Kemahuan Yang Jelas & Usaha Yang Gigih

12:41 am Tips Motivasi

Askm dan Selamat Sejahtera

Apa khabar anda hari ini? Harap semuanya dalam limpah dan rahmat Allah hendaknya.

Ramai yang ingin memiliki perniagaan internet sendiri  tetapi disebabkan beberapa faktor seperti modal, pengetahuan tentang perniagaan internet dan tiada ilmu dari segi teknikal menyebabkan keinginan atau kehendak anda terbantut.

Modal? Ya modal.

Untuk memulakan sesuatu perniagaan modal adalah faktor yang paling penting.  Tanpa modal , semua perkara tak boleh jadi.

Dan anda juga mungkin salah seorang yang akan mengiyakan kenyataan diatas bukan?

Nak berniaga melalui internet ni, kita tak de lah kena keluarkan modal sampai beratus ribu ringgit…murah je ( itu cakap seorang sahabat semasa saya mula2 nak berjinak dengan perniagaan internet sedikit masa dulu ).

Iya ke? Tanya saya lagi ketika itu seolah2 tak percaya dengan apa yang dia katakan.

Betullllll…….katanya.  Dan katanya lagi apa yang penting ialah kita ada kemahuan yang jelas dan kena ada usaha yang gigih.

Katanya itu sudah cukup atau memadai untuk mengorak langkah dalam bidang ini.  Kemahuan dalam kata lain adalah matlamat dan hala tuju kita.

Matlamat kita kena jelas. Contohnya, aku ingin memiliki blog perniagaan internet untuk menjalankan perniagaan secara online dalam jangkamasa 4 bulan lagi.  Dari situ kita akan mula mengorak langkah untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan perniagaan internet samada nak ’set up’ laman web atau pun blog.

Untuk mencapai matlamat atau kemahuan tersebut kita perlu ada usaha yang gigih.  Contohnya jika kita tak tahu nak ’set up’ blog ataupun website, kita kena beli dulu buku yang berkaitan , hadiri seminar dan bertanya pada yang tahu.  Kalau tak tahu hal teknikal, belajar dan fahamkan dulu perkara itu kemudian bertindak.

Dengan adanya matlamat atau kemahuan yang jelas dan ada usaha yang tidak pernah luntur, pastinya setiap perkara yang dari kita tak tahu apa2 , kita akan dapat buat dan seterusnya mencapai kejayaan.

Wassalam.

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
5 Responses
  1. princeq :

    Date: March 10, 2007 @ 8:27 am

    Mm..sebenarnye kalo kt nk mulekan sesuatu perniagaan di internet..dengan modal RM 0 pun blh..asalkan kena dan tau caranye..cume mksd ktom di sini..MODAL tersebut adalh modal yg dikeluarkan utk MENCARI ILMU mengenai perniagaan..sperti membeli ebook, menyertai bengkel/seminar dan sbgainye..betul tak ktom? ;)

    p/s kalo Q silap tolong btulkan yer.. :)
    p/ss banyak manfaatnye kalo kt melabur utk ilmu.. :D

  2. ktom08 :

    Date: March 10, 2007 @ 2:11 pm

    Ya…modal untuk mencari ilmu. Sori ya maybe tulisan tu tidak memberi penerangan yg jelas ttg apa itu modal. Tks Q. Ktom hargai komen anda.

    Biasanya apabila disebut MODAL, org akan terus berfikir dan mengaitkannya dengan RM (DUIT). Nak berniaga apa sekalipun kita perlukan modal. Bezanya cuma ..banyak atau sikit. Jadi untuk perniagaan internet ni kita tidak perlukan modal untuk menyewa premis perniagaan, utk beli alat kelengkapan pejabat, untuk menggaji pekerja, untuk bayar bil utiliti (selain drp bil letrik dan bil streamyx)dan sebagainya. Sedangkan kalau kita nak berniaga secara offline, semua modal tu nak kena tanggung. Untuk menjalankan perniagaan internet ni apa yg penting bagi kita adalah modal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan ttg perkara2 yang berkaitan dgn internet dan perniagaan internet dgn kata lain ILMU PERNIAGAAN INTERNET. Betul seperti kata Q tu..modal adalah apa yg kita keluarkan utk mencari ilmu ttg perniagaan internet. TQ

  3. Doodee :

    Date: February 3, 2008 @ 9:21 pm

    Thanks for sharing

  4. ZenDinnyred :

    Date: February 9, 2008 @ 9:51 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  5. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 11:05 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.