIAN…
    Nice knowing you Raymond. Inilah hasil LOA.

  11. ktom08 :

    Date: July 23, 2007 @ 10:44 pm

    firadila, itulah apa yg ktom dan semua yg berkongsi disini. Semoga kita mengambil iktibar dan bersedia menghadapi segala apa dugaan.

    Terima kasih kerana selalu berkongsi disini.

  12. ktom08 :

    Date: July 23, 2007 @ 10:44 pm

    firadila,

    mana link awak?

  13. firadila :

    Date: July 24, 2007 @ 9:47 am

    Ktom,

    firadila memang tak suka mencipta alasan tapi…

    “FIRADILA TAK TAHU NAK BINA BLOG”…ada panduan tak? he….he…he…

    senyum selalu….

  14. ktom08 :

    Date: July 24, 2007 @ 4:59 pm

    firadila,

    Cuba baca post ktom yang lepas untuk firadila dapatkan semangat.

    http://www.saraebooks.com/blog/wp-admin/post.php?action=edit&post=5

    dan

    http://www.saraebooks.com/blog/tips-ebook/ebook-cpanel-panduan-asas-untuk-newbie.html

    Cuba baca post2 tersebut utk dptkan kefahaman dan ktom sarankan firadila dptkan kedua2 ebook tersebut sebagai panduan.

    Ktom bermula dari kosong dan inilah hasilnya yg ktom dpt daripada ebook2 tersebut….ehehehehe…promo sikit…

    Semoga berjaya.

  15. Amir :

    Date: August 4, 2007 @ 12:13 pm

    Part nie yg berat sikit dengar nie Ktom hehe..walaubagaimanapun bagus tip2 ktom tu untuk persediaan menghadapi keadaan tu..tq..

  16. ktom :

    Date: August 4, 2007 @ 4:30 pm

    Amir,
    Memang berat namun jadikanlah perkongsian disini sebagai satu wadah utk kita lebih berhati2, bersedia untuk menghadapinya dgn tabah. Sesiapa pun tidak ingin perkara yg ngeri ( bagi Ktom la ) ini berlaku dlm hidupnya namun tidak siapa pun yg tahu apa yg akan berlaku di masa depan. Kita cuma merancang tuhan yg menentukan. Jadi tak salah jika kita dihidangkan dgn pengetahuan ini terlebih dulu. Mungkin bg yang dah menghadapinya akan rasa terungkai sikit bebanan dan bg yang belum…perkukuhkan lagi dan jadikan perbincangan di blog Ktom ni sebagai panduan hidup.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.