Anda seorang pemimpin atau bos?
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan gembira selalu.
Hari Ktom nak kongsikan sesuatu dengan anda semua. Jika anda seorang bos atau pemimpin, sudi kiranya terus membaca entry ini selanjutnya dan jika anda seorang staf jadikan ia panduan sebagai persiapan apabila anda bergelar bos atau pemimpin kelak.
Apakah perbezaan antara PEMIMPIN dengan BOS?
Hehehe….pastinya ramai yang akan menjawab ianya mempunyai makna yang sama. Baiklah disini Ktom jelaskan sedikit penrbezaan antara keduanya. Ianya SAMA tapi TAK SERUPA.
1. Seorang bos menunjukkan kekuasaannya, tetapi seorang pemimpin menunjukkan kemahuan baik.
2. Seorang bos menimbulkan ketakutan, tetapi seorang pemimpin akan memancarkan kasih.
3. Seorang bos akan mengatakan “ aku “, tetapi seorang pemimpin akan mengatakan “kita”.
4. Seorang bos menunjukkan siapa yang bersalah, tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah
5. Seorang bos tahu bagaimana sesuatu dikerjakan, tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya.
6. Seorang bos menuntut rasa hormat, tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat.
7. Seorang bos berkata ” Pergi “, tetapi seorang pemimpin akan berkata ” Mari kita pergi “.
Oleh itu jadilah seorang pemimpin dan bukan seorang bos. Itu sahaja yang dapat Ktom kongsikan setakat ini. Ktom pasti anda juga mempunyai idea yang dapat membezakan antara keduanya. Jom kongsikan disini supaya setiap perkongsian itu memberi manfaat kepada semua insyaallah.
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.




















sekarang ni ramai yang nak jadi BOSS daripada pemimpin. Tu yang mudah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, korup dll. Betul tak ktom?
Walaupun saya belum ditahap boss namun ada juga orang bawah…
Kadang-kadang saya akui saya terlalu lembut dan kadang2 ada yang pijak kepala.. Suruh buat itu ini ada je alasan.. Kadang2 malas nak banyak cakap buat gak sendiri sedangkan banyak keje lain kena buat..
Terpulang pada kebijaksanaan seorang pemimpin tu sendiri..
Memang betul zuhairy. Bila jadi BOS sudah pasti orangnya pun jenis yang gila kuasa dan bila dah gila kuasa tu tahu2 je lah…lagipun orang yang jenis gila kuasa ini kebanyakannya bukan yang mampu atau boleh buat kerja dengan baik dan disayangi oleh staf.
saya pun nak jadi boss jugak. boss telco malaya… kaya woooo… bleh jadi jutawan…
kenapa saya perlu menjadi boss telco negara…?
kehkehkehkeh…
ktom —> Pemimpin biasa perlu buat keputusan yang cepat.. Untuk memastikan perancangan berjalan lancar.. Tapi ada juga pemimpin yang tak tau guna kuasa sehingga kerja tak jalan..
Betul tak??
abdfatah –> nak jadi boss telco.. okay je tu fatah.. buatla fatahcom pergh boleh lawan TM nanti..
abdfatah,
Cita2 tu bukan sesuatu yg mustahil utk digapai. Masih jauh perjalan hidup ini. Umur awak masih muda jd eleklah di pasang angan tersebut dan terus berusaha utk dptkannya. Tp jangan lupa kita orang dah ler…
zool
Tak sangka ada juga pemimpin yg tak tau guna kuasa hehehe. Kelakar betul…
kalau kita jadi pemimpin mestilah kena adil… baru lah org boleh prcaya…
hanim,
Selamat datang dan salam perkenalan dr Ktom. Untuk berlaku adil tidak sesenang yang kita sangkakan. Kita perlu firm dgn tindakan dan keputusan kita. Terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.