Belajar Blog - belajar…tanya..baca….dan buat
July 31, 2007 12:30 am Tips BloggingAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini ? Harap semuanya sihat walafiat. Hari ini Ktom nak kongsikan dengan anda apa perasaan dan gelagat Ktom masa awal2 memblog dulu.
Blog? Apa tu?
Website!…apa dia?
Menjana pendapatan dari internet? e-dagang?…peningnyaaaa…..
Apa ke bendanya semua tu?
Persoalan demi persoalan menerjah dalam kotak fikiran…betul ke boleh dapat duit dgn cara ni ?…Senang? Tak percayalah…mana mungkin sesuatu yang kita impikan boleh datang dengan senang. Mesti kena susah dulu…mesti ada cabaran..mesti ada pengalaman dulu …mesti kena jatuh bangun dulu baru boleh berjaya.
Takkan rezeki datang bergolek tanpa usaha…tak mungkinnnnnn….mana boleh!!!.
Seingat Ktom mana ada sesuatu benda tu kita dapat dengan menjentik jari je….( kalau jentik jari kat kucing yang lapar untuk bagi makan boleh ler …tentu datang punya).
Tapi….duit? Kejayaan? Tak de punya….
Jadi..untuk itu atas dasar minat untuk mengetahui segala apa yg berlaku di sekeliling dan tak mahu jauh ketinggalan ke belakang, Ktom usahakan untuk mencari maklumat-maklumat yg difikirkan perlu… surfing kat internet ni memang dah jadi minat Ktom….so taklah sukar sangat…tulis saja apa yang terlintas di fikiran kat pakcik google tu…keluarlah berjujuk2 ( aha..bahasa apa tu? cuba ler cari sendiri )…page pertama yang Ktom temui…Apa???..nak tahu? pasti ramai dah dapat meneka…..page JUTAWAN INTERNET - Dr Irfan Khairi….( sapa yg tak kenal dia kan ) ….lepas tu dapat lagi page usahawan internet yg lain…Tu pun dah dekat hampir setahun cari maklumat…( biasalah bila dah asal daripada kosong..banyak la nak kena cari, baca, teliti, membuat perbezaan dan macam2 lagi lah… eh..eh dia orang ni dapat duit daripada internet? Betul ke? (hehehe…hinggakan sekarang ni dah jadi “informations overloaded” pulak ..wakakakaka)
Affiliate lah, MLM lah, Google Adsense lah….semuanya memeningkan kepala… pernah juga masuk forum tanya2…tapi tak de orang layan pun…sebabnya Ktom dah jauh ketinggalan….( tak pe lah….kena usaha lagi…beli buku, beli ebook….)
Tiba2 ada seorang kawan beritahu tentang blog….oh apa tu? Katanya kita boleh tulis apa saja….cari idea baru, cari ilmu dan macam2….Best jugak….. tapi Ktom tak reti menulis ler…..apa yang nak ditulis?
Ktom cuba melihat dan membaca blog2 orang lain…. ok lah, dapat sikit idea…jadi…bila nak mula blog…ada masalah pulak…sebabnya ada ebook yang Ktom baca tu…mungkin ketinggalan sikit maklumatnya……tak menjadi pulak blog….heeeee…geramnya…cam mana nak buat ni…tak apalah KIV dulu…bila dah free sikit cuba lagi sehinggalah pada satu waktu terjumpa link ni. Ouih…ada ebook buat blog langkah demi langkah…langsung beli dan inilah hasilnya. Dengan ebook ni Ktom yang memang ZERO KNOWLEDGE tentang blog, boleh bina blog lebih2 lagi bukan sahaja ebook tu yang Ktom dapat tapi banyak lagi…..jika tidak masakan dalam masa yang singkat Ktom dapat menghasilkan blog ini. Jika dah terbiasa dengan berblog ni, rasanya tidaklah sesukar seperti apa yang Ktom alami.
Selepas tu tak tahu pulak tentang Cpanel. Apa ke bendanya tu? Nasib baik ada ebook Cpanel yang amat mudah untuk difahami dan disertakan juga langkah2 bagaimana menguruskannya.
Jadi bagi yang berminat dan tidak tahu untuk membina atau menguruskan blog silalah bertindak sekarang. Yang bestnyer beli ebook ni…………tak perlu Ktom cakap. Alamilah sendiri apa yang anda akan dapat atau perolehi daripada pembelian ebook ini.
Sekian. jumpa lagi.
Wasalam





















firadila :
Date: July 31, 2007 @ 2:29 pm
Ktom,
macam paham-paham je firadila nak wujud kan blog sendiri……..sebenarnya masih was-was lagi…
tapi bila Ktom dah tulis tajuk belajar blog ni…rupanya masalah firadila ni dah lama ye bersarang kat Ktom…
So,
firadila tak mahu nak mencipta alasan lagi……insaallah…..adalah…he..he…tunggu dan lihat….
senyum selalu…
ktom :
Date: July 31, 2007 @ 5:30 pm
Firadila, masalah yang sama ya? heheheehe..sehati sejiwa kita…
firadila, ktom yg dah berumur ni boleh buat masakan firadila yang masih muda tak boleh…hehehe
Jangan risau bloggers kat Malaysia ni tak kedekut ilmu dan harap2 firadila pun sudah bersedia memulakan langkah pertama. Jangan tangguh2…jangan kita hanya jadi pemerhati sedangkan orang lain sudah jauh maju kedepan.
Ebook ni memang bagus dan ktom berani jamin ..berbaloi firadila membelinya… ( beli ebook tu kat sidebar blog ktom ni lagi berbaloi ..wakakakakakaka)
zool :
Date: August 1, 2007 @ 2:30 pm
he he he..
orang pertama komen blog ni untuk bulan Ogos…
Kalau tak silap… memang bagus ktom buat blog nie…
kalau tidak mustahil untuk saya mengenali ktom…
firadilla - ikut panduan yang ktom ajor tu.. banyak kelebihan buat blog nie.. jangan terlalu memikirkan duit sebaliknya pikirkan tentang manfaatnya …selain tu buat blog berdasarkan kemampuan sendiri dan jangan buat berdasarkan kehebatan orang lain.. biarkan orang lain dengan identiti mereka dan kita dengan identiti sendiri..
itu yang saya buat… bagus untuk memiliki ebook yang dinyatakan jika dilla masih lagi buntu..
macam saya.. saya main balun jer…
he he he….
ktom08 :
Date: August 1, 2007 @ 5:02 pm
Askm zool…dipersilakan….pintu sentiasa terbuka dan juadah sentiasa terhidang. Sentiasalah sudi2kan diri.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada blog Ktom ni.
shueqry :
Date: August 1, 2007 @ 5:25 pm
Asmkm Ktom, apa khabar? Shueqry here.
Dalam bulan Julai, saya jadi pembaca tetap blog Ktom tipa hari, cuma saya offkan MyBlogLog supaya tak kedapatan .. hehe. Bulan Ogos ni, saya mahu jadi pengkritik positif tetap, wah dah lama juga saya tak letak apa-apa komen.
Saya juga bermula dari ZERO dan KOSONG pasal blog. Saya banyak belajar sendiri dan beberapa tunjuk ajar DikMal, sebab blog saya lahir dari idea dia.
Konsep saya, cari, analisa, buat dan praktikkan. Dari benda yang memula saya tak tahu, dah saya tahu. Lepas tu bila cari lagi, rupanya banyak lagi yang kita tak tahu, lalu ini menambahkan semangat untuk belajar setiap perkara baru. Teringat saya, memula datang ke blog Ktom, blog ini ada 3 kolum ..
Cpanel juga saya belajar sendiri, semuanya dengan pertolongan bro Google dan beberapa artikel dari blog-blog berkaitan .. apa-apa pun masalah boleh diselesai jika ada keinginan mahu mengatasinya. Umur tak jadi penghalang, janji ada keinginan.
- shueqry -
shueqry :
Date: August 1, 2007 @ 5:31 pm
to Firadila,
sebenarnya alasan ni ‘menghadkan’ potensi diri kita, so jadikan alasan tu sebagai penyebab. Cari orang yang boleh buat dan tiru teknik dia, barulah Firadila boleh buat.
Misalnya, nak buat blog. Cari orang yang dah boleh bina blog sendiri (Ktom atau DikMal misalnya
) dan kemudian belajar dari dia ..
Moga tips ini membantu.
- shueqry -
ktom :
Date: August 1, 2007 @ 9:06 pm
Askm Shuq, terima kasih byk2….sememangnya kehadiran Shuq dan semua pembaca blog ni memberi semangat dan motivasi utk Ktom terus belajar dan mengasah skil menulis dan menambah ilmu.
Hehehe…jgn promote banyak2 Shuq, byk lagi perkara yg Ktom tak tahu ni….tp betullah…alasan menghadkan potensi diri kita.
Kita kena mula buat sesuatu, dari situ baru kita tahu apa yg kita tak tahu dan kita belajar.
Jadi mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa2 walaupun adakalanya apa yg diusahakan itu gagal - Dr Tuah Iskandar
zool :
Date: August 1, 2007 @ 10:35 pm
betul tu apa yang diberitau oleh shueq ngan ktom..
mula-mula memang agak sukar..
saya sendiri pun banyak lagi yang perlu diperbaiki..
saya pun bukan pandai sangat dalam bab-bab mengarang nie..
tapi mula-mula buat ikut kata hati lama2 nanti akan diperbaiki sedikit demi sedikit terutama dengan bantuan pakar-pakar kat internet nie..
sori ktom banyak anto komen ari nie…
tak de idea nak post apa kat blog ari nie…
huhuhuh
ktom08 :
Date: August 2, 2007 @ 9:53 am
Takpe zool, kitakan berbincang disini. 10 kali pun dialu2kan..hehehee
dik mal :
Date: August 2, 2007 @ 1:01 pm
nama ku? ohohohoho
dik mal masih newbie..nama pun ‘adik’
ya betul. alasan menghadkan potensi.
Abang Em R :
Date: August 2, 2007 @ 11:34 pm
Abang stuju ngan Shueq umur jgn jd penghalang, janji keinginan mesti ada.. (Abgpn dah senja gak.. he..he..)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Abg pn masih bertatih. Tp happy bile dapat blajar dr teman2 siber semua.
Harap faradila akan mula secepat mungkin..
ktom :
Date: August 2, 2007 @ 11:45 pm
Askm Abang Em R, tak bertugas ke hari ni? Hehehe betul tu, umur tak jadi penghalang. Yang penting keinginan dam semangat kita untuk belajar. Ya tak?
ktom pun sebenarnya dah lewat senja ni….wakakakaaka
azwanhadzree :
Date: August 3, 2007 @ 11:36 pm
baru kena dengan tajuk blog kan .. anyway, selamat malam. saya telah selamat sampai kembali ke kuala lumpur .. yeh! seronoknya!
ktom :
Date: August 4, 2007 @ 4:34 pm
Terima kasih Wan.
Wan, apasal yg seronok sangat tu? wakakakaka…
zuhairy :
Date: August 23, 2007 @ 11:01 pm
Ktom, sama lah kita. saya dulu pun tak tau apa tu e-biz ni. saya belajar sendiri, beli buku Dr.Irfan. Tahun lepas saya pi workshop jutawan internet kat KL. Sekarang ni saya dalam proses belajar dan belajar dalam bidang ni. cuma kdg2 takde masa sebab busy dengan study..