Jika anda kecewa…..bersabarlah - Part 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Selamat bertemu kembali. Semoga anda semua sentiasa bersyukur dengan ketenangan dan kegembiraan yang di limpahiNya kepada anda.
Dalam kehidupan ini pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Kita tidak semestinya sentiasa dalam keadaan gembira dan tenang. Kadang2 dugaan datang tanpa diundang.
Tidak semua orang akan kuat apabila tiba2 dikejutkan dengan kematian orang tersayang lebih2 lagi orang yang paling dekat di hati kita samada isteri atau suami dan sebagainya. Liku2 perjalanan hidup terpaksa dihadapi bersendirian dan setiap memori indah bersama akan terus mendera hati dan perasaan. Walaupun kita terpaksa redha dengan ketentuanNya, namun hati tidak dapat dibohongi. Hidup pasti terasa rapuh dan hilang arah lebih2 lagi jika kehilangan itu wujud secara tiba2 tanpa dijangka.
Hari ini Ktom ingin kongsikan serba sedikit bagaimana untuk menangani kekecewaan tersebut. Jom…kita mulakan…..
1. Terima kenyataan
Kehilangan orang yang tersayang memang sangat memeritkan. Namun, itu adalah hakikat kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati dan meninggalkan orang2 kesayangannya di dunia ini. Jadi, bagi yang kehilangan insan tersayang, anda perlulah menerima hakikat kehilangan itu. Walau pun perit, namun pujuk hati bahawa itu adalah kenyataan yang tak boleh diubah walau apa yang terjadi sekali pun. Yang mati takkan hidup kembali walau anda merana 1000 tahun atau menangis airmata darah sekalipun. Apabila anda dapat menerima kenyataan, barulah anda dapat mengawal emosi tersebut.
2. Pandang ke depan
Janganlah anda terlalu bersedih atau berputus harap. Apatah lagi jika kehilangan suami yang menjadi tulang ke belakang keluarga selama ini. Yakinlah bahawa anda masih mampu menguruskan diri dan keluarga walau pun kehilangan itu secara tiba-tiba. Perkara utama, cari pekerjaan untuk menyara keluarga. Jangan menoleh ke belakang dan jangan di layan emosi yang tidak memberi apa2 kebaikan itu kerana ianya akan merugikan diri anda sendiri.
3. Minta sokongan daripada keluarga atau rakan terdekat
Untuk membina hidup baru setelah kehilangan orang tersayang memang sukar. Jadi dengan sokongan orang yang berada di sekitar anda pasti akan meringankan beban yang anda tanggung. Mereka juga boleh membantu anda mana yang terdaya. Sokongan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja tetapi dalam pelbagai bentuk termasuk meluahkan perasaan anda pada rakan2 terdekat.
4. Ingat anak-anak
Sekiranya anda terus merana dan bersedih, bagaimana pula dengan anak2? Ingatlah anda masih perlu menjaga dan memberikan tumpuan kepada anak-anak. Mereka juga turut bersedih dan menderita seperti anda. Dengan sebab itu , anda mesti tabah, kuat dan bersemangat demi mereka.
5. Sabar dan Reda
Anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membolehkan anda meneruskan kehidupan. Anda perlu kekuatan dalaman yang teguh. Selain itu jangan lupa, mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t supaya memberikan anda kekuatan. Allah maha pengasih lagi penyayang dan amat mengasehani.
Ok…….mungkin anda ada cara yang tersendiri untuk dikongsikan disini. Jadi Ktom amat mengalu2kan pandangan dari anda semua untuk berkongsi disini dan semoga perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh semua.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam




















memang kecewa dan sakit ati..
Tapi bila dipikir2 buat apakan..
Biarlah diorang ngan caranya…
Yang penting kita..
Sekarang ni saya nak pikirkan mencari duit ..
Insyaallah dalam perancangan .. Pelaksanaan akan dilakukan..
Doakan saya berjaya ktom.. AMIN
Insyaallah zool, semoga apa yg zool buat diberkati Allah…..projek tu kongsi2kan ok…hahahahahah
untuk (1), (2) & (5) selalunya sukar … setengah orang kejap sahaja, setengah tu mungkin agak lama,