Ayuh…..usah cepat mengalah

11:37 pm Tips Motivasi

” Great things are not done by impulse, but by a series of small things brought together “

Inilah kata-kata hikmat yang sentiasa memberikan inspirasi dan kekuatan kepada saya untuk menghadapi setiap dugaan dalam pencapaian matlamat.  Sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras sudah semestinya kita mempunyai impian atau matlamat dalam hidup kita.  Matlamat antara seseorang tidak semestinya sama dengan orang yang lain begitu juga faktor-faktor lain dalam pencapaian matlamat seperti faktor masa dan bila penetapan matlamat tersebut ingin dicapai.secara pantas tetapi melalui kesilapan-kesilapan kecil dan pembelajaran sedikit demi sedikit yang akhirnya akan membuahkan sebuah kejayaan yang besar. Justeru itu, saya mengambil langkah biar lambat asalkan selamat dan terus tabah walaupun wujud pelbagai kesukaran dalam mencapai matlamat itu kerana saya percaya untuk berjaya kita mestilah bersemangat, berwawasan, gigih, tekun dan tidak mudah berputus asa.

Jadi bila dikaitkan dengan perniagaan internet, boleh dikatakan bahawa jangan kita mengharap keuntungan itu datang dalam sekelip mata. Jangan gopoh dan jangan rasa “give up” bila sesuatu apa yang kita targetkan itu masih tak tercapai.

Apa yang perlu kita buat adalah perancangan yang meliputi mengenali pasaran kita, apa kehendak mereka, hasilkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan dengan bermutu atau berkualiti dan seterusnya melakukan promosi yang mampu menarik pelanggan untuk membeli dengan menyediakan bonus atau hadiah diatas pembelian mereka.

Jika masih tak berjaya, aturkan strategi yang lain pula…cuba dan terus mencuba walaupun kita menemui kegagalan kerana dengan himpunan kegagalan tersebut kita mampu menjadikannya sebagai pengalaman dan teladan ataupun petunjuk untuk kita bina strategi yang baru pula yang akhirnya akan membuahkan kejayaan.  Lebih besar kesulitan yang kita alami, lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai.

Jumpa lagi.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.