Jangan malukan diri di majlis makan rasmi

12:45 am Tips Kendiri

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera dan yang masih bujang tu pun diharapkan pandai-pandailah jaga diri supaya sentiasa sihat.

Ktom beberapa hari ini tak sempat berkunjung ke blog sahabat-sahabat sekalian sebab masa memang tidak mengizinkan.  Baru2 ni anak yang kecil masuk hospital, semalam pulak abang dan kakaknya terpaksa masuk wad sebab demam panas.  Tapi tak de lah terbeban sangat sebab mereka dah besar dan dah boleh jaga diri sendiri.  Tak de lah 24 jam kena duduk kat hospital.

Ok berbalik kepada topik kita hari ini.  Mungkin ada yang sudah tahu tentang apa yang ingin Ktom bincangkan disini tetapi bagi yang masih tidak tahu….jom kita kongsikan dan bagi yang dah tahu mungkin ingin menambah apa yang Ktom utarakan ini…dan Ktom  amat mengalu2kannya.

Bagi mereka yang berkerjaya. menghadiri majlis-majlis rasmi merupakan jadual kerja yang tidak dapat dielakkan.  Kebanyakan daripada majlis ini memerlukan kita hadir dalam imej yang sesuai dengan acara atau konsep (jika ini satu peraturan).  Tak kiralah samada majlis itu kecil atau besar tetapi perkara utama yang harus kita fikirkan ialah bagaimanakan adab dan perilaku kita ketika majlis berlangsung.  Selain daripada penampilan yang sessuai, kita perlu juga serba sedikit tahu tentang etika agar tidak memalukan diri sendiri dan juga organisasi yang diwakili.

Sememangnya setiap gerak geri kita perlu diiringi dengan pergerakan sopan dan tertib.  Personaliti akan terserlah dengan cara kita membawa diri sepanjang majlis berlangsung. Jangan jadikan pengalaman menghadiri majlis makan rasmi sebagai peristiwa yang memalukan dan menghantui fikiran.  Kita akan berasa selesa dan gembira jika kita bijak memainkan peranan dalam majlis tersebut.

Ok… jom kita kongsikan beberapa tips disini.

1.  Penampilan diri

Penampilan diri salah satunya adalah apakah jenis pakaian dan aksesori yang sesuai dikenakan sebelum melangkah kemajlis makan rasmi. Adakah pilihan warna sesuai dengan majlis dan juga sesuai dengan warna kulit kita?   Kita juga pastikan bahawa kehadiran ke majlis tersebut perlu disertai dengan perasaan gembira dan bukan terpaksa, kerana apa yang ada dalam hati kita akan terzahir di wajah.

Penampilan diri turut merangkumi persediaan awal dari sudut mental dan fizikal.  Mungkin anda ingin mendapatkan rawatan kecantikan terlebih dulu seperti rawatan muka dan mandi wap.  Cara ini akan membantu meningkatkan penampilan diri.  Sekurang2nya kita  akan kelihatan lebih bergaya, yakin dan bersemangat.  Ini bukan sahaja dikhususkan kepada wanita sahaja tetapi lelaki juga harus berbuat demikian.

2.  Etika Sosial

Bagaimanakah seharusnya kita bertindak dari awal hingga akhir majlis?  Kadangkala kita terlupa banyak perkara kecil sehingga boleh menjejaskan etika sosial sewaktu ke majlis makan rasmi, terutamanya di hotel mewah.

Kadang2 kita terlupa cara kita keluar daripada kereta boleh menunjukkan personaliti diri. Kita  juga patut ketahui cara berjalanjalan yang terbaik terutama sekali sewaktu mula melangkah masuk ke dewan jamuan.

Selain itu, kita juga harus tahu bagaimanakah untuk memulakan perkenalan dengan para tetamu yang lain.  Tumpukan juga perhatian terhadap cara  duduk dan seterusnya tertib semasa menikmati hidangan.

Ketika di meja makan ataupun ketika berbual dengan tetamu, elakkan daripada bercerita tentang diri sendiri sehingga menimbulkan perasaan bosan tetamu yang terpaksa mendengar kisah kita.  Lebih baik dan bijak lagi jika kita dapat mencipta satu perbincangan menarik yang umum dan dapat disertai oleh tetamu lain.

3.  Cara makan

Etika di meja makan janganlah dipandang ringan.  Kita harus tahu bagaimana cara yang betul untuk memegang sudu dan garfu untuk menjamah hidangan tertentu.  Cara bagaimana kita menghirup minuman juga amat penting.  Kesemua ini perlu diketahui bukan sahaja untuk menjaga imej diri malah imej syarikat atau organisasi yang kita wakili.

Semasa makan jangan sesekali membuat komen negatif tentang makanan yang dihidangkan di hadapan penganjur kerana cara ini akan mengakibatkan penganjur berkecil hati dan juga melambangkan ketidaksopanan kita dikhalayak ramai.

4.  Undur diri

Bagaimana kita meminta izin untuk pulang daripada penganjur juga penting untuk kita ketahui.  Jangan meninggalkan majlis sebelum selesai ataupun tanpa memberitahu penganjur atau tuan rumah.

Ok, itu sahaja antara tips yang patut kita ketahui dan ada banyak lagi cara yang terbaik dan perlu kita tahu untuk bersosial. Semuanya ini penting bagi kita kerana pembawakan diri yang sopan melambangkan peribadi yang unggul. 

Sekian untuk kali ini.  Jumpa lagi.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
12 Responses
  1. zool :

    Date: July 7, 2007 @ 11:53 am

    He he he..
    Memanglah tak dapat dielakkan lebih2 lagi kalau yang makan tu dgn VIP..
    makan pun sikit je…
    Betul tu tip ktom…
    Kena tukar personaliti untuk beberapa jam..
    Hm..

  2. Raymond :

    Date: July 7, 2007 @ 4:03 pm

    Ini memang penting kerana sebarang kesilapan yang dilakukan bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin menjejaskan masa depan seseorang seperti kehilangan bisnes atau rakan kongsi.

  3. ktom :

    Date: July 8, 2007 @ 2:00 pm

    Zool, tak rimas ke bila kena tukar personaliti walaupun hanya utk seketika? hehehehe….

    Tapi berubah kearah yang lebih baik dituntut bukan?

    Raymond, ktom setuju dgn pandangan Raymond tu sebab sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada membuat tanggapan. ” First impression ” merupakan sesuatu yg penting dalam hubungan kita dengan orang lain sebab manusia ni mudah sangat meng “set” kan fikiran dia kepada samada negatif atau positif.

    Cuba bayangkan jika awak menghadiri majlis tanpa memakai pakaian yg telah ditetapkan….diri sendiri terasa janggal apatah lagi org lain yg melihat dan mungkin juga tuan punya majlis akan berkecil hati sbb kita tidak mengikut ketetapannya…dan orang lain mungkin memandang pelik dan menuduh kita ni dtg dari bukit ke apa?

    Awak pernah cam tu ke Raymond? wakakakaka

  4. zool :

    Date: July 8, 2007 @ 10:50 pm

    Rimas memang rimas tapi nak buat camner kan..
    kadang2 makan ngan boss ke atau pegawai2 besau kena kontrol…
    nak makan cam biasa pun tak blh,..
    sbb tu kalau boleh elak memang elak..
    hehhe

  5. Leeza :

    Date: July 9, 2007 @ 2:39 pm

    dulu2 mmg banyak attend majlis rasmi ni … memang merimaskan utk jaga protokol … tapi betul kata raymond … kena jaga etika utk secure bisnes & create good impression …

  6. ktom :

    Date: July 9, 2007 @ 4:58 pm

    Biasalah tu Zool, masuk kandang kambing mengembek dan masuk kadang harimau mengaum. Kita kena pandai bawa diri. Semua perkara ada peraturannya. Dan kita mestilah patuh kepada setiap peraturan itu. Seperti juga etika atau protokol dimajlis rasmi. Hendak atau tidak kita terpaksa mengikut etika tersebut jika tidak kita dikatakan seperti katak bawah tempurung dan sebagainya.

    Pun juga seperti kata Raymond dan Leeza, kita kena jaga kesopanan dan keperibadian kerana itu membolehkan kita mendapat kepercayaan dari orang lain.

  7. azwanhadzree :

    Date: July 11, 2007 @ 11:04 pm

    protocol tu protocol jugak, tapi protocol ni membuatkan hidup tidak ceria. tapi kalau sudah jadi boss besar kena ikut jugaklah. tapikan, ini hanya berlaku di majis2 rasmi kerajaan. majlis rasmi kompeni saya masih free and easy :)

  8. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 11:08 am

    Betul Wan, protokol kadangnya membuatkan hidup ni rimas dan merugikan masa…asalkan tidak keterlaluan cam org yg tinggal kat bukit dah la ya…..

  9. Doodee :

    Date: February 2, 2008 @ 1:32 pm

    Thanks for sharing

  10. ZenDinnyred :

    Date: February 10, 2008 @ 7:57 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  11. joe :

    Date: March 14, 2008 @ 12:08 pm

    tiada gambar yang menunjukkan ape yang dicakap

  12. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 5:19 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.