Tekanan dan kebaikan disebalik rasa marah…
August 23, 2007 4:29 pm Tentang hidupAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka
Anda apa khabar? Sihat ? Baguslah. Semoga kita semua dalam limpahan rahmat dari Allah sentiasa.
Tekanan perasaan atau stress sering melanda sesiapa sahaja cuma peratusnya dan penyebabnya sahaja yang berbeza.
Biasanya kita mudah merasa tertekan atau pening kepala bila kita perlu buat sesuatu keputusan penting. Begitu juga bila kita dilanda masalah.
Mengikut Jurnal of Science, apabila berasa tertekan, luangkan sedikit masa untuk berehat sebentar daripada memikirkan perkara tersebut dengan membaca buku yang kita gemar, membaca akhbar, menonton filem lucu, membuat teka silang kata, tidur, berjogging, beriadah, berbual dengan jiran atau teman, membaca buku humor, dan melakukan solat hajat atau solat istikhoroh dan sebagainya lagi.
Mengikut jurnal tersebut , seseorang yang dapat membuat keputusan yang lebih bijak atau lebih baik adalah orang yang telah rileks sekejap daripada apa yang menganggu fikiran dia serta perkara2 yang berserabut di minda. Dengan ini juga, keputusan yang dibuat itu akan lebih tepat dan dapat mengelakkan tersilap membuat keputusan semasa berada dalam keadaan tertekan.
Hehehe…jika Ktom pi je kat blog ini…dok kat situ setengah jam…hahahaha pastinya segala sakit kepala atau tekanan akan hilang begitu sahaja.
Kenapa? Tak percaya ? Pergi je jangan tak percaya pulak…hehehe
Tekanan juga boleh membuatkan seseorang itu mudah marah. Sebab itulah jangan cuba nak mengada2 bila orang tu tengah marah. Tetapi apa yang ingin Ktom kongsikan adalah disini adalah kebaikan di sebalik rasa marah.
Ahaa….cam mana pulak tu Ktom?
Hehhehehe…marah ni ada kebaikan juga tau, cuma kita yang tak perasan.
Selama ini kita sering di sogokkan dengan kata2 bahawa marah tu tidak elok, membahayakan kesihatan, mendapat ramai musuh, perasaan jadi bercelaru, tindakan jadi melulu. Segalanya itu memang benar jika kemarahan itu berterusan atau tidak terkawal.
Tetapi sesekali melepaskan rasa marah, secara tidak langsung ia akan melepaskan juga segala tekanan dan perasaan yang terbuku di hati. Dan setelah dapat meluahkan rasa marah, kita pasti akan lebih rileks dan tenang.
Tetapi, jangan ler pulak terlalu kerap marah sebab ia boleh membawa akibat buruk seperti penyakit jantung, hipertensi dan macam2 penyakit hati lagi.
Ok…..setakat itu sahaja untuk kali ini. Ktom pasti shueqry boleh berkongsi dengan Ktom dan pengunjung sekalian tentang bagaimana nak hadapi tekanan dan marah ni dengan pendekatan Minda Separa Sedar atau LOA ( hehehe Raymond pun boleh kan? )
Jadi Ktom harap anda juga boleh berkongsi di sini dan diharap perkongsian disini dapat memberi manafaat kepada kita semua.
Ok jumpa lagi.
Wasalam.





















Dik Mal :
Date: August 23, 2007 @ 5:19 pm
Salam,
Wah jadi yang pertama komen
Bagi saya, bila kita marah, kita jarang rasional. Tapi kita boleh latih diri kita untuk bersabar. Banyakkan bersabar. Dengan latihan, akan dpt kesan yang baik
Bila saya marah, saya sabar. CUma bila sampai satu tahap yang tertinggi (sgt marah) sy akan cari teman untuk meluahkan. Dan kesannya? Masalah dan marah itu akan reda tak sampai lima minit lepas tu. Tipsnya, luahkan pada puncak kemarahan. Bukan luahkan dgn tumbuk sana sini… tapi, ceritakan kepada orang yang good listener.
Just a tips.
Menyimpan marah cuma akan meletakkan diri dalam keadaan kurang rasional lebih lama. Saya jug pernah test teknik ni pada remaja. And it works
zuhairy :
Date: August 23, 2007 @ 6:27 pm
rasa marah ni sebenarnya terjadi bila ada tindak balas minda terhadap sesuatu situasi.contohnya, bila tengah drive, tetiba ada la sorang mamat potong kita.tu pun kadang2 leh buat marah! Yeker?! iyerrr…
so, terpulanglah camner nak hadapi marah ni. tapi Rasulullah ada berpesan, ” orang yang kuat dikalangan kamu adalah mereka yang dapat menahan diri dari perasaan marah..”
Banyakkan istighfar, astagfirullah…..
Bent :
Date: August 23, 2007 @ 6:48 pm
ada juga kebaikan marah ni ye Ktom..tak tau pula sebelum ni.
jgn selalu marah dan belajar untuk bersabar
ktom :
Date: August 23, 2007 @ 10:20 pm
Dikmal
Menahan marah merupakan satu cabaran. Kadang2 tu ada juga org yang rasa nak pitam atau nafas jadi sesak bila x dapat nak marah. Jika takde org yg boleh mendengar tu cam mana ya? Ktom akui itu tips yang bagus……luah pada puncak kemarahan. Hehehe tahap kemarahan tu berlainan dari seorang ke seorang yang lain…jadi org yang panas baran tu memang susah nak kawal ler…..
Bent,
Betul tu, kita kena belajar bersabar, jika tidak akan jd cepat tua…wakakakaka
Abang Em R :
Date: August 23, 2007 @ 11:51 pm
Salam Siaran KTom..
Marah cepat tua.. he.. he.. terasa pulak!
Dulu sy memang susah nk kawal marah. Tp dah 11thn jd ‘orang radio’ni, dah banyak berubah. Umurpn dah ’senja’he..he..
Seingat sy bila kita bekerja dlm bidang ‘entertainment’- btul ke ejaan tu- perasaan marah tu tak boleh layan sangat. Marah boleh merosakkan hubungan kita bersama audian/pendengar/penonton. Kekadang kena berlakon gak. Marah simpan dlm hati, senyuman dan kemesraan pamerkan di wajah.
zool :
Date: August 24, 2007 @ 8:04 am
Assalamualaikum..
Memang diakui sifat marah timbul setelah tekanan dirasakan…
kemuncak kepada perasaan marah akan menyebabkan berlakunya perbalahan antara seseorang..
dengan itu kemarahan seseorang perlu disejukkan samada dengan bantuan individu atau secara sendiri..
bagi saya , marah saya sekejap sahaja dan jarang berpanjangan….
azwanhadzree :
Date: August 24, 2007 @ 10:51 am
Saya hilangkan stress dengan menulis. Itu salah satu sebab saya blogging, bukan hanya kerana duit. Bila kita buat sesuatu ynag kita suka, stress itu akan pergi dengan sendirinya.
Tapi, kalau sekali-sekala marah ada jugak bagus nya.
btw Ktom, blog yang Ktom link kan tu .. merapu sangat lah. Dia tu betul ke tidak? Saya dah pergi tadi, tengah upgrade katanya
linncomel :
Date: August 24, 2007 @ 12:46 pm
Salam,
Marah atau apa saja emosi adalah berasal daripada persepsi kita. Persepsi pula adalah tafsiran kita dalam sesuatu hal atau kejadian.
Perasaan marah sebenarnya adalah datang daripada mental state atau mood kita ketika itu. Bila mood kita baik, kita takkan mudah marah. Sekiranya mood kita kurang baik, walaupun kesalahan itu hanya kecik sgt2, kita cepat sangat nak marah.
Jadi pesanan apa yg ingin kita sampaikan melalui perasaan marah? pesannya ialah ssuatu yg tidak adil terjadi kepada diri kita.
K.Tom, just 1 cent pendapat dari saya..
Raymond :
Date: August 24, 2007 @ 1:39 pm
Pada pendapat saya, ada banyak cara yang memboehkan kita melepaskan tekanan tanpa marah iaitu dengan menukarkan persepsi kita seperti yang Linn katakan di atas.
Mungkin video Anthony Robbins dalam blog saya dapat membantu menjawab soalan ini.
ktom08 :
Date: August 24, 2007 @ 3:34 pm
Salam Abang Em R,
Umur dah senja ke? hehehe….kalau awak senja, Ktom ni mlm dah kot…wakakakakaka
Kadang faktor usia dan pengalaman boleh buat kita boleh kawal kemarahan kita kan.
Hehehe pandai berlakon jugak abang kita ni…Betul tu kadang2 kita perlu hipokrit supaya keadaan menjadi lebih tenang bukan?
Zool,
bagus bersikap cam tu. Jangan sebab kemarahan keadaan semakin tegang. Jadi relaks. Tapi Ktom tau zool, memang cool orangnya….
ktom08 :
Date: August 24, 2007 @ 3:38 pm
Wan,
Blog tu merapu sangat ke…..hahahaha..tau tak per
Patut ler semacam je tuh dan nama pun dah lain. Mula2 singgah, ingatkan tersilap blog tapi rupanya tengah buat renovation……
ktom08 :
Date: August 24, 2007 @ 3:49 pm
Salam Linn,
Bangga Ktom sebab Linn sudi singgah dan berkongsi disini.
Hmmm baru Ktom perasan betul ler….perasaan marah tu datang daripada mental state atau mood kita. Memang pun jika mood kita tak ok, perkara2 kecil pun mudah kita nak marah.
Linn, boleh share tak cam mana nak kawal mood kita tuh sebab kadang2 mood kita mudah goyah apabila diterjah oleh sesuatu yg kita tak suka.
Terima kasih kerana sudi berkongsi ok..
Raymond,
Bagi yang tiada pengalaman susah nak menukar emosi tu secara tiba2 tau sebab hati dan perasaan kita kadangnya sukar dikawal. Jika ada orang yang bercakap kasar atau membuat tuduhan , hati kita dengan sendirinya akan merasa pelbagai rasa. Jadi cam mana nak mengawal benda2 cam tu.
Terima kasih untuk video tu ok..
ktom08 :
Date: August 24, 2007 @ 4:00 pm
zuhairy, Ktom baru je approved komen awak tu. Ianya termasuk spam . Tak tau apa sebab.
Betul tu kita kena banyak istighfar……sabar separuh dari iman bukan….
Tapi bab tak beretika semasa memandu ni memang boleh buat kita geram. Tambah2 pula bila kita nak cepat, ada2 je yang jadi gangguan atau halangan kat depan kereta kita.
Memandu di jalan yang sibuk memaksa kita untuk lebih bersabar dengan pelbagai gelagat pemandu di jalan raya….pemandu yang dengan 1001 macam perangai dan sikap.
zuhairy :
Date: August 24, 2007 @ 9:50 pm
patut pun tak dapat dalam senarai top 5,hehe..
tapi, orang tua2 cakap, nak tau sifat atau perangai seseorang, ajak dia berjalan. dalam perjalanan boleh la tau sikit sebanyak. sabar ke, panas baran ke…
ktom08 :
Date: August 24, 2007 @ 10:29 pm
Haah betul juga tu zuhairy….tapi kan, Ktom pun kadang membebel semasa bawa kereta bila pemandu tu tidak berhemah…hehehe ni perangai takde sabar lah ya?
linncomel :
Date: August 25, 2007 @ 7:19 am
Macam mana nak kawal mood, sebelum tu saya nak kongsi,mental state atau mood sangat mempengaruhi proses evaluation sesuatu keadaan.Dan setiap kejadian akan dirangsang dan dimasukkan ke Minda sedar. Bila mental state kita atau mood kurang baik kita akan cenderung bersikap atau berfikir secara negatif.
Jadi apa yang perlu dilakukan ialah apabila kita sedar, keadaan mood kita kurang baik sehingga menghadirkan emosi yang negatif, jadi kita perlu membatalkan emosi tersebut.
Apa yang saya maksud dengan membatalkan ialah, cakap pada diri sendiri. Arh..apa yang aku lakukan ni salah, saya terlalu letih sehingga saya cenderung bersikap negatif( hendak marah)
Satu lagi cara bila kita rasa emosi kita negatif ketika mental state kurang baik,Cari tempat yang tenang dan buat analisa pada emosi
Apa yang perlu dilakukan
1.Identifikasi emosi dan perasaan kita
2.Cari faktor penyebab
3.Selesaikan masalah
4. Memaafkan tidak kira diri kita atau orang lain yang menyebabkan mental state kita kurang baik
ktom :
Date: August 25, 2007 @ 3:59 pm
Terima kasih Linn, Ktom telah belajar sesuatu dan pengujung blog ini juga telah mendapat sesuatu dari Linn.
Sebenarnya kadang2 tidak tidak sedar untuk mengawal emosi atau kadang2 tu dikuasai oleh ego. Orang yang boleh kita marah dan kita tahu tak melawan lagi lah kita marah dia. Hehehe tak patut betul.
Jadi mulai dari saat ini kita kena belajar mengawal emosi kita, sedar akan kedudukan emosi kita samada negatif atau positif.
Oh… cari tempat tenang…maksudnya kita melarikan diri seketika dari suasana tersebut, duduk seorang diri dan buat analisa pada emosi.
Linn, yang nombor 4 tu susah sikit. Inilah yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang. Mungkin Linn boleh buat post kat blog tentang bagaimana memaafkan tidak kira diri kita atau orang lain yang menyebabkan mental state kita kurang baik .
Terima kasih kerana perkongsian ini…
zool :
Date: August 27, 2007 @ 4:20 pm
Okaylah kalau kena marah camner???
Baru lepas kena marah ngan boss nie…
Nasib baik saya ni jenis tak melawan.. biorkan je…
kalau lawan kang lagi panjang.. mungkin memang salah saya tu…
takpelah..dia pun sebenarnya kena marah ngan orang atas..
lagi teruk dari saya kena….
nur_hati :
Date: February 14, 2008 @ 12:31 pm
sya rasa mcm sya ni nk gila la.. byak sgt tekanan dlm diri sya..tolong bantu sya