Cari Teman Hidup
November 8, 2007 9:36 pm Tips KehidupanAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Selamat Menyambut Deepavali kepada pengunjung yang beragama Hindu. Semoga anda bergembira di hari bahagia ini..
Apa khabar anda semua? Sekali lagi Ktom mohon maaf kerana sudah lama tak buat entry di sini. Banyak perkara yang tidak dijangkakan wujud sejak akhir2 ini. Baru2 ni masalah tak boleh nak masuk blog, adoiiii..kali ni masalah dgn hardware pulak. Beginilah rupanya sebuah kehidupan, apa yang kita rancang dan aturkan tidak semestinya mengikut apa yang kita harapkan. Namun begitu beberapa pengajaran diperolehi ekoran daripada dugaan2 yang timbul ini. Oklah…kita lupakan sahaja perkara itu harapan Ktom agar selepas ini Ktom boleh terus menulis disini untuk dikongsikan dengan anda semua. Jangan jemu datang ke sini biarpun tanpa juadah terbaru yang terhidang ok.
Berbalik kita kepada topik hari ini. Ramai yang masih mencari teman tapi belum ada yang berkenan di hati. Mungkin ada yang berkenan tapi orang itu menolak atau anda sendiri yang menarik diri. Bila usia dah melewati penghujung 30an, pastinya rasa bimbang menguasai diri tak kiralah samada lelaki atau perempuan. Terkadang timbul rasa cemburu bila lihat pasangan lain yang intim apatah lagi yang sudah mengikat tali pertunangan atau perkahwinan pun jua yang telah menimang cahaya mata sebagai lambang cinta mereka.
Sebenarnya bukan senang nak memilih teman hidup ni. Jika terburu2 nanti tersalah pilih pulak. Jika nak tunggu, takut terlambat pulak. Macam2 perkara yang bermain di fikiran. Mahu tak mahu, ada yang sudah tak kesah tentang pasangan hidup. Jika ada, oklah. Jika tak ada pun ok juga. Macam mana ni?????
Ok disini Ktom ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan.
1. Kenalilah diri anda terlebih dulu sebelum anda mengenali diri orang lain. Lihat asal usul diri, tahap pendidikan, kerjaya anda, wang yang anda ada, penampilan, sifat baik dan buruk anda dan juga komitmen dalam memberi hubungan.
2. Tanya diri anda mengapa anda mahu berkahwin. Adakah tujuan kerana anda ingin mendapatkan kehidupan yang indah sebagai suami isteri,? kerana paksaan ibubapa? faktor kewangan, usia yang semakin meningkat dan sebagainya.
3. Niatkan untuk dapat jodoh setiap kali memulakan langkah. Semoga perjalanan anda di dekatkan dengan orang yang ditakdirkan untuk anda. Setidak-tidaknya deria pencarian jodoh lebih peka dan terbuka untuk mengenali siapa antara orang yang di hadapan itu sesuai untuk menjadi lebih rapat dengan anda bukan? Anda harus ingat, niat merupakan sebahagian dari doa juga tau.
4. Anda perlu tahu kepentingan hidup dalam berumahtangga. Adakah anda bersedia untuk memikul tanggungjawab besar sebagai suami atau isteri? Jadi lihatlah keupayaann dan kelemahan diri sendiri sebelum menerima orang lain. Jika anda rasa ada kekurangan dalam diri, maka anda harus mengambil inisiatif untuk meningkatkan jati diri untuk menjadi orang yang terbaik.
5. Untuk pilih teman yang serasi bersama, anda perlu mempunyai ramai kenalan. Hubungan yang bermula sebagai kawan akan bertukar menjadi pasangan bila dah ada kesamaan. Jadi, giatkan diri anda menyertai aktiviti berpersatuan atau kelab atau apa sahaja. Menyertai aktiviti sosial boleh meningkatkan keyakinan diri untuk bertemu dengan masyarakat luar disamping mendapat pendedahan diri dengan lebih luas. Mungkin dalam diam, ada orang lain pula yang jatuhhati pada anda hehehehe..
6. Anda merisik melalui kawan2 anda yang tahu tentang seseorang yang sesuai dengan anda. Minta nombor telefon atau aturkan temujanji. Tetapi janganlah pula terlalu mengharap calon yang ditemui itu seorang yang sempurna dan terus terpikat dengan anda.
7. Pada awal perkenalan, bina hubungan sebagai kawan. Apabila berpeluang bertemu antara dua mata, kenalilah dirinya dari segi keserasian, persamaan, keperibadian, kelemahan dan kekurangannya.
8. Adakan tempat pertemuan yang selamat seperti tempat awam atau tempat yang biasa anda berada. Jangan pula ke tempat yang boleh memerangkap diri anda seperti hotel, kelab malam atau tempat yang bukan biasa untuk anda berada.
9. Bagi wanita untuk mengenali lelaki, seumpama mengambil risiko dari segi keselamatan diri. Oleh itu sikap berwaspada perlu ada. Jika nak keluar bersama, pastikan anda pandu keretas endiri atau guna pengangkutan awam. Jangan lupa bawa duit secukupnya untuk tambang pergi dan balik, makan minum dan berbelanja tanpa mengharapkannya daripada orang yang baru dikenali. Jika nak memesan makanan, biar anda sendiri yang mengambilnya (hehehe…manalah tahu jika orang yang baru ditemui tu letak apa2 dalam makanan atau minuman…nahas jadinya..)
10. Perhatikan tutur bahasa dan gerak geri yang boleh membayangkan akhlaknya. Tapi mungkin ada yang bersikap hipokrit pada awal perkenalan. Tetapi anda boleh mencungkil pengalaman dirinya ketika zaman kanak2, latar belakang keluarga, tahap pendididkan dan hobinya. Tetapi elakkan soalan yang terlalu mendesak sehingga membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
11. Lihat dari segi kematangan seseorang itu melalui cara memberi pandangan dan tingkah lakunya dalam menghadapi situasi. Kematangan itu penting agar dia tidak jadi pak turut untuk mengikuti segala kehendak anda sehingga kelihatan seperti tiada pegangan hidup. Anda juga harus ingat mungkin sebelum kahwin ada yang tunjuk baik seperti pijak semut pun tak mati tetapi perkara ini anda boleh risik melalui rakan2nya dan keluarga yang mengenalinya.
12. Cara berkomunikasi itu penting dalam soal memikat seseorang. Tanpa kata2, ia boleh disampaikan melalui cara lain seperti sms, nota kecil,kad, email,hadiah dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda sendiri. Sebenarnya tak kira samaada lelaki atau perempuan sama sahaja cara memikatnya. Tetapi anda perlu lihat sikap orang yang ingin dipikat itu. Mungkin dia lebih suka bersikap terus terang daripada cakap seperti berada di awang-awangan daripada berpijak di bumi yang nyata. Jangan fikir jika anda terlalup andai mengunakan ayat yang berbunga, itu sudah mencukupi untuk dikatakan seorang yang cukup romantis.
13. Sekiranya anda ingin mendapatkan teman hidup yang hebat, anda juga perlu hebat. Jika tidak, bagaimana ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Perlu ada sekufu kata orang.Bina kekuatan diri dari segi faktor kewangan, penampilan diri, status dan kerjaya agar perkara ini dapat diatasi.
14. Usahakan untuk mendapatkan nombor, alamat,email atau apa sahaja untuk hubungi sidia. Tunjukkan komitmen anda terhadapnya dengan selalu menghubunginya. Kongsikan cerita2 dan pengalaman menarik mahupun dalam mengingati hari penting dirinya. Ini akan membuatkan si dia rasa dihargai.
15. Berusahalah sebanyak yang mungkin, tetapi perkara paling penting sebagai seorang Islam adalah sembahyang istiharah untuk memohon daripada Allah untuk mendapatkan petunjuk dan mendapatkan jodoh yang baik. Ciri2 calon pasangan yang baik dilihat dari segi keturunan, kecantikan, kekayaan dan keagamaan.
Itu sahaja beberapa tips yang boleh Ktom kongsikan dengan anda. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda semua. Bagi yang dah kahwin tu boleh ler kongsikan dengan kawan ke, adik beradik atau saudara mara yang sedang mencari jodoh.
Ok lah, cukup dulu untuk kali ini. Ktom akan cuba menulis sekerap yang mungkin selepas ini. Semoga segala halangan yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi insyaallah.
Sekian. Wasalam





















zool :
Date: November 8, 2007 @ 10:34 pm
Dah kembali nampaknya ktom…
Tips yang berguna untuk saya..
Tq..
abdfatah :
Date: November 9, 2007 @ 3:13 pm
ahahaa… saya sedang mencari dan masih mencari. makin tua dah diri ini. huhuhuuuu…. jom cari teman hidup untuk masa depan dan hari tua…
ktom :
Date: November 9, 2007 @ 10:41 pm
Betul ke zool? ehem..ehem….
abdfatah,
Mai sini kat ofis Ktom ramai yg belum kahwin ni….hehehhe…nanti boleh pilih satu….wakakakaka
azwan :
Date: November 10, 2007 @ 9:41 am
terima kasih ktom, boleh lah saya pratikkan utk mencari teman baru ….. ha..ha..mampus kalau bini singgah sini
Dik Mal :
Date: November 10, 2007 @ 12:04 pm
Salam Kak Tom
teman hidup tajuknya… fiu fiu…
saya dah tak cari dah 
zuhairy :
Date: November 10, 2007 @ 7:52 pm
ehmm,teman hidup?! Boleh apply ni,hehe…
» Hari Sabtu yang jiwang :
Date: November 10, 2007 @ 7:59 pm
[…] Posted by zool on 10 Nov 2007 at 11:59 am | Tagged as: Negeri Melaka, bolasepak, santai Assalamualaikum dan salam kepada semua… Hari ini (Sabtu ) memang merupakan hari sibuk untuk saya. Walaupun tidak ke pejabat atau menyiapkan sebarang kerja namun kerja-kerja di alam cyber dilakukan lebih pada hari ini. Mungkin pada hari cuti sebegini ramai dari kita akan keluar merayau-rayau bersama keluarga, pasangan, kawan-kawan tapi saya lebih senang berhadapan dengan PC dengan mencari idea untuk blog saya sambil membaca manga online. Sebenarnya saya terbaca blog dikmal mengenai goal setting. Kalau diikutkan saya masih belum mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam blog ini iaitu mendapatkan pembaca sekurang-kurangnya 100+ sehari. Dan berdasarkan google analytics atau statscounter nampaknya purata kedatangan pengunjung adalah dalam sekitar 50 pengunjung sahaja. Pada hari ini juga kebiasaannya saya akan menyemak kembali pendapatan-pendapatan di internet. Huhuhuhu.. Masih jauh dari sasaran namun ianya tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berblog. Nampaknya blog ktom telah mula rancak menulis kembali dan tajuk kali ini mengenai pemilihan pasangan hidup mampu menjadikan panduan kepada insan-insan yang mencari. Semoga beliau akan terus menceritakan pengalaman hidup beliau di blog tersebut. Manakala bagi forumer wangcyber nampaknya shuth telah mengemaskini forum tersebut dan harapnya ia akan bertambah maju.. […]
zool :
Date: November 11, 2007 @ 12:03 pm
Nak apply kat mana Zuhairy?? boleh join sekali.. Ha ha hah
ktom08 :
Date: November 11, 2007 @ 11:40 pm
Amboi2 Wan ni….baby tu sihat ke Wan? Rupa dia ikut sapa? Harap2 ibu dan anak tu sihat walafiat. Salam untuk wife ok. Takpe lah tak kenal pun lagi….manalah tau satu hari kita boleh jumpa kan……
DikMal,
Ktom tau ler DikMal tu dah ada yang punya…wakakakaka
Hmmm berpakat2 lah kau orang..zool dgn zuhairy…Ktom tumpang gembira je ok….Ktom doakan zool dan zuhairy cepat2 dapat teman sejati …
zuhairy :
Date: November 13, 2007 @ 5:00 am
zool,jom ikut…
Dik Mal :
Date: November 13, 2007 @ 10:51 pm
Mana Kak Tom tau.. kueng kueng kueng.. bak kata Melodi? LAYAn..
Cikgu Azleen :
Date: November 20, 2007 @ 8:06 pm
Bagus betul tips ktom ni.. Tapi saya cuma boleh baca dan sampaikannya kepada kawan-kawna yang masih single-mingle..
Secara peribadi, saya rasa yang paling pentingnya adalah be yourself.. Jadilah diri sendiri yang terbaik.. Manusia ni kan ada sixth sense.. Kita boleh kesan jika seseorang itu berpura-pura.. Begitu juga orang boleh kesan jika kita berpura-pura..
Dan yang keduanya adalah berdoa.. Pastikan doa kita adalah betul-betul apa yang kita minta.. Semasa bujang dulu saya selalu berdoa pada Allah supaya saya ditemukan jodoh dengan orang yang bersesuaian dengan saya.. Macamana yang sesuai tuh saya tak tahulah.. Tapi alhamdulillah, dapat jodoh yang melengkapi kekurangan saya..
Bagi yang masih mencari jodoh, selamat bertemu jodoh yang menyempurnakan anda.. Dan semoga berbahagia..
P.S.: Ewah, mentang-mentang cuti sekolah dah mula, kenduri kawin pun dah mula berpesta!
Malaysian Mum Bisnes » Mencari Jodoh :
Date: December 6, 2007 @ 12:19 pm
[…] Beberapa tips mencari teman hidup dari ktom baru ini amat menarik dan boleh dijadikan panduan kepada yang sedang merancang untuk mencari jodoh. Antara tips yang saya rasa perlu ada pada diri seseorang itu adalah pentingnya untuk mengenali diri sendiri serta tahu membezakan kepentingan dan kehendak dalam berkeluarga. Jauhkan diri dari amalan berhutang untuk mengelakkan masalah yang lebih besar dibelakang hari. Disini juga saya kongsikan artikel bagaimana mengetahui dia adalah jodoh anda. […]
abdfatah :
Date: December 13, 2007 @ 10:11 pm
ahahahaaa… bleh apply nampaknya. ada borang permohonan tak…? adesh…
ktom08 :
Date: December 21, 2007 @ 9:12 pm
Dik Mal,
Sekilas ikan di air Ktom sudah tahu jantan betinanya ler…..wakakaka
Cikgu,
Betul tu…jadilah diri sendiri, jgn cuba meniru gaya org lain…nampak sangat terlebih gaya…wakakaka. Bila bercakap cuba pandang ke matanya, jika dia tak boleh pandang ke dalam mata kita, maknanya dia menipu la tu…
Cam mana pesta kahwin tu? Banyak ke dapat jemputan? Hehehe..dah upload pic baru ya?
abdfatah,
Betul ke nak apply? Application form tinggal 2 lagi nih..kang melepas kang…hehehehe…
wan yusnita :
Date: May 16, 2008 @ 1:10 pm
ok gak blog ni…tenang je jiwe..ade gak semangat dan kata2 peransang yg ktom bagi..biase laa..da lame bujang musti nak ade teman..of course jealous tengok orang da bertunang,kawin dan sebagainya..bukan pe untk lengkapkan idup,tp nk kwin pun kna cari yg betul2 ke arah itu dan bukan sekadar sesuke atau tgk orang kwin,kita pun nk kwin tapi persediaan dan matlamat tade…
ktom08 :
Date: June 4, 2008 @ 12:35 am
Salam Wan Yusnita.
Betul tu kita kena ada persediaan dan tahu apa matlamatnya. Kena bersedia mental dan fizikal kerana perkahwinan dtg dgn tanggungjawab. Semoga Wan dikurniakan suami yg penyayang dan amat memahami dan bertanggungjawab.
muhammad :
Date: June 19, 2008 @ 3:53 pm
aku ingin………teman…….hidup……………..sejati……………..
wana :
Date: July 1, 2008 @ 11:44 am
sesipa nak kenal leh le email..lulu_gg@rocketmail.com
wana :
Date: July 1, 2008 @ 11:45 am
siapa nak kenal leh email me..lulu_gg@rocketmail.com
ktom08 :
Date: July 6, 2008 @ 9:55 pm
muhammad, insyaallah teman hidup sejati tu akan hadir…
wana, terima kasih kerana sudi singgah sini..