Ebook Vs Special Report
March 21, 2007 5:26 pm Tips EbookAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Topik hari ini adalah ebook vs special report.
Eh….nak tulis dalam bahasa Inggeris pula ke ktom ni?
Tak…..:)
Tajuknya saja dalam bahasa Inggeris tetapi contentnya dalam bahasa Melayu. Jangan risau ya……
Anda sudah tentu tahu apa itu ebook atau ebuku. Jadi apakah perbezaan antara ebook dan laporan khas?Dan bagaimana ia menjadi begitu penting kepada kita.
Ada segelintir daripada kita masih tak biasa dengan ebook akan mempersoalkan ” Apakah ebook dan apakah Laporan Khas?”.
Berbeza ke?
Ahaa……jawapannya TIDAK. Ia tidak banyak berbeza lerrrrr. Yang membezakannya cuma dari segi cara ianya disampaikan.
Ebook disediakan/disampaikan dan dapat dibaca secara digital/elektronik dan dihantar/disampaikan melalui link yang disediakan.
Laporan khas pula boleh disampaikan dan dibaca secara elektronik dan boleh dihantar secara pos kepada pembaca atau pembeli. Tetapi apabila ianya disampaikan hanya melalui digitial maka secara tak langsung ianya adalah ebook.
Biasanya pemilik laman web atau blog akan memberikan laporan khas atau ebook secara percuma kepada pelanggan atau pelawat blog mereka. Tujuannya adalah untuk melariskan jualan, sebagai bonus atau penghargaan mereka terhadap pelawat blog mereka secara aktif.
Lumrahnya, sebagai manusia kita lebih mengemari bahan-bahan yang tidak berbayasr(free ). Jadi pemilik blog akan sentiasa bermurah hati untuk menyediakan bahan-bahan percuma untuk pelawat blog/web mereka.
Eh kenapa bagi free je? Kan blog tu blog perniagaan? Mana boleh bagi free. Mana nak dapat untung? Mungkin inilah persoalan yang sering diutarakan. Tetapi kita harus ingat, orang memberi kita menerima, samalah juga dengan orang memberi kita merasa.
Apa ni ktom? Ada perumpamaan pulak ? Kita sedang belajar bahasa Melayu ke?
Tak adalah….apa yang saya nak bagi tahu disini adalah ini merupakan salah satu strategi dalam bidang perniagaan internet ni.
Begini…….
Bila kita menyediakan ebook atau laporan khas secara percuma sudah pasti pelawat blog kita akan memberikan alamat emel mereka kepada kita untuk kita berikan link download kepada mereka untuk mereka dapatkan ebook atau laporan khas yang mereka nak tu. Jadi secara tak langsung kita akan dapat mengumpulkan amat emel mereka ke dalam list pelawat blog kita. Dari situ mereka adalah prospek kita. Apabila ada produk atau perkhidmatan yang kita nak jual kita bolehlah rujuk kepada prospek list kita tu nanti.
Jelas?….Tak jelas!!!!!
Ok macam ni…setiap pelawat blog akan memberikan alamat emel mereka apabila diminta oleh kita jika sekiranya mereka hendakkan ebook/laporan itu. Kita biasanya akan minta mereka isikan nama dan alamat emel mereka supaya kita dapat menghantar apa yang mereka mahukan tu. Jadi secara tak langsung kita akan dapat mengumpulkan alamat-alamat emel mereka. Apabila tiba masa kita nak promosikan produk/perkhidmatan yang kita nak jual, kita akan hantarlah kepada alamat emel mereka yang telah ada dalam simpanan kita. Jadi taklah susah sangat nak cari sapa target market/prospek kita.
Ok…dah faham kan……..?
Lagipun kita boleh berulangkali menggunakan alamat emel mereka untuk memasarkan ebook ataupun produk digital yang lain kerana dengan adanya list pelawat tu mudahlah bagi kita untuk menjual sebab mungkin mereka adalah bakal pembeli produk kita.
Pun begitu kita kena pastikan apakah jenis maklumat dan informasi yang mereka perlukan untuk mengelakkan spam.
Ok….itu bab ebook. Apakah pula laporan khas?
Laporan khas adalah apa-apa laporan yang memberikan maklumat yang berguna dan bernilai kepada pelanggan/pelawat blog. Kita boleh mengenakan bayaran ataupun boleh diberikan secara percuma, tetapi ianya mestilah sesuatu yang ada nilai. Maklumat yang tiada nilai hanya cuma akan meberikan kesan atau persepsi yang tidak baik kepada pelawat blog tentang siapa kita di mata mereka.
Kita perlu bina kredibiliti kita sendiri supaya apa yang disampaikan dan dijual akan mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada pelanggan/bakal pelanggan kita. Jadi pastikan anda memberikan sesuatu yang bernilai dan berguna kepada pelanggan/pelawat blog anda.
Laporan khas ini biasanya lebih pendek daripada ebook. Biasanya ebook mengandungi 50 mukasurat manakala laporan khas cuma mengandungi 20 hingga 30 mukasurat sahaja. Tetapi ia bergantung kepada bagaimana anda memberikan definasinya.
Setakat ini dulu. Wasalam.




















