Belajar Bahasa English Online

9:23 pm Tips Kerjaya

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Anda sihat? Semoga anda dan saya sentiasa dalam kegembiraan dan kebahagiaan. 

Ahaaa…hari ni Ktom tinggalkan dulu siri seterusnya tentang hidup.  Kita bincangkan pula tentang apa yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang pada hari ini.

Ok…here it goes……..

My english is very poor and i really want to learn english. I’m facing the problem with speaking and writing. I understand what people are saying but when it comes my turn to speak..ahhh..ohhhssss all coming out from my mouth. It was really embarassing.

( Haiyaaaaaaaaa…….who’s gonna help me with this ? Azwanhadzree, another RM2 for you…wakakakaak)

Itu adalah antara keluhan2 yg sering diutarakan….

Ala…nak belajar bahasa Inggeris senang je…beli buku, pi kelas, baca artikel atau buku dalam bahasa Inggeris, berani cakap bahasa Inggeris dengan sesiapa saja…

Adoii..yang ni susah sikit ler…sebabnya takut…eh takut apa?

Takut orang tertawa ler…

Oiii….sampai bila nak takut niiiiii? Sampai bila nak malu ni? Sampai bila nak mempertahankan ego ni? Ego ke? Bukan ego ler….malu dan takut jeee…

Namun kini Ktom bersyukur sangat sebab seorang sahabat sedang dalam proses membina laman web/blog  untuk belajar bahasa Inggeris secara online

Katanya dalam perisian tu kita akan dapat mempelajari bahasa inggeris secara teratur dan berjadual mengikut kursus2 yang ditetapkan seperti membaca dan menulis.  Katanya lagi bahawa kelas online itu adalah seperti menghadiri kelas sebenar.Latihan,  panduan dan kuiz juga disediakan malahan ada fungsi forum dan blog untuk perbincangan.  Anda boleh berbincang dengannya secara langsung dengan beliau dan diakhir kursus anda diberi penilaian.

Macam mana? Best tak?

Ok, bagi sesiapa yang teringin nak ” polish ” bahasa Inggeris jom…selalulah melawat blog Cikgu Azleen.

Setakat ni dulu untuk hari ini.  Hehehe..post yang pendek….tapi harap2 dapat menyumbang sesuatu kepada anda.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
25 Responses
  1. Raymond :

    Date: July 14, 2007 @ 11:32 pm

    Err… bagi saya, belajar membaca dan belajar bertutur adalah berbeza.

    Membaca biasanya untuk belajar perbendaharaan kata dan tatabahasa.

    Belajar bercakap biasanya berlatih memutarkan lidah.

    Dulu masa sekolah menengah, saya pun tahu mendengar saja tapi tak tahu bercakap. Kerana sekolah ajar baca je. Jarang ajar bertutur dalam bahasa inggeris.

    Saya belajar bercakap melalui lagu Inggeris. Banyak bernyanyi lagu Inggeris dapat melatih lidah kita untuk bertutur dengan lebih fasih lagi.

    Ini semua cuma benar bagi saya je. Mungkin orang lain ada cara yang berbeza.

  2. azwanhadzree :

    Date: July 14, 2007 @ 11:47 pm

    Belajar kena refer to Cikgu Azleen … ha.ha.. yang ni tak dapat nak nolong. Tapi nasihat sayalah .. mulakan bercakap. Start talking in English.

  3. zool :

    Date: July 15, 2007 @ 10:07 am

    Saya selalu gak melawat blog cikguazleen..
    Tapi tak tau plak dah ada kelas online plak nie..
    Menarik nie…

  4. ktom :

    Date: July 15, 2007 @ 8:33 pm

    Raymond, belajar bercakap biasanya berlatih memutarkan lidah. Betul jugak tu….kadang2 susah nak sebut perkataan dlm bahasa Inggeris, kita jadi tergagap2 dan sebutan mungkin silap.

    Jadi, bila baca tu bacalah kuat2 supaya lidah jadi peka dan telinga boleh mendengar.

    Betul juga spt kata Raymond banyak bernyanyi lagu Inggeris dapat melatih lidah kita untuk bertutur dengan lebih fasih lagi.

    Ktom akan ikut cara Raymond tu..hehehe tks for sharing.

  5. ktom :

    Date: July 15, 2007 @ 8:35 pm

    Wan, terima kasih banyak2 diatas segala sokongan yang Wan berikan tu…bukan satu, bukan dua tapi banyak….tapi kira hutang tu langsai la kan…..

  6. ktom :

    Date: July 15, 2007 @ 8:36 pm

    Aha…zool, jika nak belajar BI hubungi cikgu azleen ok…

  7. zaki blogjer :

    Date: July 15, 2007 @ 10:59 pm

    saya start belajar english 3 tahun lepas bila wajib bercakap english kat pejabat. memula saya rasa susah, tapi lama kelaman dia akan jadi biasa, bak kata org alah bisa tegal biasa. Tapi bab2 grammar, masih kantoi jugak, maklumla jarang menulis, klau tulis pun buat technical report je.

    Yg pentingya amal, ilmu tanpa amal tak guna kan. Selamat.

    ps:/saya ingat laman web ktom ialah ktom.com. Alih2 laman web mana2 ntah yg saya sampai :)

  8. firadila :

    Date: July 16, 2007 @ 12:44 pm

    Ktom,
    firadila setuju sangat dengan zaki blogger tu.Kalau boleh blog Ktom tu tukar jadi Ktom.com.Senang cari.

    Pasal bahasa inggeris ni sebenarnya tak susah nak belajar sebab dah set kat minda tu bahasa inggeris ni susah..

    Sebenarnya firadila ni dulu tak je reti Bahasa inggeris.Bila dah bekerja dengan syarikat swasta yang semua pekerjanya pure from India, jadi terpaksalah belajar bercakap dalam bahasa inggeris.Sebab meeting pun dalam bahasa inggeris.Bahana le pada firadila kalau tak paham.Nak buat macam mana? Mula-mula tungang langgang jugak tapi last-last dah macam “aliran trafik” je kat telinga firadila bahasa inggeris ni.Cuma grammar kena belajar dengan cikgu azleen…he..he…

    senyum selalu…

    p/s pengajaran : kalau dah terpaksa, malu bercakap dalam bahasa inggeris pun hilang.walau pun tungang-langang.Keyakinan tu akan timbul akhirnya.

  9. ktom :

    Date: July 16, 2007 @ 1:21 pm

    Zaki, alah bisa tegal biasa dan bak kata orang putih ” practice make perfect “. Bahasa ni jika jarang guna memang susah nak fasih.

    Grammar tu penting tp yg lebih penting kita boleh cakap dan faham apa yg orang cakap bukan?

    {ps:/saya ingat laman web ktom ialah ktom.com. Alih2 laman web mana2 ntah yg saya sampai}
    Zaki, terima kasih kerana utarakan perkara ni.

    Hehehe…sebenarnya dan seikhlasnya ktom sangat baru dlm bidang blog ni…sebelum ni tak reti apa2 dan skrg masih dlm peringkat permulaan pembelajaran…memang ada perancangan utk sesuatu yg lebih niche…tp dek kesibukan dan kurang ilmu maka perancangan tersebut masih diperingkat awal lagi ler…jika org lain dah nak merangkak, Ktom ni ibarat meniarap pun tidak lagi…hehehe ( jgn silap faham ok ).

    Ktom dibantu oleh beberapa org blogger di ruang maya ini. Tak pernah pun Ktom kenal mereka, tak pernah jumpa dan suara pun tak pernah dengar, tp alhamdulillah mereka telah banyak membantu. Dan Ktom sentiasa mengharapkan komen yg berterusan daripada sesiapa sahaja…bantuan juga diperlukan..hehehe…TQ

  10. jejaka :

    Date: July 16, 2007 @ 3:45 pm

    Sbnrnye bi ni mmg penting… kat luar sana tu mmg bi diutamakan dlm bnyk perkara… bukanlh disini kita anggap bm tu kita abaikan tp bgntg pd keadaan yg mana kita ikut arus situasi…

    erm kita klu nk kluar cari keje pn bi mmg di utamakan sekali… igt sy ms tu sy interview keje tp yg ni sy dpt interview dgn org mat salleh hehe org australia… sy plak dikatakan org pertama dpt offer interview and sblm ni sy xtau dia org sane coz xjumpe lagi… last2 bila dh tgk terkejut sy… 2 kali sy kene jumpe dia.. kali kedua ada test amali utk kerje sy sendiri.. ms tu mmg bnyk la perkara dibualkan tp dlm bi… akhirnya dukacita sy xdpt mybe rezeki sy xde kat ctu selang bbrp ari… uwa sedey woo!!

    slps tu xberakhir kat ctu… sy dpt offer kali ni tmpt lain.. kali ni dgn org drpd negara india… haru juga sy coz dia ckp mmg laju skali.. tp lps abis tu selang bbrp ari sy dpt offer keje.. keje biase jer hehe sbg ‘web designer’(klu ikutkan sy adalh dlm jurusan lain tp ms bljr saya gunakannya sbb masa tu buat thesis guna aplikasi it) spnjg tmph sy keje smua perkara kene speking tp yg mslh ckit dia ckp mmg laju sgt dan kita semua terpaksa kene cpt pick up apa yg dikatakan… tp sy xlama keje kat sane (letak jwtn) n dh xkeje kat ctu lagi dh… sy ingin membawa haluan dan bakat sy sendiri hehe!!!!

    So dprd 2 kes diatas sy ni apa yg kita perlu bt ialah kita jgn fikir2kan takut.. buang sifat tu.. kita buat mcm selamba aje mcm kita sembang tu sbg satu keadaan biase…. tu aje… jgn fikir2kan sgt apa yg kita nk ckp…. sbb komunikasi adlah amat pntg bila berbicara dan jgn terbayang2kan kita takut salah bila berckp dlm bi tp berusaha utk perbaiki lagi… tp kpd yg takut2 tu utk memulakan mmg xdinafikan tp perasaan takut tu akan ilang scr perlahan2 bila kita amalkan selalu dan bila kita amalkan nnt scra automatik kita dh tahu apa yg kita nk ckp kan krn dlm hidup ni kita kene sentiasa melalui proses pmbelajaran… oraittss!!

    So begitulah alkisahnye oKiessss!!!

    Best regards,
    Best from jejaka ‘Shah Alam’ ;)

  11. Leeza :

    Date: July 16, 2007 @ 4:03 pm

    Nak mencelah gak … paham dan boleh cakap adalah dua perkara yg berbeza … kekadang kita paham apa yang diutarakan tapi nak cakap balik yg payah bak kata ktom … kita memang tau nak cakap apa tapi disebabkan malu silap jadi kita tarik-balik … kesimpulannya, redah jer salah xper janji kita dah luahkan … betul tak ktom ..

    p/s : skrg tgh cuba pratikkan bi dlm mendidik anak2 .. tetapi kekadang susah sikit bila diaorg lebih byk teori dr praktikal … pening akak ..

  12. ktom :

    Date: July 16, 2007 @ 5:01 pm

    Jejaka ,gagal kali pertama bukan bererti kita gagal selamanya. Disebabkan oleh globalisasi dan BI merupakan bahasa standard dunia, hendak atau tidak kita kena tahu dan fasih supaya kita tidak ketinggalan di belakang.

    Terima kasih kerana berkongsi disini dan perkongsian jejaka memang memberi motivasi pada Ktom dan harapnya semua yg berkunjung kesini.

    Takut dan malu biarlah bertempat, tetapi itulah sbg manusia kita ni memang telah tersemai dgn perasaan takut dan malu nih…

    Hmmm…lepas ni kena selalu cakap BI lah ya…..dan kena join kelas cikgu azleen…( hehehee promosi tanpa bayaran cikgu……)

  13. ktom :

    Date: July 16, 2007 @ 5:06 pm

    Leeza, nak mencelah? Boleh je…sangat dialu2kan.Betul tu Leeza…redah je, peduli apa org nak kata, asalkan dia faham apa yg kita maksudkan dah la….bila dah redah pastinya setiap duri atau apa2 yg menghalang tu dapat kita tepis…akhirnya..kefasihan adalah milik kita….Eh..eh..boleh ke?

    Hahaha, memang kita kena berlatih dgn anak dulu…berbelit lidah pun tak apa…lama2 ok lah tu…

  14. zool :

    Date: July 17, 2007 @ 8:11 am

    Saya akui bahawa English saya masih tunggang langgang…
    Mungkin kerana tak penah practice so tu le sebab masih tak dapat menguasai BI dengan baik…
    Apahal pun kita kena sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa hingga ke akhirnya..
    AMIN..

  15. ktom :

    Date: July 17, 2007 @ 3:08 pm

    zool, jom kita ikuti kelas BI tu….

  16. smartzul :

    Date: July 17, 2007 @ 4:28 pm

    Skill blogging Ktom semakin mantap, tahniah.

    Pasal nama domain tu, kalau ktom nak guna yg lain, sila contact saya. Kita buat park domain… Kalau mahu, that better do it as fast as possible sebelum ‘terlambat’.

    Berkenaan BI, rasanya semua orang dah tahu apa yg patut dilakukan, cuba buat tak buat jer. :D

  17. ktom :

    Date: July 17, 2007 @ 5:48 pm

    Hehehee…tesenyum panjang ktom..dan gembira sangat2. Nak tahu kenapa? Pasal sifu datang sini…

    Zul, ini satu motivasi juga pada Ktom. Terima kasih kerana sudi kesini dan memberi pandangan.

    Bab nama domain tu….insyaallah sudah ada…nanti ktom contact ya. TQ

  18. Bent :

    Date: July 17, 2007 @ 9:21 pm

    Tak apa Ktom belajar jelah..saya pun macam tu jugalah dulu..masih ingat di awal permulaan mcm mana saya punya bahasa inggeris..tapikan rasanya blogging ni banyak membantu saya menguasai bahasa inggeris..nak tak nak kena buat..lagi satu kena rajinlah baca buku..saya peruntukkan satu hari satu jam untuk baca buku..

  19. ktom :

    Date: July 17, 2007 @ 9:30 pm

    Bent, lama tak nampak?

    Itu ler….kena rajin baca buku dan menulis. Bagus tu…peruntukkan masa satu jam sehari baca buku. Buku apa tu Bent? Selalunya selain dari baca buku dan tulis blog dalam BI apa lagi yg Bent buat?

  20. Bent :

    Date: July 17, 2007 @ 9:43 pm

    Dekat tempat keja saya juga try cakap dengan boss saya..mula-mula kekok..tapi lama..lama jadi ok pula..saya suka baca buku Motivasi dan juga buku pasal menjadi kaya..sekarang tengah baca buku dari Robert T.kiyosaki yg berjudul “cashflow quedrent” sangat menarik..bahasa teruk tak apa..janji ada keberanian..harap ktom nanti blogging dalam BI..heheehe cikgu Azleen cakap BI Ktom taklah teruk sangat..just do it friend..!

  21. ktom :

    Date: July 17, 2007 @ 11:39 pm

    Terima kasih atas sokongan tu Bent…..harap dpt bekerjasama ok.

  22. Tinta kencana :

    Date: July 18, 2007 @ 8:08 pm

    Saya dah banyak laburkan masa,wang dan tenaga untuk belajar bahasa antarabangsa ini tapi macam tak ada kemajuan saja nampaknya.Saya fikir sikap meyumbangkan 90% ke arah kejayaan menguasai bahasa ini.

  23. ktom :

    Date: July 18, 2007 @ 10:31 pm

    Salam perkenalan tinta kencana. Best nama tu.

    Jika sudah mengetahui kelemahan diri, bangkitlah. Jgn biarkan kekecewaan dan kegagalan terus bertamu dalam minda dan fikiran.

    Ubah sikap, terus berusaha. Kejayaan akan menjadi milik tinta.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi disini. Jgn putus asa…jom kita sama2 belajar. Cubalah pergi ke blog www.cikguazleen.com. Tinta akan dpt semangat di situ. TQ

  24. Noorizam Shah :

    Date: July 19, 2007 @ 9:35 pm

    menarik blog ktom.. boleh la kita exchange link hehehe

  25. kakak :

    Date: May 26, 2008 @ 2:04 pm

    Masa kecil kakak selalu dengar lagu inggeris,darjah 2 kakak dah pandai nyanyi lagu love story-andy williams,kumpulan abba,bee gees,boney m,commodores.Lagu ni bagus tak bising sangat.Kekadang senikatanya tak berapa pasti akak bantai aje asalkan bunyinya sama.Tak faham tengok kamus.Tetapi biasalah bila kita cuba bercakap bi,ramai yg memperlinya.Habis belajar kakak dapat kerja di KL. . Bukan senang nak cari kerja kat KL masa tu ekonomi gawat. Entah mana datangnya kekuatan tu,akak berani pergi interview,semuanya dalam BI.Ada dekat 10 x interview baru dpt kerja.Emak akak bagi duit sewa rumah,pergi cari kerja kat KL katanya.Dlm masa 2 bulan jugaklah akak bersungguh-sungguh cari kerja.Masa tu kes rogol kurang,bukan tak ada.Tapi akak tawakal kat Allah.Akak kerja 3 tempat.Yang pertama tu untuk cari pengalaman saja,lepas tu kerja kat company Cina,sykt besar.Akhirnya kerja kat finance company Australia,besar jugak.Jangan takut, tak berapa pandai sikit tak apa asalkan kita ada keyakinan diri itu yg paling penting .Kalau dpt berbelas A pun tetapi kurang sahsiah diri,takut mencuba tak guna jugakkan.Akak perempuan,org kg lagi berani ambil risiko.Fikirlah sendiri,ok.Tepuk dada tanya selera!

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.