Kesilapan dalam mengurus kewangan peribadi….
August 29, 2007 12:15 am Tips KendiriAskm, Salam Sejahtera dan Dalam Muhibbah dan SALAM MERDEKA
Anda apa khabar? Ktom sekeluarga sihat dan Ktom harap anda juga sentiasa dalam sihat dan tenang selalu.
Bagaimana cuaca ditempat anda? Di Kota Bharu ni, hampir setiap petang hujan tetapi pada waktu pagi dan tengahari panas. Jadi cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan ramai yang terkena demam panas atau demam selsema. Hehehe….klinik2 swasta buat duit ler…
Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Memang tak dapat dinafikan, kita sering dihambat dengan tuntutan kewangan seperti budget untuk melunaskan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, kos hidup yang kian meningkat, bil2 yang perlu dijelaskan dan sebagainya.
Jadi hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang beberapa kesilapan kita dalam mengurus kewangan peribadi. Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan sedikit kesilapan yang mana membuatkan budget kita lari atau tidak cukup pada bulan2 tertentu. Dan jika anda ada tips2 yang lain, Ktom harap kita boleh kongsikan bersama2 di sini ok.
1. Tiada perancangan perbelanjaan
Persoalan “ kemana perginya wang saya?” sering timbul disebabkan aktiviti perbelanjaan harian yang tidak mengikut perancangan yang betul, disamping kegagalan kita untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.
2. Tiada simpanan tunai
Setiap dari kita atau keluarga perlu mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 50 % daripada pendapatan tahunan supaya kita tidak menghadapi masalah bila kita terpaksa berbelanja lebih.
3. Terlalu banyak menggunakan kredit
Masalah besar sering berlaku apabila individu bertindak berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka.
4. Penggunaan wang ” durian runtuh ” secara tidak betul
Membelanjakan wang lebihan seperti boinus secara tidak tepat, misalnya untuk hiburan dan sebagainya, itu hanya merugikan.
5. Tiada persediaan untuk menghadapi perbelanjaan yang besar
Tiada persediaan untuk perbelanjaan kewangan yang besar pada waktu2 tertentu seperti pembayaran premium insuran dan cukai2. Jadi dalam keadaan sebegini kadang2 tu terpaksa berhutang pulak. Adoiiii…bertambah bebanan yang telah sedia ada.
6. Silap membuat andaian terhadap kos pemilikan
Kadangkala kos sebenar bukan hanya melibatkan kos pemilikan sesuatu barang. Misalnya dalam hal pemilikan kereta, kos sebenarnya melibatkan hal2 lain seperti kos minyak lkereta, pembaik pulih, penyelenggaraan, tayar kereta, insuran disamping insuran bulanan yang harus dibayar kepada syarikat kewangan.
7. Kebocoran perbelanjaan
Pembelian barang2 kecil yang sering dianggap murah tidak memberi kesan kepada kewangan, sebenarnya merupakaan sebahagian daripada faktor yang menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan anda. Hehehe..ini biasanya berlaku kepada orang perempuan yang lazimnya adalah ” impulse buyer” iaitu beli benda2 yang nampak di depan mata. Jika didapati barang tu murah, terus je beli sedangkan barang2 tu belum lagi diperlukan dengan anggapan bahawa lain kali barang tu akan jadi mahal, jadi belilah hari ini. Tak sedar perbelanjaan dah lari budget.
8. Tabiat cuai ketika berbelanja.
Ini lebih kurang sama dengan tips diatas. Kadangkala pengiklan menimbulkan tekanan ketika berbelanja, yang akhirnya menyebabkan berlaku pembelian barangan yang kurang diperlukan. ( Eh..eh..eh…nak salahkan pengiklan pula, dia jual barang, mestilah ada strategi masing2. Yang awak pi beli tu buat apa? )
9. Tidak menyimpan wang dalam jumlah kecil
Prinsip ‘ lebih baik tidak menyimpan jika jumlah wang ingin disimpan kecil jumlahnya‘ harus dijauhi. Sebaliknya pegang prinsip ‘ sikit2, lama2 jadi bukit’.
10. Bersikap tidak sanggup menunggu
Sikap ini sering menjadi musuh utama dalam proses pengurusan kewangan peribadi. Tidak sanggup menunggu untuk memiliki sesuatu barangan akhirnya mengakibatkan perbelanjaan berlebihan. Sebaiknya amalkan prinsip ‘ simpan sekarang, belanja kemudian’
Ok setakat ini dulu buat kali ini. Maaf post ini tidak berapa terperinci sebab Ktom kena taip dua kali akibat server atau streamyx yang buat hal tak tahu ler…boring jugak bila kena taip benda yang sama. Ayat2 pun dah lintang pukang….hehehe.
Esok Ktom akan tulis berkenaan dengan tips untuk menambah simpanan pula ok.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





















seni cinta negara :
Date: August 29, 2007 @ 1:12 am
oh yeah… kalo hujan panas hujan panas bermakna akan menerima kesan sampingan kpd tubuh badan. maka doktor di klinik gembira bukan kepalang…
musim panas meruap dh tentu tokei jual ais manyak untung woooo… pengurusan kewangan pulok, jangan tunggu duit tinggal seposen dalam poket… wuahahhahaa…
ktom08 :
Date: August 29, 2007 @ 2:00 pm
Iye lah bila cuaca tak menentu, macam2 penyakit boleh dtg….hehehe doktor klinik gembira tu..acah2 je tu….takkan lah diaorang seronok jika ramai org yg sakit….dari sudut keuntungan ya lah tp mereka pun manusia juga, punya hati dan perasaan kasihan dan simpati malah mereka pun bukannya tak pernah sakit..@ berjangkit.
hehehe…tokei jual air kelapa muda, air tebu lagi ler seronok kan masa musim panas…..
zool :
Date: August 29, 2007 @ 2:35 pm
tips yang berguna..
1. tiada perancangan.. memang biasa sukar untuk merancang tapi biasanya saya akan cuba memaksa membayar apa yang patut awal2… dan juga memaksa mengeluarkan duit ke akaun lain yang tidak menggunakan atm .. memaksa membayar insuran secara debit… memang paksaan terhadap kewangan ni penting.. kalau nak harap simpan suka2 alamat tak menyimpan le.. dan konsep saya plak ikut kemampuan dan jangan ikut orang.. bior tak bergaya asalkan kantung duit tetap ada… AMIN…. Sebenar banyak nak komen nie tapi kang panjang sangat plak…
ktom :
Date: August 29, 2007 @ 10:04 pm
zool, komen jgn tak komen. Lagi panjang lagi bagus kan? Boleh kita kongsi disini.
Hidup biar bersederhana. Jangan kerana nak bergaya, diri jadi sengsara. Tak ada gunanya. Lama2 org akan tahu juga kan?
zuhairy :
Date: August 30, 2007 @ 1:11 am
ehmm,semua tips yang ktom bagi tu betul belaka.terutama bahagia tiada perancangan perbelanjaan. saya ada satu tips yang diturunkan oleh pensyarah saya. dia kata kat saya, kalau nak enjoy tu boleh. tapi kena hujung2 bulan. pelik bukan?selalu awal bulan bila dah dapat gaji.
rasionalnya, masa awal bulan dah dapat gaji, buat perancangan. belanja seperti yang dirancang. nanti, hujung bulan bila ada lebihan baru boleh enjoy. nak makan kfc ke, main bowling ke. saya try amalkan.memang betul!
zool :
Date: August 30, 2007 @ 12:16 pm
wah lepas nie boleh buat ebook pasal pengurusan kewangan le plak zuhairy.. boleh le joint venture kan???
ramzwatcher :
Date: August 30, 2007 @ 1:37 pm
lor..ore klate jugop ghupanya.. hehehe
Sedar-sedar “eh, duit yang aku dapat aritu aku wat apa? Dah habes dah?”
Inilah yang selalu terjadi kat saya, oh!
zuhairy :
Date: August 30, 2007 @ 3:12 pm
zool, pasal pengurusan kewangan?!hehe…insyaallah, kita buat ebook lain la pulak,hehe
ktom :
Date: August 30, 2007 @ 9:22 pm
zuhairy,
Ktom sokong apa yg pensyarah awak bgtau tu dan bukankah terbukti betul spt apa yg telah awak amalkan. Kadang2 Ktom pun macam tu….tahan je jika hendakkan sesuatu yg diluar budget. Tunggu ada duit lebih baru beli…tp yg tak boleh tahan ialah bila pi kedai buku atau majalah….mesti tak fikir byk punya…..paling tidak beli majalah je…hehehe…tp kan kadang2 buku yang dibeli tu ada yg tak sempat dibaca lagi. Adakah itu membazir juga namanya? Oh..tidaakkkkkk
ktom :
Date: August 30, 2007 @ 9:28 pm
Ramzwatcher,
Hehehehe…..baru tahu ko Ktom orghe Kelate……?
Hidup Kelate….gomo kelate gomo…wakakakaka
Student IT meme pun boros..tak reti nok budget…kalu student accounting lainlah sikit…dio tok gomo kot sir…
ktom :
Date: August 30, 2007 @ 9:29 pm
Zool…zuhairy,
Hehehe jangan lupa ktom join jugak JV tu…
Leeza :
Date: September 4, 2007 @ 2:34 pm
betullah … dapat byk mana pun kalu x di catu takkan nampak hasilnya …
simpanan amat penting tapi kalu xder spare camner nak menyimpan ye tak .. tapi pokok pangkalnya diri kita … berbelanja tu biar beringat-ingat sikit … rancang apa yg nak dibeli … pikirkan adalah ia keperluan atau kehendak …
ktom08 :
Date: September 4, 2007 @ 10:48 pm
Askm Leeza, tak nampak? sihat ke?
Kadang2 nak berbelanja ni…susah kita nak beringat2 lebih2 lagi time ada sale…..hehehe…..pasti lari bajet bulan tu….namun buat apa pun ukur baju di badan sendiri. Jgn berbelanja ikut nafsu….
Bent :
Date: September 4, 2007 @ 11:33 pm
Hi Ktom lama tak jenguk sini..maik maju dah awak ni..satu lg topik yang sangat saya suka ialah kewangan..terima kasih sebab artikel anda sangat membantu.
asmid :
Date: September 7, 2007 @ 11:33 pm
ada tak tips untuk mendapatkan duit banyak. sebab kalau tak dapat duit banyak macam mana nak simpan 50%. mana cukup nak belanja itu ini. kalau ada tips kongsilah!
CodeRouteu :
Date: February 20, 2008 @ 9:27 am
Based on our findings, any scheduled construction activity must be conducted in compliance with all applicable regulations
kewangan….. « Didi87’s Weblog :
Date: February 20, 2008 @ 3:57 pm
[…] WordPress.com WordPress.org kewangan….. February 20, 2008, 7:26 am Filed under: Uncategorized Kesilapan dalam mengurus kewanganperibadi….Posted by ktom08 on 29 Aug 2007 at 12:15 am | Tagged as: Tips Kendiri Askm, Salam Sejahtera dan Dalam Muhibbah dan SALAM MERDEKAAnda apa khabar? Ktom sekeluarga sihat dan Ktom harap anda juga sentiasa dalam sihat dan tenang selalu.Bagaimana cuaca ditempat anda? Di Kota Bharu ni, hampir setiap petang hujan tetapi pada waktu pagi dan tengahari panas. Jadi cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan ramai yang terkena demam panas atau demam selsema. Hehehe….klinik2 swasta buat duit ler…Ok berbalik kepada topik kita hari ini. Memang tak dapat dinafikan, kita sering dihambat dengan tuntutan kewangan seperti budget untuk melunaskan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, kos hidup yang kian meningkat, bil2 yang perlu dijelaskan dan sebagainya.Jadi hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang beberapa kesilapan kita dalam mengurus kewangan peribadi. Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan sedikit kesilapan yang mana membuatkan budget kita lari atau tidak cukup pada bulan2 tertentu. Dan jika anda ada tips2 yang lain, Ktom harap kita boleh kongsikan bersama2 di sini ok.1. Tiada perancangan perbelanjaanPersoalan “ kemana perginya wang saya?” sering timbul disebabkan aktiviti perbelanjaan harian yang tidak mengikut perancangan yang betul, disamping kegagalan kita untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.2. Tiada simpanan tunaiSetiap dari kita atau keluarga perlu mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 50 % daripada pendapatan tahunan supaya kita tidak menghadapi masalah bila kita terpaksa berbelanja lebih.3. Terlalu banyak menggunakan kreditMasalah besar sering berlaku apabila individu bertindak berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka.4. Penggunaan wang ” durian runtuh ” secara tidak betulMembelanjakan wang lebihan seperti boinus secara tidak tepat, misalnya untuk hiburan dan sebagainya, itu hanya merugikan.5. Tiada persediaan untuk menghadapi perbelanjaan yang besarTiada persediaan untuk perbelanjaan kewangan yang besar pada waktu2 tertentu seperti pembayaran premium insuran dan cukai2. Jadi dalam keadaan sebegini kadang2 tu terpaksa berhutang pulak. Adoiiii…bertambah bebanan yang telah sedia ada.6. Silap membuat andaian terhadap kos pemilikanKadangkala kos sebenar bukan hanya melibatkan kos pemilikan sesuatu barang. Misalnya dalam hal pemilikan kereta, kos sebenarnya melibatkan hal2 lain seperti kos minyak lkereta, pembaik pulih, penyelenggaraan, tayar kereta, insuran disamping insuran bulanan yang harus dibayar kepada syarikat kewangan.7. Kebocoran perbelanjaanPembelian barang2 kecil yang sering dianggap murah tidak memberi kesan kepada kewangan, sebenarnya merupakaan sebahagian daripada faktor yang menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan anda. Hehehe..ini biasanya berlaku kepada orang perempuan yang lazimnya adalah ” impulse buyer” iaitu beli benda2 yang nampak di depan mata. Jika didapati barang tu murah, terus je beli sedangkan barang2 tu belum lagi diperlukan dengan anggapan bahawa lain kali barang tu akan jadi mahal, jadi belilah hari ini. Tak sedar perbelanjaan dah lari budget.8. Tabiat cuai ketika berbelanja.Ini lebih kurang sama dengan tips diatas. Kadangkala pengiklan menimbulkan tekanan ketika berbelanja, yang akhirnya menyebabkan berlaku pembelian barangan yang kurang diperlukan. ( Eh..eh..eh…nak salahkan pengiklan pula, dia jual barang, mestilah ada strategi masing2. Yang awak pi beli tu buat apa? )9. Tidak menyimpan wang dalam jumlah kecilPrinsip ‘ lebih baik tidak menyimpan jika jumlah wang ingin disimpan kecil jumlahnya‘ harus dijauhi. Sebaliknya pegang prinsip ‘ sikit2, lama2 jadi bukit’.10. Bersikap tidak sanggup menungguSikap ini sering menjadi musuh utama dalam proses pengurusan kewangan peribadi. Tidak sanggup menunggu untuk memiliki sesuatu barangan akhirnya mengakibatkan perbelanjaan berlebihan. Sebaiknya amalkan prinsip ‘ simpan sekarang, belanja kemudian’ 1 Comment so far Leave a comment […]
yana :
Date: February 26, 2008 @ 4:52 pm
salam…..
nak komen ape ek…kita ni kalau nak berbelanja 2 agk2 la..kena rncg dlu,bli ape yg prlu..kalau ada duit lebih 2 blh la nk bli brg yg kita nk pn…tapi ingt,kena masuk tabung jgk tau..blnja2 jgk,jgn lupa simpan duit..ckit2 jd la..lama2 jd bukit..