Tentang Hidup - Perceraian - Siri 1
July 12, 2007 5:05 pm Tentang hidupAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Beberapa waktu tidak berkesempatan untuk berkunjung ke blog sahabat2 dan tidak berpeluang untuk membalas email2 yang dihantar, maaf ya. Bukan disengajakan tetapi masa tidak mengizinkan.
Baiklah, topik kali ini berkisar tentang kehidupan dan ianya akan ditulis secara berperingkat. Hari ini Ktom ingin memberi pengenalan terhadap apa yang akan Ktom bincang dan kongsikan bersama anda seterusnya.
Topik kali ini Ktom fokuskan kepada perceraian. Mungkin ramai diantara pengunjung blog Ktom yang masih belum kahwin, yang dah kahwin, yang sedang mencari calon dan sebagainya. Namun Ktom harap apa yang diutarakan disini sedikit sebanyak dapat dimanafaatkan oleh semua.
Setiap yang berkahwin akan selalu mengharapkan agar perkahwinan mereka akan kekal selamanya. Mereka mengharapkan kebahagiaan bersama keluarga tidak akan pernah padam, namun tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita yang hakiki. Usia perkahwinan tidak menjaminkan bahawa anda kekal bersama pasangan hingga ke akhir hayat, ada yang baru kahwin 2 tahun bercerai malah ada yang sudah kahwin 20 tahun tetapi bercerai juga. Ketentuan itu bukan kita yang buat tetapi segalanya atas kehendak yang maha esa.
Pelbagai perkara menjadi alasan kepada perceraian tersebut. Namun apa yang sebenarnya menjadi punca adalah suami atau isteri itu saja yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa hidup akan lebih bahagia bila berlakunya perceraian. Perceraian sebenarnya bukan berakhirnya kehidupan suami isteri kerana pasangan yang bercerai harus tetap memikirkan bagaimana untuk membantu anak2 mengatasi penderitaan akibat perceraian ibubapa mereka.
Dari masa semasa, kes perceraian nampaknya terus meningkat. Bila kita fikirkan dan kaji , adakah perceraian merupakan jalan terakhir yang perlu dibuat? Apakah mereka fikirkan kesan dan akibat terhadap anak2? Anak2 pasti sangat menderita. Mereka pasti kecewa dan tidak gembira. Yang tidak ada anak tu, lain lah pula ceritanya.
Fenomena perceraian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira dia tu VIP ke, doktor ke, ustaz ke, cikgu ke, para cendikiawan ke atau sebagainya, sebab sebagai manusia kita ada kelemahan masing2.
Sekalipun perceraian tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan damai tetapi ianya tetap akan menimbulkan masalah kepada anak2. Sesetengah anak mungkin menyalahkan diri sendiri dan menganggap dia juga bertanggungjawab keatas perceraian ibubapa mereka. Mereka juga akan merasa bimbang terhadap akibat buruk yang akan menimpa mereka. Dan berbagai2 masalah lagi yang bakal wujud akibat daripada perceraian itu.
Oleh yang demikian, jika telah tersurat anda tergolong dalam kalangan mereka ini, usahlah gusar. Lakukanlah yang terbaik untuk diri anda dan anak2 anda. Biarpun antara anda berdua sudah tidak ada perhubungan apa2 lagi, namun pertalian dengan anak dan tanggungjawab terhadap mereka tidak boleh diabaikan.
Ok, di post yang akan datang Ktom akan sambung lagi dengan topik yang berkaitan dengan perceraian juga. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















azwanhadzree :
Date: July 12, 2007 @ 6:35 pm
Ktom, nak balas email kat sini. Saya masih lagi di ofis .. ha..ha .. tak tau balik pukul berapa ni.
Pasal penceraian ni, tak nak komen, takde pengalaman, walaupun belaku dlm keluarga .. saudara yang dekat, tapi tak pernah nak ambil tahu. Kerana kalau lebih banyak kita tahu, lagi sakit hati.
Mulalah nak fikirkan ..kenapa? ..kalau? .. macam mana?
ahhh! ignore .. Be happy
Mr X :
Date: July 12, 2007 @ 8:46 pm
Penceraian memang sesuatu yang menyakitkan apatah lagi kepada mangsa (yang dulunya kanak2 kpd mangsa penceraian ibubapa), melalui liku-liku hidup yang sukar dan melalui pelbagai kesukaran dan keperitan hidup sehingga menganggu pelajaran dan mengubah sifat mangsa menjadi agresif dan sukar bergaul memandangkan masyarakat yang memandang hina kepada mangsa disebabkan penceraian ibubapa mangsa. Masyarakat juga sering mengaitkan mangsa sebagai ‘bermasalah’ dan sering menjauhi mangsa.
P/s: Maaflah kalau saya merepek kat sini KTom
ktom :
Date: July 12, 2007 @ 8:55 pm
Wan, biarpun tak de pengalaman sendiri tp melalui pengalaman org lain yg dekat dgn kita, kita dpt melihat kesannya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul tp itulah hakikat yg harus ditelan walaupun pahit.
ktom :
Date: July 12, 2007 @ 9:00 pm
Mr X, salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi berkongsi disini.
Bukan merepek tp ini adalah satu pandangan yg kita kongsi bersama.
Penceraian boleh membawa kebaikan dan keburukan. Apa gunanya perkahwinan diteruskan jika setiap perlakuan yg tidak diingini berlaku didepan mata naka2. Anak2 turut menderita. Jadi jln yg terbaik adalah sebuah perpisahan. Biarpun berpisah namun hak anak dan tanggungjawab terhadapnya hendaklah diteruskan.
Mr X :
Date: July 12, 2007 @ 9:32 pm
Ya kak tom salam perkenalan juga (walaupun dah kenal) :p
NafieCarL :
Date: July 12, 2007 @ 9:45 pm
Ermm bab penceraian nie memang hangat gak tapi kalau boleh elakkan. Yang jadi mangsa selalunya anak-anak, tak kesian ker dengan anak-anak yang tak berdosa. Kepada Suami Isteri tu bertimbang rasalah sedikit, jangan ikut hati je. Bagi suami pulu jangan sebok nak cari bini baru je kesian kat bini hang ngan anak hang tu. Isteri plak jangan ashik Pot Pet Pot Pet dan boros mana Suami tak naik hangin dibuatnya.
maafler saye guna bahasa rojak jer, sajer nak release tension setelah sehari bekerja sebok memanjang… Sekian Terima Kasih & Jumpa lagi. W’salam.
ktom :
Date: July 12, 2007 @ 11:17 pm
Huhu..dah kenal ya Mr X? Nak jadi org misteri la ni ya? Kenal kat mana? Hahaha…kita tengok siapa yang kena….wakakakaka
ktom :
Date: July 12, 2007 @ 11:21 pm
Nafie, cam ada pengalaman je ni? Hehehe..tak de Ktom gurau je.
Alasan perceraian terlalu byk..dan apa yg Nafie katakan itu adalah antara alasan2nya..tp dik, takkan la bila suami cari isteri baru nak bercerai dan takkan lah isteri pot pet, pot pet pun nak bercerai….kenangilah masa sedang hangat bercinta dulu…ingat semua kenangan manis…mesti tak jadi cerai punya….
myvc2u :
Date: July 12, 2007 @ 11:57 pm
Salam ktom,
Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lain he.he.he
Maaf ktom, saya gurau je…Itulah saya..orang serius, boleh pulak kita bergurau (nak kena ni.. )
Hidup ni ,kalau boleh, kita ingin mencari kesempurnaan ,kebahagiaan yang berkekalan (mungkinkah),jadi kita kena realistik.Harapkan panas sampai kepetang..alih-alih hujan ditengah hari.Begitulah dlm alam rumah tangga.Bertolak ansurlah,tampung menampunglah dimana-mana ada kekurangan,akhirnya bersyukurlah atas kurniaNya,dan andai ditakdirkan berlaku penceraian..alahai sedihnya ktom..Hanya satu saya pinta kepada mereka ini..JANGAN ABAIKAN ANAK-ANAK ANDA.(anak adalah amanah)
Wassalam.
ktom08 :
Date: July 13, 2007 @ 12:46 am
Askm myvc2u, lama tak nampak? sihat ke?
Anak2 adalah amanah yg perlu kita pegang, kita jaga dan kita perhatikan. Jangan disebabkan suami isteri tidak sekata maka anak2 diabaikan. Kasihanilah mereka dan fikirkanlah ttg mereka.
[ Tampung menampunglah dimana-mana] hmmm best ayat tu….suami isteri adalah saling lengkap melengkapi, jadi terimalah kekurangan yang ada pada diri masing2.
firadila :
Date: July 13, 2007 @ 11:56 am
Ktom,
pasal penceraian ni sebenarnya pernah berlaku pada keluarga firadila.Biasalah…kalau asalnya dari kampung dan miskin pulak tu..mak mentua sebelah akak tak mahu pandang le kami ni dari kampung.so,yang jadi mangsa kakak firadila dan keluarga kami.Bekas mak mentua mula-mula tu suka kakak firadila tapi lama kelamaan dah jadi tak suka pulak.Nak jejak kaki kat kampung kami pun diaorang tak nak.So,sekarang ni diaorang dah bercerai sebab ex-husband dia buat perangai.Mana tahan kalau bekas mak mentua asyik cucuk kat anak dia cerita yang bukan-bukan pasal keluarga kami.Sekarang ni kami bahagia dengan keluarga kami yang asal dari kampung ni.Mula-mula pedih juga Ktom sebab orang bandar asyik kutuk,caci,maki dan hina kami ni orang kampung tapi bila fikirkan Allah selalu menolong hamba yang teraniaya…kami satu keluarga buat keputusan…
“SABAR DAN SABAR DAN SABAR DAN YAKIN AKAN PERTOLONGAN ALLAH…” itu pengangan keluarga kami…
dan ,
firadila menyaksikan betapa peritnya seorang ibu tunggal nak membesarkan anak seorang diri akibat tiada tanggungjawab seorang ayah kepada keluarga….kadang-kadang takut jugak nak kahwin Ktom tapi bila fikirkan Allah benci akan hamba yang tak berkahwin..so, redha jelah…
sekian,senyum selalu…..
p/s : sampai sekarang firadila fobia bila menyaksikan mak dan ayah dicaci dan dihina didepan orang kampung bila bekas mak mentua akak menyerang keluarga kami.”BIAR MISKIN HARTA TAPI KAYA MARUAH DAN HARGA DIRI”…sejak tu firadila nekad nak ubah kehidupan keluarga kami.senyum selalu……..
ktom08 :
Date: July 13, 2007 @ 12:48 pm
Firadila, sudah menjadi lumrah kehidupan manusia pangkat dan darjat menjadi ukuran dengan mengenepikan nilai adab dan sopan.
Seharusnya seorang ibu memberi nasihat yg berguna pada anak2 dan memberi tips bagaimana untuk menerajui kehidupan berumahtangga dan bukannya menghasut anak dgn perkara2 yg negatif dgn harapan anak akan bercerai. Itu merupakan satu sikap yg perlu dibuang sama sekali kerana ia umpama meruntuhkan sebuah masjid.
Sepatutnya ibubapa campurtangan utk kebahagiaan anak tapi lain pula jadinya. Moga akak firadila tu tinggi kesabarannya. Mungkin ada hikmah disebaliknya yg kita tak nampak.
Firadila dan keluarga harus memberi sokongan kepada akak tu. Org yg sentiasa disisi pabila kita menghadapi kesusahan adalah keluarga.
“BIAR MISKIN HARTA TAPI KAYA MARUAH DAN HARGA DIRI”. Ktom setuju sangat2 dengan kenyataan ini. Miskin harta boleh dicari , tapi miskin maruah dan harga diri tiada nilainya lagi kerana harga diri dan maruah tidak boleh dibeli dgn wang ringgit. Tks for sharing
jejaka :
Date: July 13, 2007 @ 5:52 pm
Topik mengenai perceraian.. takutnye nk sebut perkataan ni hehe.. sememangnya iadlh topik yg agak berat klu hendak diperbincangkan sbbnya ia melibatkan soal hati.. persefahaman… ekonomi… keluarga… tabiat… dan mcm2 lagi…
Sy rs xberani nk pnjg2 criter ini yerlah sy blm kahwin.. so xprnh mengalami suasana ini yg blh jd xmenentu dprd suasana nyaman sehinggalah kepd angin tsunami hehe….
idup berumahtangga ibarat sedangkan lidah lagi tergigit… so bnyk memainkan peranan antara pasangan masing2…
perceraian ni pn blh berlaku pd bnyk faktor… klu nk ikutkan bnyk aspek kita kene lihat pd diri kita sendiri mahunpn keluarga and org lain…
w’apa pn disini perceraian adlh perkara halal yg paling dibenci oleh yd Maha Esa… ini bermakna klu blh kita kene elakkan lah drpd berlaku perceraian… masih ada jln kluar utk bawa berbincang dan berikan masa utk mendptkan suasana yg jernih kembali.. suka sy igtkan pada diluar sana dan juga terutama kpd diri sy supaya jgn lah kita mengikut emosi sgt dan ingin menunjukkan kehebatan masing2.. kita xkan kemana2 klu masing2 xmahu mengalah.. percayalah nasihat sy ni..eh mcm dh berpengalaman dh kawin plak ekkekeke…
dgn kelebihan kuasa talak pada laki kita gunakanlah sebaik2nya… klu kuasa talak pd pompuan hehe mgkn lebih haru lagi n smmgnya ada hikmah knp laki ada kelebihan tu (jgn terasa arr pompuan2 disana)
Sbnrnya bukan lah ingin mengatakan cerai itu xelok juga.. spt diketahui agama kita telah memberikan perceraian itu juga ada mempunyai sebab2…. cerai itu adalh jln terakhir dan penghabisan klu dh xblh cari jln kluar ataupn dh buntu sgt2 smpi blh dpt migrain hehe… so ini adlh jln penghabisan yg mungkin utk selama2nya ataupun utk penginsafan… mksd penginsafan dicni perceraian itu dirujuk kembali utk membetulkan suasana stlh berfikir pnjg akan kesan2nya… dan ada peluang skali lagi.. so terpulang lah pada keadaan kita semua… setiap kita mempunyai maslh masing n tahap2 yg berbeza n keadaan kita…
Nmpknya pnjg jugak sy komen.. xper ape pn sbg iktibar ataupun panduan kita semua dan diri sy yg serba kekurangan…
Satu lagi pesanan kpd org laki… jgn bercerai bertujuan utk kawin lain dah ye tp klu nk kawin lebih xper kuikui..sbg penutup dlm hidup ni mmg bnyk cabaran dan dugaan… sy pn xtau apakah keadaan sy pd ms hadapn.. kita hanyalah manusia yg hanya merancang dan yg menentukan hanyalah yg Maha Esa…
Smoga idup lebih bahagia dihari2 mendatang kita utk kita semua Okiessss!!!
AdiOSSSsssssssZZzzzz!!!!
Best Regards,
Best From Jejaka
ktom08 :
Date: July 14, 2007 @ 5:15 pm
Askm Jejaka…awak ni cam dah ada pengalaman..hehehe bagusler….
Haah..jgn la bercerai sbb nak kahwin lain..nak kahwin, kahwin lah…tp tanggungjawab mesti ditunaikan. Ini tidak dah ler nak kahwin lain, buruk2kan isteri tua pulak…..bengang betul…
Perempuan ni pun satu, dah tahu dia tu suami org, jgn ler digoda atau diganggu…..( ramai yg cam ni).
Apa2pun, kesalahan bukan pd sebelah pihak sahaja. Kedua2nya bersalah…
Bercerai ke atau berkahwin lain ke…itu tak penting…yg penting anak2 jgn diabaikan….