Mengapa mereka boleh berjaya?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Begitu cepat masa berlalu. Kita sudah semakin menghampiri penghujung 2007. Bagaimana proses pelaksanaan perancangan yang anda buat? Berjalan lancar ? Harapnya begitulah dan juga supaya anda sentiasa dilimpahi dengan kesihatan yang baik.
Topik hari ini berkaitan dengan orang-orang yang cemerlang, bagaimana mereka boleh mencapai kecemerlangan?
Dalam topik ini Ktom ingin memfokuskan perbincangan kita kepada kecemerlangan pelajar sekolah.
Apakah kecemerlangan ? Kecemerlangan secara mudahnya ialah kejayaan dalam setiap aspek kehidupan dan dalam bidang yang diceburi. Kecemerlangan sering dikaitkan dengan akademik amnya.
Sebenarnya prospek kecemerlangan adalah lebih luas lagi kerana ianya merangkumi aspek akademik, kokurikulum, rohani dan jasmani.
Apakah kriteria yang ada pada mereka yang berjaya?
Pelajar cemerlang menganggap kejayaan yang dikecapi oleh mereka datangnya dari dalam diri sendiri. Mereka memegang prinsip ” Aku boleh berjaya “. Berbekalkan semangat dan keyakinan yang tinggi dalam diri, mereka menyusun strategi agar visi mereka akhirnya menjadi realiti.
Hakikat yang mengatakan ” masa itu emas” sering dipegang oleh pelajar cemerlang ini. Masa bagi mereka ibarat monorel yang meluncur laju di landasan. Bagi mereka masa adalah saingan dalam mengejar kejayaan. Kegiatan harian mereka diisi dan mereka jarang sekali menangguhkan kerja. Bagi mereka ‘ orang yang suka bertangguh adalah pencuri masa “.
Selain itu faktor psikologi juga memainkan peranan penting dalam mendorong kecemerlangan mereka. Bagi pelajar cemerlang, ibubapa adalah dua orang individu yang paling penting atas kejayaan mereka. Bagi pelajar cemerlang yang miskin, keringat ibubapa yang mengalir dan kesanggupan mereka bersengkang mata semata-mata kerana ini membiayai persekolahan anak mereka menguatkan lagi iltizam pelajar berusaha hingga berjaya.
Motivasi diri yang kental merupakan faktor psikologi yang sekunder. Mereka yang bermotivasi akan sentiasa memastikan agar matlamat mereka tidak terpesong. Semangat ini berjaya turut membara dalam jiwa mereka. Selain itu, minat dan semangat inkuiri yang kuat turut mempengaruhi psikologi untuk berjaya. Mereka sentiasa ingin tahu tentang pelbagai perkara. Sifat sebeginilah yang patut diterapkan dan dipupuk oleh semua pelajar agar impian mereka dapat direalisasikan.
Apa pendapat anda pula?
Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam.




















kecemerlangan tu luas pengertiannya..
Ada yang cemerlang di dunia tapi tidak diakhirat..
semoga kita cemerlang kedua-duanya..
selamat tahun baru Ktom. apa khabar, sihat
Kak Tom, mana entri baru… nk tau azam baRU kAK TOM :d
banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan seseorang. diantaranya adalah perancangan dan kemudian melaksanakan perancangan tu..
mereka berusaha dengan bersunggu2 laa kalo nak berjaya. kalo tak usaha macam mana nak berjaya.
duk diam gitu je mana nak jadi apa. sedangkan nak menjadi mat rempit pun mereka tetap berusaha ke arah kerempitan yang maksima dengan motorkapcainya itu…
Insyaallah zool, semoga di dunia kita cemerlang dan akhirat nanti lebih cemerlang lagi.
Wan, Selamat tahun baru. Ktom sihat. Harap2 Sofea dan ibunya serta kakak dan abgnya sihat selalu.
DikMal,
Azam Ktom ke? Nak dpt duit byk2…..wakakaka
Betul tu Zuhairy. tanpa perancangan mana cemerlang tapi kenalah bertindak. Tanpa apa tindakan perancangan akan jadi kaku bisu.
abdfatah,
Selamat tahun baru. Best juga perkataan ” kerempitan ” ni..hehehehe. Ada dalam kamus dewan ke? Apa azam awak pula..hehehe salah satunya ( Ktom agak je ler) mesti nak cari teman di sisi bukan? hehehe. zool dan Zuhairy, berpakat2 lah dgn si abdfatah ni ya…..:)
hek eleh… cari teman yer…? sedang mencari laa ni. kehkehkehkeh… teman oh teman. memang kena cari dan berusaha mencarinya sedaya upaya yang terdaya…
abdfatah, ada sorang cikgu cun yg masih single kat pejabat Ktom. Cam mana? Org Pasir Mas..hehehe
Huhuhuhu.
Nak pakat ape ??
Pandai-pandai memasing le…
kenapa mereka bloeh bejaya? sebab mereka berani keluar dari zon selesa mereka.
Syed Ikhwan,
Ktom benar2 rasa teruja kerana anda sudi meluangkan masa dan berkongsi di sini.
Benar. Kejayaan adalah milik mereka yang berani keluar dari zon selesa. Ktom pun masih teragak2 untuk keluar ni…hehehe..berbagai alasan dicipta namun insyaallah..segalanya mampu ditangani secepat mungkin.
Thanks for sharing
I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links: