Ebook Percuma - Apakah rasionalnya?
March 25, 2007 5:45 pm Tips EbookAskm dan Selamat Sejahtera…..
Apa khabar anda hari ini? Pastinya anda sedang berehat dan berkumpul bersama keluarga tersayang. Ya lah hari cuti begini pasti ramai yang ambil kesempatan untuk beriadah bersama keluarga, melawat ibubapa dan sebagainya. Walau apapun…jom teruskan membaca topik hari ini.
Bagi mereka yang sudah lama berjinak-jinak dengan perniagaan internet menulis ebook dan memberikan secara percuma kepada pelawat blog adalah salah satu kemestian. Kenapa jadi satu kemestian pulak?
Sebabnya ebook percuma ini diberikan untuk tujuan mendapatkan trafik dan menarik perhatian pelawat supaya berdaftar.
Salah satu daripada caranya ialah dengan menyusun atau mengumpulkan artikel-artikel yang berkaitan dengan sesuatu perkara untuk menghasilkan sebuah ebook dan diberikan secara percuma kepada mereka-mereka yang melawat blog.
Cara ini merupakan satu idea yang paling berkuasa untuk menarik trafik untuk terus setia mengunjungi blog anda. Walaubagaimana pun pada peringkat awal anda tidak mempunyai ebook sendiri untuk berikan kepada pelawat blog anda, jadi anda bolehlah terlebih dulu memberikan ebook yang telah ditulis oleh penulis lain (dengan kebenaran mereka lah).
Biasanya ebook yang diperolehi dari penulis lain tu kita dapat percuma, jadi dengan kata lain, ebook yang anda dapat percuma itu anda sebarkan atau beri percuma kepada orang lain khususnya pelawat blog anda. Ini juga satu taktik yang dilakukan oleh pemilik blog untuk menarik trafik ke blog.
Pun begitu, walaupun sesetengah ‘ internet marketer ‘ itu menulis sendiri ebook mereka tetapi mereka juga tidak teragak-agak untuk memberi ebook hasil tulisan orang lain kepada pelawat blog jika didapatinya kandungan ebook itu berkualiti.
Jadi jelas disini bahawa pemberian ebook percuma merupakan satu insentif yang paling hebat untuk mengalakkan trafik.
Setakat ini dulu…jumpa lagi insyaallah.





















azwanhadzree :
Date: March 26, 2007 @ 12:29 am
Hi, apa khabar. Dah beberapa kali singgah tapi baru sekarang nak kata ‘Hello’
ktom08 :
Date: March 26, 2007 @ 10:24 pm
Terima kasih kerana sudi melawat blog yg serba kekurangan ni. Harap2 kita boleh bekerjasama. Nanti kita buat backlink ya.
azwanhadzree :
Date: March 26, 2007 @ 10:44 pm
Boleh, takde masalah. just let me know, saya pun agak sibuk sekarang ni tu sebab blog tu kureng sikit.
shueqry :
Date: March 28, 2007 @ 12:29 pm
asmkm, baru terjumpa dengan blog ni..wah, hebat bagi saya, sebab saya belum ada personal blog. Teruskan usaha, saya juga masih banyak yang mau di improve..
ktom08 :
Date: March 28, 2007 @ 4:59 pm
Terima kasih shueqry kerana melawat blog ni…ini je yg termampu setakat ini. Masih terllu byk yg perlu dipelajari..Jon kita sama-sam improved kan blog masing2.