Ebook! Apakah dia?
February 23, 2007 1:36 pm Tips EbookEbook atau dikenali juga sebagai Ebuku merupakan buku elektronik yang hampir sama dengan buku biasa. Bezanya, ia didatangkan dalam bentuk digital, senang untuk dibawa ke mana saja dan sangat versatile. Selain itu, ia boleh dibaca dimana sahaja malahan anda boleh juga membacanya di tempat yang tiada cahaya/waktu malam. Ini merupakan sesuatu yang anda tidak boleh lakukan jika membaca buku biasa ( untuk buku biasa kena ada cahaya).Fungsinya juga sama iaitu untuk memberi maklumat dan informasi, cerita, resepi dan sebagainya.
Ebook boleh dibaca melalui komputer dan peralatan elektronik lain seperti handphone, PDA, ebook reader dan lain-lain lagi. Format yang biasa digunakan adalah bentuk PDF. Kita cuma memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya. Perisian ini boleh didapati di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html.
Ebook juga boleh dicetak jika sekiranya jika tidak selesa untuk membacanya di screen komputer.
Ebook juga tiada bezanya dengan buku biasa dari segi kulit. Kulit ebook dibuat dan rekabentuknya sama dengan kulit buku biasa.
Dari segi pengedarannya pula, ebook boleh diedarkan kepada pembeli serta merta setelah pembayaran dibuat. Biasanya kita boleh memuat turun ebook menggunakan link yang di emelkan ke kotak emel kita. Jadi pembelian ebook tidak akan memakan masa 2 atau 3 hari sebagaimana penerimaan pesanan yang dibuat terhadap buku biasa.
Ebook juga ada disediakan secara percuma kepada pengunjung blog atau laman web sebagai hadiah kepada mereka yang mengunjungi blog atau laman web.
Pembayaran untuk pembelian ebook biasanya dilakukan secara online. Kita boleh memilih untuk membuat pembayaran secara kad kredit/Paypal/Maybank2u.com dimana setelah pengesahan bayaran dibuat dan dilengkap kita akan terus mendapat link memuatturunnya. Senang bukan?
Sekian dulu untuk kali ini. Nantikan tips mengenai ebook yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Wasallam





















smartzul :
Date: February 24, 2007 @ 11:29 pm
Kak Tom, bila nak buat ebook sendiri?
Teruskan menulis.. Good luck!
Maizul :
Date: March 9, 2007 @ 6:21 pm
Cantik blog Kak Tom teruskan usaha…. & artikel yang menarik
ktom08 :
Date: March 10, 2007 @ 12:07 am
Tks Zul…inilah hasil ebook , dorongan dan sokongan Zul tu. Ebook? Insyaallah…dlm proses.
Tks Maizul…harap dpt bekerjasama.
Doodee :
Date: February 2, 2008 @ 7:01 am
Thanks for sharing
ZenDinnyred :
Date: February 10, 2008 @ 6:24 am
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:
ZenDinnyred :
Date: March 24, 2008 @ 12:15 pm
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.