Cara bijak mengawal kemarahan…..
June 4, 2007 3:34 pm Tips MotivasiAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Harapan Ktom semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia selalu.
Masih ingatkah lagi zaman kanak-kanak anda? Masa zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling gembira dalam hidup kita ( ini bagi Ktom ler, dna Ktom yakin anda pun demikian juga ). Masakan tidak….masa tu kita tidak ada tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan, tak reti nak kecil hati, tak reti nak marah ( marah budak-budak tu biasalah ) dan bermacam TAK RETI lagi.
Sejak dari kecil lagi kita diajar tentang banyak perkara. Salah satunya ialah cara bagaimana untuk mengawal perasaan marah. Mengawal perasaan marah juga perlu ada kemahiran. Kebolehan dan kemahiran untuk bersikap tenang dalam menghadapi apa jua keadaan atau situasi yang mencabar sangat berguna untuk diri kita sendiri.
Ok hari ini Ktom ingin bincangkan bagaimana untuk mengawal kemarahan supaya ianya tidak akan meninggalkan kesan yang buruk dalam apa jua hal dan keadaan. Tetapi walau bagaimana pun pada sesetengah keadaan, kemarahan adakalanya amat diperlukan.
Eh macam mana ni? Kenapa pula kita perlu marah ? Tak faham lah Ktom……..
Oh….jangan cepat gabrar…..kita perlu juga marah tetapi marah yang boleh mewujudkan satu keadaan yang kondusif…
Hehehe…mana ada macam tu ? Jika dah marah tu, sudah pasti suasana akan jadi tegang.
Hmmm….sebenarnya dalam perniagaan, kemarahan adakalanya amat diperlukan. Tetapi ia bergantung pada teknik kemarahan yang anda gunakan itu.
Boleh faham ke? Tak boleh ya. Tak pe di sini Ktom bagi satu contoh……..
Si Ali ni adalah seorang pengurus sebuah syarikat yang menguruskan jual beli kereta. Si Ali ni selalu juga marah-marah tetapi dia berjaya mengawal kemarahannya demi kecemerlangan perniagaannya.
Bagaimana?
Pada suatu ketika dia bersama dengan seorang temannya Si Azam. Dengan si Azam ni , si Ali boleh berseloroh, bercerita dan bertepuk tampar dengan baik. Teteapi apabila tiba dalam hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan sikapnya berbeza sekali di mana si Ali ni menjadi lebih tegas dan mudah melenting jika sekiranya stafnya gagal melaksanakan misi syarikat tersebut.
Jadi, apa yang dapat buat kesimpulan ialah rasa marah itu perlu jika ada staf yang tidak fokus dan main-main ( ini dalam bidang pekerjaan la ).
Jadi rasa marah ini, kadangnya akan mewujudkan satu keadaan yang tidak baik dan kita harus mengawalnya dengan bijak. Ok mari kita kongsikan cara mengawalnya.
1. Rasai bahang kemarahan
Rasa marah untuk sekali sekali tu ada baiknya. Sifat itu sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih peka dan berjaga-jaga. Secara tidak langsung ia boleh memotivasikan diri kita untuk muncul menjadi seorang pemimpin yang terbaik. ( Jangan melampau dah ler )
2. Kawal minda
Kadang kala kemarahan yang melampau membuatkan seseorang menjadi bukan dirinya yang sebenar. Dan ada masanya mereka bertindak di luar batasan. Sikap ini tidak baik untuk kecemerlangan diri. Cara yang sebaiknya adalah dengan mengawal minda bawah sedar kita , supaya ia tidak mempengaruhi minda sedar sehingga membuatkan diri tidak berpijak di bumi yang nyata. Seelok-eloknya berfikir dahulu apakah kemarahan itu memberi keuntungan atau tidak, Jika ya, tidak salah jika kita meluahkan kemarahan. Jika tidak, lebih baik anda belajar mengawalnya.
3. Rancang kemarahan
Hehehehe…boleh ke rancang kemarahan ni Ktom? Aha…dalam hal ni biasanya ada juga orang yang boleh berbuat demikian dan kita pun kena boleh ler…. Apatah lagi pada perkara-perkara yang begitu mustahak dan amat diperlukan dalam kehidupan. Sesiapa yang bijak mengatur strategi dan bijak menangani kemarahan ini adalah orang yang berjaya.
4. Buat 10 pengiraan
Aduhai….susah sekali untuk mengawal kemarahan ni sebenarnya. Tetapi teknik membuat kiraan sehingga sepuluh merupakan teknik paling klasik yang selalu dan boleh diamalkan. Mulakan buat pengiraan satu, dua, tiga……sepuluh. Selalunya dalam kiraan empat, panas di hati sudah mulai surut.
5. Bersembang bersama teman
Cara ini juga dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang sedang dialami. Ada masanya kita mendapat teman yang sudi mendengar luahan hati kita dan ada juga yang tidak suka. Jika mereka tidak mahu mendengar sekalipun, sekurang-kurangnya waktu itu dapat kita gunakan untuk menenangkan dan meredakan sedikit perasaan bengang yang ada pada kita.
6. Rancang kembali kemarahan
Nak rancang semula kemarahan? Macam mana ni? Pelik betul bunyinya…..Tak pernah dengar pun? Hehehehe……ok Ktom bagi contoh ya……
Katakanlah kita memerlukan minyak untuk melancarkan sebuah roket. Roket selalunya ada hala tuju dan matlamat. Tetapi apa jadi bila minyak yang kita gunakan itu tidak mempunyai mekanisme dalaman yang dapat mengawal kelancaran roket tersebut? Tentu tak ada gunanya bukan?
Jadi minyak itu adalah perumpamaan sebuah kemarahan. Jika kita gagal mengawalnya, yang kita miliki hanya sebiji bom yang akan meletup dan memusnahkan semua yang ada di sekeliling kita. jadi fikir-fikirkanlah samada jika mahu menjadi minyak roket atau memiliki sebiji bom.
7. Cuba lapangkan dada mendengar kata-kata golongan yang anda anggap lemah itu. Tak kiralah siapa mereka, jawatan mereka atau pangkatnya. Mungkin nasihat mereka itu ada baiknya.
8. Tuju pada matlamat
Seharusnya kita sudah menuju ke matlamat sebenar. Dengan adanya teman-teman di sisi, kekuatan dalaman dan kedalaman fikiran kita , maka kita sudah bijak untuk mengatur strategi kemarahan kita supaya kita dapat menanganinya dengan baik.
9. Ambil air sembahyang
Cubalah tenangkan sedikit kemarahan yang melanda itu dengan berwuduk. Semuga dengan air sembhyang yang membasahi wajah kita dapat mengawal kemarahan yang ada dalam diri kita itu.
Masih banyak perkara yang boleh dilakukan, Ktom pasti anda ada pengalaman bagaimana untuk mengawal kemarahan anda. Jom kongsikan disini ok.
Sekian buat kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam.





















abdfatah :
Date: June 4, 2007 @ 6:06 pm
cermin muka jangan lupa yer… penting untuk kita lihat muka yang marah kiut itu…
sekian terima kasih..
Baba :
Date: June 4, 2007 @ 7:28 pm
Cakap mesti sama dengan bikin…..take a deep breath count to 50….
ktom :
Date: June 5, 2007 @ 1:06 pm
hehehehe..abdfatah, ktom sokong pendapat awak tu…tengok cermin…lihat cam mana handsome atau cantiknya wajah masa sedang marah tu…hahaha…pasti nak tergelak dan tak jadi marah…kah..kah..kah..kah
Baba, untuk mendapat kepercayaan dan dihormati oleh orang lain, ” consistency ” memang penting dalam hidup supaya setiap apa yang terluah dan setiap tindakan kita adalah sama dengan keikhlasan dalam hati kita.
” cakap tak sama dengan bikin ” tu adalah pegangan orang yang HIPOKRIT yang cuma membuat janji palsu, buat kerja untuk bermuka-muka dan sesuatu tindakan itu dibuat hanya untuk kepentingan diri sahaja.
Atau mungkin apa yang Baba maksudkan tu….bercakap senang tapi nak buatnya susah ….jika keadaannya macam tu, jangan cuba membuat apa2 janji, tak kiralah janji nak tolong buat itu ini, nak bagi pinjam duit, nak pergi mana2 atau apa sekalipun jika diri kita dan hati kita tidak dapat membuat atau menepatinya.
Hmmm….awak kena kira sampai 50 baru reda rasa marah itu ya…hehehehe…Ktom dalam kiraan 3 pun dah ok tapi bergantunglah siapa yang salah…kah..kah…kah..
baba :
Date: June 5, 2007 @ 2:59 pm
Kita perlu jelas tentang janji2 itu: jika jenis janji yang melibtakan hidup-mati itu memang kena ditepati! Jika hanya sekadar pergi tengok wayang ke atau pergi makan ke, lain kali boleh dilakukan, jenis janji tu boleh diubah pasal keadaan atau perkara yang tak mengizinkan! Ia tdk akan menjejaskan apa2 kecuali orang yang terlalu demanding…
Jika selalu nak kira kita salah ke orang lain salah ke..tak pasti lah!
jejaka :
Date: June 6, 2007 @ 3:44 am
Hi… ini adalah komen pertama sy…. selamat berkomen kpd diri sy ini hendaknya… erm.. dh lama xberi ape2 pendapat drpd sy ni… tp xper.. secara ringkas tp padat xmau explain pnjg2 coz skrg ni dh lewat pagi…lame dh xkomen kat memane blog coz sbnrnya sy ni bz yg maha kelam kabut smpi xckp ngan 2 tangan ni ekeke.. ok terus kpd topik..
Bab marah ni mmg xdpt dielakkan.. mksd sy emosi marah tu mmg setiap drpd kita mmg ada dan mmg wajib.. hehe mcm kene pakse plak kan… k… tp itu mmg dh diciptakan kpd kita sifat marah.. kita seringkali biasanya mengatakan sifat marah adalah sifat negatif.. mmg benar ianya negatif ttp setiap yg negatif ada positif dan sebaliknya… sbnrnya klu nk explain lagi agak pnjg sy nk expandkan tp ini adlh keyword yg ptt kita tahu…
Nasihat drpd sy adalah kita kene bijak mengawalnya dan fikirkan apakah akibatnya kita ptt bertindak sedemikian dan adakah ianya sesuai berpandukan kpd keadaan… lagi satu emosi wanita sbnrnya lebih mengalaminya n ianya spt sy nyatakan td yg sblmnya…
So jgn emosi apa yg sy katakan wpn ada yg myb kot2 beremosi(sj je sbb bab pn psl emosi n nk uji) almaklum lah… ok… ape pn jgn amik kisah.. ianya xsalah sy nyatakan demi sbg satu ilmu yg ptt kita kongsi sama .. lelaki pn ape kurangnya emosi tul x.. ok skrg br adil
Best regards,
Best in Shah Alam
ktom :
Date: June 6, 2007 @ 10:56 am
Selamat datang Jejaka dan salam perkenalan dari Ktom.
Memang sebagai manusia kita dibeklakan dgn berbagai sikap untuk kita hadapi kehidupan ini. Semua yang bernyawa sudah pasti ada perasaan marah. Cuba kita perhatikan, eekor ibu ayam pun boleh ada perasaan marah bila ada yang cuba mengacau anaknya. Jika ibu ayam tu tak ada perasaan marah mana mungkin dia boleh mematuk ayam lain dengan tujuan supaya ayam lain itu tidak menganggu anaknya. Itu adalah satu contoh mudah bagi emosi marah yang positif dimana ibu ayam itu terpaksa marah demi untuk membela anaknya. ( Ini Ktom ambil contoh yang mudah je ya..jgn pulak salah sangka..apasal la Ktom ni bandingkan dgn ayam pula . Ini utk menegaskan bahwa semua yg hidup tu ada perasaan marah ).
Begitu juga dengan kita sebagai manusia…perasaan marah yang positif seharusnya ada. Sebab apa? Sebab jika kita tiada langsung perasaan marah, kita akan tertindas..Orang buat salah, kita diam, orang buat fitnah, kita diam, orang pukul kita, kita diam, org tipu kita, kita diam, orang melukai kita, kita diam….jadi itu orang ke apa? hehehe agaknya perasaan tu dah mati terkubur sbb tak boleh rasa apa2 lagi.
Memang lumrahnya wanita ni beremosi sikit (adakala je la ). Bukan Ktom nak menidakkannya….bukan apa sebab jiwa wanita tu halus sgt, tak macam lelaki….sebab tu lah tuhan dah kata wanita ni dia beri 99 emosi, 1 akal dan lelaki ada 99 akal, 1 emosi. Tujuannya supaya lelaki lebih bijak bertindak daripada wanita..tetapi kadang2nya apa yang berlaku lelaki ni terlebih beremosi dan wanita ni lebih kuat. Namun percayalah, biarpun dikurniakan satu akal, tetapi dgn lebihan emosi tulah wanita boleh menjadi begitu tabah menempuh apa jua cabaran dalam hidup. Jika tidak masakan seorang balu yang mempunyai 10 orang anak mampu berdikari dan menyara serta mendidik anak2nya seorang diri untuk menjadi insan yang cemerlang.
Betul tu Jejaka, kita kena bijak mengawalnya dan memikirkan akibat daripada tindakan kita itu. Jika kita sudah bersedia menerima akibatnya…lain ceritalah.
Ok, ini perbincangan dan perkongsian je, jgn ada pulak yang berkecil hati.
dik mal :
Date: June 6, 2007 @ 11:21 pm
kawal kemarahan, think of air sungai yang sejuk
wah ..dah lama tak pergi sungai.
kedua, luahkan pada ur best listener. if nobody want to listen to u, hey u still got me!
kemudian, senyum.. senyum mampu menawarkan marah. tapi meledakkan marah orang yg sdg marah kita la.. jaga2
yang lain, dah dinyatakan oleh kak tom
raduan :
Date: June 6, 2007 @ 11:47 pm
Ktom…Marah dari ibubapa..guru…kerana sayangkan masa depan kita…marah mereka adalah mendidik bukan kerana benci…Sebagai guru atau ibu bapa kenalah pandai mencipta kemarahan apabila anak didiknya degil(tak reti di kaboo).Agaknya itulah yang dimaksudkan oleh ktom..rancang kemarahan…..Seperti kata jejaka..kita dicipta dengan sifat marah…Marah yang tak boleh marah ialah marah kerana benci…Namun begitu kita juga diwjibkan benci seperti kita benci kepada peragut,perompak atau yang sama waktu dengannya.
..”benci tapi rindu.”.pun dibolehkan tapi kalau rindu tapi benci macam tak masuk akal lak..
ktom08 :
Date: June 6, 2007 @ 11:51 pm
DikMal, harap2 sempat tune fikiran kita utk fikirkan ttg air sungai, deruan air terjun …..sejuk dan nyaman kan…
Terima kasih atas tawaran itu….
Dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi disini.
ktom08 :
Date: June 6, 2007 @ 11:59 pm
raduan, jika orang marah kita mesti bersebab kan? Dan kita marah pun bersebab. Betul…guru , ibubapa marah sbb sygkan kita…tanpa marah..kita jd leka dan lemah…at least bila ada org marah kita akan mula tersedar dari lamunan bahawa kita ada buat silap dan kelemahan itu dpt kita baiki.
Marah kerna benci tu lain ceritalah….marah mcm tu boleh menyebabkan pertumpahan darah, disiksa dab sbgnya.
Hmmmm bab BENCI TAPI RINDU tu, susah sikit nak kawallah…kerana itu adalah soal hati…dan SOAL HATI ni susah utk di mengertikan.
Taqiyuddin :
Date: June 9, 2007 @ 10:22 pm
tapi kalo nak marah kita perlu jugak lepaskan nati dok pendam nati jadi lain pulak..
ktom08 :
Date: June 10, 2007 @ 10:53 pm
hehehe…..Din, betul tu…tp bahasa tu biarlah berhemah…jgn ikut sedap mulut je….
Taqiyuddin :
Date: June 19, 2007 @ 2:43 pm
Ktom pernah marah macam mana paling kuat?huhu
ktom08 :
Date: June 19, 2007 @ 3:11 pm
Hehehe…anak Ktom cakap Ktom cam SINGA….wakakakaka..
fadhlin :
Date: July 18, 2008 @ 7:33 pm
tapi mcm mana nak kawal perasaan sedih?