Tips Menambah Simpanan

12:02 am Tentang hidup

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah dan Salam Merdeka

Apa khabar? Semoga anda semua sihat dan gembira selalu.  Ktom juga sihat dan alhamdulillah keluarga juga sihat.

Ok, semalam Ktom telah berjanji untuk memberikan tips bagaimana untuk menambah simpanan.  Ktom bukan pakar kewangan atau perunding kewangan tetapi ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri, pengalaman sahabat2 dan bahan bacaan yang Ktom baca. Memang sesetengah daripada kita bila tahu bakal mendapat duit lebih sikit, maka2 awal2 lagi dah berkira2 nak beli itu dan nak beli ini.  Apa yang nampak didepan mata dan berkenan dihati terus dibeli tanpa berkira2 dulu.  Hehehe…biasanya orang perempuanlah yang macam ni ya?  Oh…tidak…tak semua perempuan macam tu, lelaki pun ada jugak…tak percaya? Cuba lah tanya diorang tu.

Baiklah, kita teruskan kepada apa yang ingin dikongsikan kali ini ok…

Bagaimana untuk menambah simpanan?

1.  Simpan wang siling lebihan daripada perbelanjaan harian anda. Letakkan siling terbabit dalam tabung untuk memastikan ia tidak bersepah dan hilang.  Anda akan terkejut apabila siling tersebut akan menghasilkan sejumlah wang yang banyak.  Ingat pepatah yang seringkali kita dengar dan ucap malah Ktom telah pun nyatakan dalam entry semalam ” sikit-sikit, lama-lama jadi bukit “.

2.  Simpan lebihan daripada bajet harian anda. Sediakan satu tabung yang tidak boleh dibuka dengan senang.

3.  Apabila mendapat bonus, gunakan wang tersebut untuk membuka akaun simpanan yang baru atau masukkan ke dalam akaun yang sedia ada.

4.  Simpan wang kerja lebih masa anda.

5.  Apabila memperoleh kenaikan gaji, simpan wang tersebut. Jangan berbelanja untuk benda2 atau perkara2 yang tidak berfaedah.

6.  Simpan wang yang diperoleh sempena majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, hariraya, hari jadi dan sebagainya

7.  Pastikan wang yang ada pada anda hanya yang diperlukan sahaja.  Depositkan wang selebihnya secepat mungkin.

8.  Setelah selesai membuat bayaran terakhir ansuran kereta dan sebagainya, masukkan jumlah wang yang sama ke dalam akaun simpanan anda.

9.  Senaraikan dulu apa yang anda nak beli sebelum pergi membeli belah dan jangan bawa duit lebih.  Tinggalkan kad kredit dirumah.  Dengan cara ini anda boleh menahan nafsu untuk membeli barangan yang tiada dalam senarai yang telah anda buat.

10.  Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah.  Jualan murah biasanya dibuat untuk menghabiskan stok barangan tersebut, kualiti barangan sudah kurang, barangan yang tidak sambutan lagi dan barangan yang tarikh luput sudah hampir.

11.  Jika musim cuti sekolah, budget anda mungkin lari sikit sebab anda mungkin ingin bawa keluarga balik kampung atau bercuti.  Jadi seharusnya ada simpanan yang khusus untuk percutian ini supaya perbelanjaan anda untuk bulan tersebut dan seterusnya tidak tergendala.

12.  Jangan mudah terpengaruh dengan rakan anda yang menjual barangan di pejabat.  Anda mungkin membeli barang yang dijual itu atas dasar tak tergamak jika tak beli.  Tapi ingat, nak mengambil hati kawan bukan itu sahaja caranya. Banyak lagi cara lain yang boleh anda lakukan.

Ok…setakat itu sahaja. Ktom ingin menjemput anda pula untuk memberikan cadangan dan pandangan supaya perkongsian ini dapat dimanafaat oleh kita semua.  Manusia memang macam tu, mudah sangat terlupa jadi dengan demikian kita hendaklah saling ingat mengingati antara satu sama lain. Ok…jom kongsikan bersama Ktom ok.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
22 Responses
  1. zuhairy :

    Date: August 30, 2007 @ 1:15 am

    ehmm,bagus tips ktom bagi ni. boleh la saya guna nak kumpul duit untuk kahwin nanti,hehe..

  2. seni cinta negara :

    Date: August 30, 2007 @ 8:07 am

    jangan makan nasik. jangan shopping lebih2. jangan belanja kawan2… wuahahahaaa… bagi duit raya banyak2 dalam bulan posa lagi banyak duit simpanan bertambah… akakakakaaa.

  3. zool :

    Date: August 30, 2007 @ 12:12 pm

    samalah kita zuhairy.. tips nie boleh guna kumpul nak kawin.. tapi belum bercalon lagi..

    simpanan perlu ada untuk masa hadapan dan melabur mungkin cara baik.. kalau nak selamat ambillah pelaburan berisiko rendah cam ASB n yg sewaktu dengannnya..

    dan saya ada tips lain…. simpan duit dalam akaun yang tiada ATM dan jarang anda ingat..
    lagi satu buat auto debit ke akaun yang jarang-jarang dipandang ( ini yang saya masih belum mampu buat.. merancang je)…

    itu je tips saya….

  4. azwanhadzree :

    Date: August 30, 2007 @ 1:03 pm

    ha..ha.. Ktom, sampai 2 post sekaligus .. mana menghilang.

  5. ramzwatcher :

    Date: August 30, 2007 @ 1:39 pm

    10. Jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah. Jualan murah biasanya dibuat untuk menghabiskan stok barangan tersebut, kualiti barangan sudah kurang, barangan yang tidak sambutan lagi dan barangan yang tarikh luput sudah hampir

    tapi saya suka jualan murah kat jusco kak. Memang kaw-kaw harga murah, barang baru and stylo lagik. Tapi seb baik tadak duit.haha

  6. zuhairy :

    Date: August 30, 2007 @ 3:17 pm

    ala zool, kumpul duit dulu.calon leh cari kemudian,hehe..nanti dah ada calon, terus “on” jer..tak yah kalut2 nak kumpul duit pulak,hehe..

  7. firadila :

    Date: August 30, 2007 @ 5:42 pm

    Ktom,
    he..he…ramai yang tak tahu simpan duit kat insuran….

    senyum selalu…

  8. ktom :

    Date: August 30, 2007 @ 9:35 pm

    zuhairy……simpan jangan tak simpan…
    kahwin jangan tak kahwin….hehehehehe

    Seni cinta negara,

    Kalau tak makan nasi nak makan apa? KFC ke ? wakakaka atau sebab nak berjimat makan je Maggi…hehehe..tapi berjimat..berjimat juga jgn sampai tak makan dik oi…

    Zool, ktom memang pernah simpan duit dalam akaun dan tak ingat duit tu ada…hehehe…kelakar campur bersyukur. Ceritanya dulu masa buat pinjaman personal loan dgn Bank Rakyat, pastu tinggalkan baki ( RM 2 ribu lebih dlm tu ). betul2 terlupa yg dlm akaun tu ada simpanan sehingga terjumpa buku account Bank Rakyat tu…nasib baik buku tu tak hilang…hehehe. Tak tau la samada nyanyuk ke apa..tp tu ler masa x de duit, tiba2 terjumpa buku akaun tu….hehehe rezekilah tu namanya kan…rezeki duit sendiri..wakakaka

  9. ktom :

    Date: August 30, 2007 @ 9:43 pm

    Wan,
    Mana ada 2 post? Bukan apa Wan, gian sebab baru2 ni lama tak tulis post ni…..jadi bila dah ada peluang ni…postkan byk2…wakakaka

    Ramzwatcher,
    Ktom pun bila nak beli barangan branded, beli masa sale…mana larat nak beli time tak sale…tp keadaan ini berlaku bila kita nak beli “canned food”. Kena berjaga2 sebab kadang tarikh dah luput atau hampir luput dah….

    zuhairy,
    zool tu memang dah ada calon tp tak nak introduce kat kita je….cikgu2 kt Kelate ni comel2 zuhairy….jom la dtg sini. Boleh Ktom rekomenkan..hehehe

    firadila,
    Iya tu….ramai yg tak berapa jelas dgn simpanan insuran ni…sebenarnya jika kita beli insuran dan buat saving, lagi untung…dah lah bil perubatan kat hospital dibayar, dapat mc pun boleh bayaran jugak kan…disamping kita menabung.

    Sebenarnya masih ramai yg tak sedar tentang ni….

    Hehehe…maybe azwanhadzree boleh buat satu entry tentang insuran ni…

  10. ktom :

    Date: August 30, 2007 @ 9:44 pm

    firadila,

    mana menghilang? Lama tak nampak? Rindu firadila.

  11. zool :

    Date: August 31, 2007 @ 12:29 am

    insurans… hm.. memang ianya patut ada..
    sekarang nie hampir kesemua insurans yang berkonsep simpanan di mana selain wang yang digunakan untuk tujuan insuran ianya juga digunakan untuk simpanan di masa tua nanti.. memang sedikit sebanyak membantu lebih-lebih lagi dengan kos perubatan yang makin meningkat.. mana nak carik duit puluh ribu tu…

    selain tu rasanya satu yang mungkin selalu orang terlupa termasuk saya…. simpanan untuk haji.. supaya jangan bila dah tak larat baru nak tunaikan haji.. tak berapa bagus… hm kena buat buku cepat2 nie..

  12. san :

    Date: August 31, 2007 @ 9:56 am

    Tips yg baik untuk mengurus kewangan atau belanjawan peribadi.Saya boleh gunakan untuk rujukan belanjawan peribadi saya. Maka bermulalah saya disini , berjinak2 untuk melawat blog ktom..hehehe.Harap2 saya dapat bg pendapat yg membantu. :)

  13. ktom :

    Date: August 31, 2007 @ 1:21 pm

    zool,

    kita boleh berdikit2 menyimpan untuk simpanan haji. Jika yg kerja dengan kerajaan tu boleh ler buat potongan gaji setap bulan untuk dimasukkan ke akaun tabung haji tetapi ia tidak semestinya menyimpan dengan tabung haji saja bukan. Jika nak fikir untung dari simpanan, Ktom rasa tabung haji tidak memberi pulangan yg lumayan tetapi zakat kita tak perlu kita fikir sebab tabung haji dah laksanakan utk kita.

    San,

    Selamat datang, pintu sentiasa terbuka dan hidangan sentiasa terhidang untuk kita jamah bersama2. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan berkongsi disini. Semoga perkongsian disini dapat kita manafaatkan bersama2. Dan Ktom amat mengalu2kan pandangan San itu.

  14. zool :

    Date: August 31, 2007 @ 3:20 pm

    betul tu ktom .. kalau pk untung memang kurang menguntungkan cuma dari segi nak menunaikan rukun islam yang ke 5 ni..
    Ramai dari kita kadang-kadang terlupa dengan rukun ni..
    Rumah besar kereta bertimbun.. pegi oversea selalu tapi rumah Allah tak mampu disinggah.. harap-harap saya tak begiru.. AMIN..

  15. ktom :

    Date: August 31, 2007 @ 3:41 pm

    Insyaalah zool, ktom pesan pada diri sendiri dan pada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam agar jangan diabaikan tanggungjawab kita terhadap rukun islam yang kelima ini. Semoga rezeki yg kita dpt diberkati Allah dan kita tidak akan jadi alpa atau lalai.

  16. Bent :

    Date: September 4, 2007 @ 11:36 pm

    Kadang-kadang kita terlalu mengikutkan nafsu..bila duit dah banyak mulalah lupa..barang yang tak perlu pun kita beli juga..barang yg mahal kita ambik jer..itulah yang menjadi masalahnya sekarang :)last-last pengurusan duit tak menjadi

  17. Leeza :

    Date: September 7, 2007 @ 5:16 pm

    betul lar tu kengkawan semua … saya bole dikategorikan dalam golongan yg boros … simpanan cukup2 makan jer asal survive org kata … kalu ada duit dlm poket tu tangan gatal jer nak belanja … hishhh payah nak ubah tabiat tu tapi bila da ada anak skrg ni lebih2 lagi mmg byk diperlukan utk pendidikan mereka saya sedang belajar mengurus ekonomi dgn bijak .. alhamdullillah skrg xderlah tgh bulan jer dah kering …

  18. ktom08 :

    Date: September 7, 2007 @ 10:43 pm

    Betul tu Bent, tak dapat dinafikan Ktom pun memang pernah macam tu….beli ikut perasaan…last2 brg tu bukannya kita pakai atau guna sangat…lagi baik simpan duit…dah la bajet bulan tu lari…hehehehe…tp kini tak lagi…fikir 10 kali dulu sebelum beli dan dah tak tertipu dgn jualan murah lagi…

  19. ktom08 :

    Date: September 7, 2007 @ 10:47 pm

    Betul tu leeza, tu belum ada anak yg ambik SPM atau PMR…lagi banyak belanjanya untuk beli buku tu la, buku ni la…dan tempat tuisyen bukan satu tempat je…maybe dua tiga tempat…byk keluar duit jadi kenalah uruskan dgn baik perbelanjaan kita tu.

  20. asmid :

    Date: September 7, 2007 @ 11:26 pm

    ok juga idea ktom08, tapi tak boleh plak nak ikut semua cara, sebab tangan gatal jer nak beli itu dan ini. lepas dapat gaji mesti nak beli ebook kat internet. kalau beli ebook kat internet bolehkan!

  21. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 10:50 pm

    asmid,
    salam perkenalan dan selamat berkongsu disini…
    dpt gaji beli ebook? Itu sudah cukup baik tp dik…pastikan ebook yg dibeli tu betul2 memberi manafaat….boleh jugak beli ebook2 yg ada kat sini..hehehe…lebih byk ebook akan dipamirkan disini..dan kesemuanya yg berbaloi…jgn risau…hehehe…advertise sikit….wakakaka..

    Asmid, beli ebook atau buku kiranya tak membazirlah bagi Ktom..sebabnya ilmu yg kita dapat hasil dari pembacaan tersebut amat bernilai dan ianya tidak akan hilang selamanya tetapi jika beli barangan yg lain, sudah pasti satu ketika ia akan menjadi buruk dan tidak diperlukan lagi.

    Terima kasih kerana berkongsi.

  22. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 10:51 pm

    adoiii…salah pulak…berkongsi ler bukan berkongsu…wakakakaka

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.