Anda dan kehidupan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda semua dirahmati Allah dan dalam keadaan bahagia, gembira dan tenang sentiasa.
Rakyat Malaysia berbangsa Cina akan merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Rasanya tidak terlalu awal untuk Ktom mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung yang berbangsa Cina. Eh..eh ada ke pelawat Ktom yang berbangsa Cina? Ktom tidak mahu membuat sebarang telahan namun manalah tahu jika mereka tersinggah ke sini dan sentiasa berharap agar perkongsian di sini dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Hari ini Ktom ada satu cerita :-
Kisahnya seorang pemuda yang berkelulusan tinggi mengalami tekanan dan berputus asa kerana sukar mencari kerja sehingga beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke laut. Nauzubillah….
Ketika beliau sampai di tepi pantai, beliau telah terjumpa dengan seorang tua yang ramah dan bijaksana. Beliau menyapa orang tua itu dan mereka berbual sehingga pemuda tadi menyatakan hasratnya kepada orang tua tersebut.
Apabila mendengar cerita beliaui, orang tua tersebut memintanya untuk melihat apa yang dilakukannya. Orang tua itu kemudianya membongkok untuk mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah. Pasir itu menjadi lebur, dan menjadi satu dengan pasir yang lain yang ada di bawah. Lalu orang tua itu berkata pada beliau ” cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi “. Beliau kehairanan dan berkata ” mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu degan pasir lain “.
Orang tua itu kemudiannya tersenyum dan seleps itu mengambil sebutir mutiara dari dalam kantungnya dan melemparkannya ke bawah lalu berkata kepada beliau, ” ambil mutiara itu “. Dan pemuda itu dengan mudahnya mengambil mutiara tersebut.
Pemuda itu kehairanan. Beliau kemudiannya bertanya kepada orang tua itu kenapa beliau melakukan perkara-perkara tersebut.
Orang tua itu dengan tersenyum memberitahu pemuda itu bahawa ” untuk mendapat apa yang kamu inginkan maka kamu harus berbeza dnegan orang lain, jika kamu sama dengan orang kebanyakan maka kamu tidak akan terlihat. Demikian juga dengan ketika kamu mencari kerja atau sebagainya “.
Pemuda itu tertunduk dan sedar tentang kelemahan yang ada pada dirinya. Beliau terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada orang tua tersebut kerana telah mengembalikan semangat serta memberikannya satu kesedaran yang selama ini beliau seharusnya lebih bersikap positif.
Rationalnya, apabila kita lemah terhadap diri kita maka kehidupan akan menjadi keras terhadap kita. Bila kita keras terhadap diri kita maka kehidupan akan lemah terhadap kita.
Oleh yang demikian, jangan mudah berputus asa dan selalu berfikiran positif. Sebagai manusia kita dikurniakan akal untuk berfikir dan gunakanlah akal tersebut pada jalan yang sebaik2nya.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam.




















Memang ada sedikit sebanyak kaitan dengan saya cerita nie
walaupun berbeza situasi…
takde mood plak nak komen byk2…..
ktom, ada betulnya apa yg nk disampaikan dalam cerita kat atas tu. Cth mcm kita nk jd blogger berjaya, so mana leh duduk diam dpt duit beb. Kita kena lain dr yg lain. Lg2 masa nk mula2 berjaya. Huh, memang pengorbanan adalah tonggak kejayaan.. waduh bermadah pulak. Ha tp kan, ada jugak yg jenis nk jadi sama dgn org lain dan pd masa yg sama dia akan berubah. Er.. paham ke?
zool, sy cadangkn utk awak share dgn kitrog semua. Insya Allah ramai yg nk bg pndpt. So dr situ leh get idea. Seriously ni pndpt sy. Paling koman pun just cerita apa situasi sbnr yg terjadi. Jgn pndm2 nanti lain yg jd. Kita ni manusia biasa ke. Betul tak ktom?
Salam. benarkah 2020 hanya milik juara?
zool, bengang nampak. Apasal? Jgn di simpan, share je ok…
zaiful,
Selamat datang ke blog Ktom ni….
Milik juara? Juara apa?
Kejayaan adalah milik sesiapa yang mempunyai iltizam yang tinggi, usaha yg berterusan tanpa mengenal erti kekalahan. Kekalahan yg wujud dijadikan sebagai pendorong dan pengajaran untuk mencapai kejayaan itu dan kejayaan tersebut bakal menjadikan kita juara dlm bidang yg kita ceburi itu. Persoalannya kenapa 2020 baru kita nak jadi juara? Hahaha…itu wawasan jangka panjang awak kot?
ahib0205,
Ktom sokong 110%. Share je. Jgn pendam.
Tapi yg ni Ktom tak faham ” Ha tp kan, ada jugak yg jenis nk jadi sama dgn org lain dan pd masa yg sama dia akan berubah. Er.. paham ke?
tu le pasal..
2020 milik juara?? apa motif ayat nie.?? Mest ada perkara tersembunyi ni
kehkehkeh… nampaknya kena positifkan minda dalam apa jua cabaran dalam kehidupan kat dunia nih… jangan ambik mudah je nak buat keputusan paling bodo ataih dunia… terpergi ke alam akhirat takkan kembali… nyesal tak sudah2nya…
Ooo… kenapa 2020? sebab Malaysia nak jadi negara maju kononnya menjelang 2020.. sedangkan ciri-ciri rakyat negara maju masih kurang pada orang kita… terutamanya ciri-ciri modal insan juara… begitulah yang kita lihat, dengar, baca, ….
[…] Selagi terdaya teruskan berusaha untuk bekerja dengan penuh komitmen untuk meningkatkan sumber ekonomi anda dengan penuh suka hatinya…. […]
kadang2 kt rasa give up ngan smua nie..mcm aq sndiri pljar yg menggaagur tengah give up dlm mcari keja..first mmg penat la coz cari duit mmg susah…last2 sy x give up coz slalu cari2 atikel dlm internet ttg bagaimana berfikiran positif..and then lastly skg d tima keja kat company
Bagus tu.. aq…
saya sendir penah mengalami pengalaman menganggur…
memang macam2 perkara bermain dalam minda masa tu..
tapi insyaallah rezeki akan tiba jua selagi kita berusaha..
ooo….Wawasan 2020. Ingatkan apa.
Zaiful, itulah matlamat negara kita yang perlu kita capai. Apa pun jika kita berusaha kita akan mampu mencapainya. Jangan mudah mengalah dan jangan mudah memandangnya sebagai sesuatu yg tak dapat dicapai. Benar, Ktom akur, modal insan masih di tahap yang tidak membanggakan. Namun usaha2 kerajaan kearah itu sangat mengalakkan. Dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merubah sikap dari malas kepada rajin, dari tak ada ilmu kepada mencari pelajaran dan sebagainya. Jika kita masih bersikap suka bertangguh, hasad dengki, malas, sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri macam mana nak maju? Maju ni luas pengertiannya…..
Apa2 pun kita sebagai pemilik blog juga boleh berusaha untuk membina modal insan dengan memberikan maklumat2 yang membina dan tepat.
Hehehe…nanti kita buat satu entry untuk topik ni ok….
Salam Aq,
Selamat berkenalan. Terima kasih kerana kunjungan Aq.
Jangan mudah berputus asa dik. Aq masih muda, masih jauh perjalanan hidup dan terlalu banyak peluang yang menanti. Bersabarlah. Jangan terlalu memilih kerja. Buatlah apa sahaja kerja terlebih dulu, cari pengalaman dan bila dah ada pengalaman senang lah untuk dapat kerja yang lebih baik.
Hahaha….bagus la tu…cari artikel yang boleh memotivasikan kita. Dengan itu kita akan dapat semangat dan akan sentiasa berfikiran positif. Dan bila berfikiran positif semua perkara akan jadi senang.
Betul cakap Zool tu Aq…..rezeki akan datang juga…janji berusaha dan bersabar je….