Nak tahu sidia betul-betul menyayangi atau tidak?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Selamat Tahun Baru 2008 dan Tahun Hijrah 1429.

Rasanya belum terlambat lagi bagi Ktom untuk membuat ucapan sedemikian.  Maaf lama sungguh tidak hidangkan sesuatu buat anda semua.  Dalam kesibukan tak sempat nak online, pada satu ketika bila nak buat entry….tiba2 blog hilang….wakakaka rupanya domain dah expired.  Adoiiiii…….rupanya banyak perkara yang perlu kita aturkan supaya tidak berlaku kesulitan.  Terlupa betul. Biasanya handphone akan bunyikan alarm sebagai peringatan. Tapi tak tau ler, tiba2 je semuanya tidak memberi respon…..hahaha….nasib baik lah Zool ada sms bertanyakan tentang blog Ktom tu. Terima kasih Zool dan terima kasih juga kepada Zul Smartusaha kerana tidak jemu2 untuk memberi bantuan kepada Ktom.

Ok, hari ni Ktom nak kongsikan sesuatu yang Ktom baca.  Mungkin ini berguna pada orang yang sedang mencari pasangan atau yang dah ada pasangan tapi masa tidak yakin bahawa seseorang itu telah benar2 menyayangi dia atau ada juga orang yang telah terjatuh cinta.  Ktom dah lupa dari mana sumber ni…sori ya…

Ini adalah antara tips yang anda perlu sedar jika anda ingin pastikan samada orang yang anda sayang itu betul2 menyayangi anda.

1.  Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasih dengan rela dan bukan kerana terpaksa.

2.  Sentiasa ingin menghiburkan kekasih hati dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.

3.  Banyak menasihati kekasihnya kerana amat menyayangi kekasihnya.

4.  Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya).

5.  Sentiasa merasa takut kehilangan kekasihnya.

6.  Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki latau wanita lain.

7.  Dia tidak suka ada wanita atau lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8.  Mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.  Ada kalanya seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanja oleh kekasihnya.

12. Akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.

16. Tidak akan melayan perempuan atau lelaki lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masanya sendiri.

18. Memuji kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan atau lelaki lain namun sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.  Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. ( ini untuk lelaki je…..).

Ok setakat ini dulu buat kali ini. Ktom pasti ada lagi cadangan yang lain ..jadi jom kita kongsikan bersama Ktom. 

Jumpa lagi.

Wasalam.

  

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

18 Responses to “Nak tahu sidia betul-betul menyayangi atau tidak?”

  1. Hm.. dah lama tak jengok sini…
    Menarik plak topik hari ni…
    Nak komen pun tak tau… walaupun hajat di hati nak menaip barang sebarang ayat.. Huhuhuhuhuhu

  2. zool,
    apasal terkelu sedemikian rupa? hehehe…..

  3. Terkedu dan tak mampu menaip kata2…
    Kenapa?? Hanya diri yang mengetahuinya…
    Jiwang plak ari nie..

  4. […] Mula-mula saya ingin mengucapkan selamat berblog kembali kepada ktom, almaklumlah beliau agak sibuk terutamanya mengenai kesihatan anak beliau.. Namun nampaknya masalah itu telah pun selesai.. Nampaknya topik blog beliau yang terbaru adalah mengenai bagaimana mengetahui samada sidia menyanyangi anda … Sudah pastinya ramai yang berminat membaca berkenaan topik ini. Dan sebagai seorang yang cukup berpengalaman sudah pastinya apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman beliau… Mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua.. […]

  5. … lumrah org bercinta sanggup buat apa saja demi kekasih hati ….

  6. Salam Leeza, apa khabar?

    Memang itu lumrah org bercinta tapi jika dah berumahtangga pun tips ini masih relevan utk memastikan kasih syg antara keduanya masih utuh.

    Zool,
    Ktom memahami apa yg tersirat tu. Jgn mengeluh dik, kebahagiaan pasti akan menjadi milik mu insyaallah…

  7. hello Ktom, lama tak singgah.

    macam mana boleh terlupa domain expired? tapi semua dah settle kan. btw, apa yg Ktom tulis di atas tu ada sebelum dan selepas tak. kekadang sebelum kahwin dan selepas kahwin jauh bezanya

  8. Ktom, bila nak tukar tajuk blog ni. nanti ada yang konpius. :)

  9. awan –> kak tom bz sangat tu wan.. Almaklumlah sekarang dah bertukar tempat keje.. tu yang lupa tukau tajuk tu..

  10. Wan, konpius ke? hehehehe….Terima kasih kerana sentiasa memberi pandangan dan peringatan.

    Zool,
    Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan. Bz memanjangggggg…..tempat kerja baru, tugas bertambah dan smester baru pun dah mula…hohoho….

  11. Maaf, mungkin ada pembetulan sikit pada point 6 dan 20.

    Point 6: mengawasi perlu ditukar kepada memantau.
    Point 20: hilang akal perlu ditukar kepada hilang panduan.

    Terima kasih.

  12. sutiman, terima kasih byk2 atas kesudian membetulkan apa yg tersilap tu…ktomk akan lebih berhati2 di lain masa. TQ

  13. Thanks for sharing

  14. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  15. Absolutely agree with you.

  16. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

  17. selamat sejatera keatas semuaye..

    ada_kudus nak taye pendapat..klau org 2 slalus ungkit ape dia dok wat tuk org tercinters sblm ni…smata2 nk tunjuk kebodohan or
    penyeselannya…dpn kekasih n kat org lain…(awak rs dia ni seorg y ikhlas ke x dgn pe dia wat tuk kekasih dia slama ni?)

  18. Maaf soalan tak jelas. Ungkit tentang apa? Ungkit tentang perbelanjaan yg perlu dikeluarkan atau layanan yg telah diberikan?

    Sebenarnya kasih syg yg tulus adalah yg tidak bersyarat. Maksudnya tidak semestinya seseorang itu cantik, handsome, kaya dan sebagainya. Tp kasih syg itu wujud dgn sendiri hasil dr keserasian yg wujud. Dan bila menyayangi kita akan cuba membahagiakan org yg kita syg dan sentiasa memaafkan serta memberi tunjuk ajar.

    Jd…..kenapa harus mengungkit jika benar syg? atau mungkin kerana terlalu syg dan rindu maka apa yg dibuat bersama org yg pernah disayang disebut2 selalu.

Discussion Area - Leave a Comment




    • Kelantan Bloggers