Berdamai ….bagaimana caranya?

12:15 am Tips Motivasi

Askm dan Salam Sejahtera semua..

Anda sihat hari ini? Insyaallah dan alhamdullilah tentunya anda sihat dan bahagia selalu.

” Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ” Ingat tak lirik lagu siapa ni? Sapa yang tak ingat akan lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni kan? Ayat ini sering dikaitkan dengan kehidupan alam rumahtangga .

Biasalah kan..dalam hubungan suami isteri pergeseran, pergaduhan atau pertengkaran sering berlaku.  Setelah bergaduh mestilah nak berdamai.  Kalau boleh semua pasangan mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. mereka ingin perdamaian yang kekal. Tapi biasanya apa yang berlaku ialah disebaliknya.  Perdamaian hanyalah bersifat sementara.  Hari ni berdamai, esok lusa gaduh lagi….

Bengang tak?

Jadi disini, ktom akan beri sedikit tips atau teknik terbaik untuk berdamai.  Cubalah realisasikannya….Ktom pasti bab masam-masam muka, merajuk untuk beberapa hari dapat dikurangkan .  Nak lenyap tak boleh pulak…nanti tak de masam manis, pahit masin pulak..hehehe…

1.  Jangan merajuk

Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan paksa suami mengalah.  Silap sikit je..merajuk, salah sikit merajuk.  Bila merajuk tu jangan ler berlebihan..sebenarnya merajuk ni tak dapat menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

Walaupun merajuk dapat mendorong suami mengalah untuk berdamai tetapi strategi sebegini tidak membawa kedamaian kekal.  Malah perbuatan merajuk ini sangat merbahaya. Sebabnya..ia akan menyukarkan usaha untuk berdamai semula.  semakin kuat isteri merajuk…suami akan terus buat derk je..sebab orang lelaki kan ada ego dia….dia tahu dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk.  Jadi dia rasa terhukum dan apabila rasa macam tu…lagi ler dia tak nak berdamai.  Di pihak isteri pula tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Hehehe ada ke isteri dan suami yang macam tu? Hmm…tentu ramai yang macam tu….pantang silap sikit, buat muka, suami pujuk, tak endah…beberapa kali pujuk masih tak nak berdamai… suami akan terus buat derk….baru padan muka.Hehehehehehe….( Cikgu Azleen, awak suka merajuk tak ? )

2.  Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua belah pihak.  Bila dah bergaduh tu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain.  Sebab apa? Kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah suami atau isteri.

Lelaki dan wanita ni, dia ada cara tersendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk ” menarik diri ” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. (Jual mahal lah tu )

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami.  Hukuman sebegini tidak mungkin akan menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman tidak akan menolong proses berdamai. Malah ianya hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan.  Walau apa bentuk hukuman sekalipun, samada kecil atau besar, hukuman itu hanyalah menyukarkan proses untuk berdamai.

Jadi, kalau benar masih ada niat nak berdamai, jangan menghukum.

3.  Jangan berdusta

Jika pasangan kita, tak kiralah suami isteri, kawan rapat atau tunang kita yang telah menunjukkan sikap mahu berdamai dan kita pun nak berdamai juga, jangan berdusta.

Jangan pura-pura jual mahal atau tarik harga.  Jangan berpura-pura tidak sudi atau benci.  Tinggi risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tak mahu berdamai.  Akibatnya…dia mungkin terdorong bersedia untuk melupakan usaha nak berdamai.

4.  Jangan mencari salah

Kalau nak berdamai, hentikan tabiat suka mencari silap orang.  Mencari kesalahan ini termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan diri orang itu dan menuduhnya salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu.  Cari salah atau  silap orang lain tak mungkin bawa penyelesaian. Hah…suami isteri lagi ler tak boleh amalkan sikap sebegini.

5.  Berhentikan bahasa negatif

Ada dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh iaitu bahasa tuduhan dan bahasa celaan.  Jika nak berdamai, jangan gunakan bahasa negatif seperti dibawah ini:_

 ” Ini semua kerana sikap  awak yang tak betul tu. ” ( tuduhan )

 ” Kenapa awak tak mahu dengar nasihat saya ? ” ( tuduhan )

 ” Awak langsung tak guna. ” ( celaan )

 ” Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga . ” ( celaan )

Jika nak berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif sebab bahasa positif sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri.  Contoh bahasa positif ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.  Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6.  Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Bila dah berdamai tu, jangan buka cerita lama. jangan pandang ke belakang ( JANGAN PANDANG BELAKANG…seram..serammmmmm ) dan jangan mengungkit perkara2 yang menyebabkan konflik itu.  Jadikan setiap pergaduhan itu sebagai pengalaman dan pengajaran untuk kita tidak mengulangi perkara yang sama.

7.  Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi.  Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman adalah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Diharap tips ini dapat digunapakai dan diamalkan. 

Jumpa lagi. Wasalam.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
5 Responses
  1. cikgu azleen :

    Date: April 18, 2007 @ 12:48 pm

    ekekeke.. Merajuk lawannya memujuk.. Masalahnya suami saya tak reti memujuk.. So buang karan jer merajuk.. Silap haribulan dari saya merajuk, last2 saya pulak kene pujuk suami.. hehehe.. Tapi saya memang seorang yang manja dan selalu nak menang.. Alhamdulillah suami pulak seorang yang penyabar dan memahami keinginan saya nak menang.. :D

    Apapun pada saya yang penting sekali adalah jangan bergaduh suami isteri di depan orang lain - tak kiralah depan anak (ni lagi bahaya!), depan mak bapak, adik beradik, jiran2..

    Kalau perlu juga gaduh, gaduhlah di dalam bilik tidur.. sebaiknya atas katil.. InsyaAllah, tak jadik gaduh.. Kalau gaduh pun tak lama.. :D

    Ini bukan nasihat lucah tau.. tapi ini memang nasihat orang2 tua dan juga alim ulama..

    Kami amalkan dan alhamdulillah ianya berkesan.. Sampaikan famili suami saya boleh cakap “Leen ngan Enn (suami saya) tak pernah gaduh ke?”.. hehehe.. Dan kalau belah keluarga saya pulak “Dah kawin masuk 5 tahun pun macam baru bercinta jer!”.

    Hehehe.. Ada banyak lagi rahsia untuk kekalkan rumahtangga bahagia tau - walaupun tak ada anak, tak jadi penyebab untuk bergaduh dan berperang besar..

    Dan satu lagi yang saya cukup pegang adalah rahsia bilik tidur dan rahsia katil kelamin.. Yang itu pesan mak saya..

  2. Bent :

    Date: April 19, 2007 @ 12:04 am

    Wah hebat juga idea cikgu leen ni..saya dan isteri pula memang jarang gaduh ni tak tau..setahu saya isteri saya pula yang selalu mengalah dengan saya.hehehe (jangan bg tau dia nanti dia tahu habis saya!)

    Tapi saya dengan isteri memang macam tu ..serasi besama sejak Zaman cintan lagi..merajuk besar besaran memang belum ada lagi..apa yang membanggakan saya dia memang akan support apa yang saya buat janji yang baiklah..harap kekal lah sebegitu..

  3. ktom08 :

    Date: April 19, 2007 @ 12:22 am

    Alhamdulillah Cikgu Azleen dan Bent sebab anda diberikan kebahagiaan dan semoga kebahgiaan itu menjadi milik anda yang abadi.

    Pergaduhan dalam hidup berumahtangga ni sudah menjadi asam garam kehidupan. Apa yang penting kita kena saling memahami, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur.

    Pun begitu perlu diingat dalam hidup kita ni pasti kita akan diduga (tak tau lah dugaan yg macam mana ). Justeru itu berhati2lah dan sentiasalah jaga keharmonian rumahtangga kita. Insyaallah.

  4. Baba :

    Date: April 27, 2007 @ 10:29 pm

    Well senang cakap dpd bikin ktom! Salute kepada pasangan yang dapat memebuatnya. Adakah Ktom salah seorangnya? Syabas!!!

  5. Doodee :

    Date: February 4, 2008 @ 11:34 am

    Thanks for sharing

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.