Lelaki dambaan……………

1:57 pm Tips Kehidupan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua?  Semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa.    

Ok……hari ini jom kita kongsikan apakah sebenarnya  ciri-ciri yang di impikan oleh orang perempuan atau wanita dalam hidup mereka terhadap lelaki.  Hehehe….kaum lelaki yang berkunjung kesini jangan marah apabila Ktom hanya membincangkan isu ini tetapi ambillah perkara2 yang bakal dibincangkan disini sebagai satu pengetahuan dan meneliti apakah ciri2 tersebut ada pada anda dan jika tiada…..bolehlah berusaha dan mengubah apa yang tidak ada itu .

Dan pada pengunjung wanita pula, ini mungkin dapat menambahkan idea dan inspirasi kepada anda untuk berfikir dengan lebih dalam lagi apakah keperluan2 yang perlu ada pada seorang lelaki. 

Namun begitu, kita jangan terlalu mengharapkan setiap ciri2 itu ada pada orang yang kita cintai, kerana tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini termasuklah kita sendiri.  Bila kita memilih orang, orang pun akan memilih kita juga.  Jadi jika anda betul2 menyintai dan menyayangi. terimalah dia seadanya.

Ketika belum kahwin, tak kiralah semasa remaja, di usia gadis kita selalu bertanya pada diri sendiri dan pada rakan2 apakah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan sebagai teman hidup.  Macam2 ciri yang diberi. Ada yang mahukan lelaki kacak, yang banyak duit, tinggi lampai, kacak, berkulit putih atau gelap, yang romantik, mancho dan bermacam2 lagi. Tetapi ada juga yang berpendapat rupa paras dan wang ringgit tidak penting asalkan” dia cintakan saya “. 

Antara ciri-ciri yang dicari :

1.  Seorang lelaki mestilah lebih bijak berpengetahuan luas.

2.  Sentiasa berfikiran positif, dan berfikiran jauh ke depan.

3.  Sentiasa memberi sokongan  dan bukannya membangkang jika perkara yang ingin dilakukan boleh memberi kebaikan  bersama

4.  Romantis dan tahu bagaimana untuk manjakan saya.

5.  Mempunyai ” sense of humour ” yang baik dan sentiasa tahu bagaimana untuk buat wanita ketawa.

6.  Berani, tegas dan mampu membuat keputusan dengan bijak.

7.  Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

8.  Mempunyai sikap rendah diri dan boleh ucapkan ” maafkan saya” andai kata ada melakukan kesalahan atau kesilapan.

9.  Mempunyai matlamat hidup yang jelas.

10. Ringan tulang dan tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai ketua rumahtangga

11. Sentiasa bersikap adil.

12. Mampu memberi kehidupan yang cukup selesa kepada isteri dan anak-anak.

13. Pandai bercerita dan sesuaikan diri dengan pelbagai suasana.

14. Sentiasa ingat dan beri hadiah pada hari kelahiran ulang tahun perkahwinan.

15. Tahu menghargai segala apa yang dilakukan terhadapnya.

16. Jujur dan ikhlas apabila melakukan sesuatu.

17. Tahu bagaimana untk manjakan diri isteri.

18. Suka sesuatu yang “adventurous”  dan gemar melancong atau berjalan-jalan.

19. Fleksibel dan boleh berkompromi jika keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Ok setakat ini dulu perkongsian hari ini dan Ktom minta maaf banyak2 seandainya apa yang diutarakan ini berbeza dengan apa yang anda inginkan dan fikirkan.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
3 Responses
  1. zool :

    Date: August 7, 2008 @ 8:49 pm

    Ada yang ada ..
    dan tak kurang yang tiada..

    Sedang meng’apply’kan serba sedikit

  2. azwanhadzree :

    Date: August 13, 2008 @ 7:37 pm

    byk kriteria tu, 3 aje tak boleh ke Ktom :)

  3. azwanhadzree :

    Date: August 13, 2008 @ 7:37 pm

    oh btw, kira tarikh tu betul lah ye?

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.