Tips Elakkan Pertengkaran

4:53 pm Tentang hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.  Bagi Ktom pula, demam dah beransur pulih cuma batuk2 dan sakit tekak je.  Harapnya dapat sembuh dalam masa yang terdekat. Insyaallah.

Dalam hidup ini kita pasti akan menghadapi pertengkaran.  Tak kiralah bertengkar dengan kawan , adik, kakak, keluarga , suami, isteri dan sebagainya.  Namun jika tiada kesabaran dan tak tahu bagaimana nak meredakannya mungkin pertengkaran yang kecil akan menjadi besar dan terus berlarutan.

Tiada siapa yang suka bertengkar tetapi kadangkala situasi itu sukar di elakkan.  Pernah tak anda bertengkar? Bagaimana anda menanganinya? Apa yang anda buat? Pastinya anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapinya.

Ok hari ni Ktom ingin kongsikan dengan anda beberapa tips untuk elak berlaku pertengkaran atau bagaimana nak hadapi situasi dalam masa pertengkaran.

1. Ketika bertengkar, cubalah bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil kerana bagi budak2 tak de lah teruk sangat tapi bagi yang dah dewasa….buruk sangat.

2. Cuba dengar terlebih dulu apa yang hendak diperkatakan oleh kawan anda itu.  Jangan terus fikir negatif atau menyerang dia.

3. Bercakaplah dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara , dia hanya mendengar pekikan suara anda sahaja dan tak jelas apa yang anda ingin perkatakan.   Dia atau orang lain yang ada disitu, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4. Tumpukan pada topik atau isu yang berbangkit.  Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah yang lain pula.  Anda harus fokus topik yang berkaitan sahaja dan jangan sekali-kali mengungkit.

5. Fikir dulu sebelum bercakap.  Bak kata orang tua ” Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tiada ubatnya “. Jadi, jangan main sedap je nak cakap atau kata. Timbang2lah dulu apa yang anda nak kata itu.

6. Jika anda sudah sedia untuk berhenti bertengkar, ambil masa untuk tenangkan hati.  Jika perlu, anda pergi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati, pergilah. Apabila hati dah tenang, tidak sukar lagi untuk anda memaafkan.

7. Cuba fahami setiap maksud kata-katanya.  Apabila anda memahami maksud katanya, anda mungkin dapat menyelesaikan dengan lebih mudah lagi.

8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tetapi hendak menyelesaikan masalah.  Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas. Jadi jangan terus menerus berdebat.  Mengalah sedikit sahaja pun akan turut meredakan keadaan.

9. Semasa bertengkar anda boleh juga alihkan perhatian kawan anda itu dengan membuat jenaka.  Tetapi awas, jenaka anda tu biarlah berpada-pada sahaja. Jika tidak akan lebih teruk jadinya.

10. Semasa dia marah. anda diam dan biarkan dia begitu sahaja.  Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia.  Jangan menjawab apa2 sehingga perasaan marahnya reda.

Ok, itu saja yang dapat Ktom kongsikan dengan anda untuk kali ini.

Maaf ya, masa tidak mengizinkan untuk berceloteh lebih panjang di sini pada kali ini.

Sekian, jumpa lagi.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
12 Responses
  1. abdfatah :

    Date: October 8, 2007 @ 6:19 pm

    kata makcik : nak balik kampung mak tahun ini jugak…

    kata pakcik : tak kira balik kampung abang tahun nih…

    kata makcik lagi : orang cakap nak balik raya rumah mak tahun nih…

    kata pakcik lagi : abang cakap balik raya rumah abang tahun nih… degil sangat laaa. tak nak dengar kata nih???

    dan mereka baru kahwin dua tahun lepas. dah dua kali dah balik ke rumah tok lakinya. apohal pezalimkan bini macam tu? meh kita bertengkar sampai subuh…

    kata saya : payah-payah baik tak payah balik raya laa cik kak cik bang weiiih. susahkan diri sahaja, lebih baik selamatkan cinta dulu baru laa boleh balik raya..

    (promote laa pulok?)

  2. ktom :

    Date: October 8, 2007 @ 11:54 pm

    abdfatah,
    Best cerita tuh..hehehehe….eh..eh..cam awak ada pengalaman je nih? wakkakakaka

    Betul tu, buat apa nak bertengkar ttg nak balik rumah sapa nak raya, tolak ansur ler…bagi2 ler…jgn nak bolot semua kan? Mana ada adilnya… Cakap berkongsi segalanya dan saling bertolak ansur tp bila tiba musim raya tak nak bertolak ansur pulak…….raya je kat rumah, jangan balik mana2..wakakakaaka

    Ataupun main ooooo…som…..hahahaha

  3. azam :

    Date: October 9, 2007 @ 10:39 am

    Aku tak gaduh pun nak balik raya..Raya tuh bagi aku hanya hari untuk meraikan kejayaan sebulan berpuasa.Tak perlu nak gaduh-gaduh nak balik raya hanya di hari raya sebab untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, ada 365 hari untuk dipilih.

    Takkan luak kot kasih sayang kalau tak nak balik raya? Atau kurang ke nilai silaturrahim kalau lawat-melawati di hari yang lain selain hari raya?

  4. firadila :

    Date: October 9, 2007 @ 10:41 am

    Ktom,
    he..he..buat apa nak tengkar mulut bab nak balik raya ni…
    main oozoomm je….baru adil…keh..keh…dan result tu kena terimalah…

    tak pun susah sangat guna petua ni…

    SENYUM SELALU BILA BERTENGKAR….

    tapi ade ke orang buat macam tu? he..he…

    senyum selalu….

  5. zuhairy :

    Date: October 9, 2007 @ 12:20 pm

    ktom,
    lepas ni boleh buat artikel tentang cara mengelak daripada bertengkar dengan buah hati, hehehe

  6. azwan :

    Date: October 9, 2007 @ 12:31 pm

    masa nak raya ni mesti ada pertengkaran rumah siapa tahun ni. kami senang. selang seli tak kira apa.

  7. ktom08 :

    Date: October 10, 2007 @ 9:12 pm

    zuhairy,
    Ktom rasa awak lebih arif ttg tu…hehehe

    Wan,
    Begitulah yg sepatutnya….hidup berumahtangga bererti kita berkongsi segalanya dan saling bertolak ansur untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Barulah hidup tenang, aman dan damai.

  8. ktom08 :

    Date: October 10, 2007 @ 9:15 pm

    azam,
    Memang tak luak kasih sayang tu jika tak balik raya, cuma kebiasaannya hariraya adalah hari berkumpulnya seluruh keluarga dan biasanya yg jauh di dekatkan dan pada hari raya juga kita berkesempatan untuk berjumpa dgn sanak saudara dan rakan taulan yg lama dah kita tak jumpa….lebih2 lagi hari tu byk juadah yg dihidangkan…hehehe boleh ler makan…hahaha

  9. ktom08 :

    Date: October 10, 2007 @ 9:18 pm

    firadila,
    tu ler…awak asyik tersenyum je…mana ada org nak bertengkar dgn awak…hahaha,…

    Betul tu…main ozom lepas tu kena terimalah kan keputusannya….tapi yg tak sedapnya bila kita je yg asyik kalah…hahaha….suami kena tolak ansurlah ya…tp bila kena time kita…buat derk je…wakakakaka

  10. Abang Em R :

    Date: October 11, 2007 @ 5:23 am

    Selamat Hari Raya Ktom…
    Moga kesihatan Ktom dah bertambah baik. Tahun ni, untuk pertama kalinya selepas lebih 10thn abang dapat cuti raya. So amik kesempatan bawak falili balik kampung..N9. Tak yah nk gaduh-gaduh sebab wife dah faham.. Yer lah slalu setiap kali raya kat rumah mak dia, sekali ini beraya di kampung abang, jadi ‘permohonan’ tu tak susah nak diluluskan.. he..he..

    SALAM LEBARAN

  11. zool :

    Date: October 11, 2007 @ 9:02 am

    Betul tu.. Pertengkaran hanya akan menambahkan kekusutan pada sesuatu konflik..
    Elakkan dari pertengkaran kerana ianya menyakitkan..

  12. vangardx :

    Date: October 29, 2007 @ 12:05 am

    tetapi kalau si penyabar yg selalu beralah didalam pentengkaran mula hilang sabar..dah capai limit..dia lepas skali camana pula?

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.