Jangan mudah BERPUAS HATI
May 4, 2007 1:39 pm Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera..
Harap anda semua sihat walafiat. Hari ini topik masih lagi dalam tips motivasi….
Dalam hidup ini tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat dan juga tidak semua orang dapat apa yang mereka inginkan.
Jadi jika anda dapat apa yang anda inginkan itu adakah anda berpuas hati?
- dari segi kerja buat anda, adakah anda sudah berpuas hati dengan prestasi diri anda selama ini .cuba pejamkan mata dan buat kajian tentang diri anda seketika
- adakah anda berpuas hati dengan pangkat dan kedudukan anda
- jika anda sukar untuk menerima pendapat dan tugas orang lain, adakah anda rasa yang hanya pendapat anda sahaja yang betul serta kerja anda sahaja yang terbaik
- adakah anda merasakan segala keputusan yang anda buat serta tindakan anda adalah yang terbaik maka dengan sebab itu anda pantang untuk menerima kritikan positif dari orang sekeliling anda samaada daripada teman sekerja, orang atasan mahupun pekerja bawahan anda.
- adakah anda tidak mahu mengakui kesilapan dan sentiasa mencari alasan atau sering mempergunakan orang lain utk menutup kesilapan anda yang membuatkan anda sukar utk menerima kelemahan dan kesilapan diri sendiri?
Sekiranya anda tergolong dalam golongan seperti yang tersebut diatas, ayuh… bangunlah dari tidur anda yang lena itu. Sedarlah bahawa anda sedang mengalami masalah yang amat membahayakan diri sendiri . Anda merupakan seseorang yang terlalu yakin dan mudah berpuas hati.
Terlalu yakin dan mudah berpuas hati ini adalah satu penyakit sebenarnya.
Eh…Ktom..apasal penyakit pulak? Mana ada doktor yang berkata demikian? Kalau sakit …Hepatitis B ke, barah hati ke…tu boleh ler dikira penyakit.
Aha…kalau anda nak tahu inilah satu penyakit yang sangat merbahaya yang boleh membantutkan perkembangan kerjaya dan setiap kerja buat anda.
Anda tentu tidak menyedarinya. Semangat dan keghairahan anda untuk bekerja akan luntur disebabkan anda merasa diri anda hebat dan sentiasa berpuashati dengan apa yang anda miliki.
Samalah juga jika anda seorang pelajar. Anda sudah puas hati dengan pencapaian anda dalam setiap ujian. Anda rasa anda tidak perlu belajar dengan lebih tekun lagi dengan anggapan bahawa diri anda sudah hebat. Ini membuatkan anda gagal atau tidak mendapat keputusan yang cemerlang pada akhirnya.
Justeru itu anda perlulah membentuk diri anda untuk jadi seorang yang hebat dan berdaya saing. Untuk itu anda tidak sepatutnya berpuas hati dalam apa jua tindakan yang membabitkan kerjaya anda. Jangan mudah beri penilaian kepada diri sendiri kerana akhirnya anda akan kecewa kerana itu akan memakan diri anda sendiri.
Oleh yang demikian, cubalah kawal pemikiran anda itu.
Di sini Ktom ingin kongsikan sesuatu yang boleh anda amalkan agar minda anda terus dijana dengan semangat yang diperlukan untuk membentuk diri sebagai insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (pinjam slogan Pak Lah kita..hehehehe).
Pertamanya, anda perlu beri tumpuan kepada keperluan dan pemikiran positif anda, sebab ini akan menjana diri anda untuk gandakan usaha dan melakukan apa yang terbaik bagi mencapai sasaran. Dengan cara ini anda akan sentiasa memikirkan apakah cara yang terbaik untuk capai kesempurnaan bukan sahaja pada pandangan anda tetapi juga pada pandangan orang lain di sekelliling anda.
Keduanya, jika apa yang anda usahakan itu tidak menampakkan hasil yang membanggakan…cubalan berhenti bertanya kenapa dan mengapa ianya gagal. Sebaliknya buatlah kajian, fikirkan kembali apa yang menyebabkan ianya gagal dan tanya pada diri sendiri kenapa anda tidak mampu untuk mencapai apa yang anda inginkan itu.
Kemudian, cubalah berusaha untuk mencari jalan yang terbaik bagi memperbaiki kelemahan diri dengan mengandakan usaha anda.
Cubalah bina pemikiran positif dan Ktom pasti anda mampu mencapainya.
Amalan ini bukan saja untuk anda tapi untuk diri Ktom sendiri juga.
Oleh itu, jom sama-sama kita nilaikan semula diri kita dan bersama kita memperolehi kejayaan dan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan trbilang.
Sekian, jumpa lagi insyaallah.
Wasalam





















cikgu azleen :
Date: May 4, 2007 @ 2:57 pm
Betul tuh Ktom.. Saya sekarang ni tak puas hati ngan kerusi yang saya duduk ni.. Tak tahan.. Dok lama-lama sakit pinggang.. Nak menulis dah tentulah kene duduk lama kan.. Ingat nak jgaak angkat laptop ni masuk bilik tidur. ada aircond.. boleh tulis atas katil.. tapi takut plak tak jadik tulis.. saya ada penyakit bila baring atas katil.. hehehe.. penyakit ngantuk.. Gurau je Ktom ye.. jangan marah..
Baba :
Date: May 4, 2007 @ 6:03 pm
Biasanya perkara ‘puas hati itu’ susah nak bagi ukuran pasal ia adalah satu perkara yang relatif! Ktom boleh puas hati dengan satu perkara manakala ada mungkin saya tak puas hati dengan perkara yang sama. Jadi yang pentingnya ialah ‘concience’ kita jelas dan kita akur apa yang kita buat sekarang akan kita jawab nanti…..
ktom :
Date: May 4, 2007 @ 9:23 pm
En Baba…terlalu mendalam dan bagus penjelasan tu. Singgah2lah kesini selalu ya.
ktom08 :
Date: May 5, 2007 @ 12:17 am
cikgu, beli jer kerusi baru…bukannya mahal sgt…ini bukan soal puas hati atau tak puas hati…tp kesihatan diri kena di utamakan ok…
shueqry :
Date: May 5, 2007 @ 1:01 am
asmkm Ktom.. pekaba
saya pula, duduk bersila atas lantai ngadap pc nih, takde kerusi, kalau ada sempit bilik tido jadinya.. sakit pinggang memang tak leh nak kata dah, sampai cramp kaki, bersemut-semut rasanya sebab dok bersila lebih sejam (nasib baik bila swim membantu hilangkan sakit pinggang ni ha).. hehe..
pasal kerja, saya juga sentiasa tak mudah berpuas hati. Lebih-lebih lagi kalau apa yang saya buat gagal. Biasanya saya tanya soklan ni :
- Apa yang bagusnya tentang perkara ni?
- Apa lagi yang belum sempurna?
- Apa lagi yang perlu aku buat untuk jadikan ia seperti yang aku mau?
-How can i enjoy the process?
- Apa lagi strategi aku?
Untuk buatkan kita tak mudah berpuas hati, selalu lihat pencapaian rakan sekerja kita, pesaing kita ataupun pencapaian usahawan-usahawan lain. Ini membuat kita “tak senang duduk” dan akan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian diri kita supaya setaraf dengan diorang (lebih baik,kalau boleh kalahkan diorang dalam diam!) Moga tip saya ni banyak membantu Kak Tom dan kengkawan lain..
Terima kasih pada Kak Tom, artikel yang menyemarakkan semangat dan memberi inpirasi :-). I love this post!
shueqry
kota kinabalu, sabah.
ktom08 :
Date: May 5, 2007 @ 1:59 am
Shuq, Ktom memang bersetuju dengan pendapat awak tu. Memang jika kita sentiasa berpuas hati maknanya jadilah kita orang yang selalu terbelakang tanpa kita sedari. Selalu tidak berpuas hati bukan kerana kita tidak tahu bersyukur..tetapi kerana kita inginkan yang lebih baik melalui usaha yang kita buat.
Tanpa usaha mana ada kejayaan dan untuk berjaya juga kita kena tengok dan ikut contoh org yang dah berjaya..bagaimana dia menghadapi kegagalan, bagaimana strategi yang dia buat dan sebagainya.
Berkenaan dengan pesaing pula…jika kita mudah berpuashati maka pesaing kita akan terus meninggalkan kita jauh terkebelakang. Mengapa ? Namanya lagi PESAING. Sudah semestinya dia menggunakan kelemahan kita untuk meningkatkan kejayaan mereka tak kira dlm bidang apa sekalipun. Oleh itu jgn lah kita mudah berpuashati dgn apa yg kita ada. Bahaya….