Kelebihan Menulis Ebook
April 30, 2007 12:09 am Tips EbookAskm dan Salam Sejahtera
Semoga anda sihat dan ceria selalu. Cam mana? Dah dapat idea menulis ebook anda? Apa tajuknya? Dah mula menulis?
Menulis ebook ada banyak kelebihannya. Dalam post yang lepas, Ktom sudah pun bincangkan serba sikit tentang penghasilan ebook. Di sini kita sambung lagi dengan membincangkan apakah kelebihannya jika kita menulis atau menghasilkan ebook.
Dibawah ini adalah beberapa kelebihan menulis ebook untuk dikongsi bersama:-
1. Ebook amat mudah untuk dihasilkan. Cari topik, cari bahan dan mulalah menulis. Cara penghantaran ebook kepada pelanggan juga mudah dan cepat. Ianya boleh dihantar melalui email dengan diberikan link untuk memuat turun ebook tersebut. Jadi..tak payah ler..pi Pejabat Pos atau pos ekpress yang lain untuk membuat penghantaran kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh membaca terus daripada skrin komputer atau mencetaknya jika dia mahu.
2. Kos untuk menghasilkan ebook adalah sangat rendah sebab untuk menghantarnya kepada pelanggan, kita hantar melalui email je..kita tak perlu mencetaknya jadi disini kos boleh dijimatkan. Begitu juga dengan kos semasa penyediaan ebook…apa yang kita perlu hanya sedikit penggunaan elektrik untuk menghidupkan komputer dan talian internet sahaja.
3. Ebook sangat senang untuk dibuat pembetulan atau dikemaskinikan.. Iannya boleh di edit tanpa sebarang kos yang tinggi. Kita boleh meng” delete” dan edit apa yang perlu dan tidak perlu dengan mudah. Apa yang anda perlu buat hanyalah buka file, edit atau delete dan save. Senangkan?
4. Jika anda menulis ebook dan jual sendiri, keuntungan adalah 100% milik anda, maksudnya anda tak perlu guna orang tengah untuk mempromosikan dan menjual ebook anda (kalau tak offer utk program affiliate ler ). Anda juga tak ternanti-nanti royalti dan bonus yang akan diberi hasil daripada jualan…sebab anda tulis dan anda yang menjualnya…:)
5. Ebook anda boleh dijual di merata tempat di seluruh dunia. Dengan kelebihan teknologi internet anda mampu meraih keuntungan yang banyak jika kena pada caranya.
6. Proses jualan ebook anda juga tidak mengira masa…takde masa tutup kedai atau buka kedai ,masa rehat, cuti rehat ke atau cuti umum . Jadi bila-bila masa pun orang boleh membeli ebook kita.
7. Kita tidak payah membayar upah kepada pekerja untuk menjual ebook sebab segalanya boleh kita uruskan sendiri dari A sampai Z. Oleh sebab itulah kos penghasilan ebook ni murah….tapi untungnya berganda-ganda.
Ok setakat ini dulu. Sampai jumpa lagi.
Wasalam





















azwanhadzree :
Date: April 30, 2007 @ 12:50 am
macam mana Ktom, dah byk dah tulis kelebihan ebook tapi ebooknya tak keluar lagi
adila :
Date: April 30, 2007 @ 8:58 am
hai Ktom…
ni kunjungan balas dari saya…
thanks sudi jengok blog saya yang masih dalam pembikinan tu..:)
lepas ni boleh la saya dapatkan refer blog Ktom kalau nak buat ebook kan…
nanti ktom bolehla ajar cara nak buat cover dia kan…
Celik IT, Tak Makan Hati
http://www.shahdila.com
ktom08 :
Date: April 30, 2007 @ 4:09 pm
azwan…ebook? Sabar…Tungguuuuuuu..
adila….eh berbalas-balas pulak awak ya…bagus ler kalau macam tu..adat bersahabat, saling kunjung mengunjungi kan?….
Ajar buat ebook cover? Boleh….nanti ktom experts tanya je apa2 pun sudah pasti ktom bagitau punya…
zahiramli :
Date: April 30, 2007 @ 9:34 pm
Mmm agak2 ebook Ktom pasal ape yer?
ktom :
Date: April 30, 2007 @ 10:48 pm
zahiramli..cuba teka?
zahiramli :
Date: May 1, 2007 @ 12:24 am
Ada hadiah ke? Pasal penulisan E Book, Buat Duit Ngan E Book?
shueqry :
Date: May 1, 2007 @ 2:19 am
asmkm, Ktom pekabar? shueqry here..
owh, info yang baik dari Ktom!
Baca kejap tadi, timbul pulak idea.. ada “aura” tersendiri blog Ktom ni..
timaseh
shueqry
ktom :
Date: May 1, 2007 @ 10:57 pm
zahiramli, hehehe …..salah tu? Cuba teka lagi…
Shuq, Ktom baik je. TQ sebab sudi singgah di sini. Terima kasih juga diatas komen yg diberikan. Ini menguatkan lagi semangat Ktom utk terus menulis disini. TQ
Bent :
Date: May 2, 2007 @ 1:21 am
Harap kalau Ktom keluarkan ebook bagilah discount kat kita ye..apa pun Ktom mesti boleh hasilkan satu ebook yang berkualiti nanti..nantikan
ktom :
Date: May 2, 2007 @ 5:10 pm
Bent…sure. Jgn risau mesti dpt diskaun punya….
cikgu azleen :
Date: May 2, 2007 @ 9:01 pm
bagus juga kan kalau boleh tulis ebook yang banyak dan boleh jual banyak jugak. hahaha.. tulis jer tak dapat jual tak guna juga..
ktom08 :
Date: May 2, 2007 @ 10:26 pm
cikgu, bila siap ebook cikgu tu? Topik apa ya? Kasi diskaun ok. Gud luck.
zahiramli :
Date: May 3, 2007 @ 12:14 am
Tak taulah ktom. Teknik menghindarkan diri dari mengumpat kut. hehe.. Takpe saya tunggu berdebar2 ni.
Baba :
Date: May 3, 2007 @ 10:22 pm
cepat2 hasilkan ebook, tak sabar nak baca….hehehehehe
ktom08 :
Date: May 3, 2007 @ 10:35 pm
En Baba terima kasih di atas dorongan dan sokongan itu.
ktom08 :
Date: May 3, 2007 @ 10:39 pm
zahiramli…..hiyee awak ni…mentang2la Ktom tulis post bab mengumpat, awak teka Ktom akan tulis ttg tu pulak. Tp bagus jugak jika tulis ttg tu. ya tak? hehehe:)
Labanon FlareBiz :
Date: May 4, 2007 @ 12:27 pm
Hehe satu lagi kelebihan meunulis ebook… PENGALAMAN.. barulah tau susah senang tulis ebook.
Bukan senang nak buat orang teruja hendak membaca ebook.
Bukan senang nak suruh orang membaca baris demi baris.
Bukan senang nak suruh ebook kita dibaca oleh semua hatta walaupun FREE.
That’s why kita mesti menulis ebook untuk menambah pengalaman yang begitu “berharga”
Sekian
Newbie dalam penulisan ebook
ktom08 :
Date: May 4, 2007 @ 2:22 pm
Labanon, terima kasih kerana sudi singgah di sini dan berkongsi pengalaman anda. Betul bukan senang utk senang. hehehe.:) tapi melalui pengalamanlah kita akan menjadi lebih baik jika kita telitikan apakah kelemahan yang kita buat. Semua perkara akan jadi senang jika kita terus berusaha. Singgah lagi ya….harap2 boleh berkongsi ilmu dan pengalaman.
Doodee :
Date: February 3, 2008 @ 6:51 am
Thanks for sharing
ZenDinnyred :
Date: February 10, 2008 @ 7:12 am
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:
ZenDinnyred :
Date: March 24, 2008 @ 8:00 pm
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.
Zaidi Vacasia :
Date: July 14, 2008 @ 10:57 pm
KTom , tolong beritahu geng geng kita betapa pentingnya menuis artikel untuk mempromosikan bisnes website mereka. Baru baru ni , ada satu artikel directory yang terima artikel berbahasa Malaysia. Hantar artikel yang yng menarik ke http://www.ezineartikel.com
ktom08 :
Date: July 15, 2008 @ 12:27 pm
Zaidi Vacasia,
Betul ke cam tu? Syukurlah ezine artikel tu dah terima artikel dlm BM.
Tks for sharing..insyaallah akan Ktom kongsikan.