Tikam belakang……….kawan makan kawan….
September 10, 2007 12:02 am Tentang hidupAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Anda sihat ke? Ktom harap anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Hari ini topik kita adalah berkisar kepada perasaan cemburu dan iri hati seseorang yang mengakibatkan orang lain tersungkur.
Menikam dari belakang memang merbahaya kerana sikap atau perbuatan ini melibatkan orang yang dikenali dan bersahabat dengan kita. Ianya adalah lebih tepat jika dikatakan sahabat aniaya sahabat.
Dalam konteks pekerjaan di pejabat, perasaan cemburu,dengki, hasad, tidak puas hati dan segala yang bersifat negatif itu sudah menjadi lumrah, yang telah wujud menjadi biasa dalam diri manusia di mana2 saja.
Di pejabat budaya sebegini memang menjadi perkara biasa jika ada orang yang dengkikan orang lain, jika orang itu lebih baik daripadanya samada dari segi ilmu, pangkat dan kekayaan.
Ini kerana manusia memang secara semulajadi mempunyai sifat cemburu dan mereka berperasaan begitu kerana mereka ada berbagai nafsu.
Namun begitu, seharusnya kita sedar ,kita patut jadikan nafsu sebagai senjata yang baik kerana nafsu itu mewujudkan perasaan berlumba2 dalam diri manusia. Mereka boleh bersaing sebab persaingan itu datang daripada nafsu, yang seterusnya melahirkan perasaan cemburu.
Sebenarnya cemburu bukanlah sesuatu yang tidak bagus tetapi dengan syarat ia tidak memudaratkan orang lain. Dalam Islam perasaan ini dikenali sebagai ghibtah iaitu perasaan cemburu yang menyebabkan seseorang itu mahu menyaingi orang lain untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat yang sama atau lebih tinggi tetapi seharusnya perasaan itu tidak sampai menyebabkan seseorang itu berdengki atau menikam belakang sehingga menjatuhkan orang lain.
Tikam dari belakang juga berpunca daripada perasaan tidak puas hati dari segi kebendaan. Senario ini bukan sahaja staf bawahan menikam pegawai atasan dengan berusaha menjatuhkannya daripada kedudukan yang disandang tetapi boleh juga berlaku pegawai atasan menikam belakang staf bawahan seperti tidak memberi penilaian yang sebaiknya sedangakn orang itu berhak.
Samada menikam belakang staf bawahan atau pegawai atasan, masing2 ada keburukannya. Jika staf bawahan menikam belakang pegawai atasan, ia boleh merosakkan hierarki dan struktur organisasi. Jika melibatkan pegawai atasan menikam belakang staf bawahan, ia akan membunuh peluang dan mengurangkan tenaga2 yang baik dan berpotensi.
Sepatutnya kita menambahkan bukannya mengurangkan sebab bila semua orang berpeluang untuk mendapat kenaikan, ia akan memberi rangsangan kerja, menimbulkan semangat dan memberi peluang untuk kumpul kekayaan dunia. tetapi jika ada yang menyekat persaingan yang sihat itu, orang akan menjadi mundur.
Dalam bab tikam belakang ini, jika ini berlaku kepada kita, kita tidak seharusnya membiarkan diri kita terus dikacau. Kita hendaklah bertindak. Tetapi tindakan kita tidak boleh lebih daripada apa yang telah berlaku kepada kita. Tindakan yang patut diambil sebaik2nya janganlah menjatuhkan orang berkenaan tetapi berusaha untuk naik sepertinya, malah lebih tinggi daripadanya.
Orang yang mengamalkan tikam belakang itu mungkin hanya berada di kedudukan itu sahaja, sebaliknya orang yang merasakan diri “ditikam” jika berusaha, tidak mustahil untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi daripada oirang yang menikam itu.
Wajarkah kita mengundurkan diri apabila merasakan diri kalah mempertahankan hak apabila ditikam belakang?
Sebenarnya ini bergantung kepada keadaan dan siapa yang lebih mendominasi keadaan di sesebuah organisasi. Biasanya terdapat 2 jenis pekerja iaitu pertama yang baik dan yang kedua yang buruk.
Jika kita berada dalam golongan yang kedua dan yakin diri kita gagal membendung keadaan, tidak salah jika kita berundur diri dan cari tempat kerja yang stafnya yang baik. tetapi jika seorang dua yang bersikap begitu, kita haruslah pertahankan diri.
Sebenarnya apakah punca tikam belakang?
1. Sikap manusia yang tidak pernah berpuashati. Tak kiralah dalam hal apa sekalipun namun itulah lumrah kehidupan
2. Hasad dengki, iri hati dan tidak senang dengan kekayaan dan kedudukan orang lain.
3. Malas dan asyik hendak menggunakan jalan pintas. Manusia sering mahu mendpat kedudukan dengan jalan mudah dan usaha yang sedikit.
Banyak lagi sebab yang menjadi puncanya namun hanya itu yang Ktom utarakan. Semoga anda juga boleh berkongsi disini tentang isu yang tak pernah berakhir ini yang sentiasa berlaku dalam mana2 pejabat.
Sekian untuk kali ini dan Ktom akan sambung dengan isu BODEK pula di lain kali.
Terima kasih, jumpa lagi.
Wasalam





















abdfatah :
Date: September 10, 2007 @ 7:51 am
jangan tikam… “kuih lompat tikam” best jugak laaa untuk berbuka puasa. kalo dah kena tikam sedemikian rupa, jangan pandang ke belakang tepis je dengan mesin gun…. trat tar tat tat tat…. miahahahahahaa….
pandang ke depan…. maju ke depan… kehadapan mereka yang berada di hadapan…
eh apa yang saya tulis nih?????
zool :
Date: September 10, 2007 @ 8:18 am
Memang suasana ini wujud di mana-mana sahaja…
yang lebih menyedihkan jika mereka yang menikam dari belakang merupakan seorang yang kita kenali malahan yang lebih teruk sahabat baik kita..
zuhairy :
Date: September 10, 2007 @ 10:42 am
memang satu perkara yang menyedihkan apabila hal sebegini berlaku ke atas bangsa sendiri yang seagama. Hal ni dapat dibereskan jika penyakit hati, hasad dengki dapat diubati. Saya teringat salah satu hadis dari Rasulullah:
“dari Abu Hurairah (R), dari Rasulullah SAW bersabda : jagalah dirimu dari hasad dengki. Sesungguhnya hasad dengki akan memakan kebajikan seperti api membakar kayu yang kering.”
firadila :
Date: September 10, 2007 @ 11:06 am
Ktom,
bagi firadila kes tikam belakang ni memang dah biasa je cuma pada firadila mereka yang suka menikam dari belakang ni firadila ambik sebagai perkara positif iaitu sentiasa mencari kelemahan diri sendiri untuk diperbaiki…”BERANI MENEMPUH KEGAGALAN”…
Cara nak berhadapan dengan mereka ni senang je…masa bercakap tengok muka dia dan berani berhadapan dengan dia..masa dia tengah marah, kita buat ketawa kecil…last-last, kalau dia bagi pendapat kita bantah…sure, dia serik lepas tu nak tikam kita…
jangan lupa…SENYUM SELALU…setiap kali jumpa dia…he..he…
SENYUM SELALU…
ali sihatsokmo :
Date: September 10, 2007 @ 4:01 pm
Allah Maha Kaya…org yg suka tikam belakang ni suatu hari akan ada org lain pulak yg tikam belakang dia.
btul kata fatah; kita layan kuih lompat tikam lagi bagus
abdfatah :
Date: September 10, 2007 @ 4:55 pm
tikam belakang yang tak mati dan lompat tikam yang kenyang perut. miahahahahaa….
ktom :
Date: September 10, 2007 @ 10:31 pm
abdfatah, kaba ko wei? wakakakaaka
ktom :
Date: September 10, 2007 @ 10:37 pm
zool,
memang perkara cam ni wujud. Tak dapat nak diluahkan perasaan hati bila ada kawan yg menikam kita dari belakang…sedih sangatt2…namun apalah daya kita….nak tepis guna machine gun cam abdfatah cakap tu, kita takde machine gun tu….lip lap..liplap kita yg masuk jail nanti…wakakaka…
Namun hakikatnya begitulah….jika org yg tidak dekat dengan kita yg buat hal tak per…tp bila kawan baik…..rasa kecil hatinya sampai ke tulang hitam….
zuhairy,
itulah resam hidup di dunia ini….manusia yg ada penyakit hati ini tak sedar bahawa hatinya “parah”. Apa yg dia tahu ialah bila dia dpt menjatuhkan org lain , dia akan mendabik dada puas..nauzubillah…
ktom :
Date: September 10, 2007 @ 10:38 pm
abdfatah, awak ni macam2 ler……mercun dan bunga api dah beli ke? hehehehe
ktom :
Date: September 10, 2007 @ 10:45 pm
firadila,
Agaknya awak ni seorang yg sentiasa senyum kan?hehehe
Ktom sokong pendapat firadila tu…ambil positif..dan baiki kelemahan diri…
Tp firadila….jika asyik mencari kelemahan diri memang senang nak nampak, tapi nak cari kekuatan diri tu susah orang nak buat melainkan cari kekuatan diri sendiri sahaja.
Dia yang mengumpat kita dan mencucuk2 kita pada boss, cam mana nak berdepan dan bercakap dengan dia?…Boleh ke buat tak tau sahaja sedangkan boss pun dah mula benci pada kita tanpa sebab?
jangan lupa…SENYUM SELALU…setiap kali jumpa dia… ( hehehe nak pandang muka dia pun tak naka lagi ler…wakakakaka)
ktom :
Date: September 10, 2007 @ 10:48 pm
ali,
betul kita kena banyak bersabar……..kalau pekena kuih lompat tikam bersama air sirap lagi best kan? wakakakaka
zool :
Date: September 10, 2007 @ 11:29 pm
betul tu ktom.. sebab tu kadang-kadang kita kena berhati2 dengan seseorang walaupun rakan baik…
berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya kita boleh tangkap mereka ni terutamanya jika mereka jenis yang banyak cakap.. jadi kepada anda yang tikam dari belakang diharap bertaubatlah..
tak best kan kalau naik pangkat dengan menikam orang..
oh cerita pasal BODEK plak lepas nie.. ada kait mengait nie.. mesti ada cerita di sebalik post nie kan ktom???
Bent :
Date: September 11, 2007 @ 12:36 am
Ktom how are you..? Ni yg tak nak dengar ni..kawan-makan kawan..boleh sakit jadinya..mcm mana pula kalau kawan makan kawan ni caranya dgn merampas awek kawan sendiri..ni pun blh juga disebut kawan-makan kawan kan..?
abdfatah :
Date: September 11, 2007 @ 7:47 am
kalo kawan belanja kawan kan best. belanja lompat tikam dengan teh o ais. kalo kawan makan kawan punya kawan lagi tak best, memang akan balas balik laa…
selalunya kalo yang dah tertikam senak perut jadinya, maka redha aje laa… takpe tunggulah balasannya nanti..
yang membuat tikaman dah tentu melompat2 dengan lompat tikamnya itu…
eh faham ke nih? kalo tak faham takpe laaa…
firadila :
Date: September 11, 2007 @ 10:21 am
Ktom,
kalau makan gaji memang lah bos benci kat kita sebab kawan dah cucuk bos cerita yang bukan-bukan pasal kita…tapi ambik positif lah…he..he…masa ni lah kita nak uji kekuatan kita sebenarnya….maksud firadila…
“JADILAH USAHAWAN - UJI KEKUATAN KITA UNTUK JADI BOS PULAK”
he…he…SENYUM SELALU…
P/S : Firadila ni sebenarnya memang suka SENYUM SELALU pun…tak kira sesiapa yang firadila jumpa…he..he….Ktom, apa yang firadila beritahu tu sebenarnya firadila dah buat dah..tu yang diaorang serik nak tikam belakang firadila lagi….cakap benar biasanya diaorang tak suka dengar…so, bercakap benarlah pasal berbuatan diaorang pulak depan bos…
SENYUM SELALU…
Blog Zool » Cemburu :
Date: September 11, 2007 @ 10:45 pm
[…] Negatif 1. Mengongkong . Cemburu yang melampau mungkin akan menyebabkan hubungan menjadi tegang dan konflik tercetus. 2. Perasaan hasad dengki. Perkara ini berlaku akibat dari nafsu yang tidak dikawal. Kebiasaan mereka yang tidak mampu mengawal sifat cemburu ini akan melakukan ‘khianat‘ malahan ada yang ‘tikam dari belakang‘ 3. Timbulnya perasaan berlumba-lumba yang negatif. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan. Ramai yang berlumba-lumba untuk melebih-lebih dan menunjuk sehingga sanggup berhutang,.. Entahlah… […]
azwanhadzree :
Date: September 12, 2007 @ 1:04 pm
Kadang2 tu kalau perkara kecik yang tak melibatkan kredibiliti kita kepada management, lebih mudah buat bodoh aje. just in case top management panggil, make sure you know what to do i.e simpan minutes of meeting, emails yang berkaitan that can be used to your advantage to counter the claim.
And one more thing, u only got one boss, please him and you are alright. so pastikan anda semua tahu carta organisasi masing-masing. walaupun big big boss ask you to do something make sure direct superior knows about it. any problem, kita selamat.
I’ve been in a panel in a lot of Domestic Inquiries, i know. small fish get fried!
ktom :
Date: September 12, 2007 @ 10:03 pm
zool,
Menganiaya kawan sendiri sudah begitu sinonim dengan bodek…jadi tak salahkan jika Ktom buat post bodek pulak lepas ni….
Bent,
Ada satu lagi perumpamaan…Harapkan pagar, pagar makan padi…memang byk berlaku pun situasi yg Bent katakan itu…anyway itu dah lumrah hidup….dunia ini adalah pentas lakonan manusia yg membawa pelbagai watak….
Abdfatah,
Adoii…ktom dapat agak ada yg tak faham tu…sebab awak ni berkias sambil berlawak adeshhhhhh…..tp Ktom faham, jgn risau. Memang rasa seronok bagi yg menikam dan pastinya lompatan mereka melebihi lompatan k????. Tp biarkan si Luncai terjun dgn labu2nya…..sampai masa….hanyutnya entah kemana menuju lautan yg tiada bertepi….
ktom :
Date: September 12, 2007 @ 10:12 pm
Wan,
Kata2 Wan tu betul…tp seandainya big boss tu jenis yang mudah dengar hasutan dan fitnah cam mana? Even jika kita ada proof sekalipun ttg keburukan dan sikap tidak amanah org itu tp di “ignore” kan saja dgn alasan dia ( org yg menikam tu) ter “overlooked” ttg kerja dia…jd cam mana?
Menjadi seorg pemimpin bkan semudah yg dicakapkan. Anda dinaikkan pangkat berserta dengan tanggungjawab…bukan hanya dengan mendapat kuasa dan kenaikan gaji..
Keadaan sebegini mungkin kurang berlaku di private sector tp government sector tu obvious sgt2…
ktom :
Date: September 12, 2007 @ 10:18 pm
Bagus firadila. Bukan semua org yang boleh positif macam firadila. Pasti melatah dulu ler sikit2..hehehe…
Bukan senang nak jadi boss yg betul2 lengkap dgn ciri2 kepimpinan…agak2nya jika kita jadi BOSS cam mana ya? Adakah kita mampu untuk menjadi lebih baik dari orang lain?
“JADILAH USAHAWAN - UJI KEKUATAN KITA UNTUK JADI BOS PULAK”
( Ini yg Ktom suka…bersemangat pulak jadinya…hehehe…
SENYUM SOKMO ya….tapi jgn tersilap senyum pulak tau….
Abang Em R :
Date: September 12, 2007 @ 10:50 pm
Salam siaran dan selamat berpuasa Ktom..
Hebat sungguh perbincangan mengenai tajuk ni. rasanya tak payahlah abang tambah perisa lagi kerana pandangan dan pendapat rakan-rakan lain dah cukup berbisa. Klau siapa termakan cili pasti terasa pedasnya. Mudah-mudahan mengambil semangat Ramadan ini dapat kita sama-sama KURANGKAN segala perkara negatif yang tidak membantu membangunkan ummah seperti itu. Wasalam.
ktom08 :
Date: September 12, 2007 @ 11:14 pm
Selamat Berpuasa Abang Em R,
Lama tak singgah, bz sangat2 nampaknya..hehehe….
Abang Em R, apa khabar? Sapa2 yang makan cili tu memang terasa pedasnya…tp ambillah iktibar daripada apa yang dibincangkan disini. Ingat mengingati adalah satu sikap dan amalan yang perlu kita tanam dalam diri kita.
Dan semoga kita semua dapat terus berkongsi disini…Terima kasih.
titan :
Date: September 19, 2007 @ 7:37 am
Memang normal dan memang selalu jadi sama aku. Ramai sangat yang tikam belakang. Tak apa. AKu tikam korang balik..
Apa-apapun. Selamat berpuasa. Jangan tikam aku lagi..
ktom08 :
Date: September 20, 2007 @ 10:26 pm
titan,
Jangan berdendam dik di bulan puasa ni…nanti kurus puasa awak tu? Salam perkenalan dan Selamat berpuasa.
azam :
Date: September 21, 2007 @ 2:51 pm
Pedih bila ditikam kawan nih..Sakit jiwa pun boleh..Tapi tak guna berdendam sebab hidup kita tak kemana pun..Ramai lagi kawan baru yang ada..Lagipun bila sampai masanya nanti kita ni jadik seorang jugak.Tak ada sapa pun boleh tolong..
ktom08 :
Date: September 21, 2007 @ 10:47 pm
azam,
Ktom pun pernah mengharunginya….sesak nafas, sebak, marah, geram dan berbagai rasa yg ada. Namun apa daya..apa yg boleh kita buat adalah berusaha untuk memberikan yg terbaik pada bos kita.
Tapi yang nyatanya…hati kita akan terguris yg amat jika yg menikam itu adalah kawan yang kita anggap paling baik dgn kita, yg kita kongsikan segala masalah kita…tu yg perit tu…
sharudin :
Date: September 22, 2007 @ 11:00 pm
Salam
Saya telah memetik artikel anda
Terima kasih
ktom08 :
Date: September 24, 2007 @ 5:23 pm
sharudin, salam perkenalan.
Segala ilmu atau maklumat yang ada haruslah kita kongsikan bersama supaya semakin banyak kita memberi semakin banyak pula kita terima.
kvn :
Date: July 28, 2008 @ 9:40 am
Tikam dari belakang, fitnah dan sebagainya merupakan asam garam dalam kehidupan yang boleh belaku pada sesiapapun. Yang penting bagaimana sesorang itu menghadapi masalah tersebut. Sememangnya siapa yang tidak marah sedih atau stress jika kita dibuat begitu. Sememangnya betul kata penulis blog ini jika kita gagal membendung keadaan kita patut berundur bagi mengelakkan kita tertekan. Saya percaya jika anda boleh melakukan sesuatu yang baik , jujur dan ikhlas dimana-mana pun anda mempunyai rezeki yang sama atau mungkin yang lebih bagus daripada pekerjaan yang lama. Contohnya, Saya mempunyai seorang rakan sepejabat yang sangat baik, gigih bekerja dan tidak suka ambil tahu hal orang lain. Namun oleh kerana sikap orang lain yang cemburu, rakan sepejabat lain memberi komen yang sangat menyakitkan hati. Beliau yang dulunya ceria telah bertukar menjadi sedia dan stress disebabkan umpatan sindiran hingga ke masalah peribadi diungkit oleh rakan sepejabat. Sekiranya beliau bersuara, beliau akan dipinggir dan lebih menyakitkan lagi umpatan semakin menjadi-jadi. Saya menasihatkan beliau agar cari kerja lain, mungkin tempat lain peluang lebih cerah dan bekerja lebih effisien tanpa diganggu oleh umpatan orang lain. Balasan akan diterima setimpal dengan perbuatan anda.
Akhir kata Jangan lakukan perkara yang tidak baik kepada orang lain sekiranya kita tidak mahu orang lakukan perkara yang sama kepada diri kita sendiri.
ktom08 :
Date: July 28, 2008 @ 5:10 pm
kvn,
terima kasih kerana sudi berkongsi di sini….berbuat baik pada org lain bukanlah sesuatu yg merugikan kita …..dan jangan sekali2 kita berbuat jahat kerana parut luka akibat kejahatan itu akan kekal selamanya.