Estim Diri dan Kejayaan

12:02 am Tips Motivasi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.

Cabaran tidak sentiasa dapat mendorong semangat kita sebenarnya.  Setiap orang yang memiliki estim yang tinggi sahaja suka kepada cabaran sebab cabaran bagi mereka adalah pendorong untuk mencapai sesuatu.  Individu yang mempunyai estim diri yang rendah memilih untuk mengelak, malah lari daripada cabaran.  Mereka menganggap cabaran sebagai alat dorongan yang tidak berkesan sama sekali.  Mereka takut nak melakukan perkara-perkara baru yang belum pernah dibuat oleh orang lain mahupun yang belum pernah mereka cuba meskipun orang lain sudah melakukannya.  Individu yang mempunyai estim diri yang tinggi suka mencari cabaran dalam hal2 peribadi, iaitu kejayaan itu hanya mereka sendiri yang tahu dan sentiasa sanggup menerima risiko yang bakal mereka lalui.

Dan apakah erti kejayaan yang sebenarnya?

Semua orang boleh berjaya walaupun bukan semua orang dapat menjadi kaya raya, ternama atau sebagainya.  Kejayaan tidak seerti dengan nama, harta, ingat atau kertas sjil.  Ramai orang menyangka boleh berjaya apabila dapat melakukan sesuatu itu ebih baik dari orang lain iaitu dengan hasrat hendaklah mengalahkan orang lain, tetapi itu tidak mungkin dapat dilakukan.

Dalam kehidupan kita ini, akan sentiasa ada orang lain yang lebih baik dari diri kita.  Kejayaan adalah apabila kita mampu hidup bersama, bekerja bersama dan bermain bersama dan semua orang boleh sama2 untuk dan sama2 menang.  Tanyalah kepada diri, apakah yang paling penting dalam hidup kita, itulah yang dijadikan ukuran kejayaan.

Setakat ini dulu buat kali ini.  Maaf perbincangan kali ini pendek sahaja namun Ktom harap perkongsian ini dapat kita manafaatkan bersama.

Sekian. Jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
15 Responses
  1. zool :

    Date: November 12, 2007 @ 10:51 am

    Betul tu.. Kejayaan tak semesti dengan sijil, duit dan material lain…
    Mereka yang suka dengan cabaran merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bersedia mengharapi risiko..

    Saya?? tak bercita tinggi hanya pandai cakap je..

  2. ktom :

    Date: November 12, 2007 @ 10:00 pm

    Aik apasal cam takde motivasi ni zool? Jangan suka merendah diri ok. Pi blog Shueqry, Raymond, DikMal atau Linn Comel untuk hilangkan segala yang menyekat kemampuan diri. Ingat, ambil satu2 kekalahan itu sebagai cabaran o.

  3. azwan :

    Date: November 13, 2007 @ 12:45 pm

    bila nak tukar tajuk blog jadi ‘motivasi’ ni ktom :)

    sebenarnya susah kalau takde self esteem ni, nak buat apa-apa pun takut. Takut apa orang akan kata, takut pada persepsi masyarakat.

  4. Dik Mal :

    Date: November 13, 2007 @ 11:00 pm

    kita boleh letak cita-cita yang tinggi. dan boleh dapat.

    kita boleh jadi sesiapa yang kita mahu dengan kehendak ALLAH, setelah berusaha

  5. adila :

    Date: November 14, 2007 @ 7:26 am

    erm..saya lak cita-cita melangit tinggi…mile stone berbatu-batu…merangkak-rangkak nak capai satu persatu…

    Hanya keazaman dan kesabaran yang buat kita sentiasa bertahan dan konsisten dengan apa yang kita buat ni kan..

    Dan self esteem tu memang ler teramat pentingnya… kot tak kita akan selalu diburu dan dibayangi perasaan takut utnuk mencuba dan takut gagal…

  6. ktom :

    Date: November 14, 2007 @ 10:51 pm

    Coming soon Wan.

    Memang manusia selalu susah untuk keluar dari zon selesa Wan…sebab tu lah kejayaan tak menjadi milik mereka.

    DikMal,

    Terima kasih kerana semangat yang diberikan tu Mal. Kadang2 manusia takut utk meletakkan harapn yg terlalu tinggi, bimbang kekecewaan akan wujud. Namun jika dgn kekecewaan yang dihadapi tu berupa satu cabaran maka biar apapun impian dan harapan yg cemerlang menjadi idaman.

  7. shueqry :

    Date: November 16, 2007 @ 5:41 am

    Salam Ktom, apa khabar? :)

    kejayaan sebenar bagi diri saya ialah apabila melihat
    org lain berjaya berkat usaha dirinya dan tunjuk ajar dari saya sebagai sahabatnya.

    Owh, inilah kepuasan tak terhingga bagi diri saya.

    My real PASSION !

    - Shueqry -

  8. shueqry :

    Date: November 16, 2007 @ 5:46 am

    Cita-cita yang tinggi boleh dicapai step-by-step, mengikut aturan masa dan strategi yang berbagai cara. Org lain di sekeliling akan tetap berkata apa saja yg kita lakukan, yg kita usahakan dan yang kita kerjakan, just ignore mereka dan fokus pada matlamat mahu mencapai impian kita.

    Mereka takkan buat satu apa nak bersaing dengan kita, cuma berkata saja.

    “Set minda, tambahkan ilmu, network dan usaha, dengan itu kejayaan akan jadi milik kita ! - Dr Irfan”

    Fav quotes tu :)

    - Sheuqry -

  9. ktom :

    Date: November 16, 2007 @ 11:49 pm

    Salam Shuq,
    Khabar baik…cuma masa utk blog amat terhad seminggu dua ni. Bz sikit dgn kerja.

    Terima kasih kerana semangat dan dorongan itu Shuq. Semoga pengunjung blog ini mendapat manfaat drp apa yg Shuq utarakan tu..

  10. Dik Mal :

    Date: November 17, 2007 @ 11:21 pm

    betul tu Abg Shueq. kepuasan menulis di blog dan melihat perubahan mereka yang meminta nasihat, itulah kepuasan yang teramat. tak terlontar dek butir bicara! :)

  11. ktom :

    Date: November 18, 2007 @ 11:05 pm

    DikMal
    Itulah bentuk kepuasan yg paling maksima dalam hidup kita apabila kita mampu membantu org lain melalui pelbagai cara. Tak semestinya hanya dengan wang ringgit tetapi sokongan moral, dorongan dan keringat boleh kita salurkan pertolongan itu.

  12. Doodee :

    Date: February 2, 2008 @ 9:43 am

    Thanks for sharing

  13. ZenDinnyred :

    Date: February 10, 2008 @ 4:02 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  14. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 12:56 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

  15. zaidi :

    Date: June 16, 2008 @ 12:22 am

    saya ada sorang kawan yg sekolah pun x habis takat srp jer..tapi dari segi kejayaan hidup konfem ia lebih dari saya..nak tafsirkan macamana maksud kejayan tu??

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.