Menulis Ebook
April 25, 2007 12:41 am Tips EbookAskm dan Salam Sejahtera semua….
Terima kasih kepada anda semua yang sempat singgah ke blog ini.
Anda macam mana hari ni? Sihat ? Saya pun sihat alhamdullillah. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Kita sudah sedia maklum bahawa ebook merupakan sebuah lombong emas yang besar yang masih belum dilombong sepenuhnya, terutamanya oleh masyarakat di Malaysia ini.
Jika anda telah mempunyai idea untuk menjual ebook tetapi tidak tahu macammana nak menulis ebook…jom teruskan bacaan anda dan sila klik di sini.
Di sini Ktom ini kongsikan secara ringkas sedikit tips bagaimana untuk memulakan langkah menulis ebook . Untuk menyediakan sebuah ebook bukanlah sesuatu yang sukar seperti apa yang anda jangkakan. Faktor sebenarnya yang menghalang anda ialah anda tak pandai menaip atau tidak pantas menaip atau anda tidak ada masa atau berapa banyak masa yang boleh anda luangkan untuk benar-benar komited dengan penulisan ebook?
Ok pertamanya, jika anda tidak ada topik atau tajuk anda cubalah senaraikan beberapa perkara yang anda rasa anda tahu dari A sampai Z , dan apa yang anda tahu itu tidak ketahui oleh orang lain. Kemudian anda perlulah meneliti senarai tersebut dan susunkan ia mengikut keutamaan ( atau pun kekuatannya ) dengan tujuan untuk menyenarai pendekkan apa2 perkara yang anda lebih tahu daripada orang lain itu.
Setelah itu anda pilihlah yang mana satu diantaranya dan cubalah ciptakan satu senarai lain pula yang menyenaraikan 10 perkara yang ingin anda tulis dan yang anda fikir perkara itu diperlukan oleh pembaca atau boleh menarik minat pembaca untuk membacanya. Ini juga boleh memberikan garis panduan kepada anda dan juga isi kandungan ebook tersebut.
Jadi anda bolehlah mula menulis dan ingat bila anda tersekat pada satu perkara, abaikan dan teruskan dengan perkara lain yang telah anda senaraikan tadi. Itu tak menjadi masalah. Tak de undang-undang yang mengatakan tak boleh. Terukan je menulis ok. Dan anda boleh rujuk disini.
Jumpa lagi. Wasalam.





















abdfatah :
Date: April 25, 2007 @ 12:52 pm
berapa banyak dah tulis ebooks?
shueqry :
Date: April 25, 2007 @ 6:32 pm
asmkm Ktom.. pekabar/
ehh, nak panggil Ktom ke Kak Tom?
anyway, info yang bagus dari Ktom. Thanks!
shueqry
ktom :
Date: April 25, 2007 @ 8:27 pm
Shuq,Ktom tu short form ler……ok ..apa2 pun boleh, nak panggil makcik pun boleh…:)hehehehe
adbfatah, masih dlm perancangan….tp berminat dgn ebooks yg ada kat internet ni…prospek pun bagus..Jom lah tulis ebook..
zahiramli :
Date: April 25, 2007 @ 11:48 pm
MMm makin cantik blog ktom yer.
Saya memang berniat nak tulis ebook tapi sekarang ni tgh sibuk sgt. Terima kasih tips ktom.
abdfatah :
Date: April 26, 2007 @ 10:13 am
jom kita tulis ebook panduan yang bermanfaat dan menguntungkan…
ktom :
Date: April 26, 2007 @ 5:31 pm
zahiramli, terima kasih. Theme ktom yg dulu tu ada problem , sbb tu tukar yg baru ni..Tak per…buat dulu apa yg patut tu, lepas tu menulis ebook pulak ok.
Ya abdfatah, jom tulis ebook.