Tips Membina Kesabaran
September 25, 2007 12:02 am Tips KendiriAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam.
Anda sihat? Ktom pun sihat alhamdulillah. Rahmat Ramadan melimpah ruah
Sabar? Anda seorang penyabar atau panas baran ataupun seorang yang pemarah? Harap2nya di bulan puasa ni panas baran dan rasa mudah marah tu dapat dikawal.
Sabar bererti anda menahan diri daripada melakukan sesuatu tindakan serta tabah menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Sifat ini seharusnya ada pada setiap orang sebagaimana bagi orang Islam sifat ini difirmankan Allah SWT dalam Surah az-Zumaar: 10 yang bermaksud, ” Sesungguhnya orang-orang yag bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
Dalam dunia yang penuh cabaran ini, jiwa yang kental serta kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Bagi mereka yang tidak dapat menahan diri dengan bersabar boleh menyebabkan berlakunya tekanan hidup dimana tekanan yang melampau dan gagal dikawal boleh memusnahkan hidup seseorang.
Sabar sebenarnya bukanlah bererti kita kena mengalah, tidak bererti kita pasrah atau berserah apa2 sahaja yang berlaku. Sabar tanpa ikhtiar tidak akan membawa kita ke jalan penyelesaian. Malahan ia akan menjadikan keadaan lebih buruk lagi.
Orang yang banyak bersabar selalunya raut wajahnya kelihatan lebih tenang kerana ia membayangkan ketenangan dalam jiwanya. Mereka juga awet muda dan sejuk mata memandang berbanding dengan orang yang panas baran dan cepat sensitif. Apatah lagi, jika wajah anda sentiasa dihiasi dengan senyuman yang ikhlas ( macam firadila..hehehehe)
Sabar juga adalah pengubat jiwa. Ia menjadi penghadang kepada segala perkara negatif daripada memasuki jiwa. Jiwa yang terganggu akan berasa tidak tenang, marah, sakit hati, tertekan, kecewa, sedih dan segala macam perasaan negatif ekoran daripada masalah yang dihadapi.
Ok…jom kita kongsikan sedikit tips membina kesabaran.
1. Berpuasa
Bagi orang Islam, sikap sabar boleh dididik dengan berpuasa. Puasa mencegah kita dari melakukan perkara2 yang tidak baik . Puasa menjadikan kita lebih berhati2 dalam membuat sesuatu perkara yang boleh menyakiti hati orang lain, yang boleh memudaratkan keimanan kita.
2. Kuatkan semangat dan pertingkatkan usaha dalam melakukan amal ibadah. Dengan ini kita akan menjadi orang yang redha dengan apa yang berlaku kepada kita.
3. Katakan ” tidak” secara tegas dan tekad untuk apa2 jua bentuk godaan yang datang yang dilarang oleh Allah SWT. Tak kiralah dalam bentuk hiburan, berseronok dan sebagainya.
4. Orang yang bersabar mampu mencapai kejayaan kerana mereka sanggup menghadapi segala rintangan untuk memenuhi impiannya. Contohnya, kita nak dapat kedudukan lebih baik di pejabat, kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas yang diberikan tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada ketua jabatan . Jadi lambat laun usaha yang ikhlas itu akan dilihat dan diiktiraf untuk dinaikkan pangkat.
5. Anda perlu cekap dan cekal. Sikap ini merupakan pemacu kejayaan seseorang. Ketika orang lain hanyut dibawa arus, namun ketabahan dan kecekalan anda dapat bertahan.
Pertingkatkanlah sifat sabar ini dari masa ke masa. Lebih banyak anda bersabar lebih banyak perkara yang anda boleh pelajari. Orang yang bersabar akan lebih berhati2 dalam kehidupannya. Dia tidak mudah latah, malah lebih banyak meneliti dan mengkaji sesuatu keadaan untuk dijadikan iktibar.
Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi tidak mudah gentar dengan rintangan yang mendatang. Ini kerana sifat ketahanan diri yang kuat dan tidak mudah mengaku kalah dimana usaha untuk memperbaiki hidup dan mencapai apa yang dicita2kan itu diusahakan tanpa rasa jemu. Orang yang bersabar akan lebih mengingati Allah SWT kerana baginya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Ok lah dulu buat kali ini. Ktom pasti anda ada pendekatan atau cara yang anda lakukan untuk menghadapi kesukaran dan dugaan hidup dengan penuh kesabaran. Jadi kongsikan bagaimana dan apa yang anda buat supaya anda lebih sabar dan boleh bersabar.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam





















azam :
Date: September 25, 2007 @ 11:01 am
Bulan puasa memang betul-betul menguji kesabaran aku..Satu daripadanya masa memandu kereta atau tunggang motor. Ramai je mangkuk-mangkuk yang langsung tak tahu nak hormat orang lain..memandu dengan cara merbahaya. Kalau malam lak, mercun berdentum-dentam. Mengganggu orang je nak beramal ibadat. Terkojut pun ada jugakk..Aku siap simpan nombor telefon hospital takut kot-kot nanti terkena heart attack pulak …Sabarrr!
zool :
Date: September 25, 2007 @ 12:59 pm
Betul tips tu…
kesabaran memang adalah antara perkara yang sukar ..
Namun dengan sikap sabara kita dapat menjaga emosi diri..
AMIN..
ktom :
Date: September 25, 2007 @ 3:21 pm
Azam,
bersabar banyak2 ok. Bukan senang nak tutup telinga bila dengar mercun tu kan? hahaha
Kita sama je…Ktom pun masa balik ofis memang selalu alami apa yang Azam alami tu..geram memang geram…tapi tahan je…mengatalah sorang2..hahaha..tak de org dengar pun..tapi yang paling geram sekali adalah si lalat2 ( motosikal ) tu. Ikut sedap dia je nak jalan bersimpang siur…bahaya sangat2. Memang diorang tu tak tak takut mati atau cacat. Dugaan..dugaan.
ktom :
Date: September 25, 2007 @ 3:23 pm
Zool,
Untuk bersabar bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak sukar untuk dilakukan. Jika kita menghadapi apa juga dugaan pada bulan puasa ini, paksalah diri untuk bersabar kerana gandaan pahala yang kita dapat. Gadaan pahala adalah motivasiuntuk kita terus bersabar dibulan puasa ini insyaallah.
azwan :
Date: September 26, 2007 @ 12:35 am
no 3 tu bukan semua orang boleh buat. kebanyakkan masalah bermula bila kita tak boleh katakan tidak. adakah kita tak berani atau takut mengecilkan hati kawan?
zuhairy :
Date: September 26, 2007 @ 8:02 pm
sabar memang senang diungkap, tapi untuk diamalkan adalah satu yang sukar diamalkan…
shueqry :
Date: September 27, 2007 @ 5:30 am
Assalamualaikum.. Ktom apa khabar?
menarik tips kali ini
Saya tambah sikit utk info kita bersama.
membina kesabaran memerlukan disiplin, dari dalam hati, minda dan fikiran. Selain tu, memerlukan kepintaran mengawal emosi.
Mereka yang pintar mengawal emosi adalah orang-orang yang sabar. Contoh paling baik adalah Rasulullah s.a.w.
Selain penyabar, Baginda juga seorang yang pemaaf. Dalam sikap pemaaf, Baginda bersopan santun dan hanya melihat pada sikap positif pada semua orang, tak kira kawan atau lawan.
Di zaman moden, kesabaran memerlukan fleksibiliti, maksudnya, kita bijak menyesuaikan emosi dengan situasi.
Kekadang, sesuatu yang kita sepatutnya katakan tidak, memberi respon negatif pada sesetengah orang. Jadi, untuk membolehkan kita ngam dengan hampir semua orang, perlu jadi fleksibel, bertolak ansur, tegas dalam berlembut.
Untuk melatih diri memupuk sikap sabar, pertama sekali disiplinkan diri untuk menumpu pada aspek-aspek positif dalam setiap apa yang kita lihat, dengar dan rasa.
Kedua, yakin Allah mendengar kata hati kita dan ada 2 malaikat mencatat dosa dan pahala kita walaupun kita tak nampak. Jadi, kalau kita jadi tak sabar, anggap ia sebagai satu kesalahan atau ‘dosa’, amalkan mengucap istighfar selalu bila kita rasa nak marah.
Ketiga, lihat contoh orang-orang yang sabar disekeliling kita, dalam keluarga kita atau di kalangan sahabat handai kita. Jika mereka boleh memupuk sikap penyabar dalam diri mereka, maknanya kita juga boleh buat perkara yang sama.
Keempat, lepas rasa geram, marah, sakit hati pada benda lain. Sebab, kalau di simpan lama-lama meletup jadinya.
Janji, kita tak buat perkara-perkaa yang merosakkan harta benda orang lain. Lepaskan dengan cara halus dan berhemah.
Dengan itu, ada keseimbangan. Menulis perasaan yang membuat kita takleh bersabar atau meluahkannya pada orang lain adalah cara penyelesaian paling baik. Paling penting, komunikasikan ia pada orang lain.
eh, tak sedar dah panjang komen saya, taip sepintas lalu ni Ktom, idea fresh lepas sahur. Dah lama gak saya tak masuk sini.. sory !
Moga tips tambahan ni memberi lebih kefahaman kepada pembaca blog tentang cara nak membina kesabaran dalam diri.
doa saya, moga kita semua menjadi orang yang penyabar.
- Shueqry -
firadila :
Date: September 27, 2007 @ 1:44 pm
Ktom,
Pada pendapat firadilalah sabar tu sebenarnya menunjukkan sifat professional lan kita di muka bumi ni.Kalau di tempat kerja kita mengaku kita seorang professional, tetapi di muka bumi (dihadapan ALLAH) kita masih tidak professional sekiranya kita tidak mempunyai sifat SABAR yang tinggi. Nak memulakannya memang sukar tetapi bila dah biasa ianya menjadi terlalu mudah untuk diamalkan.
Ktom,
Mereka yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dapat dibezakan dengan melihat raut wajah mereka. Akhir kata, latih lah diri mulai dengan sifat sabar yang pertama iaitu SENYUM SELALU….Semua masalah geram, dengki, marah-marah, iri hati dan sebagainya akan hilang kalau kita sentiasa senyum selalu…
Akhir kata, SENYUM SELALU…
P/S : Senyum Selalu itu adalah salah satu latihan diri untuk menjadi penyabar dan senyum itu satu sedekah…Selamat Berpuasa….
duez :
Date: September 27, 2007 @ 7:41 pm
walaweyyy!!!
sudah maju blog kak tomm skrg yerr…lama sudah tak berkunjung kesini.Teruskan usaha ktom
Gambare!!!
zool :
Date: September 29, 2007 @ 11:52 am
duez—> blog ktom memang maju…
Semoga kita bersabar dengan apa jua rintangan mendatang..
ADIOS..
azk :
Date: October 3, 2007 @ 9:36 am
Sesungguhnya hanya orang orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tampa batas (Surah AzZumar 10)
www.enai10.com
free submit link directory
ktom :
Date: October 4, 2007 @ 9:37 pm
Betul Wan, kadang2 kita ni terlalu memikirkan orang lain daripada diri kita sendiri. Untuk mengatakan tidak susah sikit, takut orang kecil hati pulak. Tetapi dalam sesetengah keadaan kita kena pegang pada prinsip kita sendiri. Belajarlah untuk berani mengatakan TIDAK.
ktom :
Date: October 4, 2007 @ 9:41 pm
zuhairy,
Perkataan sabar memang senang diungkap sebab lidah tidak bertulang menyebabkan apa saja boleh diucapkan biarpun hati berkata tidak. Namun jika kita boleh mengalihkan fikiran kita daripada negatif menjadi positif, insyaallah kita dapat bersabar dan untuk mengalih minda negatif pada positif tu bukanlah juga satu perkara yg senang namun jika kita cuba sedikit2 dan amalkan, pasti kita akan berjaya juga.
ktom :
Date: October 4, 2007 @ 9:47 pm
duez,
Terima kasih atas sokongan itu.
zool,
Tanpa sokongan dan dorongan zool blog ini akan malap jadinya…..
firadila,
Mereka yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dapat dibezakan dengan melihat raut wajah mereka ( macam mana nak bezakannya firadila? )
Ktom percaya firadila ni seorang yang penyabar orangnya sebab senyum selalu.Tapi tu lah…bila dalam keadaan terrr nak marah cam mana nak senyum erk? hehehehe Ktom suka gelak…wakakakakaka
Mana blog awak firadila?
ktom :
Date: October 4, 2007 @ 9:48 pm
Azk,
Salam perkenalan. Terima kasih kerana berkunjung ke sini dan harapnya ini bukan kali pertama dan terakhir ok..
ktom :
Date: October 4, 2007 @ 10:11 pm
Shuq,
Salam. Apa khabar? Terima kasih kerana perkongsian yang panjang di sini. Hehehe…rajin2lah beri komen di sini ok. Bertambah2 ilmu dan perkongsian yang kita dapat disini kerana bukan hanya Ktom tetapi pengunjung blog ni juga turut memanfaat setiap perkongsian disini.
Kepintaran mengawal emosi tu bukan semua orang boleh tetapi bak kata Shuq ia memerlukan disiplin, dari dalam hati, pengawalan minda yang bagus dan dapat berfikir dengan waras dan rasional.
Sesungguhnya bukan senang untuk melihat sesuatu yang positif pada semua orang tanpa mengira kawan atau lawan bukan? Tetapi bila minda kita diasuh kearah itu, pasti kita boleh kan?
Tegas dalam berlembut….Ktom setuju sangat dengan ayat ini sebab ini akan menunjukkan kredibiliti kita. Orang pasti akan senang dan kita akan sentiasa dihormati dengan ketegasan seperti itu bukannya takut. Tapi jika tegas dan berkeras, pasti dibenci oleh orang lain lebih2 lagi jika anda seorang boss. Nampak sangat sikap diktator bukan?
Shuq, nanti boleh lah pi tepi laut ke, pasang muzik kuat2 dan jeritkuat2 untuk lepaskan rasa geram, marah dan sakit hati tu kan? Hehehe…Ktom pernah buat cam tu dulu….memnag betul kita rasa lega dan tak de lah orang lain jadi mangsa akibat perasaan marah dan geram kita tu..hehehehe
Shuq,
Takpe…tulislah panjang2 lagi ya…Ktom tahu Shuq memang banyak idea dan idea yang fresh ni memang byk manfaatnya kepada kami semua.
Insyaallah kita semua akan jadi orang yang penyabar.
Semua problem dah settle ke?