Antara Minat dan Keazaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam.  Di harap anda semua bergembira di hari yang berbahagia ini.  Bagi yang tak dapat pulang ke kampung jangan bersedih ok.

Ktom  minta maaf sebab dah lama tak menulis di sini.  Masa dan ruang waktu betul2 tidak mengizinkannya.  Terima kasih kepada anda yang sentiasa berkunjung ke  sini.

Setiap tahun bila sampai ke penghujung bulan Disember, setiap orang pasti berebut-rebut untuk membuat azam baru.  Apakah azam tahun baru anda? Hmm…azam tahun 2007 dah terlaksana atau tercapai ke? Alhamdulillah jika semua azam yang ingin dicapai itu telah termakbul dan jika separuh je yang dah dicapai, teruskan berusaha.  Bagi yang masih belum mencapai apa yang diidamkan itu, kaji balik apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang, apa yang masih belum dilaksanakan sehingga azam yang ingin dicapai itu masih tidak digapai.

Azam….azam…azam…?????

Sejauh mana azam yang dibuat mampu dilaksanakan?

Sebenarnya terlaksana atau tidak azam itu adalah bergantung kepada kesungguhan diri sendiri.  Kadangkala tanpa sebarang sebab yang munasabah atau konkrit, kita begitu tekun melakukan sesuatu perkara.  Ianya mungkin didorong oleh minat yang mendalam terhadap perkara yang kita buat itu.  Terkadangnya kita rasa seperti kehilangan sesuatu jika tidak mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa.

Maka dengan sebab itulah, supaya apa yang ingin kita buat dan kita capai itu perlu ada minat yang mendalam dalam setiap aktiviti harian kita.  Ini adalah disebabkan kita akan sentiasa seronok bila melakukannya tanpa sebarang tekanan.  Apabila kita mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu sudah pasti kita akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara tersebut.

Apa yang penting ialah kita menyedari bahawa minat yang mendalam boleh menjadi dorongan yang kuat untuk kita melakukan sesuatu perkara.  Jadi anda perlu memahami pengaruh minat dalam diri supaya lebih mudah bagi anda untuk menentukan sesuatu matlamat, tujuan atau wawasan dalam diri.

Ok…..setakat ini dulu perkongsian Ktom buat kali ini. Semoga anda tidak akan pernah jemu untuk berkunjung ke sini.  Ktom akan cuba untuk menulis dengan lebih kerap lagi, bila semua kerja dah selesai dan ” back to normal ” …insyaallah……

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb

10 Responses to “Antara Minat dan Keazaman”

  1. Salam Aidiladha kakktom,

    Betul.. Minat mendalam memangkin kita utk terus maju, tapi saya nak tambah sket walau bagaimana minat kita pun mestila ada daya semangat dan usaha yang gigih ke arah sesuatu minat kita.. jadikan keseronokan minat tersebut sebagai pemangkin cita-cita yang kita impikan, btol tak kakktom?

    Teruskan cita-cita kita dengan perancangan yang teratur dan pengurusan yg baik..

    Insyallah kita sama-sama akan berjaya saya doakan..

  2. Azman,
    Betul tu,tanpa semangat dan usaha gigih walaupun ada minat, ianya akan entah kemana. Tks for sharing

  3. sibuk ye Ktom … biasalah tu bila blogging ni hanya part time. kalau full time blogger, lain lah pulak kan.

    Ktom, tanya orang, tapi … apa azam tahun baru ktom? Saya? … mungkin azam tahun baru ni ialah untuk menjadi seorang ayah yang lebih baik, lebih penyayang .. yelah .. selalu berjauhan, seminggu sekali aje berjumpa ngan anak2 dan isteri

    Selamat Hari Raya :)

  4. wah… azam baru? tahun baru? serba baru? jangan haru-biru berliku tidak menentu dah laa….

    selamat tahun baru 2008.

    dan tahun baru akan menambahkan lagi semangat yang berkobar2 untuk terus maju ke hadapan dengan jayanya…

  5. Bagus la Wan. Ktom yakin itu adalah antara azam yang bakal dilaksanakan pada tahun depan.

    Wan, itulah hikmahnya berjauhan. Perasaan rindu sentiasa bertamu di hati…

    Azam Ktom? hehehe….

    abdfatah,
    Insyaallah tak haru biru. Azam awak apa? Agak2 nak kahwin ke? Wakakaka….Jangan lupa jemput ok…

  6. Hm.. kalau ikut azam memang ada sudah tertunai dan tak kurang masih terkial-kial untuk dicapai… Apa pun usaha tetap diteruskan.. Semoga tercapai azam 2008 pula.. AMIN

  7. Insyaallah zool……yg masih tak tercapai kena usaha lebih, cari sebabnya dan teruskan dgn strategy yg baru…

  8. Thanks for sharing

  9. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  10. I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Discussion Area - Leave a Comment




    • Kelantan Bloggers