Kini ku kembali………………………………
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Berbulan2 lamanya tiada sebarang hidangan disajikan di sini namun Ktom percaya ada yang bertandang dan meninggalkan jejak disini. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang masih singgah di sini selama penyepian ini. Jejak anda menceritakan segala2 nya.
Sekian lama menyepi hinggakan Ktom dah terlupa banyak perkara tentang perkara2 teknikal ni. Bila nak mulakan balik banyak perkara menjadi janggal sehinggakan blog ini hilang entah kemana….wakakakakka……Nasib baik Zool telah sudi menghulurkan bantuan untuk memulihkan kembali blog ini. Namun begitu blog ini cuma ada perkara2 asas je. Yang lain terus hilang entah kemana. Jadi Ktom terpaksa bertukar theme dan memulihkan kembali rupa dan intipati blog ini. Terima Zool. Budi anda akan Ktom kenang selamanya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Kepada Leeza yang mentag tu…….jgn risau, Ktom akan respon secepat mungkin ok…….
Hahaha…anda nampak theme baru blog ni kan? Ianya masih dalam proses pengubahsuaian. Jika anda ada apa2 cadangan atau idea untuk memantapkan lagi visual blog ini jangan malu2 untuk memberi idea ok. Setiap pandangan itu amat bermakna dan terlebih dulu Ktom ucapkan ribuan terima kasih.
Hari ini tidak banyak perkara yang ingin Ktom utarakan cuma ingin berkongsi sedikit pandangan.
Dalam hidup ini kita perlu bekalkan diri dgn kata2 motivasi. Kadang kalanya kita rebah, kita tersungkur kecewa disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri. Dengan adanya kata2 motivasi yang kita perolehi daripada kawan2, daripada pembacaan, mendengar ceramah motivasi tak kira dalam media mana sekali pun, sedikit sebanyak ianya akan melahirkan semula jiwa kita yang tenat itu.
Motivasi diri perlu untuk menyokong kehidupan kita selain daripada bantuan Yang Maha Esa. Perasaan rendah diri dan berbagai perasaan dan sikap negatif dalam diri memang menjadi kekangan utama dalam pergaulan kita seharian. Namun dengan adanya kata2 motivasi, inspirasi dan dorongan daripada orang2 di sekeliling kita , dapat membantu kita untuk bangkit dari rebah itu.
Pendek kata, segala kata2 motivasi yang diberikan oleh pakar motivasi di media massa ataupun melalui media elektronik umpamanya blog2 yang tumbuh bagai cendawan di maya ini dapat kita gunakan untuk memberi semangat baru dalam hidup kita. Cubalah anda layari blog DikMal, blog Shueqry, blog Raymond, blog Linn Comel dan beribu2 blog lagi di persada internet ini.
Hahaha…selain dari motivasi anda juga boleh lawat blog ini jika nak hilangkan stress…….
Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi insyaallah.
Wasalam




















selamat kembali kak tom.
Selamat kembali, Ktom.
Hm.. akhirnya ktom menulis juga setelah sekian lama…
Tak kisah.. pertolongan kecil je tu….
Malu plak …
Arejae, Raymond dan Zool,
Terima kasih banyak2 diatas sokongan dan semangat yang sentiasa diberikan. Terima kasih.
[…] sekali nak ucapkan selamat kembali kepada ktom.. Di harap beliau dapat kembali dengan penulisan yang mampu memberikan pengetahuan berguna kepada […]
Welcome back to blogsphere
catzer,
Terima kasih byk2 atas sokongan itu.:)
Selamat kembali kawan..lama juga menyepi ye?
kenapa lama menyepi?
So, you decided to return … next post title, boleh buat
return of the jedi ….. eh ktom la
hajimemashite! saya baru di sini, sila beri tunjukajar ya!
wah… what a great blog! congratz!
Ktom, sayer klik pada banner cara mudah menjana wang tuh… tapi tak kuar la plak.. biler saya padam link affiliate tuh….. ader la plak! naper ek? ke dorang dah tak on (aktifkan) link affiliate produk dorang tuh? kalu gitu…. rugi ar Ktom…. baik letak produk lain….
saya masih belajar, dan akan terus belajar. sila beri tunjukajar ya!
Bent, Zuhairy dan Wan,
Terima kasih kerana terus menyokong……amboi Wan, perli Ktom ya…tak per……
IM Dreamer, betul ke cam tu? Ok…terima kasih kerana maklumat itu….
Harap2 boleh bekerjasama…….
Koto Baru dok mano? Daeroh mano?
mana ada perli, kutuk sikit aje
tak delah .. main-main aje
yap, sayer rasa gitu la… emmm… seems Ktom dah buang banner tu ek… bagus la kalau gitu… banyak lagi affiliate yang best2…
sayer duk around Panji. emmm… Ktom ni oghe Qlatey gak ker…? sori la saya baru di sini… huhuhu…
sayer ni pemalu sangat2, tu yang intro about kat blog sayer panjang bebenar… tulis ni best… jumpa orang… huhuhu… malu…
bekerjasama? why not?! bleh ajer!!!