Tips Membina Hubungan Positif Dengan Majikan

12:12 am Tips Kerjaya

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Harapnya anda semua sihat dan tenang selalu.

Apakah anda ini berjaya dalam kerjaya? Sudah pasti kita semua ingin berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi dan salah satufaktor untuk berjaya dalam kerjaya adalah dengan mengadakan hubungan yang baik dengan majikan. Tak kiralah samada anda bertugas ddalam jabatan kerajaan atau swasta tetapi jika anda tidak menjaga hubugan dengan majikan di tempat anda bekerja, kemungkinan untuk anda naik pangkat atau pergi lebih jauh adalah sangat tipis.

Majikan anda mungkin seorang yang terlalu tegas atau menyakitkan hati  namun anda perlu bersikap profesional. 

Anda mungkin tidak’ sebulu’ dengannya dalam banyak perkara atau idea, tetapi sepanjang tempoh bekerja anda perlu berurusan dengan majikan anda.

Jadi disini Ktom ingin kongsikan beberapa tips untuk membuat hubungan yang baik dengan majikan supaya anda tidak di ‘ boikot’, tidak disenangi oleh majikan anda.

1. Fokuskan perhatian anda pada kepentingan organisasi.  Ketika bekerja,abaikan perbezaan diantara anda dan majikan. Anda hanya perlu mengenalinya dengan lebih dekat dan mungkin anda akan menemui sesuatu yang bernilai dalam dirinya. Tanpa anda sedari, mungkin dia tidaklah seteruk mana.  Jangan menilai seseorang dari segi luarannya sahaja.

2. Walaupun majikan anda mungkin bersikap teruk dan seringkali menyusahkan, anda tidak perlu mengubah sikapnya.  Fahami pendirian dan sikapnya dalam bekerja, kemudian cuba sesuaikan diri anda mengikut garis panduan itu.  Cari aspek2 yang sering dititik beratkan oleh majikan anda dan beri perhatian padanya. Dengan cara ini anda akan dapat mempelajari pelbagai perkara, selain menimba serba sedikit ilmu dari pengalaman dan pendedahan yang dimilikinya.

3. Memahami majikan anda.  Ini adalah amat penting. Ketahui perkara2 yang disukai dan tidak disukai olehnya. Dia juga manusia biasa seperti kita, ada kelemahan dan kelebihan.  Usah  memandang rendah apa lagi menumpukan  perhatian pada sikap2nya yang negatif. Cuba layan majikan anda dengan baik.  Dia mungkin seorang yang hebat, namun tanggapan negatif anda selama ini telah menghalang anda dari melihat kedalam dirinya.

4. Biasanya majikan tidak suka mendengar sesuatu berita dari mulut orang lain.  Oleh itu, anda harus sentiasa memaklumkannya tentang apa saja yang berkaitan dengan syarikat atau dirinya sendiri. Anda harus sentiasa memaklumkannya tentang perkembangan terbaru projek yang sedang anda usahakan, segala isu yang timbuldi tempat kerja, dan juga sesuatu yang bersifat peribadi (ini jika perlu ler ).  Tetapi jangan memberitahu semua ini dihadapan khalayak ramai pulak kerana ia mungkin akan memalukan majikan anda itu. Dan dia mungkin tidak akan mempercayai anda lagi.

5. Sentiasa libatkan dirinya dalam sebarang aktiviti berpasukan dan menghargai pandangannya adalah satu cara yang baik dalam memesrakan hubungan anda dengan majikan.  Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya sebagai salah seorang ahli keluarga, bukan orang luar.  Dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

6. Beranikan diri anda untuk membantunya dalam apa jua hal.  Setiapkali berurusan,anda boleh menawarkan bantuan kepadanya.  Majikan anda tentu akan menghargainya kerana ini akan memudahkan kerja2 menguruskan projek yang sedang diusahakannya.

7. Setiap kali berjanji untuk melakukan sesuatu, pastikan anda sentiasa menepati janji, dan ia harus disiapkan tepat pada masanya.  Sekiranya and tidak mampu untuk membuatnya secepat mungkin, anda harus memberikan tempoh masa yang lebih panjang.

8. Cuba bina hubungan baik dengan majikan anda.  Kenalinya sebagai seorang manusia biasa dan bukan sebagai seorang majikan.  Apabila anda benar2 memahaminya, tentu lebih mudah untuk anda berkomunikasi dan berurusan dengannya.  Ini juga membolehkan di mengenali anda dengan lebih baik.

9. Dalam situasi profesional,elakkan diri anda dari bercakap belakang atau mengatanya dihadapan orang lain.  Kawal emosi anda dan simpan ketidakpuasan hati anda dalamm diri sendiri. Kesilapan seperti ini boleh berlaku dan anda mungkin tidak sengaja berkata demikian.  Tapi jika hal ini didengari oleh majikan anda sendiri, ia akan memburukkan keadaan dan sikapnya terhadap anda akan berubah.

10. Pujian juga boleh memainkan peranan.  Sudah menjadi lumrah manusia memang suka  dipuji dan dihargai. Orang yang menerima pujian  anda biasanya akan mempunyai tanggapan positif terhadap anda.  Namun anda kena berhati2, pastikan pujian itu ikhlas dan berasas.  Jika tidak anda mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

Inilah di antara beberapa perkara yang perlu kita lakukan supaya hubungan kita dengan majikan kita tidak tegang dan kita pun boleh bekerja dalam keadaan tenang  dan tenteram. Ktom pasti anda juga ada tips yang menarik untuk dikongsikan bersama. Jadi….jom kongsikan disini.

Ok, setakat ini dulu.  Jumpa lagi.

Wasalam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
6 Responses
  1. adila :

    Date: November 20, 2007 @ 9:14 am

    erm bos…
    saya pernah beremployerkan seorang bos yang agak tangkai jering…kerja nak jalan jer…nak cepat jer…command selalu bertukar-tukar, membuatkan saya terpaksa ubah paperwork berkali-kali…penat jugak..

    Sekarang ni tak tahu la dia macam mana,(sebab saya dah resigned) semoga dah berubah kepada yang lebih baik Insya Allah dan moga mendapat hidayah daripadanya…

    Bos…nak jadi bos kita kena andaikan diri kita macam orang bawah kita…dari segi pergaulan dan pertuturan…biasanya lagi si bos tu merendah diri lagi orang respect..wei…bagusla bos kita, tak ego kan..kan seronok dengar staff puji cam tu..

    ala…malas la aku dengan bos tu, cakap je lebih…dia sendiri…???kalau kita dengar pun berdesing telinga jugak kan…

    tapi mostly bosses, di rantai dengan sikap ego dan berasa diri lebih dan berkuasa…merasa hebat dalam membuat tiap keputusan…

    dan doalah kita…agar bos lita kalau ada yang kerek tu, dibalikkan hatinya oleh Allah jadi penuh tawaddhuk dan rendah diri…amin

    p/s-sebab tu prefer dok umah dan kerja dari rumah jer…

  2. zool :

    Date: November 20, 2007 @ 8:18 pm

    Boss is always right .. Huhuhuhu..
    Itulah hakikatnya bila kita di bawah orang lain …

    adilla —> ooo patulah jadi freelance.. apa2 pun janji bahagia kan…

  3. ktom :

    Date: November 20, 2007 @ 10:13 pm

    Adila,
    Untuk jadi seorang bos yang disenangi bukannya senang dan utk jadi bos yg dibenci pun bukan susah. Memang ler jika bos jenis yg tak persistent boleh buat kita meluat….suka sgt mengarah2 sedangkan dia buat keje pun tak berapa pandai dan tahu.

    zool,
    Sabor je ler……Ktom faham perasaan awak tu.

  4. azwanhadzree :

    Date: November 23, 2007 @ 11:34 pm

    nak buat baik dgn bos senang aje. cukup masa, kerja siap. nak buat baik ngan staff kekadang tu yg susah. macam2 perangai. lebih-lebih lagi kalau dah senior exec. kalau kerani .. no hal lah. kekeadang tu faham, gaji ciput tak oleh nak expect lebih2

  5. ktom08 :

    Date: November 24, 2007 @ 5:03 pm

    Biasalah tu Wan, bila dah rasa dia tu org lama atau dah banyak pengalaman, susah kita nak handle. Maybe disebabkan ego ler tu. Lagipun jika kerani tu, dia sedar diri….tak boleh naklebih2 atau over act kan?….

  6. Doodee :

    Date: February 4, 2008 @ 12:51 pm

    Thanks for sharing

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.