Bagaimana mahu jadi BOS yang disenangi dan disayangi

12:08 am Tips Kerjaya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Selamat menjalankan ibadat berpuasa kepada semua yang beragama Islam.

Apa khabar anda hari ini? Semoga semuanya sihat dan dapat menjalani ibadat puasa kali ini dengan penuh keberkatan.

Ok topik kita hari ini untuk bos-bos, yg mahu jadi bos, yg bercita2 jadi bos dan yang tidak bercita2 jadi bos.  Eh..ada ke orang yang tak de cita2 jadi bos ni? hehehe….

Nak jadi bos yang baik, disayangi oleh staf bukanlah satu tugas yang mudah.  Ada orang rasa bangga menjadi boss tapi tanggunjawab yang datang bersama jawatan tu tak dilaksanakan, dan ada juga yg bangga jadi bos tapi tak sedar bahawa dia dibenci oleh staf2nya.  Ada pula boss yang cukup disenangi dan disayangi.  Oleh yang demikian jika anda dinaikkan pangkat menjadi boss,mungkin anda mengunapakai tip2 yang akan Ktom kongsi bersama ini.

Untuk menjadi seorang ketua memang nampak mudah tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan.  Jom kita kongsikan…dan anda cubalah jika anda seorang boss dan lihatlah hasilnya ok.

1.  Cara berpakaian
Cara anda berpakaian turut memainkan peranan penting dalam penampilan anda.  Berpakaian rapi serta elegan boleh memberi markah bonus dimata sesama rakan sekerja terutama bagi pekerja bawahan bahawa kita adalah orang tepat untuk memimpin mereka. 

Jika pakaian sudah lusuh atau pudar warnanya, gantilah dengan yang baru agar kita akan nampak lebih bergaya. Warna yang dipilih itu mestilah ikut protokol.  Janganlah memakai lebih dari tiga warna bagi wanita nanti nampak over pulak.  Bagi orang lelaki pakaian paling ideal ialah warna putih atau warna yang lembut.  Gayakan dengan selesa dan berketrampilan.

2.  Percaya diri
Seorang pemimpin harus mempunyai rasa percaya diri yang tinggi dalam mengatur dan mengarahkan pekerja bawahannya.  Tunjukkan kepada mereka kemampuan kita dalam menguasai keadaan.  Dengan itu, kebanyakan pekerja akan bersetuju kalau kita memang layak menjadi pemimpin mereka. 

Sebagai kita, kita berada selangkah di hadapan pekerja bawahan kita tetapi kita juga kena bersikap bijakana dalam pemimpin pekerja bawahan kita. Jika kita ada melakukan kesilapan, akui sahaja kesilapan itu walaupun kita bos sebab pemimpin juga adalah manusia, jadi manusia tidak akan terlepas dari membuat silap.

3.  Bicara seperlunya
Menjadi pemimpin adakalanya kita tidak boleh duduk diam maksudnya selalu ingin mengeluarkan pendapat.  Tetapi ada kalanya apabila kita berbincang debngan pekerja bawahan, membiarkan mulut terkunci itu penting sehingga tiba waktunya kita berbicara. 

Anggaplah saja kita seperti sedang bersaing, dan orang yang mengeluarkan bicara yang pertama, adalah pihak yang kalah.

4.  Sanggup berbahagi
Seorang pemimpin yang baik memiliki visi dan misi yang jelas tentang apa yang sedang dilakukannya dan tidak akan menyimpan pengetahuan yang ada untuk diri sendiri. 

Sebagai bos, bererti kita sanggup sama2 mengeluarkan idea dan mengadakan perbincangan.  Malah dengan sikap yang sebegitu, kita boleh mendorong sesama anggota pasukan ( pekerja bawahan) untuk mewujudkan tujuan yang sama.

5.  Jauhi gosip
Jangan sesekali bersikap pilih kasih terhadap pekerja bawahan.  Sikap ini perlu dijauhi dan amat tidak profesional dan tidak patut dilakukan oleh seorang ketua.  Bersikap profesional dalam menangani sebarang masalah yang timbul.  Selesaikan masalah dengan berhemah. 

Jangan sesekali mendengar kata sebelah pihak tanpa memanggil pekerja yang lain pula.  Lebih bahaya jika pekerja yang bertelagah itu perempuan dan anda pula bos lelaki.  Nanti tidak pasal2 anda digosipkan menjalin hubungan sedangkan skandal itu tidak wujud.  Sebagai ketua atau bos anda perlu memfokuskan perhatian kepada penyelesaian tugas tanpa perlu terlibat dalam politik pejabat dan bergosip.

6.  Fleksibel
Biarpun kita punya jawatan tinggi di pejabat dan duduk diu posisi yang aman, tidak bererti kita menjadi sangat kaku dan menutup diri tehadap perubahan.  Kita hendaklah bersikap disebaliknya.  Pemimpin yang baik akan mengizinkan idea2 perubahan apatah lagi jika idea yang diberi oleh pekerja bawahan memang berguna untuk kemajuan organisasi.  Tidak betul jika sekiranya pekerja bawahan tidk mampu memeberikan idea yang bernas kerana setiap orang punya potensi untuk kemajuan diri.  Ada kalanya idea mereka sangat fleksibel. 

Oleh yang demikian janganlah merasa lebih tinggi dengan posisi yang ada sekarang. 

Ingat bos yang baik akan sentiasa membuka telinga dan memikirkan idea yang diperkatakan oleh pekerja bawahannya tanpa sebarang prejudis.  Jangan sesekali berfikir, aku boss, akulah yang paling bagus.  Jika anda fleksibel maka andalah ketua yang baik.

Bagaimana? Dah dapat idea cam mana nak jadi bos yang baik dan disayangi semua pekerja bawahan? Jika anda ada tips2 yang lain, jom kongsikan disini agar perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
14 Responses
  1. zuhairy :

    Date: September 21, 2007 @ 12:45 am

    pada saya, kalau nak jadi bos yang disenangi, selain dari apa yang diperkatakan di atas, jangan sombong dengan staff. jangan kedekut nak senyum, jangan segan bagi salam dulu kat staff..

    ingat, kalau seorang bos menggunakan kuasa yang ada untuk membuatkan hormat, percayalah..itu sebenarnya satu kesilapan. biar orang hormat kerana budi pekerti, bukan kuasa yang dimiliki…

  2. abdfatah :

    Date: September 21, 2007 @ 9:54 am

    bos yang baik kena jaga pekerja dengan baik. kena tegur dengan baik dan terima pandangan semua orang dengan hati yang terbuka. nak jadi bos kena jadi pekerja dahulu baru jadi boss yang terbaik…

    jika nak jadi boss yang baik kena selalu jenguk cermin muka. bawak dalam poket lagi senang. kalo rasa nak menengking pekerja… hambik cermin tunjuk kat muka… hensem apa… cute ada laaaa…

  3. Leeza :

    Date: September 21, 2007 @ 10:56 am

    yup … jadi bos bukan senang … apatah lagi kita yg bermula dr bwh kekdg confius bila nak jadi bos atau kawan … tapi setakat ini alhamdulillah saya cuba jadi seorg yg professional, maknanya saya boleh bertekak dlm hal kerja tetapi selepas kluar dr bilik mtg saya masih bole bertegur saya sebagai kawan dan lupakan hal kerja … tapi kekdg susah gak especially jika masih dlm perasaan marah … heh heh

  4. firadila :

    Date: September 21, 2007 @ 3:22 pm

    Ktom,
    pada pendapat firadila lah kan bos akan disenangi kalau :

    1. Sentiasa menerima pendapat dan pandangan pekerjanya.
    2. Tahu cakap, tahu arahkan dan tahu buat
    3. Nampak sentiasa berkeyakinan diri dan tegas.
    4. Bila di luar office boleh jadi member tapi…(kena hati-hati gak takut kena pijak kepala)
    4. Professional
    5. SENTIASA SENYUM SELALU….DAN TAK MARAH-MARAH…
    6. Tak cair dengan kaki bodek.
    7. Selalu belanja staff makan…fuh..susah nak jumpa tu…( walaupun belanja nasi lemak )
    8. Boleh kontrol marah….dan sentiasa positif

    SENYUM SELALU…

    P/S : Ktom ni pun bos jugak kan sebab ktom dah ada kedai sendiri…(Saraebooks)…TAHNIAH…SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI…..

  5. Abang Em R :

    Date: September 21, 2007 @ 9:52 pm

    Salam siaran Ktom

    Sungguh teruja saya membaca tips yg anda titipkan tu. sehingga tak sedar dah sampai ke ayat yg penghabisan.

    Bagi saya sebelum menjadi boss di kalangan pekerja yang ramai tu, uji dan buktikan dulu kredibiliti anda sebagai ‘boss’ dlm keluarga. Kalau keluarga ok dan harmoni, InsyaAllah boleh diterapkan pendekatan tersebut kepada orang bawahan. Tapi kalau sebaliknya, perkemaskanlah lagu ilmu menjadi pemimpin..Wassalam.

  6. ktom08 :

    Date: September 21, 2007 @ 10:16 pm

    zuhairy,
    betul tu…jika kita tak pandai menhormati orang lain macam mana orang nak hormat kita….kuasa yg ada pada kita sebagai bos bukanlah aset untuk kita mengunakan kuasa itu dengan cara yang tidak betul…orang tak hormat kita pun, cuma takut je kan….

    Sebagai bos, jangan mudah terpedaya dengan bodek2 ni kan…terima maklumat, observe, tapis , nilaikan baru boleh buat keputusan…

    abdfatah,
    Ktom setuju dgn pandangan abdfatah, kita kena cakap dgn pekerja baik2, tegur baik….for sure akan disenangi dan dihormati oleh mereka.

    Bawa cermin? satu idea yg amat bagus. Tengok cermin..dgn muka yg herot situ, herot sini pasti tak jadi nak marah…wakakaka

  7. ktom08 :

    Date: September 21, 2007 @ 10:25 pm

    Leeza,
    kita harus profesional dalam bidang kerja. Jangan campur adukkan tugas dengan persahabatan. Masa kerja dan dlm ofis kita adalah bos, tapi bila diluar kita adalah kawan..Tapi bukan senang tau. Lagipun jika kawan kita tu tak tahu memainkan peranan susah ler…kdg2 perasaan tidak tergamak tu yg akan menghindari ke ” profesionalisme ” seorang bos.

    Leeza, bila nak marah tu, tariklah nafas panjang2, tahan sekejap dan hembus dan Senyum selalu cam firadila.

    firadila,
    Jika dapat bos cam tu, memang best. Kita pun rasa yakin dan selesa kan? Tapi tak semua tips tu ada pd seorang bos.

    Tks for sharing. Tapi bos Ktom yg dulu ( sebelum yg ni ler) memang best..semua tips yg firadila bagi tu ada padanya. Tp sayangnya dia dah bertukar ke tempat lain.

  8. ktom08 :

    Date: September 21, 2007 @ 10:34 pm

    Abang Em R,
    Uji kredibiliti?..betul tu. Jika dlm keluarga tak dapat jadi bos yg baik, pastinya dlm organisasi lagi tak reti nak urus.

    Bukan mudah untuk jadi seorang pemimpin yg berkarisma. Ia perlu kepada pengetahuan tentang tanggungjawab dan berkeyakinan utk memimpin. Kena ada ilmu dlm kepimpinan dan kdg2 ciri kepimpinan tu sudah ada dlm diri, jadi dia boleh jd peminpin yg baik.

  9. ktom08 :

    Date: September 21, 2007 @ 10:36 pm

    Abang Em R,
    Jika bos tu ada masalah rumahtangga dia ta boleh jadi bos yg baik ke?

    firadila,
    Senyum sokmo

  10. azwanhadzree :

    Date: September 22, 2007 @ 12:08 pm

    7. Jangan Menggatal
    Jgn duk layan anak buah yang comel-comel aje ataupun memberi lebh tumpuan kepada seksitari daripada isteri di rumah :)

  11. zuhairy :

    Date: September 22, 2007 @ 4:16 pm

    teringat saya tentang salah satu hadis Rasulullah. tapi tak ingat, maksudnya lebih kurang cmni , “setiap ketua akan dihisab di akhirat nanti..”

    p.s : ktom, saya rasa top commentator tu dah berjaya la. cuba test.. :-)

  12. ktom :

    Date: September 22, 2007 @ 11:37 pm

    Wan,
    Ktom sokong tips yang no 7 tu…terlupa nak bgtau

    zuhairy,
    Memang pun ketua akan dihisab…so bila nak beri markah prestasi tu biarlah betul2. ya tak?

  13. zool :

    Date: September 24, 2007 @ 2:02 pm

    jadi boss bukan mudah…
    kalau baik sangat nanti orang naik kepala..
    terlalu garang..
    orang takut dan benci dengan kita..
    Jadi kena pandai dalam mengawal keadaan…
    camne agaknya kalau ktom jadi boss ye??

  14. ktom :

    Date: September 24, 2007 @ 5:18 pm

    Ktom? hehehe zool, jika Ktom pasti ramai yang tak suka agaknya sebab cerewet sangat hahahaha…tapi baik hati..

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.