Etika bercakap telefon
June 16, 2007 12:23 am Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Anda semua sihat? Syukurlah……
Ok hari ni Ktom ingin berkongsi dengan anda cara2 yang baik bila menerima dan menjawab serta menggunakan telefon.
Penggunaan telefon memberi berbagai kemudahan kepada kita. Hmm…ada juga orang yang pernah jatuh hati bila mana pertama kali mendengar suara si dia. Dan ada pula orang yang sanggup bergayut di talian telefon sehingga berjam-jam tanpa menghiraukan orang disekelilingnya dan macam2 cerita lagi.
Tahukah anda apabila terlalu leka berbual dalam telefon ni, boleh mengundang bahaya jua. Contohnya api dapur belum dimatikan, air dalam kolah melimpah, pintu dapur yang tak di tutup boleh menerima tetamu yang tidak diundang. Oleh itu anda perlu peka dalam keadaan persekitaran realiti anda walaupun mulut dan telinga ‘ melekat ‘ di telefon.
Ok…jom kita kongsikan sedikit tipsnya disini. Anda boleh memberi pendapat anda di ruang komen yang disediakan. Semoga dengan perkongsian ini kita akan dapat menafaat dainya. Insyaallah….
1. Sebelum mendail, semak terlebih dahulu nombor yang hendak dihubungi supaya anda tidak tersalah orang untuk bercakap. Mungkin orang yang dihubungi mempunyai nama sama dengan rakan anda dan tersalah anggap dengan mesej yang hendak disampaikan.
2. Pilih waktu mengikut kesesuaian waktu orang yang dihubungi. Mungkin orang itu bekerja ’syif’ malam, keesokan paginya dia tidur atau berehat. Waktu maghrib atau antara pukul 7 malam hingga 8 malam merupakan waktu yang tidak begitu sesuai untuk menghubungi orang. Ada yang mengunakan waktu ini untuk beristirehat, makan malam bersama keluarga, bersolat atau menelaah pelajaran. Jadi jangan buat panggilan pada waktu2 sebegini.
3. Elakkan menggunakan telefon pada waktu kecemasan contohnya pada waktu awal pagi atau lewat malam, melainkan benar-benar penting. Panggilan telefon yang diterima pada waktu sebegini biasanya adalah untuk berita-berita yang mendebarkan sahaja. Jangan membuat orang terkejut dengan panggilan anda.
4. Elakkan bercakap panjang lebar tanpa hala tuju. Ia mungkin membuatkan si pendengar berasa bosan atau mungkin topik yang dibualkan tidak begitu sesuai dengan waktu yang diperuntukkannya untuk anda.
5. Untuk perlu mengenal pasti tujuan anda menghubungi seseorang itu. Orang putih sebut ’straight to the point’. Jika tidak anda mungkin akan disergah, dan apa yang ingin anda cakapkan itu menjadi hilang punca. Hehehe..kadang2 bila kita menghubungi orang yang tengah sibuk untuk memberitahu sesuatu hal yang penting tapi mulakan dengan percakapan atau memberitahu hal2 yang tidak ada kaitan langsung anda mungkin menyusahkan pihak yang anda panggil itu. Atau mungkin orang yang dipanggil itu dalam keadaan berserabut, maka jika anda cakap perkara yang bukan2 anda terus tidak akan dilayannya.
6. Elakkan cara bergurau untuk memulakan perbualan seperti mengaku anda adalah polis atau Ketua Gangster. Anda kena pastikan terlebih dulu siapa yang menjawab panggilan itu. Setelah mengenal pasti siapa menjawab, telefon anda mungkin anda boleh gunakan sedikit gurauan untuk menguji rakan anda. Tapi anda harus ingat, terlebih gurau, ia boleh melukakan hatinya yang mungkin dalam kesedihan.
7. Bagi wanita, elakkan bercakap dalam telefon dengan nada suara yang manja atau menggoda terutama kepada kaum Adam. Ia boleh merosakkan hati yang tidak kuat iman. Di khuatiri lain orang yang hendak bercakap, lain orang pula yang terpikat. Jika orang yang terpikat itu benar-benar sesuai dijadikan pasangan , tak apalah tetapi jika tidak nahas anda atau mungkin akan mendatangkan cinta terlarang, akhirnya diri sendiri terperangkap.
8. Mulakan dan akhiri perbualan dengan salam atau ucapan selamat bagi menunjukkan anda seorang yang berhemah dan berdiplomasi dalam kemahiran berkomunikasi.
9. Elakkan menggunakan telefon milik orang lain tanpa meminta izin terlebih dahulu, melainkan terpaksa. Atau kalau anda menumpang menggunakan telefon di rumah atau pejabat orang, kena faham-faham sendirilah untuk menghadkan waktu perbualan. Jika tidak, jangan harap anda untuk dapat menggunakan telefon itu pada masa akan datang.
10. Tidak merakam perbualan tanpa memaklumkan terlebih dahulu dengan si penerima panggilan.
11. Elakkan mendengar perbualan telefon orang lain atau memasang telinga melalui talian lain. Ia merupakan perbuatan khianat , tidak amanah dan ini memang sukar untuk dimaafkan. Apatah lagi jika perbualan itu berkaitan dengan perkara peribadi. Ia seperti mengintai orang yang sedang mandi atau memakai baju dalam bilik. Cuba bayangkan jika anda sendiri diperlakukan sedemikian oleh orang lain mungkin ada yang lebam biji mata dek penangan anda.
12. Elakkan mengunakan telefon untuk perbualan negatif. Ia membazirkan masa. Lainlah jika anda yang membayar bil itu sendiri. Itu pun anda perlu fikirkan wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lebih berfaedah.
13. Elakkan menyalahgunakan kemudahan telefon di pejabat. Anda mungkin pernah terjumpa orang yang suka bergosip, mengadu domba atau mengumpat melalui telefon. sekejap dia telefon orang di kampung, sekejap lagi cerita pada kawan di hujung dunia, mengalahkah wartawan. Akhirnya kerja tak siap, tapi dosa pula bertambah2 .
14. Elakkan memberi pinjam telefon anda kepada orang lain. Jika anda seorang lelaki, dan kawan anda itu seorang perempuan yang menelefon kawannya yang juga seorang perempuan dan andainya orang tadi tersilap menelefon anda sewaktu anda bersama isteri atau suami anda..hmmm nahas….cam mana nak menjawabnya jika ditanya? Jika si isteri atau suami tu berfikiran terbuk, tak apalah. Tapi jika isteri atau sumai tu seorang yang cemburu buta, macam mana?
15. Bila menjawab panggilan telefon pastikan nada suara anda tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan supaya apa yang ingin anda sampaikan itu berkesan.
16. Jika anda memakai telefon bimbit, pastikan deringan telefon anda itu tidak terlalu kuat. Ini akan menganggu orang2 disekeliling anda.
17. Pastikan anda matikan atau ” silence” kan telefon anda semasa berada dalam bilik mesyuarat , semasa menghadiri seminar atau semasa berjumpa pelanggan anda untuk menghormati majlis ataupun orang yang berurusan dengan anda.
18. Tak payah ler letak telefon bimbit anda di atas meja semasa berjumpa dengan orang. Letakkan saja dalam saku baju ataupun dalam beg tangan. Ini untuk mengelakkan daripada orang berfikir anda ingin menunjuk-nunjuk. Ini selalu berlaku bila empunya telefon bimbit tu punyai telefon yang mahal.
19. Jangan terus memutuskan talian jika anda tidak mahu meneruskan percakapan walaupun anda tengah marah. Ini akan membuatkan orang lain tidak akan menghormati anda.
20. Jangan menyamar menjadi tuan empunya telefon, jika anda terpaksa menjawab untuk orang lain. Hal ini amat tidak sopan.
Itulah antaranya apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat semasa menggunakan telefon. Ktom pasti masih ada banyak lagi perkara yang boleh dan tidak boleh ini. Jom, kongsikan di sini ok.
Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam





















Mawardee :
Date: June 16, 2007 @ 10:53 am
Hm, bagus artikel ni. Nampaknya, Ktom ada banyak idea untuk tulis ‘artikel motivasi’.. Teruskan..
Lagi satu. Kita perlu juga telefon kawan kita, sebelum kita datang ke rumahnya. Ini bertujuan mengelakkan kita membazir masa. Yerlah, tujuannya memastikan tuan rumah ada di rumah atau pun tidak.
Ini mungkin bukan bab ‘etika bercakap telefon’.
Tapi bab ‘kepentingan telefon’. Saja nak menambah. Boring2, saja2 lepak kat blog yang aktif ni.
cikgu azleen :
Date: June 16, 2007 @ 11:59 am
Tapi ktom, kalau telefon tengah malam/ awal pagi ni cas nya murah.. pengecualian untuk orang yang bercinta sakan, waktu ni paling sesuai untuk beromantik dalam telefon
..
Dan seperkara lagi, saya rasa ada baiknya sebelum bercakap tanya dulu orang yang ditelefon tuh samada waktu tuh sesuai tak untuk bercakap.. Etika ni bagus untuk sesapa yang nak buat marketing lalu telefon..
“Is this a perfect time to talk?”
“Am I disturbing you in some way?”
“Can I talk to you for three minutes?”
“Can we talk now or do I have to call you later?”
ktom :
Date: June 16, 2007 @ 2:59 pm
Paling saya tak suka bila ada kawan datang untuk menjual barang2 direct selling nya tanpa memberitahu kita terlebih dulu.. Telefon kan ada…buat appointment dulu ler…jika dtg nak bertandang tu lain cerita lah…kita suka sangat, siap masak lagi….hehehe
ktom :
Date: June 16, 2007 @ 3:01 pm
Askm Mawardee, terima kasih kerana singgah dan melepak kat sini.
Betul tu, call dulu baru pi. Jika tidak masa rugi, minyak kereta pun rugi. Paling Ktom tak suka bila ada kawan datang untuk menjual barang2 direct selling nya tanpa memberitahu kita terlebih dulu.. Telefon kan ada…buat appointment dulu ler…jika dtg nak bertandang tu lain cerita lah…kita suka sangat, siap masak lagi….hehehe
ktom :
Date: June 16, 2007 @ 3:05 pm
Cikgu, mesti pernah bergayut sampai ke pagi masa bercinta dulu ni….hehehhe
Jika tanya soalan2 macam tu, mesti orang yang menerima panggilan itu akan menjawab :
” Minta maaf petang ni saya ada hal ”
” Saya kena hantar anak pi tusyen ”
” Saya kena pi rumah anak saudara ” dan berbagai alasan lagi
Tetapi sememangnya itu lah yang sepatutnya kita buat bila bercakap di telefon supaya kita tidak mengganggu masa orang lain dan menyusahkan mereka.
Taqiyuddin :
Date: June 16, 2007 @ 4:17 pm
Ass’kum,
Ktom, menurut kajian sains manusia yang bercakap telefon melebihi 10minit sehari secara berterusan akan menyebabkan pengguna itu nyayuk dalam masa 30tahun setelah mengamalkan nya.
Kajian tradisional pula memberi jawapan sedemikian jika anda bercakap melebihi 10minit sehari :
* habis kredit
* masa terbuang
* khayal
( kajian tradisional hanya untuk suka-suka tapi kajian sains itu adalah benar)
Taqiyuddin
www.taqiyuddin.wordpress.com
ktom :
Date: June 16, 2007 @ 10:03 pm
Din, cam mana nih…ktom jika bercakap telefon paling kurang 15 minit, sekali cakap….paling lama 1 jam ( ini yg telah dicampur ler )..hehehehehe….
So kena kurangkan cakap telefon ler nampaknya…..tak pe email dan sms kan ada..hahahaha
Habis kredit, ktom faham. Masa terbuang paling ktom setuju tapi tang KHAYAL ni yg tak faham ni Din…Boleh sapa2 tolong jelaskan…hehehehe
azwanhadzree :
Date: June 16, 2007 @ 11:51 pm
khayal tu ada kena mengena dengan bercinta kut Ktom. ha..ha.. tapi penggunaan telefon .. bagi saya dah kurang. maksud saya kurang bercakap, sekrang ni dah ada sms, mms dan juga email.
kalau kat ofis pun, byk call dari salesman, dari nak jual pakej percutian ke application, macam-macam ada. Tapi daripada kita terus tolak, adalah lebih baik kita dengar dahulu, dia pun mencari rezeki .. lepas tu baru tolak secara sopan. tapi kalau terlalu sibuk lain cerita la…
tapi kan… tapi kan.. apa salahnya melayan
ridaparidah :
Date: June 17, 2007 @ 10:22 am
…..Bagi wanita, elakkan bercakap dalam telefon dengan nada suara yang manja atau menggoda terutama kepada kaum Adam. Ia boleh merosakkan hati yang tidak kuat iman…..
Kenapa jadi begitu? Macam mana pulak kalau kita takder niat nak menggoda? Memang itu cara kiter menjawab telefon. Tapi, bagi yang mendengar, tetiba kata, aduh..lemah jantung saya bila dengar suara awak…hehe..
ktom :
Date: June 17, 2007 @ 12:28 pm
Hehehe..Wan,awak niii…..salah tu tak salah Wan tp lebih baik jgn bermain api …..terbakar kang susah jadinya….Jika tak terbakar pun…awak yang membakar…kesian sapa yg terbakar tuh…hahahaha
Rida, biasa lah org perempuan ni suaranya mengoda bukan? Jadi kita kena marah kaum lelaki lah kenapa mudah tergoda?
Tapi kan, Ktom pun pernah dengar suara seorang perempuan kat telefon yang bestttt sangat, lembut dan sopan dengan nada suara dari perut..hehehehe…tergoda weyyyy….itu belum lagi lelaki yg mendengarnya? Dah itu kurniaan Allah pada dia nak buat cam mana.
Dan suara yang manja2 tu yg boleh buat hati kaum lelaki jadi cair tetapi bila wanita yg mendengarnya…hmmm menyampah…..hehehe
Rida, tu pengalaman awak ke? hehehehe gurau je. Jgn marah ya..
jejaka :
Date: June 17, 2007 @ 6:35 pm
Daripada pembacaan yg ktom nyatakn tajuk pada kali ini membuatkan sy begitu terhibur dan mencuit hati sy dng senarai2 yang dinyatakan dan tak lupa juga dengan pernyataan yg menakutkan sy juga yg boleh haru biru dibuatnya… Dgn tajuk ini mengingatkan kenangan sy pd yg lepas2…
Teringat sy waktu zaman bljr masa tu ramai peminat2 katakan… masa tu adalah dlm 3 org sy bermsg… waktunye mlm.. dalam satu masa tu sy kene bermsg 3 org.. bile dh 3 org gadis2 ni maknenye tentulah tgn pn dh gelabah xcukup tangan nk buat kerja taip menaip (blh offer kerja ni) sms ni haha… ms tu bila dh lewat reply adalah yg membalasnya knp lmbt sgt ni..
Bila keadaan mcm tu sy pn kene lah mengerakkan kelajuan 230 km/j menaip dan berfikir apa yg sy nk kene taipnye… bile dh kelam kabut tu apa lagi tentulah kemungkinan berlaku dlm keadaan yg xdisengajakan akan terjadi…
Keadaan masa tu membuat sy dh xsempat nk berfikir pnjg almaklumlah tentulah sbbnya keadaan haru biru lintang pukang… ms tu mmg sy katakan dgn sepantas kilat menaipnya dan hantar kepada puteri2 ni…
Bila dh antar br sy sedar skjp.. drpd panggilan2 mksd nya kata pengganti diri ni dh tunggang langgang jadinya sy dh send..
Bila dh terjadi mcm tu sy pn risau tp keadaan seterusnya nmpk ok.. dlm hati sy rsnye keadaan selamt n terkawal ekeke…
Tp keadaan terkawal tu xterhenti begitu shj sbb ada lagi problemnya… problemnya bila kali ni kes tersilap antar pada org yg xsepatutnya.. kesnya tentulah masalh besar sbb lain yg disoal lain yg dijawab.. tp dgn semangat xnk besarkan keadaan yg keruh tu sy dpt menyelesaikan dgn cara sy..
Bila kes sedemikian sy pn terpaksa check bebrapa kali no sblm reply takut silap n kadang2 tu smpi sy terpaksa melihat msg tu berkali2 sbb sy dh lupa jwpn sy ni sbnrnya nk send kat siape…. jadi terpaksalah sy melihat msg berkali2 n no sender nya… bila teringatkan balik rs kelakar keadaan ms tu…
Oopps… jgn igt sy ni org jahat bukan2 ye (maklumlah ms tu zaman nk isi masa terluang).. ms zaman bljr kat u sy ni org yg baik lagi penuh kesopanan n kesusilaan wakaka!!!
So mcm mn ek nk atasi bila terjadi keadaan kes sy ni (tentu ktom ada panduan hebat petua cara nk atasinya bila berhadapan mcm ni
Opsss… pnjg rsnye komen sy ni… xperasan.. Ape pn tu sbg skdr kongsi kisah sy khas kpd ktom n pembaca di sini (jgn bgtau sesape ni rahsia wakaka)
ps: bnyk lagi kisah zaman2 silam tp cukup pada tajuk ktom berikan tu…
Adiosssssssss!!!!!
Best regards,
Best in Shah Alam
ktom :
Date: June 17, 2007 @ 9:06 pm
jejaka, tak pe, lagi pjg tulisan awak lagi bagus. Kan disini wadah perkongsian kita?
Oooo…zaman nak isi masa terluang awak ambik peluang ya..nasib la sapa2 yg kena dengan awak tu..hehehehe
Panduan hebat :-
1. Jangan sms dalam keadaan kelam kabut.
2. Pastikan dulu sms siapa dan menjawab kepada siapa. Apa akan jadi jika anda sms pada dia yg tidak anda cintai tapi sms tu berbunyi ” I luv u, take care ” dan anda tersend pada org yg memang menaruh hati pada anda tapi anda memang tidka menaruh hati padanya. Hehehe…tak ke nyanya?
3. Jangan sms di tempat yang kurang cahaya. Anda mungkin membuat kesilapan menaip.
4. Jika anda terpaksa bersms kepada 3 orang dalam satu masa, cuba bagi ” excuse “, cakap dengan 2 orang lagi tu yang anda sedang memandu ke, sedang meeting ke, tengah jumpa klien ke atau apa2 yang mungkin tidak mengecewakan mereka. Terus bersms dengan yang satu tu. Lepas tu bolehlah ikut agenda yang seterusnya….hehehehe..
Itu je…sambungan nya akan ditulis dlm post yang akan datang. Tungguuuuuuuuuuuuuu……….
Taqiyuddin :
Date: June 17, 2007 @ 9:32 pm
Ktom,
sekarang banyak plan Fu-Yoh yang menawarkan bercakap secara percuma pada hari ahad, kadar yang plan itu cas
RM 1.44 bagi sejam bercakap..
Tapi ingat, bercakap lama-lama dengan perempuan atau sebaliknya dengan lama kadang-kadang membawa kita pada cerita yang boleh membawa ‘kecelakaan’..
ini berkaitan dengan cinta remaja sekarang dan tidak lari juga dari orang yang telah dewasa..
So…pandai-pandailah ketika bercakap telefon..
ktom :
Date: June 17, 2007 @ 10:34 pm
Fuyoooooooooooooohhhhhhhhhhhh
Tu la kadang2 pendedahan kepada teknologi canggih yg berkos rendah ni pun jika tidak digunakan utk cara yang berfaedah boleh mengundang ” kecelakaan “. Tapi apa kecelakaan yg awak maksudkan tu Din?
Taqiyuddin :
Date: June 17, 2007 @ 10:54 pm
Ktom,
Kecelakaan yang saya maksudkan itu pendedahan kepada perkara yang melampau contohnya minggu ini saya bersama Jawi, DBKL, JKM, Rela mengadakan ops culik disekitar Kl.
Daripada ops tersebut banyak remaja sekitar sebaya saya yang saya sendiri tangkap khalwat di hotel sekitar Chow Kit dan saya sebagai pegawai pelindung pada remaja yang berumur 18-21 tahun mengadakan motivasi kepada remaja berkenaan.
Ktom nak tahu apa yang menyebabkan mereka berjumpa dan melakukan maksiat?
Jawapannya adalah TELEFON
Kenapa telefon, dari situ meraka-mereka ini berkenalan sehingga atas katil, saya bukan ingin memburuk-burukan keadaan tapi yang penting ada batasan yang perlu bila bercakap telefon.
Kecelakaan yang saya maksudkan itu adalah macam yang saya terangkan diatas itu Ktom, so.kalau boleh saya nak kumpul remaja-remaja yang sebaya ini dihadapan saya dan bagi motivasi selama 24jam berturut-turut..!!
ee!! geram bila fikir.. ’semua kerna telefon’
ktom08 :
Date: June 17, 2007 @ 11:09 pm
Oh ya ke Din? Rupanya kemudahan teknologi ini disalahgunakan oleh segelintir remaja yang betul menyusahkan keluarga dan negara. Tetapi rasa Ktom bukan itu saja faktornya tetapi byk lagi faktor kecanggihan teknologi yg menyumbang kepada perbuatan melampau remaja itu. Misalnya internet, mms, vcd, pusat2 hiburan melampau dan macam2 lagi…
Mungkinkah juga keadaan sebegini berlaku kerana kealpaan ibubapa terhadap agenda anak2 mereka. Nauzubillah…..
Baguslah Din, harap2nya mereka itu sedar kesilapan yang telah mereka lakukan dan balik ke pangkal jalan..jalan yang diredhai Allah. Insyaallah… Mudahan mereka mendapat petunjuk dariNYA.
Hehehe Din , apa perasaan awak bila berdepan dengan mereka tu?
Taqiyuddin :
Date: June 18, 2007 @ 5:22 pm
Biasa je ktom, mereka nih tengok saya senyum-senyum malu la sebab saya sebaya dengan mereka.
Apa-apa pun saya hanya mahu tengok mereka berubah..
ktom kerja pe.
Amir :
Date: June 19, 2007 @ 11:26 am
Askum Ktom, wah.. banyak betul tip2 dari ktom tentang penggunaan telefon nie, segar bugar hehe.. jangan bercakap melalui tel bimbit lama2, bahaya, takut nanti kena barah otak, biar banyak guna SMS jer..
ktom08 :
Date: June 19, 2007 @ 2:21 pm
Hehehehe…betul Mir, lagipun menjimatkan….tp Ktom tak berapa mahir SMS ni Mir….org lain taip 3 saat ktom taip satu minit…hehehe…
Taqiyuddin :
Date: June 19, 2007 @ 6:17 pm
erm, kalo semua rangkaian telefon sms berbayar..apa kata kalo kita sms percuma.. layari www.taqiyuddin.wordpress.com dan dibahagian komen tuh letak email, nanti din antar website daftar n sms la berapa banyak sms pun nak antar.. ktom join la.
Taqiyuddin
www.taqiyuddin.wordpress.com
abdfatah :
Date: June 19, 2007 @ 11:35 pm
join dengan mobik dot com yang terbaru. kaya korang nanti… hihi.
jangan lupa letakkan cermin dekat telefon…
haha…
ktom08 :
Date: June 20, 2007 @ 2:08 pm
Din, idea yang bagus….hehehe..nak join ler….
abdfatah, hehehe promosi kat sini ya…. apasal letak cermin kat situ pulak..hahahahha
Taqiyuddin :
Date: June 20, 2007 @ 5:07 pm
ktom, sambil menyelam sambil minum air..jom la join nanti leh sms percuma..setakat hari nih saya dah kumpul 7800K, so..anda bagaimana..
Amir :
Date: June 22, 2007 @ 4:20 am
Takper ktom, kalau selalu guna SMS lama2 biasa lah,laju lah tgn tu, mobik nie skrg dah heboh, saya dah join..
Raymond :
Date: July 6, 2007 @ 8:16 am
Amboi, banyaknya petua-petua penggunaan telefon!
Ingatkan boleh angkat dan dengar je.
Mana tau petua-petua ini lebih panjang daripada resepi membuat kek
ktom08 :
Date: July 6, 2007 @ 10:40 pm
Din…lumayan tuh.
Mir, dah join ya..Agak lama tak dpt online. Sudah byk peluang terlepas pandang.
Raymond, awak ada resepi buat kek ke? Kek apa? Ktom tahu makan kek je…hehehehe