Sedih
November 17, 2007 12:50 am Tips KehidupanAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Fuhhhhh…….lega sikit rasanya bila berkesempatan untuk menulis disini.
Apa khabar anda semua? Harapan Ktom agar anda semua sentiasa dalam keadaan ceria dan bahagia selalu.
Hmm…ada yang bersedih ke hari ni?
Tidak?
Bagus lah. Rasa sedih ni biasa dialami oleh semua manusia tak kira samada kanak2 atau orang yang dah dewasa. Rasa sedih dalam satu jangka waktuyang tertentu adalah satu perkara yang biasa . Tapi ia akan menjadi luarbiasa jika dibiarkan kesedihan itu berlarutan.
Supaya rasa sedih tidak berpanjangan, anda perlulah mencari jalan untuk menceriakan atau mengembirakan diri sendiri.
Ok……Ktom ingin kongsikan sedikit tips cara untuk ceriakan diri sendiri. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda semua insyaallah.
1. Berbual dengan seseorang
Masalah akan lebih mudahditangani jika berkongsi masalah tersebut dengan orang lain.
2. Bersenam
Badan yang cergas pasti akan menaikkan semangat anda.
3. Berhenti menyalahkan diri sendiri
Ingatlah bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
4. Ingat kelebihan diri
Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri anda sebaik mungkin.
5. Makan makanan sihat
Menikmati menu yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan mempengaruhi emosi.
6. Tidur
Ketika tidur otak kita akan berada dalam keadaan rehat dan ia membolehkan anda kembali ceria selepas bangun daripada tidur.
7. Lakukan perkara yang digemari
Melakukan perkara yang anda gemar atau suka akan meningkatkan keceriaan dalam diri.
8. Berblog
Kadang2 kesedihan akan berkurangan jika kita boleh meluahkan apa saja yang tersirat di dalam hati di dalam blog kita.
9. Menangis
Menangislah sepuas-puasnya. Rasa lega akan anda rasai selepas menangis.
10. Optimis
Orang yang optimis mampu mengubah kesedihan menjadi gembira
Ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Ktom pasti anda ada cara yang tersendiri bagaimana untuk menangani rasa sedih ini. Jom….kongsikan bersama disini. Semoga apa yg kita utarakan dapat di manfaatkan oleh semua.
Setakat ini dulu. Jumpa lagi.
Wasalam





















zuhairy :
Date: November 17, 2007 @ 2:41 am
saya nak tambah lagi satu, apa kata kita rawat kesedihan dengan alunan zikrullah, bacaan Al-Quran yang boleh mententeramkan hati kita. Saya teringat salah satu petikan dari ayat quran yang bermaksud, “diturunkan Quran dan di dalamnya ada syifa’(ubat) dan rahmat.”
Kalau tak baca pun, dengar pun ok jugak. Tryla tips ni
ktom :
Date: November 17, 2007 @ 11:19 pm
betul tu zuhairy. Tiada yg lebih berkesan cara rawatannya selain dari berzikrullah ataumendegar alunan yang indah itu. Terima kasih kerana berkongsi di sini.
Dik Mal :
Date: November 17, 2007 @ 11:23 pm
saya suka tips ini :
1. Lihat video baby ketawa. Rasional? Cepat2 alihkan fokus sedih kita sebelum ia makin parah
2. Jika tak dapat cari video baby ketawa, cari seseorang untuk berborak. Ingat, luahkan, dan cari atasinya. Jangan biarkan rasa sedih melanda bertukar menjadi parah.
ktom08 :
Date: November 18, 2007 @ 11:11 pm
Mal,
Bab nak alihkan fokus tu yg paling susah….sakit dik….hehehehe..
Betul tu tengok video atau pi je kat blog merapuman tu…hehehehe….Ktom pasti tergelak sakan dan pastinya anda semua pun akan turut tergelak…wakakakaka
arejae :
Date: November 19, 2007 @ 1:05 pm
kalau semua yg diatas tak dapat menghilangkan kesedihan saudara/saudari, sila dapatkan kaset/cd Dr badrul amin bertajuk La Tahzan(jangan besedih).

Insya-Allah,sedikit sebanyak dapat membantu.
zool :
Date: November 19, 2007 @ 8:42 pm
Saya biasa dengan keadaan sedih ni…
Selain dari berblog saya juga suka menconteng….
Dan membaca bahan ringan iaitu komik.,.. He he he.. Cam budak kecik kan si Zool ni dah le memang kecik..
ktom :
Date: November 19, 2007 @ 9:26 pm
Salam Arejae…
Di mana boleh beli kaset Dr Badrul Amin tu? Cam pernah dengar je nama tu..
zool,
Buatlah apa saja yang mampu mengalih fokus kita seperti yang dicadangkan oleh DikMal tu. Walaupun agak susah pada awalnya tetapi bila kita buat ianya akan menjadi biasa dan seterusnya akan terus menjadi orang yg positif.Kan DikMal?
azwanhadzree :
Date: November 19, 2007 @ 9:36 pm
bersedih tak salah, kita kan hanya manusia biasa. yang salahnya bila kita tak dapat keluar darinya. bagi saya Ktom, 2 benda sahaja boleh membuatkan kita keluar dari perasaan sedih berpanjangan
(1) diri kita sendiri
(2) sahabat yang memahami
ktom08 :
Date: November 20, 2007 @ 12:14 am
Betul tu Wan dan sahabat yang memahamiadalah orang yang paling dekat dengan kita lebih2 lagi yang paling dekat dengan hati kita. Baby dah boleh apa sekarang ni?
azwanhadzree :
Date: November 20, 2007 @ 1:05 pm
baby sekarang dah boleh senyum
ktom :
Date: November 20, 2007 @ 9:33 pm
Doodee :
Date: February 4, 2008 @ 7:52 am
Thanks for sharing
ZenDinnyred :
Date: March 11, 2008 @ 6:39 pm
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links: