Melakar Kejayaan Berkarier

9:29 pm Tips Kerjaya

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Maaf banyak hari tak update blog ni….baru habis berkursus….tetapi lepas tu terpaksa pula menyediakan bahan untuk mengajar , jadi masa untuk update betul2 terhalang.  Sesungguhnya rindu anda semua.

Hari ini rasa kurang sihat sedikit.  Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu ini, sekejap hujan dan sekejap panas. Tetapi Ktom harap anda semua sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira. 

Jadi biar pun masih dalam keletihan, Ktom cuba hidangkan sesuatu buat anda semua.  Semoga apa yang Ktom kongsikan ini dapat anda manafaatkan dan jika ada di antara anda sudah tahu perkara ini, bolehlah turut kongsikan apa yang anda tahu tu di sini ok.

Dalam apa juga keadaaan dan situasi, sikap memainkan peranan penting untuk melakar kejayaan yang cemerlang dalam karier kita.  Sikap yang positif membantu kita untuk tampil yakin dalam mengharungi apa jua dugaan yang bakal ditempuh.  Apa yang penting ialah kita perlu mengamalkan sikap yang boleh membantu kita untuk memperolehi kejayaan yang kita impikan itu.

Jadi hari ini, jom…kita kongsikan sikap yang macam manakah yang perlu kita amalkan supaya kejayaan itu menjadi milik kita.
1.  Ingin belajar

Untuk menjadi seorang yang cemerlang dan disegani kita perlu mengamalkan sikap sentiasa ingin mempelajari sesuatu yang baru. Sikap seperti ini dapat membantu kita memperbaiki diri dari masa ke semasa terutama sekali dalam aspek membina kerjaya. Kita perlu ingat bahawa setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita akan memberi satu peluang dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Hanya orang yang benar-benar bijak merebut peluang akan meraihnya dan menjadikannya ia satu landasan untuk membina kejayaan serta menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

2. Sentiasa positif

Sikap ini amat penting dalam hidup tak kira dalam apa jua aspek atau situasi. Ia bukan hanya dapat meningkatkan kualiti kerja sebaliknya turut menjadikan kita ceria dalam menjalani kehidupan. Kehidupan ini sesungguhnya adalah pentas hidup yang mana kita adalah pelakonnnya. Pelbagai cabaran terpaksa kita tempuh namun dengan adanya sikap yang positif sekurang-kurangnya dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran.

Untuk meniupkan semangat positif dalam diri, tidak salah jika sekiranya sekali sekala kita bercakap dengan diri sendiri. Kita kena beri semangat pada diri sendiri dan mengajak diri menuju kejayaan. Kita kena anggaplah segala perkara negatif yang menimpa diri adalah sebagai halangan sementara, dan halangan tersebut dapat ditukarkan kepada suatu yang gemilang dalam karier dan kehidupan.

3. Tenang menghadapi cabaran

Tidak semua orang mampu untuk mengatasi cabaran dan dugaan hidup ini dengan jayanya. Tetapi bagi mereka yang ingin menempa kejayaan dalam karier, cabaran bukanlah halangannya. Cabaran bagi mereka adalah satu peluang. Mereka beranggapan cabaran mestilah dihadapi dengan waras. Ketenangan dalam mengharungi dugaan dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkualiti dan memberikan impak yang cemerlang dalam karier. Apa yang penting ialah janagan sesekali kita mengambil jalan mudah yang boleh merosakkan diri dan kerjaya seperti penyalahgunaan dadah, minum minuman keras dan sebagainya.

4. Sentiasa menimba ilmu

Ilmu adalah segala kunci kejayaan. Ilmu yang luas amat penting untuk kemajuan diri. Untuk itu, tuntutlah ilmu setinggi mana yang boleh bagi meningkatkan pengetahuan yang ada. Banyakkan mebaca bahan bercorak ilmiah, ini bukan hanya membantu ke arah peningkatan karier sebaliknya turut membebaskan anda daripada sebarang unsur-unsur penipuan yang boleh menjahanamkan diri.

5. Tulis nota motivasi

Tulislan perkara2 yang boleh memotivasikan diri anda. Kemudian letakkan nota berkenaan di tempat yang strategik, yang mudah dilihat. Ini akan dapat membantu mengingatkan kita tentang apa yang perlu dilakukan unruk melakarkan kejayaan dalam karier seperti yang diinginkan.

6. Biasakan diri anda memuji

Elakkan mengkritik dan mengutuk orang lain terutamanya rakan sekerja kita. Amalan mengutuk orang lain hanya akan merosakkan minda dan tidak mendatangkan sebarang hasil kepada peningkatan karier. Pujilah orang lain dan berilah pandangan positif. Setiap kelemahan orang lain yang kita tegur secara halus dan teliti akan membuatkan mereka lebih menghormati kita.

7. Terima pujian dengan ucapan terima kasih

Setiap kali anda dipuji, ucapkanlah terima kasih. Tetapi janganlah pula biarkan diri hanyut dek pujian tersebut. Manusia yang hanyut dalam pujian akan terus lalai dan leka dengan dunianya sendiri. Mereka sering berasakan diri mereka bagus dan tidak dapat menerima sebarang teguran daripada orang lain. Jika ini berlaku, pastinya kerjaya anda akan menuju kehancuran. Oleh itu, menerima pujian dengan ucapan terima kasih merupakan langkah terbaik kerana ia membantu menginsafkan diri kita.

Ok setakat itu sahaja untuk kali ini.  Dan jika anda ada sesuatu yang ingin dikongsikan disini, Ktom sangat2 mengalu2kan perkongsian anda tersebut.  Semoga perkongsian ini dapat kita manafaatkan bersama.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
13 Responses
  1. seni cinta negara :

    Date: September 7, 2007 @ 9:47 pm

    ukur baju di badan sendiri dengan bantuan tukang jahit profesional. sendiri mau ukur mana reti maaa….

    lepas tu jangan lupa cermin2kan diri berlatih dengan latihan tubi bersama cermin kesayangan anda yang sepenuh dinding rumah besarnya itu… wuahahahaa…

    tak berjaya lagi? takleh nak nolong den nak buat camana…

  2. ktom08 :

    Date: September 7, 2007 @ 11:07 pm

    seni cinta negara,
    boleh je nak ukur badan sendiri tu….senang je….pinjam je alat Doraemon tu…wakakaka

    Haah…cermin diri…jgn tak cermin nanti silap pakai tali leher atau silap pakai gincu pun boleh jejaskan karier….eh..eh ketawa pulak…betul ler jika awak paklai gincu sememeh tak ke haru dibuatnya..nampak sgt kerja tidak teliti kan…..hehehe

  3. abdfatah :

    Date: September 8, 2007 @ 5:36 pm

    ahahaaa… meh kita ukur baju sendiri untuk buat baju raya tak lama lagi selepas puasa penuh untuk beraya sakan nanti… kerjaya sebagai tukang jahit pun kira ok jugak untuk melakar peta kejayaan berkarya… eh berkarier dan berkerjaya…

  4. Helmi Hakim :

    Date: September 8, 2007 @ 9:43 pm

    7 langkah yang menarik untuk jadi berjaya!
    Kena ikut nie :)

  5. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 10:55 pm

    Helmi,
    Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak disini. Sebenarnya itu cuma sebahagian daripada langkah yang perlu untuk berjaya….masih banyak lagi langkah2 yang perlu kita amalkan…..Ktom rasa Helmi ada banyak cadangan untuk berjaya ni kan?

  6. ktom08 :

    Date: September 8, 2007 @ 10:57 pm

    Betul tu abdfatah, tapi yang nyatanya …tak pandai…dah la tak pandai, minat pun takde…hehehe tak kreatif langsung…hmmm macam mana nak jadi wanita anggun jika cam ni kan?…

  7. zuhairy :

    Date: September 8, 2007 @ 11:13 pm

    tiada yang lebih penting untuk berjaya iaitu ilmu pengetahuan..selebihnya, kita kena masukkan element2 positif agar melicinkan lagi proses kejayaan!

  8. zool :

    Date: September 9, 2007 @ 10:38 pm

    Tips yang memang amat berguna untuk kita menjadi seorang yang berjaya dalam hidup ini.
    kita mestilah sentiasa memperbaiki diri kita untuk melakar kejayaan..
    dan bersikap positif mampu memberikan kesan positif kepada diri kita dalam menempuh kehidupan yang mencabar ini.. Semoga kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. AMIN..

  9. ktom :

    Date: September 9, 2007 @ 10:52 pm

    zuhairy & zool,
    tanpa ilmu kita akan mudah hilang arah dan tanpa pemikiran positif kita tidak akan sampai kemana…terima kasih kerana sentiasa berkongsi disini.

  10. ktom08 :

    Date: September 9, 2007 @ 10:55 pm

    zool, dah habis kursus ke?

  11. zool :

    Date: September 10, 2007 @ 8:09 am

    Dah abis kursus dan boleh mula ber’blog ‘ kembali..

  12. firadila :

    Date: September 10, 2007 @ 10:57 am

    Ktom,
    sebenarnya mereka yang berjaya ni mereka “YANG BERANI MENEMPUH DAN MENCIPTA KEGAGALAN”….sebab bila dah menempuh kegagalan barulah KEPUASAN KEJAYAAN ni wujud…betul tak?

    Fikir,fikirkanlah…

    SENYUM SELALU…

  13. ktom :

    Date: September 10, 2007 @ 10:50 pm

    Ktom setuju dengan awak firadila……terima kasih kerana berkongsi….

    Bila nak ada blog sendiri ni?

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.