Cemburu
November 29, 2007 12:24 am Tips KehidupanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar? Semoga anda sihat dan gembira serta dalam keadaan tenang selalu.
Kali ini Ktom nak berkongsi sedikit tentang perasaan cemburu.
Benarkah wanita memang kuat cemburu? Atau adakah disebabkan naluri wanita mudah tersentuh sehingga mereka dikategorikan sebagai terlalu sensitif? Atau mungkin juga sifat cemburu ini dikaitkan dengan naluri kewanitaan yang semulajadinya lemah & cemburu itu , tergolong dalam rasa ingin mendominasi yang dimiliki wanita sebagai salah satu daripada sembilan punca nafsunya iaitu menjadi lebih dari orang lain.
Perasaan cemburu ada pada semua manusia. Cemburu boleh wujud pada rakan sekerja, rakan niaga, jiran tetangga dan macam2 lagi. Tak kira samada kanak2 atau orang dewasa semua ada perasaan ini. Rasa cemburu ini juga mungkin disebabkan oleh perasaan tidak senang melihat kelebihan orang lain atau takut dan sebagainya.
Perasaan cemburu ini boleh menghancurkan hati dan perasaan. Bukan senang untuk mengatasi cemburu ni. Cakap nak atasinya senang tetapi bila nak melakukannya ia adalah satu perkara yang sukar. Tak kiralah Samada perasaan itu adalah perasaan anda yang sebenarnya atau hanyalah anggapan seketika yang berlalu di minda anda, walaupun perasaan tu sikit je,tetapi ia tetap tergolong dalam cemburu yang anda lalui sehari-hari. Cuma ada ketikanya kita malas mengakuinya saja.
Sepatutnya kita kena menjauhi perasaan cemburu ini. Bagaimana untuk menjauhi perasaan ini? Ohoooo….ianya bukanlah satu perkara yang senang. Nak mengatasinya memang merupakan satu cabaran. Dan untuk mengelakkan daripada cemburu ini menjadi teruk jom….mari berkongsi disini bagaimana cara untuk mengatasinya.
1. Untuk mengurangkan rasa cemburu, kita perlu sentiasa bersikap rasional sebab cemburu terutama yang melampau sering dikaitkan dengan sikap yang tidak dapat berfikir secara bijak dan waras.
2. Sekiranya rasa cemburu, berfikirlah dengan tenang supaya kita dapat menerima hakikat siapa diri kita yang sebenarnya, Jika ini berjaya dilakukan maka perasaan cemburu dapat diredakan.
3. Terima hakikat bahawa sifat cemburu ini adalah masalah diri sendiri dan kita bertanggungjawab untuk mengatasinya. Fikirkan bahawa tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Sememangnya kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun.
4. Berilah peluang pada orang lain menerima ganjaran. Hidup ini ibarat putaran roda, ada kala kita di atas dan adakalnya pula kita dibawah. Berilah peluang kepada orang lain untuk menikmati kejayaan yang telah diperuntukkan untuk mereka. Bahagian kita mungkin pada waktu yang lain pula.
5. Jangan berfikir yang bukan-bukan. Hindari tanggapan tidak elok. Kita jangan terlalu banyak memikirkan kejayaan orang lain tetapi tidak ada usaha dari diri sendiri pun, tiada gunanya juga.
6. Berikan diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang kuat cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat.
7. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis,geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Dengan ini adakah kita ingin meneruskan hidup dengan cara yang sebegini? Jawapannya tidak bukan? Jadi cepat-cepatlah berubah.
8. Cuba fikirkan bagaimana anda boleh merasa cemburu. Sudah sampai masa kita mengkaji diri sendiri. Kekurangan dan kelebihan yang kita ada, adakah kita gunakan sebaiknya.
9. Terdapat ramai antara kita yang mempunyai perasaan dan masalah cemburu ni, suka menyalahkan orang lain. Kita kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu mereka mengubah sikap tetapi dalam masa yang sama kita tidak melihat kesalahan sendiri. Memang tidak ada manusia yang sempurna.
10. Jik anda menganggap anda terbaik, akan ada orang yang jauh lebih baik, bijak dan hebat dari anda. Jangan biarkan hubungan anda goyang dengan imaginasi yang tidak tentu.
11. Bina keyakinan diri. Anda mungkin berasa tidak selamat jika melihat nasib orang lain selalu lebih baik berbanding anda. Luaskan persahabatan dan pengalaman dengan orang lain dan menerima hakikat rezeki di tangan tuhan.
12. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika anda meneruskan perasaan tidak baik kepadanya. Contohnya jika teman sepejabat dinaikkan pangkat, anda seharusnya mengucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Sebaiknya anda lihat apa kelebihan yang ada padanya yang tiada pada anda. Dan berubahlah dengan mengandakan usaha anda.
13. Bacalah pembacaan bahan-bahan ilmiah dan yang boleh meningkatkan prestasi diri agar anda sentiasa tahu perkembangan semasa yang mana faktor ini akan menjadikan anda sentiasa bermaklumat dan peka dengan maklumat terkini.
14. Satu lagi aspek penjagaan yang tidak kurang pentingnya yang harus dititikberatkan ialah kestabilan emosi. Antara emosi yang sering menghantui kita ialah kesedihan yang datang disebabkan oleh perasaan cemburu atau iri hati.
Jadi yang paling penting cara mengatasi cemburu adalah menerima dengan hati terbuka dan cuba mengatasinya. Ok cukup dulu setakat ini. Semoga perasaan yang tidak baik ini tidak akan lama berada dengan kita dan kita akan menghadapi kehidupan yang selebihnya ini dengan cara yang positif.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















adila :
Date: November 29, 2007 @ 10:50 am
jeles…
susah jugak ni esp yang membabi buta (betapa bab# satu benda yang dibenci…asyik dikaitkan dengan yang tak elok jer…)
tapi…itu tandanya sayang …kalau kena pada tempat dan caranya…
dan…saya pun kekadang suka gak kalau husband jeles…tanda dia sayang kita kan…
ktom dan kekawan, dijemput baca pasal penculikan budak guna sihir di blog saya..semoga kita lebih berhati-hati
zuhairy :
Date: November 29, 2007 @ 4:19 pm
cemburu sikit2 ni ok la.orang cakap tu tandanya sayang..best la kalau diri disayangi. tapi bila cemburu melampau-lampau, tu yang buat rimas tu..Saya memang rimas kalau camni. Orang lain camner?
ktom :
Date: November 29, 2007 @ 5:15 pm
Adila, jeles bertempat memang kita suka tp yang tak bestnya jeles yg melampau tu….ok tks the info.
Zuhairy,
Awak jeles juga ke? hehehe….jeles sikit2 ok tp kalau itu tak boleh, ini tak boleh …yang sama spesies dengan mengongkong tu kiranya tak boleh masuk buku ler kan…Jadi sapa2 yg ada perasaan jeles tu, kena kawal ler, guna akal dan fikiran …jika tidak diri sendiri yg terdera atau orang yang kita cemburu tu rasa terkongkong dan akhirnya lari….
adila :
Date: November 30, 2007 @ 9:37 am
jeles…
anak saya si Muqrie pun dah pandai dan tau erti jeles…
Fitrah dan dah jadi lumrah manusia…Aisyah pun masih jeles dekat Khadijah walaupun dah lama tiada….
Cikgu Azleen :
Date: November 30, 2007 @ 11:46 pm
Cemburu kalau sikit-sikit bolehlah dikatakan sayang. Tapi kalau sampai cemburu tuh dah mengongkong, tuh sakit namanya.. Hahahah..
Anyway, saya ni taklah begitu cemburu.. Tapi saya suka buatkan suami saya cemburu.. Sebab selalu muka dia buat derk jer.. Macam tak cemburu jer.. Sekali sekala lah bergurau senda..
Apa ya yang akan membuatkan saya cemburu? Selain daripada cintalah..
Oh ya, saya cemburu pada orang yang boleh melakukan apa saja yang dia nak.. Maksudnya dia ada kebebasan kewangan dan kebebasan masa untuk buat apa saja.. Tapi taklah sampai ke peringkat mendengki..
redha :
Date: December 1, 2007 @ 10:54 am
Salam hartawan,
Saya suka juga topik ni, mari kita fokus pada sudut positif kerana Tuhan tidak jadikan sesuatu itu sesia, termasuk ‘cemburu’.
Jadikan cemburu sebagai booster utk menjadikan diri sendiri semakin jauh lebih baik dan semakin ‘hebat’ agar apa yang kita cemburukan menjadi manfaat pada diri sendiri, dgn ini pasti kita ’selamat’ drp apa yg kita ‘takuti’ dari apa yg kita ‘cemburukan’.
ktom :
Date: December 1, 2007 @ 3:30 pm
Adila,
Si Muqrie tu mesti suka mengacau Sofea dan tak suka bila Adila bagi tumpuan pada Sofea kan? Aha tu ler….budak kecik pun pandai dah cemburu kan? Tapi cemburu budak kecik tidak berbahaya sebagaimana cemburu orang dewasa….
Cikgu,
Apa khabar? Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini almaklumlah sejak dah jadi student ni agak jarang dapat tumpukan pada blogging ni. Tu ler buatkan awak cemburu kan? hehehe…takper tumpukan pada pelajaran tu dulu. Habis belajar nanti boleh fokus pd blog dan forum kelasenglish tu. Apa projek cikgu seterusnya?
Redha,
Lama tak singgah? Bz ke?Betul tu cemburu yang positif akan menyelamatkan kita daripada apa yg kita takut. Tanpa ada rasa cemburu yang positif kita mungkin tidak akan berubah ke tahap yang lebih baik. Hargailah perasaan cemburu yangada dalam diri kita sebaik mungkin kerana ianya merupakan ” booster ” kearah kita mencapai kecemerlangan.
zool :
Date: December 3, 2007 @ 10:26 pm
Cemburu boleh bahagi kepada positif dan negatif..
Yang positif cemburu dengan kejayaan seseorang tetapi berusaha untuk lebih berjaya dari individu tersebut dengan kaedah yang betul..
Yang negatif.. Cemburu namun lebih kepada ingin menjatuhkan individu tersebut..
Semoga kita berada yang positif..
AMIN..
Doodee :
Date: February 4, 2008 @ 12:32 pm
Thanks for sharing