Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua. Harapnya dalam keadaan sihat sejahtera.

Ktom minta maaf banyak2 sebab dah lama tidak meng “updates’ post untuk blog ini kerana masa betul2 tidak memberi ruang untuk berbuat demikian. Cuma dua hari lepas Ktom sempat menulis post yang pendek untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada yang sudi bertandang berulang kali biarpun tidak ada hidangan baru yang terhidang
 

” Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri  “.  Inilah antara bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sememang ada benarnya.

Sedalam mana cinta yang dibina dengan penuh rasa kasih sayang, yang dijalin, dipupuk, namun ada kalanya ia tergigit jua.

Persengketaan atau rasa tidak puas hati sememangnya mudah terjadi dalam alam perkahwinan antara suami dan isteri.  Oleh itu kita harus bijak mengawal emosi dan keadaan kerana jika dibiarkan pertelingkahan yang kecil akan jadi besar yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtangga yang terbina.

Ianya seumpamanya bila ombak kecil, kapal akan terumbang ambing dan jika ombak menjadi semakin besar, kemungkinan kapal itu akan tenggelam.

Untuk itu, sebagai seorang yang matang, jangan biarkan rasa tidak puas hati, pertelingkahan itu berlarutan. 

Cubalah untuk mengelakkannya. Kajilah apa punca pertelingkahan itu.  Adakah anda atau pasangan yang membuat silap ? Kita kena tahu apa yang perlu kita buat apabila kita berdepan dengan emosi pasangan kita, tak kiralah samada anda suami, isteri dan sebagainya.

Ketika pasangan anda sedang kecewa, apa yang perlu anda buat?

Kita harus akur bahawa hidup kita ini umpama roda.  Sekali kita di atas dan ada kalanya kita berada di bawah.

Di saat pasangan anda kecewa ,peranan anda adalah sangat penting supaya semangatnya kembali pulih dan harapannya kembali berbunga.  Jadi pada masa ini anda kena pandai cari alternatif untuk menghiburkan hatinya dengan cara yang sesuai pada situasi berkenaan. 

Contohnya anda boleh bertanya atau mempelawa pasangan untuk bercerita tentang masalahnya supaya kesedihan yang beliau tanggung dapat dikurangkan,  Ini adalah salah satu cara yang efektif kerana setiap orang mahukan pasangan yang boleh mendorong dan membantunya di kala kesedihan.

Tetapi apabila dia dah bercerita, jangan pula anda menyalahkan dirinya sebab ini akan membuatkan beliau rasa tertekan.  Bila rasa tertekan beliau akan rasa terhimpit dan menderita. Jadi jangan tambahkan kesedihan yang sedia ada.

Pada ketika pasangan anda sedang marah pula, sebaiknya anda mengalah dan bertenang.  Biarkan dia mencurahkan perasaan marah yang menganggu emosinya.  Dia akan kembali tenang setelah segala2nya diluahkan.  Sebagai pasangannya, anda sepatutnya lebih memahami dirinya.  Mungkin punca kemarahan adalah kerana tekanan di pejabat. 
Ada kala dia perlukan teman untuk bercerita.  Anggap sahaja kemarahannya itu sebagai satu cara dia bercerita kepad anda.

Bila kemarahannya telah reda, sudah pasti dia akan menganggap anda sebagai pasangan yang paling memahami dirinya di dunia ini. Pada masa ini pula, luahkan perasaan rasa tidak puas hati anda kerana dia melepaskan marah kepada anda. Beritahu dia jika keadaan ini sering berlaku, di bimbangi akan timbul rasa hambar dan dingin dalam rumahtangga atau perhubungan yang telah  dibina.

Selain daripada marah, perasaan gembira merupakan luahan hati yang paling positif.  Salah satu kegembiraan ialah bila ada sesuatu yang berlaku itu dapat memberi kepuasan kepada dirinya.

Contohnya pasangan anda mendapat pujian dari bos kerana menghasilkan kerja yang memuaskan.  Oleh itu, anda juga  perlu berkongsi segala perkara yang berlaku pada diri anda dengan pasangan.  Sifat ini dapat membentuk kepercayaan dalam hubungan.

Selain daripada ketika pasangan sedang gembira, apa yang dapat anda lakukan ketika dia sedang sakit?

Umum telah akur bahawa kaum wanita lebih kuat menahan kesakitan berbanding lelaki.  Ini kerana apabila suami jatuh sakit,mereka akan jadi lebih manja berbanding wanita.  Eh..eh betul ke? Mungkin ada benarnya bukan ? Hehehe jangan marah ya.. Tetapi walaubagaimanapun kita perlu ingat bahawa setiap orang sakit memerlukan perhatian, tambah2 lagi dengan orang yang kita sayangi dan cintai sepenuh hati.

Oleh itu, jika pasangan jatuh sakit, anda kenalah banyak bersabar menghadapi kerenahnya.  Secara psikologinya, beliau akan cepat sembuh jika ada orang yang melayannya sebaik mungkin.  Tapi janganlah pula yang sakit tu mengada2. 

Jika itu yang ditunjukkan, apabila dia sembuh kelak , sudah pasti dia lebih memahami dan merasakan bahawa anda adalah insan yang paling setia menemaninya ketika dia sedang sakit.  Sudah pasti hubungan anda dan pasangan akan jadi lebih kukuh.

Dan bila kesedihan pula menyelubungi diri pasangan anda, fahami dan selamilah hatinya. Dia sedang bersedih. Jangan sekali2 membiarkan dirinya bersendirian menanggung beban itu. 

Kadang kala pasangan tidak akan mengatakan bahawa hati mereka sedang terluka.  Namun anda boleh pastikan dengan perubahan riak mukanya.  Dia tidak akan senyum atau ketawa jika anda cuba membuat jenaka atau bercerita tantang sesuatu yang lucu.  Dari situ anda boleh ketahui bahawa dia sedang menghadapi masalah.  Beranikan diri bertanya sebab dengan cara yang baik dan sopan.  Tawarkan diri anda untuk berkongsi masalah tersebut dengannya.  Usahakan agar pasangan anda tidak lagi berada dalam kesedihan.

Jika kesedihan itu berpunca dari anda, segeralah memohon maaf agar masalah ini tidak akan berlanjutan lagi.

Itu hanyalah beberapa perkara yang boleh Ktom kongsikan.   Ktom yakin anda ada cara dan pandangan anda sendiri tentang perkara ini. Jom ……kongsikan disini agar perkongsian kita ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

9 Responses to “”

  1. Menarik sungguh artikel yang diutarakan. Semakin lama pasangan itu bersama, maka semakin banyak pengalaman yang dipelajari dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.

    Apa yang saya pelajari dan amalkan apabila kami telah berada dirumah selepas waktu kerja ialah sering bertanyakan apa yang telah dilakukan sewaktu dipejabat tadi. Begitu juga dengan anak-anak kami, saya akan bertanya tentang hal mereka disekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan selepas bekerja dan bersedia menghadapi hari esok yang tak pasti cerahnya.

  2. Syabas Sutiman, Ktom dpt rasakan kebahagiaan anda berdua di samping anak2. seharusnya bila dah lama kahwin, kita semakin mesra sbb masing2 dah kenal antara satu sama lain dan terus mencari jalan bagaimana utk lebih eratkan hubungan.

  3. Lama betul tak singgah sini.. Hm nak komen apa ye..
    sori takde idea buat masa nie

  4. hehehe sejak bila takde idea ni zool? Tak sihat ke? Takper, singgah pun sudah memadai. TQ

  5. Biasakan pandang ke depan dan fikir positif. So, rasanya takde masalah kan..

    Apapun. Nice informasi. :D

  6. silentleo, terima kasih kerana berkongsi di sini. Fikir positif, kita akan sentiasa ke hadapan dengan penuh keazaman dan kesungguhan, maka dengan itu kejayaan akan menjadi milik kita.

  7. Thanks for sharing

  8. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  9. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Discussion Area - Leave a Comment




    • Kelantan Bloggers