Etika Kakitangan Cemerlang

5:27 pm Tips Kerjaya

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Semoga anda semua di kurniakan kesihatan yang baik dan dalam keadaan tenang sentiasa.

Hari ini Ktom ingin kongsikan dengan anda tentang apa yang perlu anda buat untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan apa yang perlu anda hindarkan.

Biarpun telah bekerja berpuluh tahun dan dianggap senior namun sebagai pekerja anda tidak semestinya memandang remeh terhadap etika pekerjaan.  Etika kerja amat penting dalam meningkatkan mutu, prestasi dan kejayaan sesebuah organisasi.  Tanpa pekerja yang beretika, tidak mungkin sesebuah organisasi itu akan berjaya.

Jom, mari kita lihat etika yang sepatutnya ada dan sepatutnya dihindarkan dalam diri setiap pekerja.

1.  Cemerlang

Adakah anda seorang pekerja yang cemerlang? Tanya diri anda sendiri apakah yang telah anda laksanakan dalam proses menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu tugas.

Pekerja cemerlang biasanya adalah seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, tidak mudah patah hati, tidak mudah mengaku kalah, tidak bekerja sambil lewa, tidak mencuri tulang dan sebagainya. 

Mereka adalah seorang yang berfikiran positif.  Mereka tidak akan menganggap kerja dan tugas seharian sebagai satu bebanan dan membosankan.  Apa saja tugas diberikan, mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.  Disiplin diri adalah kunci utama untuk mencapai tahap kecemerlangan.

2.  Berinisiatif

Setiap pekerja perlu mempunyai sikap ini kerana pekerja yang berinisiatif merupakan mereka yang melakukan sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya.  Janganlah jadi seperti pahat dengan penukul, apabila disuruh baru kerja berjalan.

Sebagai pekerja, anda juga seharusnya mempunyai kebolehan yang tersendiri dalam bidang yang anda ceburi.  Jadi anda kenalah sentiasa berusaha dengan gigih demi kebaikan syarikat atau organisasi anda untuk mendapatkan sebanyak mana kemahiran dan pengetahuan bukan sahaja tentang kerja anda tetapi juga kerja orang lain.

3.  Amanah dan Jujur

Dalam pekerjaan sifat jujur dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pelanggan ataupun sesiapa sahaja  yang berurusan di dalam sesebuah organisasi.  Oleh yang demikian, setiap pekerja tidak kira pekerja biasa mahupun majikan perlu mengamalkan sifat amanah ini. 

Kejujuran bukan sahaja perlu dalam sesebuah hubungan tetapi juga dalam melaksanakan tugas. Ketua bahagian atau majikan hendaklah memainkan peranan penting dalam membanteras gejala tidak sihat ini.

4.  Komited

Peluang mesti dicari, ia tidak akan datang sendiri.  Ini merupakan faktor yang penting dalam mencapai kejayaan.  Anda haruslah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan kerana sifat ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat cemerlang.  Oleh itu, usaha yang dilakukan mestilah sentiasa menjurus ke arah peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerjaya.

5.  Bertanggunjawab terhadap masyarakat

Amatlah tidak wajar bagi sesebuah organisasi apabila hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan kesan dan akibat dalam melaksanakan pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar.  Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana ianya melibatkan kebersihan alam sekitar dan kesihatan yang baik kepada masyarakat.  Apa yang berlaku hari ini kebanyakan projek pembinaan atau projek apa sahaja ,  hampir melupakan faktor2 yang memberi kesan kepada masyarakat.

6.  Jadi Pekerja Teori Y

Sebagai pekerja anda haruslah dapat melakukan tugas yang diamanahkan tanpa perlu dipantau oleh ketua anda.  Lakukan tugas dengan penuh tanggungjawab biarpun ketua atau majikan anda tidak ada dipejabat.

Amalan tidak beretika pula adalah seperti berikut :-

1.  Salah gunakuasa

Anda yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa ini dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan mengenepikan norma-norma masyarakat.  Golongan sebegini menggunakan kuasa untuk menyalahgunakan maklumat dengan tujuan memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-rakan terutamanya dalam pemberian kontrak atau pengurusan subsidi.

2.  Rasuah

Rasuah adalah satu jenayah kolar putih paling tinggi berlaku di negara kita. Rasuah ditafsirkan sebagai ganjaran atau imbuhan yang diperolehi hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan.  Sungguhpun dianggap berdosa dari segi agama namun amalan ini masih diamalkan di mana2.

3.  Penipuan

Sikap negatif ini tidak seharusnya wujud dalam diri seseorang kerana penipuan merendahkan integriti dan maruah seseorang.  Ada berbagai bentuk penipuan namun yang biasa dilakukan adalah penipuan dalam pengiklanan barangan dan kediaman.  Ia lazimnya mempunyai pelbagai tujuan dan dilakukan untuk menyembunyikan kesalahan yang telah dilakukan antaranya pemalsuan dokumen dan maklumat, pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan.

Masih banyak lagi amalan yang tidak beretika yang diamalkan serta dilakukan oleh sesetengah pekerja. Jom kongsikan disini supaya apa yang di utarakan ini dapat memberi manafaat kepada semua.

Walau apa pun akhlak yang baik merupakan teras pembentukan etika kerja profesional.

Sekian untuk kali ini.  Jumpa lagi.

Wasalam.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
15 Responses
  1. zaki blogjer :

    Date: July 10, 2007 @ 11:09 pm

    Ktom, saya tak paham point # 6, pekerja teory Y, apa maksud Y tu? Y=Yes Boss ke ;)

  2. ktom :

    Date: July 10, 2007 @ 11:27 pm

    Zaki, Ini adalah teori kajian seorang pengkaji Pengurusan Douglas Mcgregor yang mengatakan pekerja teori Y adalah individu yg mampu bekerja sendiri, ada sikap proaktif dlm menjalankan tugasnya dan tak perlu pengawasan. Manakala pekerja teori X pula adalah individu yg malas, kerja hanya mengikut arahan, perlu dipantau selalu, jenis yg tak proaktif. Itu je…harap2 faham tp jika masih tak faham tanya ya….

    Yes Boss tu jenis yg suka bodek..hehehehheehe

  3. adila :

    Date: July 11, 2007 @ 4:06 pm

    hai Ktom..lama tak jejalan kat sini…
    sihat?
    saya ada satu cadangan(lebih senang juga dikatakan pandangan)…
    untuk beretika dan cemerlang…kekadang kita perlu menunjuk sket…(jangan geleng yer, baca dulu :) )
    ye la, tunjukkan kita rajin, kita berdedikasi dan kita juga kreatif. jika kita tak tunjuk orang takkan tau…kot takm selamanya title pekerja cemerlang akan dipegang oleh mereka yang sebenarnya tak cemerlang tapi kaki nunjuk dan bodek. Mengapa???sebab orang yang sebenarnya buat kerja tak suka tunjuk yang dia boleh buat itu dan ini…..

    ko guamo Ktom??
    sekadar padangan di pinggiran…

  4. Raymond :

    Date: July 11, 2007 @ 4:40 pm

    Pekerja teori Y?

    Tak pernah dengar pun. Kali pertama saya mendengarnya.

    Thanks for sharing.

  5. ktom :

    Date: July 11, 2007 @ 9:34 pm

    Adila, rajin, dedikasi dan kreatif tak payah tunjuk. Org akan nampak dan boss akan tahu. Yg penting niat kita. Jika nak menunjuk sesuatu yg kita betul2 boleh buat dan lebih mahir daripada org lain , tak apa sebab dgn cara itu org pun boleh belajar daripada kita tetapi jika menunjuk2 hanya depan boss tp belakang boss curi tulang, itu yg tak betul nya…

    Hasil yg kita keluarkan akan menunjukkan samada kita boleh buat dan kreatif. Manakala dedikasi pula adalah hasil yg kita buat dalam masa yang singkat tanpa mengatasi masa yg telah ditetapkan.

    Raymond, itulah harapan Ktom supaya kita dpt berkongsi disini. Apa yg Ktom dan sahabat2 tahu mungkin Raymond tak tahu…begitu juga dgn Ktom. Apa yg Ktom tak tahu, Raymond tahu dan harapnya kita boleh share apa sahaja. Dan Ktom selalu mengharapkan agar perkongsian disini dpt dimanafaatkan oleh semua org termasuk Ktom sendiri.

  6. azwanhadzree :

    Date: July 11, 2007 @ 11:13 pm

    buat dan tunjuk. mesti, walaupun ada orang nampak, tapi effectnya tak sama. biar orang lain bodek tapi tak ada apa2 tapi kita buat dan tunjuk. hasilnya amat memuaskan. tapi jangan pula menunjuk sambil menjatuhkan orang lain :)

  7. Bent :

    Date: July 12, 2007 @ 7:13 am

    Hi Ktom terlebih dahulu terima kasih kerana melawat blog saya..saya sangat setuju dengan kenyataan anda di atas..sememangnya kita terbahagi kepada 2 kelompok tersebut X dan Y.

  8. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 11:31 am

    Tapi kan Wan, manusia yg suka menunjuk tanpa ada apa2 ni..perangainya memang suka menjatuhkan org lain untuk dia naik…..

  9. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 11:32 am

    Hi Bent, lama tak nampak? Blog baru tu niche topik apa? Good Luck Bent.

  10. jejaka :

    Date: July 12, 2007 @ 12:36 pm

    erm.. ada x and y ek… mcm bljr dulu2 psl kromosom x n y utk tentukan jantina masa bljr subjek sains ekekeke… ape pn dpt satu info baru kita dgr drpd Ktom!!!… Adiosss!!!

    Best regads,
    Best in Shah Alam

  11. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 3:52 pm

    Askm jejaka….hehehe x bertemu x jadi cam mana ya?

  12. zool :

    Date: July 12, 2007 @ 4:06 pm

    Benar apa yang ktom beritau nie..
    memang agak banyak etika kerja yang dilanggari termasuklah saya..
    Namun kita cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri dari semasa dan semasa…
    Kadang2 susah nak beretika kalau orang atas selalu langgar etika..
    kan ktom..

  13. ktom08 :

    Date: July 12, 2007 @ 5:11 pm

    Zool, bagus ler jika Zool perasan bahawa susah nak ikut jika orang atas selalu langgar etika…nanti bila zool dah jadi orang atas, melalui pengalaman tu zool boleh bertindak dengan lebih baik lagi.

    Hehehe….sepatutnya ibu ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan dengan betul tu…dia terlebih dulu kena berjalan betul. Ya tak?

  14. zool :

    Date: July 13, 2007 @ 8:44 pm

    Betul tu ktom…
    Paham2 le..
    Kadang2 bile pegi Kursus .. Integriti lah, tapi yang atas tak berintegriti..
    Tapi harap2 jangan jadi cam diorang… walaupun mungkin terpengaruh sedikit sebanyak…

  15. ktom08 :

    Date: July 13, 2007 @ 8:52 pm

    Bercakap lebih senang pada bikin zool….cam mana nak buat..

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.