Bina Kepercayaan Pasangan dan Anda
December 2, 2007 6:42 pm Tips KehidupanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Ktom juga sihat walafiat dan hmmm….badan tak reti2 nak kurus…wakakaka
Ok hari ni Ktom akan berkongsi tentang bagaimana untuk bina kepercayaan dalam perhubungan supaya hubungan yang terjalin dapat dikekalkan keharmoniannya.
Dalam setiap perhubungan, kita tidak boleh lari dari mahu membina kepercayaan. Kita sentiasa menaruh kepercayaan bahawa seseorang itu akan membawa bersamanya banyak kebaikan dan keuntungan kepada diri kita ( hehehe selfish sangat ke? ), dan juga kita menaruh kepercayaan bahawa kita dapat meramalkan tingkah laku orang itu. Bagi seseorang yang tingkah lakunya tidak dapat kita ramalkan, pastinya sukar untuk kita mempercayai mereka.
Perubahan tingkahlaku yang diluar jangkaan kita, seringkali menyebabkan kita hilang kepercayaan terhadap orang itu. Ini kerana kita mahu tahu apa yang mereka perlu dan tujuan mereka supaya kita boleh melakukan perkara yang baik untuk matlamat bersama. Keupayaan melakukan sesuatu yang selaras dengan tingkah laku, adalah penting untuk membina kepercayaan.
Dalam setiap perhubungan, perbuatan tidak mahu ambil tahu apa perasaan orang lain, atau tahu tetapi menganggap perasaan orang lain itu tidak penting maka ini akan merosakkan perhubungan serta kepercayaan orang itu. Dalam perhubungan yang intim, soal kepercayaan sentiasa melibatkan perasaan2 yang positif seperti rasa suka, seronok, gembira, bahagia dan tertarik antara satu sama lain.
Tahap kepercayaan akan jadi lebih tinggi bila melihat diri masing2 sangat serupa antara satu sama lain. Biasanya mereka ini suka benda2 yang serupa dan benci benda yag sama. Cara mereka berfikir pun serupa, berkongsi nilai2 dan prinsip yang serupa. Dari situ mereka melihat diri pasangan mereka sebagai bayangan wajah mereka sendiri. Jadi perasaan2 sebegini jadi faktor yang mengikat mereka berdua walaupun dalam keadaan yang sukar sekalipun.
Pakar Psikologi telah membuat kajian dan mendapati bahawa tahap kepercayaan adalah tinggi apabila terdapat banyak persamaan antara kedua2 belah pihak. Begitulah juga disebaliknya. Malah semakin banyak persamaan antara mereka, semakin kuat daya tarikan yang ada.
Kajian juga menunjukkan bahawa orang2 yang serupa lebih banyak berinteraksi sesama mereka dan lebih banyak melakukan aktiviti bersama. Ada dua jenis keserupaan yang penting iaitu serupa pendidikan dan serupa pekerjaaan.
Dalam menghadapi sebarang konflik, tunjukkan dahulu bahawa kita menaruh kepercayaan kepada orang itu. Sikap kita akan dibalas dengan sikap yang sama. Begitulah juga sebaliknya
Orang tidak akan menaruh kepercayaan pada kita apabila awal2 lagi kita menunjukkan sikap yang mahu menang sendiri, garang, kasar, degil dan tidak percaya kepadanya.
Memupuk kepercayaan adalah seperti bermain papan gelongsor, hendak naik susah, hendak turun mudah.
Jadi bagaimanakah untuk meningkatkan rasa percaya ini? Ok, jom kita kongsikan serba sedikit langkah2 untuk bina atau tingkat rasa percaya:-
1. Cipta sebanyak keuntungan dan kebaikan terhadap pasangan
2. Jadikan diri kita orang yang tingkah lakunya dapat diramalkan dengan tepat.
3. Fahami keperluan jasmani dan rohani pasangan kita dengan cara banyak berbual2 dan melakukan lebih banyak aktiviti bersama.
4. Sekali sekala lakukan sedikit pengorbanan masa, tenaga, dan wang. Lakukan apa yang penting untuk pasangan dan bukannya hanya yang penting untuk kita.
5. Dari masa ke semasa, katakan dan tunjukkan bahawa kita menghargai pasangan kita, budi baiknya dan segala pengorbanannya untuk kita selama ini.
6. Apabila konflik timbul tunjukkan bahawa kita mahu masalah itu diselesaikan dengan cara yang menguntungkan kedua2 belah pihak.
Itulah antara langkah yang perlu kita lakukan supaya rasa percaya antara satu sama lain dapat ditingkatkan. Pastinya anda juga mempunyai pandangan yang tersendiri dalam hal ini jadi jom…. kongsikan disini supaya perkongsian dari anda juga dapat dimanfaatkan oleh semua.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















zool :
Date: December 6, 2007 @ 12:47 pm
Ye bukan mudah untuk memahami dan membahagiakan pasangan..
TIps ktom memang amat berguna sekali…
p/s : tak pandai nak komen panjang2 untuk post ni
ktom08 :
Date: December 6, 2007 @ 9:59 pm
takper zool, itu sudah cukup bermakna…..
Doodee :
Date: February 4, 2008 @ 7:51 am
Thanks for sharing
ZenDinnyred :
Date: March 11, 2008 @ 4:12 am
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links: